Teaser 3
“Awak
nak tanya apa? Tanyalah.”
Haziq
kelihatan teragak-agak untuk mengeluarkan suara. “Pasal… pasal lelaki yang
pernah saya jumpa dengan awak dekat taman tu. Err… Itu kekasih awak ke?”
Tersirap
darah Amy mendengar pertanyaan sebegitu.
“Yang
mana satu ya?” Amy berpura-pura tidak mengingati peristiwa itu. Agak-agak,
sebab apa Haziq bertanya perihal dia dan Rayyan? Mungkin telahan Hana tadi
benar belaka.
“Ingat
tak masa tu saya berjogging dekat taman, lepas tu saya terserempak awak dengan
lelaki tu. Dekat buaian. Saya tak ingat nama lelaki tu. Err… awak ingat tak?”
beria-ria sungguh Haziq hendak dia mengingati.
“Yup,
Rayyan. Awak… awak ada apa-apa ke dengan dia tu?”
“Kenapa
awak nak tahu?” tanya Amy semula. Dia ingin tahu sebab Haziq terlalu beria
bertanya.
“Err…
saja,” pendek saja jawapannya, dia menunduk.
“Dia
kawan saya merangkap abang sepupu saya. Masa jumpa hari tu saya lupa nak
beritahu yang dia ni abang sepupu saya.” Alang-alang Rayyan sudah
memperkenalkan dirinya sebagai abang sepupunya kepada Hana dan EJ, pada Haziq
pun perlu dikatakan sama.
“Oh, abang sepupu. Baguslah.” Barulah Haziq
mendongakkan semula kepalanya.
Bagi
Amy, cara Haziq seakan ada satu agenda tersembunyi. Sepertinya Haziq senang
hati apabila mengetahui bahawa dia tidak apa-apa hubungan dengan Rayyan.
“Apa
maksud awak baguslah? Haziq, awak nak jumpa dengan saya ni bukan sebab nak
berbincang projek kerjasama kitakan. Awak ada sebab lain, betul tak?”
“Sebenarnya…
Amy saya nak hubungan kita kembali seperti dulu.”
Apa
maksudnya seperti dahulu?
“Bukan dulu dengan sekarang sama saja ke? Sebelum awak
dengan Melly kita hanya sahabat, sehingga ke hari ini pun masih sahabat juga.
Status sahabat itu tak pernah bertukar pun awak.”
“Dulukan kita rapat.
Seolah-olah kita…”
Percakapan Haziq lantas dipotong Amy. Dia sudah agak apa
yang akan Haziq katakan.
“Kita apa? Awak nak cakap seolah-olah kita macam couple walaupun sebenar tak pun. Betul
tak?” tebak Amy dengan suara bersahaja. Oh, dia sudah nampak agenda Haziq
sekarang ini. Setelah putus dengan Melly barulah lelaki ini hendak beralih
padanya pula. Maaflah, dia sudah tidak mampu menerimanya lagi.
Haziq kelihatan serba salah. “Amy…”
“Haziq, saya rasa biarlah kita jadi sahabat sampai
bila-bila. Awak dan saya sesuai jadi sahabat, tak lebih dari itu. Saya rasa
sampai di sini sajalah perbincangan kita. Tentang projek kerjasama kita tu,
awak buat bahagian awak, saya pula uruskan bahagian saya. Kita dah bahagikan
kerja masing-masing, kan? Apa-apa hal nanti saya rujuk pada awak. Saya kena
balik dulu. Ada urusan lain.”
Pantas tangan Amy mengemas semula buku-buku rujukan yang
dikeluarkan dan memasukannya ke dalam beg sandang semula.
“Maaf. Saya balik dulu.” Secepat mungkin Amy mengatur
langkah meninggalkan Haziq berseorangan di situ.
“Amy…” jerit Haziq memanggil namanya berkali-kali. Dia
terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.
Teaser 4
Kata macam kacang
goreng, kan… Habislah awak Encik Rayyan kena ‘goreng’ kejap lagi. Cakap besar
siapa suruh. Padan muka! Hehehe. Amy mengejek Rayyan dalam diam.
“Apa tujuan anak ke
sini?” soal abah Amy dengan wajah yang serius. Yalah, rasanya belum pernah lagi
anak kesayangannya membawa balik seorang lelaki ke rumah mereka. Pemuda bernama
Rayyan kekasih Amy ke? Kedatangan pemuda ini di rumah mereka adakah kerana mahu
melamar anaknya?
“Sa… Saya sebenarnya…” Tergagap-gagap Rayyan mahu
menyatakan hasrat. Manik-manik peluh di kesat dengan telapak tangan.
Secara senyap Amy mentertawakannya. Baru tahu bagaimana
susahnya bila berhadapan dengan orang tuanya.
“Sebenarnya apa? Anak jangan takut mak cik dengan pak cik
tak makan orang,” ujar emak Amy pula sambil matanya tidak lepas dari memandang
pemuda itu. Memang tak makan orang, tapi pandang macam hendak menelan orang
saja.
Sekali lagi Rayyan menuntaskan pandangan kea rah Amy.
Gadis itu buat tidak tahu saja, malah melarikan bola mata ke arah lain apabila
bertembung pandangan dengannya. Dia rasakan saat ini mahu saja menjerit nama
gadis itu. Namun, segera ditahan. Jerit dalam hati saja. Amy!!
“Saya… nak… minta… kebenaran.”
“Kebenaran? Kebenaran nak kahwin dengan anak mak cik ke?”
pantas emak memotong kata-kata Rayyan. Janganlah pemuda ini mengatakan bahawa
dia mahu melamar anak daranya yang seorang itu. Dia tidak benarkan! Amy masih
lagi belajar. Jika berniat baik pun biarlah Amy habis belajar dulu.
Melopong mulut Amy mendengar pertanyaan emaknya. Hish, ke
situ pula orang tua ini. Orang masih belajar lagilah, emak. Tidak ada niat lagi
hendak mendirikan masjid walaupun umur begini sudah afdal punya pasangan. Kalau
iya pun dia ingin pasangan, bukan Rayyan orangnya. Tetapi, kalau sudah jodoh
dia terima sahajalah. Hehehe..
Emak dan abah Amy semakin mengecilkan mata.
Maaf teasernya secoet aje. Untuk pelepas rindu. Hehehe. Enjoy reading!! (^_^)
2 ulasan:
Super duper best ! Rndu arh ngan MLMK ..
Izza Farhana> Hehehe..tq dik :D
Catat Ulasan