Isadora
menguntum senyum lebar. Mesyuarat telah pun habis. Dia kerling jam di tangan.
Masih awal lagi. Biasanya Mat Rock buka kedai burger lepas waktu bekerja. Sekarang sudah pukul
5.30 petang. Hari ini dia berniat dengan suka rela mahu membantu Mat Rock di
gerai burgernya. Mat Rock tak tahu pun dia mahu datang. Sengaja dia mahu buat
kejutan. Dan, dia pasti sangat lelaki itu bakal terkejut melihatnya nanti.
"Yess,
dah boleh balik! Mat tunggu Dora datang eh. Hehe..."
Berlenggang
Isadora berjalan menuju ke keretanya.
"Dora!"
jerit satu suara dari arah belakang.
Serta merta langkahnya terhenti. Isadora
pantas berpaling. Seorang lelaki segak mengenakan kot hitam mendekati Isadora.
Dia lantas senyum nipis kepada lelaki itu. Haizal, salah seorang kakitangan syarikatnya.
"You
dah nak balik ke?"
"Haah.
And, you?"
"I
pun. Hmm, malam ni you free
tak?"
"Why?" tanya Isadora semula tidak
menjawap pertanyaan Haizal itu. Dia mahu tahu apa mahu Haizal bertanya dia
begitu.
"Jom,
pergi tengok wayang. I belanja you."
Isadora
ketawa kecil. Dia sudah dapat agak apa tujuan Haizal bertanya sebenarnya.
Setiap kali berjumpa pasti lelaki ini tak putus asa mengajaknya keluar. Dan,
setiap kali itulah dia menolak dengan pelbagai alasan. Bukan dia tak suka
Haizal tetapi dia tak selesa bersama dengan lelaki itu. Haizal memandangnya
bagai mahu makan saja setiap kali berjumpa.
"Sorry. I dah ada date malam ni."
"Date? Dengan siapa? Boyfriend?" tanya Haizal. Nadanya kedengaran tak puas hati
saja.
Isadora
terdiam. Dengan siapa ya? Hmm… tentulah dengan Mat Rock. Boyfriend? Layak ke dia mengaku bahawa lelaki sebaik Mat Rock itu
teman lelakinya? Mereka hanya berkawan saja. Tetapi dia mengakui, hati
perempuannya mulai terpaut dengan Mat Rick.
"Nope. Hero I."
Berkerut
dahi Haizal. Siapa yang dia maksudkan hero oleh Isadora? Adakah 'hero' yang
dimaksudkan gadis itu teman lelakinya? Jika benar lelaki itu teman lelakinya,
kenapa pula kata ‘hero’ bukan ‘boyfriend’?
"Lelaki?
Or perempuan?"
Isadora
ketawa kecil.
"Tentulah
lelaki, Zal. Kalau perempuan orang tak panggil hero, orang panggil
heroin."
Haizal
ketawa. Namun, jauh di sudut hati dia tidak ikhlas pun untuk ketawa. Rasa
cemburu menyelinap ke dalam hatinya.
"Haah
kan. Betul cakap you."
"Hmm,
okey la Zal. Kalau tak ada apa-apa lagi, I pergi dulu, ya?"
Haizal
angguk saja.
“Okey,
byee…”
Isadora
meninggal Haizal seorang diri. Dia sangat teruja mahu berjumpa dengan heronya,
Mat Rock. Tidak sabar rasanya dia. Haizal berdegus kuat. Penumbuk digenggam
kemas.
"Hero
konon. Tak apa. Aku nak tengok apa yang hebat sangat 'hero' kau tu. Tak mungkin
dia tu sehebat aku. Huh!"
~*~*~*~*~*~
Mat
Rock mengesat peluh di dahi. Kotak polisterina putih berisi barang niaganya
diletakkan ke atas meja. Jam tangan dikerling.
"Ek
eh, lambat pula Meon hari ni. Selalu dia dulu dah sampai. Ke gua yang datang
cepat?" Mat Rock bertanya sendiri. Kepala digaru-garu. Tanpa membuang masa
dia membuka kotak putih itu. Semua barang niaganya disusun ke dalam para kaca.
"Ehem...
ehem! Boleh Dora tolong?" sergah Isadora yang tiba-tiba ada di sebelahnya.
Terkejut beruk dia. Dada yang berdegup laju disebabkan terperanjat lantas
diusap-usap.
"Ya
Allah! Dora lu buat gua terkejut je. Dengan salam tak bagi," tegur Mat
Rock.
Isadora
sengih.
"Maaf.
Assalammualaikum!"
Mat
Rock senyum.
"Wa'alaikumsalam.
Dora lu buat apa ke sini? Nak beli burger ke? Awal lagi. Gerai baru nak buka.
Meon pun tak sampai-sampai lagi ni."
Isadora
tidak menjawap, sebaliknya laju tangannya mengeluarkan beberapa bungkus roti
dan disusun ke para kaca. Berkerut kening Mat Rock melihat tingkah minah itu.
"Lu
tak payah buat kerja ni. Biar gua buat. Lu tunggu dekat sana dulu."
Laju
kepala Isadora menggeleng. Bibirnya pula terukir senyum lebar.
"Tak
nak. Dora nak tolong Mat hari ni."
Semakin
berkerut kening Mat Rock. Dahi digaru-garu. Mimpi apa pula Si Dora ni datang-datang
terus nak tolong gua? Ke gua yang mimpi ni? Mat Rock bertanya sendiri. Dia
cubit-cubit pipi agar sedar ke alam realiti. Isadora yang melihat tingkahnya
lantas ketawa.
“Mat…
Mat tak mimpilah. Depan Mat sekarang ni memang Dora. Dora nak tolong Mat hari
ni,” ulang Isadora. Tangannya masih juga menyusun bungkusan-bungkusan roti.
"Err…
Tak apa. Biar gua buat. Lu nampak macam penat. Mesti baru balik kerja, kan?
Dah, lu pergi rehat dekat sana. Dah siap nanti gua buatkan lu burger."
Isadora
tetap menggeleng kepala.
"Dora
niat nak tolong Mat niaga hari ni. So,
biar la Dora tolong please…"
rayu Isadora dengan nada lembut. Siap kenyit-kenyit mata dan buat muka comel
lagi.
Tiba-tiba
dada Mat Rock berdegup kencang. Lidahnya kelu dan keras. Dia bagai lembu dicucuk
hidung. Mengangguk saja tanpa membantah lagi.
"Okey,
lu boleh tolong. Tapi, gaji tak banyak gua dapat bagi. Ikut jualan. Boleh?"
Wajah
Isadora bertukar cemberut. Pipi dikembungkan sambil memandang tajam Mat Rock.
"Mat!
Apa la Mat ni... Dora tolong ni bukan nak mengharapkan gaji. Mat tak payah bagi
Dora gaji pun. Dora ikhlas nak tolong. Sesaja. Nak rasa macam mana penatnya Mat
bekerja dari pagi sampai ke tengah malam. Okey la, Mat sudahkan kemas ni. Biar
Dora kemaskan kerusi dengan meja dekat depan tu."
Isadora
terus berlalu dari situ. Mat Rock termangu sendiri. Masih tak percaya Isadora
datang tiba-tiba untuk membantu.
"Assalammualaikum
kawan!" laung Meon.
"Eh,
Dora pun ada. Assalammualaikum Dora," ucap Meon lembut sebaik terlihat
kelibat Isadora sedang menyusun kerusi. Niatnya mahu mendekati Mat Rock tadi
sudah berubah haluan. Dia berjalan ke arah Isadora.
Isadora
menegakkan badannya. Dia senyum kepada lelaki itu.
"Wa'alaikumsalam
Meon. Lambat hari ni?"
"Saya
ada kerja sikit tadi. Itu yang terlambat sikit. Kenapa Dora datang dekat sini?
Siap susun-susun meja, kerusi bagai lagi ni. Dora, awak tak perlu buat semua
ni. Ini kerja saya."
"Oh...
Dora saja nak tolong Mat dan Meon hari ni. Tak apa Dora boleh buat. Nanti Meon
tolonglah Mat dekat sana tu ya," balas Isadora.
Belum
sempat Meon membalas namanya dipanggil.
"Meon!"
laung Mat Rock dari jauh. Dia sabarkan saja diri melihat Isadora dan Meon
berbual mesra. Mula la rasa cemburunya menyerang.
"Haa!
Kejap, kejap! Hish, kacau daun betul la dia ni. Okey la Dora, saya pergi sana
dulu. Karang ada pula bos besar pecat saya. Buat kerja elok-elok okey,"
omel Meon. Sempat lagi dia berpesan sebelum mendekati Mat Rock.
Isadora
hanya balas dengan senyuman.
~*~*~*~*~*~
"Lu
tak payah buat kerja ni lagi." Laju tangan Mat Rock menarik kain lap dari
tangan Isadora. Dia tidak sampai hati melihat Isadora mengelap meja. Status
Isadora langsung tidak sesuai dengan kerja remeh yang dibaut sekarang ini.
Kain
itu ditarik semula.
"Mat,
biar Dora buat. Dora tak suka buat sesuatu kerja sekerat jalan," Isadora
sambung semula kerjanya mengelap meja.
"Tak
payah..."
Kain
lap bertukar tangan lagi. Namun, tak lama Isadora tarik semula.
"No. Dora buat."
Mat
Rock tak mahu mengalah. Dia tarik semula kain lap itu, namun Isadora tidak mahu
melepaskannya. Berlaku la adegan tarik menarik antara mereka.
"Tak
payah. Ek eh, degilnya minah ni," bebel Mat Rock sambil kedua-dua belah
tangan dicekak ke pinggang. Mata pula dibesarkan.
Terhambur
ketawa Isadora. Melihat keadaan lelaki itu seperti emak-emak saja.
"Kenapa
lu ketawa?" tanya Mat Rock pelik.
"Mat
marah macam mak-mak la. Siap cekak pinggang lagi."
Mata
Mat Rock beralih ke pinggangnya. Serta merta dia turunkan kedua-dua belah
tangannya. Memang betul macam emak-emak seperti didakwa Isadora. Mana taknya,
cekak pinggang dengan telapak tangan ke hadapan.
"Dah.
Lu tak payah buat lagi. Rehat dekat sini je."
Mat
Rock menarik kerusi untuk Isadora. Dengan isyarat mata dia menyuruh minah itu
duduk. Tanpa banyak bantahan Isadora akur saja. Kalau membantah lagi dia takut
akan berlaku pergaduhan dengan lelaki itu. Kain lap yang menjadi rebutan dia
dan Mat Rock tadi diserahkan kepada lelaki itu.
"Lu
dah makan?"
Isadora
menggeleng. Mana dia sempat makan. Balik saja dari pejabat dia terus ke sini.
Bukannya tak sempat pun, hati dia yang asyik mendesak ke sini dengan segera.
"Okey,
lu duduk sini kejap. Gua pergi masakkan lu burger."
"Okey."
Mat
Rock berlalu. Lima minit kemudian dia datang semula dengan sebungkus burger dan
setin air 100plus.
"Nah.
Makan dulu. Nanti dah makan baru la lu ada tenaga nak tolong gua. Disebabkan lu
dah ada dekat sini, gua nak ajar lu cara-cara masak burger."
Bulat
mata Isadora. Raut wajahnya menunjukkan keterujaan.
"Betul
mat nak ajar?"
Mat
Rock mengangguk.
"Wah!
Bestnya... terima kasih mat. Okey, sekarang Dora nak rasa burger air tangan mat
dulu. Mesti sedap."
"Silakan..."
Pantas
tangan Isadora membuka bungkusan burger. Tanpa buang masa, burger itu disuakn
ke mulut.
"Hmm...
sedap! Pandai Mat buat."
Mat
Rock ketawa.
"Tak
la sedap mana pun Dora. Benda dah siap, gua tinggal masak lepas tu bubuh dekat
roti. Lu saja nak bodek gua,kan? Apa la
lu Dora..."
Isadora
ketawa. Dalam pada dia ketawa, tiba-tiba tangan Mat Rock menyentuh tepi
bibirnya. Namun berlapis dengan tisu. Merona merah pipinya. Ini adalah kali
kedua Mat Rock mengelapkan tepi bibirnya.
"Comot,"
jelas Mat Rock sambil tersenyum.
"Oh,
terima kasih," ucap Isadora perlahan. Dia malu sebenarnya. Cepat-cepat dia
menyumbat kembali burger ke dalam mulut untuk menutup rasa malu.
"Abang
Mat!" sergah satu suara di sebelah Mat Rock.
Mat
Rock yang sedikit terkejut pantas menoleh ke kanan. Kelihatan Mona berdiri
tegak di sebelahnya dengan wajah cemberut.
"Mona?"
Raut
wajah Mona berubah mendung tiba-tiba.
"Sampai
hati abang, kan?"
Berkerut
kening Mat Rock. Isadora yang melihat keadaan itu juga hanya berdiam diri.
"Sampai
hati gua? Apa hal pula ni?"
"Yalah,
sampai hati abang... Sampai hati abang kesat bibir dia depan Mona. Selama ni
abang tak pernah pun buat macam tu dekat Mona. Abang tak adil!" marah
Mona. Lengan Mat Rock dipukul.
"Adui!
Mona apa ni main pukul-pukul orang!" seringai Mat Rock. Sesuka hati saja
Mona mahu memukulnya.
"Padan
muka! Siapa suruh abang kesat bibir dia? Mona cemburu tahu tak?"
Semakin
berkerut dahi Mat Rock.
"Dah
kenapa pula lu cemburu? Gua dengan lu pun bukannya ada apa-apa pun."
"Err...
a... apa pula tak ada apa-apa! Mona suka Abang Mat tau. Maknanya kalau Mona dah
suka... abang boyfriend Mona
la!" bentak Mona tanpa malu.
Menganga
Mat Rock seketika. Begitu juga Isadora. Dalam diam Isadora juga tabik hormat
terhadap gadis itu. Sungguh berani! Dia sendiri masih belum mampu untuk
mengakui bahawa dalam hati sudah ada 'rasa' terhadap Mat Rock.
Mat
Rock tepuk dahi. Dia mengucap panjang.
"Ya
Allah! Lu ni dah mereng ke Mona? Sejak bila pula la gua ni pakwe lu ni.
Hish!" Mat Rock pantas bangun menentang pandangan Mona. Dia tak suka minah
itu membuat dakwaan yang bukan-bukan. Kesabarannya sudah nipis berhadapan
dengan Mona.
Isadora
yang memerhati sudah kecut perut. Dia berdiri dekat dengan Mat Rock.
"Err...
Mat sudah la tu. Tak baik gaduh-gaduh. Pelanggan tengok tak elok," pujuk
Isadora.
Mat
Rock diam tak terkata. Keluhan berat dilepaskan. Pujukkan Isadora bagaikan air
batu disimbah ke hatinya. Terus saja sejuk.
"Dah
la Mona. Baik lu balik. Gua malas la nak marah-marah, gaduh-gaduh dengan
lu."
"Mona
tak kira. Mona tetap anggap abang boyfriend
Mona. Dan, Mona takkan izinkan sesiapa pun ambil abang dari Mona. Abang, Mona
punya. Takkan!" tegas Mona sambil matanya menjeling tajam Isadora. Sesudah
berkata dia terus angkat kaki dari situ.
Mat
Rock mengeluh. Tengkuk diurut-urut.
"Sori
la Dora. Terpaksa lu pun terbabit sama. Mona tu aku tak tahu la apa masalah
dia..."
Isadora
senyum saja. Tangan diletakkan ke atas bahu Mat Rock.
“Tak
apa Mat. Dora faham…”
"Okey,
cepat sambung makan. Lepas ni gua nak ajar lu masak," ujar Mat rock
kembali ceria.
Bersambung (macam biasa) hehe...
pst: Assalammualaikum! Terima kasih sudi baca. Drop komen di bawah jika sudi. Enjoy reading ^_^
11 ulasan:
senget betoi mona tu huh! ngaku2 je mat pakwe dia huh!
Kann... mona mmg senget. Fius kat otak dia tertanggal kut.hehehe
bila nk smbung lg?
Kak tlg la smbung kak.
Mrayu siap da ni
Lame tgu smbungan dye
Salam. Ira nk mohon maaf pd reaser cer ni. Buat masa ni ira terpaksa hold dlu smbungan cerita ni. Kekangan masa mnyebabkan ira x sempat nk menulis. Insyallah, nt ira cuba2 curi masa buat sambungannya ya. Harap sabar menunggu ^_^
Bile nk sambung ni ???
Hmm lme nye terseksa hati ku
Hohohoho
Bile nk sambung CMR ni ???
Please sambung rse terseksa sgt ni nk tau ape jd dgn Mat and Dora
Bilaaa mauuuuu sambunggg
Maaf.. X De sambungan ke
Maaf.. X De sambungan ke
X de sambungan ke?
Catat Ulasan