Jumaat, 27 September 2013

My Love, Mrs. Kerek ~Part 7~



Rayyan tidak mampu fokus pada kerja-kerja di atas meja kerjanya.  Dia masih memikirkan permintaan berupa desakan dari Mak Toknya petang semalam.  Orang tua itu benar-benar keras kepala dan nekad dengan keputusannya.  Perangai dia dan Mak Tok sama keras kepala dan suka memaksa orang.  Bak kata pepatah,  mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.  Terdengar-dengar suara keras Mak Tok.

“Ayien kena bawak calon cucu menantu untuk Mak Tok sebelum hari keluarga syarikat kita pada dua puluh lapan Februari! Kalau tak Ayien akan Mak Tok jodohkan dengan Ella, sepupu Ayein.  Faham!”, tegas Mak Toknya.  Bagai menjatuhkan hukuman. Sungguh kejam dan sadis!

 Berkerut-kerut dahi Rayyan tanda tak puas hati.

 “Alah, Mak Tok mana boleh main paksa-paksa.  Ayien belum ada calonlah.  Takkan Mat Tok nak jodohkan Ella dengan Ayien pulak?  Hish, tak hadap Ayein dengan dia tu. Tak sesuai langsung”, balas Rayyan tidak bersetuju dengan cadangan neneknya itu.  Dia dengan Ella?  Tak mungkin! Dia tahu Ella itu orangnya bagaimana.  Suka joli sana, joli sini. Entah-entah dah tak punya dara lagi. Gadis begitu Mak Tok nak jadikan isteri aku? Hui, tak rela den.

Jelas garis-garis tidak puas hati di wajah Mak Tok.

“Ayien, kamu tahu umur kamu tu dah dua puluh lapan tahun?  Bukan makin muda tapi makin tua tau. Sepatutnya usia macam kamu ni dah bernikah, dah ada anak sorang, dua.  Ayien… kamulah satu-satunya cucu lelaki dalam keluarga kita ni.  Pewaris perniagaan keluarga kita.  Sepatutnya kamu dah lahirkan pewaris keluarga yang seterusnya sekarang ni”, bebel Mak Tok seperti biasa bila mereka sedang berbincang yang kurang di minati Rayyan ini.

Naik angin Mak Tok jadinya. Bila dia mengutarakan soal jodoh dan kahwin kepada satu-satunya cucu lelaki kesayangannya ini pasti dia mengelak dan membantah.  Pelbagai alasan sering diberikan.  Nak enjoy dululah.  Belum sedia nak galas tanggungjawablah.  Nak stabilkan kewangan dulu baru nak berbinilah.  Banyak kerjalah dan macam-macam lagi.  Berbuih dah mulutnya dok pot pet pot pet. Aku ni dah kempunan lama nak cicit.

Rayyan meraup rambutnya ke belakang.  Hailah, Mak Tok ini.  Tidak habis-habis dengan waris, waris, waris.  Capek deh! Setiap kali neneknya itu mengutarakan soal yang sama pasti ada saja jawapnya.  Bukan nak kurang ajar.  Tapi dia rimas.  Baginya,  belum tiba lagi masa dia untuk berumah tangga bagai.  Kalau dahulu sezaman dengan Mak Toknya memanglah lelaki seusianya sudah ada isteri, ada anak.  Sekarang ini zaman moden.  Bagi lelaki zaman sekarang, life begins at thirty. Come on, Mak Tok!

 “Atau… Ayien nak Mak Tok mati baru terfikir nak berbini?”, tembak Mak Tok dengan suara yang disedihkan.  Mata si cucu ditenung sayu.

Alahai,  mulalah Mak Tok ni berdrama dan psiko aku.  Mulalah aku dirundung rasa bersalah.  Suka sangat Mak Tok bangkitkan soal ‘mati’ dalam hal ini.  Rayyan bangun dari tempat duduknya dan melutut di hadapan neneknya.

“Mak Tok…  kenapa cakap macam tu? Tak baik tau”.

“Habis tu,  Ayien ikut cakap Mak Tok.  Bawak bakal isteri Ayien jumpa Mak Tok.  Mak Tok tahu,  mesti Ayien dah ada buah hati cuma Ayien aje tak nak jumpakan dia dengan Mak Tok.  Ayien sengaja nak sembunyikan buah hati Ayien tu, kan?”  Mak Tok langsung tidak percaya bahawa Rayyan tidak punya kekasih.  Tak mungkin cucunya yang kacak lagi bergaya itu belum berpunya. Mustahillah.

Rayyan mengaru-garu kepalanya yang tak gatal. Adoi, sudahku bilang belum punya calon.  Mana nak cekau anak gadis orang jadi kekasih hati?  Kalau boleh beli dekat pasar malam, memang aku dah lama pergi beli. Masalahnya, tak ada!

“Mak Tok…”

“Ayien jangan membantah.  Ini keputusan Mak Tok. Kalau Ayien tak bawa juga pada masa yang ditetapkan, secara rasminya Ayien akan Mak Tok jodohkan dengan Ella.  Kalau Ayien enggan juga Mak Tok akan tarik semua kesenangan Ayien.  Jawatan Ayien di syarikat sebagai CEO juga akan ditarik balik.  Ayien jangan lupa yang Mak Tok masih berkuasa dalam syarikat tu.  Lepas tu Ayien akan jadi papa kedana.  Ayien nak macam tu?”, ugut Mak Tok dengan wajah cukup serius.

Menganga Rayyan dibuatnya.  Dia menelan liur.  Oh, no! Mak Tok betul-betul serius ke?  Takkan nak jadikan aku papa kedana disebabkan hal ini saja?  Kalau semuanya ditarik balik, dia tak mampu untuk membayangkan kehidupannya selepas ini.  Mungkin dia akan tidur dikaki lima beralaskan kotak!  Dan… lebih dahsyat lagi, dia perlu mencari makan di dalam tong sampah atau mengharap belas orang!

 “Mak Tok serius ke?”

 “Ayien ada nampak muka Mak Tok ni main-main?”, soalan di jawap dengan soalan juga. Dia perlu bertegas kali ini.  Jika tidak Rayyan akan buat tidak tahu saja.

“Tapi Mak Tok…”

 “Tak kira! Ayien kena ikut juga tanpa bantahan lagi” Tanpa memperdulikan si cucu yang seakan-akan merayu itu.  Dia terus berdiri dan menuju ke anak tangga mahu naik ke biliknya di tingkat atas.
 
Terus Rayyan terduduk dan bersandar di hadapan sofa. Kali ini Mak Tok benar-benar nekad nampaknya.  Aku pula sudah tidak mampu lagi hendak mengelak.  Dia mencampak pen yang ada di tangan. Diraup rambut ke belakang beberapa kali.  Runsing bila memikirkannya.  Apa aku nak buat ni?  Calon pun tak ada.  Adoi, berserabut otak aku… Jangan nak kata calon isteri, kawan perempuan pun dia tak ada.  Ramai gadis yang mahu berkenalan dengannya namun ditolak mentah-mentah. Semua gadis-gadis itu banyak yang gayanya agak kebaratan.

 Wajah memang cantik bak model tapi seksi,  menggedik, mengada-ngada dan materialistik.  Itu semua bukanlah tastenya.  Dirinya memerlukan seorang gadis yang sederhana, jujur, memahami dan menerima dia seadaanya bukanlah kerana kesenangan di miliki.  Biarlah orang mahu mengata dia terlalu cerewet.  Yang penting itu adalah cita rasanya. Perdulikan orang lain. Masa hanya tinggal empat belas hari saja lagi.  Entah di mana dia hendak mencari calon cucu menantu dalam masa sesingkat ini?

“Haish, apa pun tak boleh!”, keluhnya kasar.

Di rasakan ruang pejabatnya semakin menyesakkan kepala.  Ada baiknya aku keluar release  tension.  Daripada duduk dalam pejabat satu kerja pun tak boleh buat.  Rayyan mencapai telefon pintarnya dan kunci kereta.  Lantas dia keluar dari bilik khas untuknya.

"Nina, I nak keluar. Cancel semua appointment I hari ni”, arah Rayyan kepada PAnya.

 Berkerut-kerut dahi wanita itu.  “Tapi, Encik Rayyan hari ini encik ada appointment dengan Datuk Wong.  Dah lama dia minta untuk berjumpa dengan encik”, terang Nina kepada Rayyan.

Postponed aje.  Cakap hari ni I ada hal penting yang tak dapat dielakkan”, arah Rayyan sambil melipat lengan baju kemeja yang dipakai. 

“Tapi…”

Rayyan berdecit.  Tak faham arahan ke PA aku ni?  “Nina, just do it. Okey?

Keluhan kecil terpancul juga dari mulut Nina.  “Baiklah, Encik Rayyan”, sahutnya lemah. Hmm… nampaknya aku kena marah lagilah dengan Datuk Wong nanti.  Sudahlah dia itu cerewet .  Nasib kaulah Nina jadi PA Encik Rayyan. Ketuanya ini pula. Kerja macam tak kerja.  Keluar ikut suka dia saja.

“Oh, ya…”.  Rayyan berpatah balik setelah beberapa langkah ke hadapan.

“Nina, kalau Puan Sri ada call atau datang sini cari I,  you cakap I pergi jumpa klien ke apa eh. You faham?”, pesannya.

“Baiklah, Encik Rayyan”, Nina terpaksa akur.

Pengsan aku kejap lagi karang.  Kejap kata macam gini,  kejap kata macam itu.  Puan Sri entah keberapa kali kena kelentong dengan aku sebab si Rayyan ini.  Nasib dia bos aku.

Rayyan terus berlalu tanpa sebarang kata lagi.


~*~*~*~*~*~

“Ada apa encik panggil saya ke sini?”, tanya Amy dengan wajah kelatnya.

Sudah kenapalah  pula dia panggil aku ke tempat boling pula?  Banyak lagi benda penting yang aku kena buat.  Hendak kena study lagi.  Sudahlah final exam tak lama lagi.

“Kita dekat pusat bolingkan?  Mestilah nak main boling.  Takkan main masa-masak pula.  Tak logikkan?”, ujar Rayyan selamba sambil tergelak sendirian.  Dia buat lawak,  dia juga ketawa sendiri.  Menyampah Amy menengoknya.  Dia ini ada penyakit SS (Syok Sendiri) agaknya. Ting tong betul!

Tawa Rayyan hanya seketika saja apabila melihat Amy tidak berubah riak.  Makin cemberut dan memuncung adalah.  Dia malu sendiri.  Lawaknya tidak menjadi rupanya.  Dia berdeham kecil.

“Hmm… aku ajak kau ke sini sebab nak ajak kau main boling dengan aku.  Aku nak kau teman aku main”.

Amy mengeluh kasar.  “Encik beria telefon saya tadi hanya nak suruh saya teman encik main boling?  Saya punyalah tergesa-gesa ke sini. Sepatutnya saya ada study group dengan kawan-kawan hari ni tapi saya terpaksa batalkan hanya sebab encik tau.  Buang masa saya sajalah”, rengus Amy bercekak pinggang.  Mahu terbakar hatinya saat ini.

“Eh, kau marah aku pula.  Jangan lupa kau tu kuli aku.  Aku ni bos.  Sebagai kuli kau…”,  belum pun Rayyan menghabiskan ayatnya Amy telah menyampuk.

Stop… stop.  Encik tak payah nak ulang-ulang.  Saya dah tahu apa yang encik nak cakap”, tahan Amy.  Nanar telinganya asyik mendengar perkara yang sama.  Balik-balik itu,  balik-balik itu.  Kalau telinga ini boleh bercakap dah lama dia cakap penat tau.

“Tahu pun.  Lain kali jangan bagi aku ulang benda yang sama.  Kau ikut ajelah tanpa banyak cakap”, bebel Rayyan.

“Yalah… yalah”, Amy mengalah sendiri dengan suara dilembutkan.  Baru dia perasan jika dia dan Rayyan bertekak pasti dia saja yang sering mengalah dulu. Kalau dengan kawan-kawannya yang lain dia saja mahu menang.  Hairankan?  Mungkin kerana dia malas hendak bertekak kot.

Rayyan sudah tersenyum menang.  Dia mengambil sebiji bola boling dan menghulurkan kepada gadis itu.  Saat itu Amy yang belum bersedia, cepat-cepat mengambil bola berwarna biru dari tangan Rayyan.  Hampir saja bola itu jatuh.  Adeh, berat juga bola ni.  Dia memandang Rayyan dengan pendangan kurang mengerti.  Tadi suruh teman aje.  Takkan suruh main sekali?

“Aku nak kau main jugak.  Kau tahu main ke tak?”

Laju Amy menggeleng.  Manalah dia reti main boling.  Main pun tak pernah.  Dia dan kawan-kawannya bukanlah suka sangat permainan indoor seperti ini.  Mereka lebih sukakan aktiviti outdoor, macam bola sepak dan bola jaring. 

“Kau tengok dulu aku main macam mana.  Nanti kau ikutlah”

Rayyan berlari anak ke lorong dan dengan sedikit gaya hayunan dia melepaskan bola itu.  Bola boling berguling-guling sehingga menjatuhkan semua pin.

 “Yeah, strike!”, jeritnya namun masih dalam nada perlahan.

 Nampak macam senang saja.  Baling bola then jatuhkan semua benda putih yang macam batu nisan tu.  Alah,  kacang goreng aje.  Aku pun boleh buat!

 “Giliran kau pulak”.

Dengan yakin diri dia berjalan menuju ke lorong.  Setelah memastikan dia berdiri betul-betul di tengah-tengah bola dijatuhkan.  Mula-mula dia berguling elok saja di tengah,  entah macam mana sampai dipertengahan bola itu melencong pula ke arah lain.  Masuk longkang.  Hampeh!  Macam manalah boleh begitu pula?  Itulah, tadi cakap macam senang sangat.  Kacang goreng konon!

“Giliran kau pulak”.

Dengan yakin diri dia berjalan menuju ke lorong.  Setelah memastikan dia berdiri betul-betul di tengah-tengah bola dijatuhkan.  Mula-mula dia berguling elok saja di tengah,  entah macam mana sampai dipertengahan bola itu melencong pula ke arah lain.  Masuk longkang.  Hampeh!  Macam manalah boleh begitu pula?  Itulah, tadi cakap macam senag sangat.  Kacang goreng konon!

 “Hahahaha!”, berdekah-dekah Rayyan mengetawakannya.

Tiga suku betul mamat ni.  Tahulah dia pandai main aku ini tak. Boleh digelak-gelakkannya. Ceh!

“Hai, tadi konfiden sangat.   Beria sangat.  Hahaha…”, Rayyan sambung ketawa tanpa memikirkan perasaan Amy yang bengkek saat ini.  “Dah,  kita main lagi.  Kau belajar dan praktis. Lepas ni tak adalah masuk longkang lagi”,  perlinya setelah tawa mereda.

 Cis! Sempat lagi memerli ya.  Kureng betul mamat ni. Tak apa, tak apa.  Nanti bila aku dah reti habislah kau mamat!  Aku kalahkan kau seratus kali pun boleh.  Hati Amy membalas kata perlian Rayyan.  Namun dalam hati saja. Hehehe

Setelah lima kali pusingan setiap seorang Amy masih lagi belum mampu menjatuhkan satu pin pun.  Semuanya ke longkang.  Rayyan pula tidak habis-habis hendak ketawakannya. Tak apa Amy.  Usaha itu adalah tangga kejayaan.  Chaiyok!

“Okey, kita take five.  Aku nak ke toilet kejap.  Kau tunggu sini”.

“Okey”, jawap Amy.  

Sambil menunggu kedatangan Rayyan, Amy duduk di bangku yang disediakan.  Matanya melilau ke sana sini memandang sekeliling.  Tidaklah ramai sangat hari ini di sini.  Mungkin sebab hari bekerja.  Si Rayyan ini kerja apalah?  Bos dia tak marah ke main keluar sesuka hati aje?  Ah, lantak dialah. Buat apa difikirkan.

Kebanyakkan yang  berkunjung ke sini adalah budak-budak muda.  Yang berpakaian kustom sekolah pun ada.  Amy mengerling jam tangannya.  Aik, baru pukul dua belas tengah hari.  Setahunya waktu sekolah belum berakhir lagi.  Ini kes memontenglah ni. Hish, budak-budak ni mak bapak perabis duit nak sekolahkan dorang suruh menimba ilmu.  Melencong pula ke sini.  Apa mahu jadilah mereka ini?

“Amy?”, tegur satu suara apabila Amy sibuk memerhati sekeliling.  Segera di berpaling ke belakang.

“Haziq…”,  terkejut Amy melihat jejaka itu tegak berdiri di hadapannya.  Kenapa dia pun di sini?

Haziq tersenyum padanya.  “Amy buat apa dekat sini? Pergi dengan siapa?”

Terlihat saja jejaka itu jantung Amy dup dap dup dap!  Walaupun dia sudah merelakan Haziq bersama Melly namun hatinya tetap terpaut dengan jejaka itu.

“Err… nak main bolinglah.  Saya pergi dengan kawan”, jawap Amy dengan sengihan.

“Kawan?  Dengan Hana dan EJ?”, tanyanya sambil mencari kelibat Hana dan EJ di sini.

“Eh, bukan.  Bukan! Dengan kawan lain.  Hmm, awak tak kenal.  Awak ke sini dengan siapa?”,  Amy terus berdalih menanyakan teman Haziq ke sini pula. Dia lihat Melly tiada di sisi Haziq.  Tiada pula gadis itu.  Selalu berkepit dua empat jam.

“Saya dengan kawan-kawan saya, Amir dan Irwan.  Budak engineering.  Tu,  mereka dekat sana”,  tunjuk Haziq kepada dua pemuda yang langsung tak dikenali Amy di lorong kedua paling akhir.

“Oh, baru sampai ke?”, entah kenapa dia berasa kekok pula dengan Haziq.  Dulu okey saja.

“Ha’ah.  Baru je.  Eh, mana kawan awak tu?”

“Dia pergi toilet kejap”,  jawap Amy.  Dia berharap agar Rayyan lama lagilah di toilet. Dia tidak mahu Haziq berjumpa dengan Rayyan.  Takut dia akan berfikir bukan-bukan pula.

“Oh…”

Tiba-tiba bahu Haziq ditepuk dari belakang.  “Ziq, jomlah.  Game dah nak start.  Amboi, sempat lagi kau jual minyak ye?”,  perli jejaka memakai bajuT merah.  Salah seorang kawan yang disebutkan Haziq tadi agaknya.

“Hish, kau ni…  Jual minyak apanya?  Ini classmate akulah.  Jomlah.  Amy kitorang pergi ke sana dululah”, Haziq meminta diri.

“Oh,  yalah”, balas Amy sambil senyum buat Haziq dan kawannya.  Dia menghantar pemergian mereka ke tempat mereka.  Sesampai saja Haziq ke tempatnya,  dia menoleh kearah Amy.  Jejaka itu lantas memberikan senyuman buatnya. Amy tersipu-sipu dibuatnya.  Adoi, senyum dia buat aku cairlah!

Amy mendengar deheman dari arah belakang semasa dia ralit memandang Haziq walaupun jejaka itu tidak lagi memandangnya.  Segera dia berpaling.  Ek eleh,  mamat kerek rupanya.

“Amboi, amboi, amboi…  Bukan main suka lagi ye kau budak kecik kena usha dengan mamat-mamat tu tadi”,  sinis Rayyan memerli Amy sambil bercekak pinggang.

Dari jauh tadi dia nampak Amy sedang di keremuni dua jejaka yang tak dikenali.  Sepertinya sebaya dengan Amy.  Bukan main mesra lagi mereka berborak.  Sakit hati pula Rayyan menengoknya.  Erk, sakit hati?  Cemburu ke?  Tak ada maknanya nak cemburu bagai.  Rayyan cuba menafikan rasa hatinya.  Aku cuma…  Cuma tak mahu dia main-main aje!

“Mana ada!  Dorang semua rakan kolej sayalah”.

“Rakan kolej konon?  Budak kecik, kau dengar sini.  Aku tak suka kau berdating atau berborak mesra dengan mana-mana lelaki masa kau sedang kerja dengan aku.  Yang ni first warning dan last warning dari aku tentang hal ni.  Aku tak suka pekerja aku tak fokus dengan kerjanya.  Faham!”,  Rayyan memberikan sekeras-kerasnya arahan. 

Amy memberikan pandangan tajam kepada Rayyan.  Apa kes ni?   Ini tak boleh,  itu tak boleh.  Ke sebab dia cemburu?  Hoi Amy,  jangan perasan eh!  Buat apa dia nak cemburu dengan kau?  Buang masa aje!  Kau ni bukan taste dialah, Amy oi…  Atau,  entah-entah dia ini ada penyakit datang moon  juga macam perempuan tak?  Habis,  tiba-tiba aje angin Katarina dia datang.

“Orang dah cakap itu kawan kolej”, rungut Amy perlahan apabila Rayyan tak mahu mempercayainya.  Namun masih dapat didengari oleh Rayyan.

“Haa,  melawanlah tu!”

Amy terus menarik muncung empat belasnya.  Dia diam dan terus berdiri.  Bola boling diambil dengan kasar dan dia terus masuk ke lorong tanpa memperdulikan Rayyan.

Rayyan menggeleng-geleng melihat gelagat Amy.  Suka sangat mahu melawan arahannya.  Namun,  jauh di sudut hatinya entah kenapa dia senang dengan sikap Amy itu.  Bila suka dia kata tak suka,  bila menyampah dengan jujur menarik muka dan kadang kala secara langsung akan meluahkan rasa tak puas hatinya terhadap sesuatu.  Dia memang tidak hipokrit!.





Bersambung....



6 ulasan:

Amani Ahlam berkata...

I like ! Sambunglah lagi bila free2 =)

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Amani Ahlam, sudah semestinya.Tunggu sambungannya ya...^__^

Unknown berkata...

best cepatlah sambung lagi ya tq.

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

baby mio, in sha allah, next week baru akan di update lg, sabar menunggu..hehe

Unknown berkata...

best jugak... tergelak2x sorg sy membacanya...;-) waiting for next entry..

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Thanks sudi baca Ferra Leza. In sha allah next n3 akan di up lg...^_^