Rayyan tidak mampu
fokus pada kerja-kerja di atas meja kerjanya.
Dia masih memikirkan permintaan berupa desakan dari Mak Toknya petang
semalam. Orang tua itu benar-benar keras
kepala dan nekad dengan keputusannya.
Perangai dia dan Mak Tok sama keras kepala dan suka memaksa orang. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Terdengar-dengar suara keras Mak Tok.
“Ayien kena bawak calon cucu menantu untuk Mak Tok
sebelum hari keluarga syarikat kita pada dua puluh lapan Februari! Kalau tak
Ayien akan Mak Tok jodohkan dengan Ella, sepupu Ayein. Faham!”, tegas Mak Toknya. Bagai menjatuhkan hukuman. Sungguh kejam dan
sadis!
Berkerut-kerut dahi Rayyan tanda tak puas hati.
“Alah, Mak Tok mana boleh main paksa-paksa. Ayien belum ada calonlah. Takkan Mat Tok nak jodohkan Ella dengan Ayien
pulak? Hish, tak hadap Ayein dengan dia
tu. Tak sesuai langsung”, balas Rayyan tidak bersetuju dengan cadangan neneknya
itu. Dia dengan Ella? Tak mungkin! Dia tahu Ella itu orangnya
bagaimana. Suka joli sana, joli sini. Entah-entah
dah tak punya dara lagi. Gadis begitu Mak Tok nak jadikan isteri aku? Hui, tak
rela den.
Jelas garis-garis tidak puas hati di wajah Mak Tok.
“Ayien, kamu tahu umur kamu tu dah dua puluh lapan
tahun? Bukan makin muda tapi makin tua
tau. Sepatutnya usia macam kamu ni dah bernikah, dah ada anak sorang, dua. Ayien… kamulah satu-satunya cucu lelaki dalam
keluarga kita ni. Pewaris perniagaan keluarga
kita. Sepatutnya kamu dah lahirkan
pewaris keluarga yang seterusnya sekarang ni”, bebel Mak Tok seperti biasa bila
mereka sedang berbincang yang kurang di minati Rayyan ini.
Naik angin Mak Tok jadinya. Bila dia mengutarakan soal
jodoh dan kahwin kepada satu-satunya cucu lelaki kesayangannya ini pasti dia
mengelak dan membantah. Pelbagai alasan
sering diberikan. Nak enjoy
dululah. Belum sedia nak galas
tanggungjawablah. Nak stabilkan kewangan
dulu baru nak berbinilah. Banyak
kerjalah dan macam-macam lagi. Berbuih
dah mulutnya dok pot pet pot pet. Aku ni dah kempunan lama nak cicit.
Rayyan meraup rambutnya ke belakang. Hailah, Mak Tok ini. Tidak habis-habis dengan waris, waris,
waris. Capek deh! Setiap kali neneknya itu mengutarakan soal yang sama
pasti ada saja jawapnya. Bukan nak
kurang ajar. Tapi dia rimas. Baginya,
belum tiba lagi masa dia untuk berumah tangga bagai. Kalau dahulu sezaman dengan Mak Toknya
memanglah lelaki seusianya sudah ada isteri, ada anak. Sekarang ini zaman moden. Bagi lelaki zaman sekarang, life begins at thirty. Come on, Mak Tok!
“Atau… Ayien nak Mak Tok mati baru terfikir nak
berbini?”, tembak Mak Tok dengan suara yang disedihkan. Mata si cucu ditenung sayu.
Alahai, mulalah
Mak Tok ni berdrama dan psiko aku.
Mulalah aku dirundung rasa bersalah.
Suka sangat Mak Tok bangkitkan soal ‘mati’ dalam hal ini. Rayyan bangun dari tempat duduknya dan
melutut di hadapan neneknya.
“Mak Tok… kenapa
cakap macam tu? Tak baik tau”.
“Habis tu, Ayien
ikut cakap Mak Tok. Bawak bakal isteri
Ayien jumpa Mak Tok. Mak Tok tahu, mesti Ayien dah ada buah hati cuma Ayien aje
tak nak jumpakan dia dengan Mak Tok.
Ayien sengaja nak sembunyikan buah hati Ayien tu, kan?” Mak Tok langsung tidak percaya bahawa Rayyan
tidak punya kekasih. Tak mungkin cucunya
yang kacak lagi bergaya itu belum berpunya. Mustahillah.
Rayyan mengaru-garu kepalanya yang tak gatal. Adoi,
sudahku bilang belum punya
calon. Mana nak cekau anak gadis orang
jadi kekasih hati? Kalau boleh beli
dekat pasar malam, memang aku dah lama pergi beli. Masalahnya, tak ada!
“Mak Tok…”
“Ayien jangan membantah.
Ini keputusan Mak Tok. Kalau Ayien tak bawa juga pada masa yang
ditetapkan, secara rasminya Ayien akan Mak Tok jodohkan dengan Ella. Kalau Ayien enggan juga Mak Tok akan tarik
semua kesenangan Ayien. Jawatan Ayien di
syarikat sebagai CEO juga akan ditarik balik.
Ayien jangan lupa yang Mak Tok masih berkuasa dalam syarikat tu. Lepas tu Ayien akan jadi papa kedana. Ayien nak macam tu?”, ugut Mak Tok dengan
wajah cukup serius.
Menganga Rayyan dibuatnya. Dia menelan liur. Oh, no!
Mak Tok betul-betul serius ke?
Takkan nak jadikan aku papa kedana disebabkan hal ini saja? Kalau semuanya ditarik balik, dia tak mampu
untuk membayangkan kehidupannya selepas ini.
Mungkin dia akan tidur dikaki lima beralaskan kotak! Dan… lebih dahsyat lagi, dia perlu mencari
makan di dalam tong sampah atau mengharap belas orang!
“Mak Tok serius ke?”
“Ayien ada nampak muka Mak Tok ni main-main?”, soalan di
jawap dengan soalan juga. Dia perlu bertegas kali ini. Jika tidak Rayyan akan buat tidak tahu saja.
“Tapi Mak Tok…”
“Tak kira! Ayien kena ikut juga tanpa bantahan lagi”
Tanpa memperdulikan si cucu yang seakan-akan merayu itu. Dia terus berdiri dan menuju ke anak tangga
mahu naik ke biliknya di tingkat atas.
Terus Rayyan terduduk dan bersandar di hadapan sofa. Kali
ini Mak Tok benar-benar nekad nampaknya.
Aku pula sudah tidak mampu lagi hendak mengelak. Dia mencampak pen yang ada di tangan. Diraup
rambut ke belakang beberapa kali.
Runsing bila memikirkannya. Apa
aku nak buat ni? Calon pun tak ada. Adoi, berserabut otak aku… Jangan nak kata
calon isteri, kawan perempuan pun dia tak ada.
Ramai gadis yang mahu berkenalan dengannya namun ditolak mentah-mentah.
Semua gadis-gadis itu banyak yang gayanya agak kebaratan.
Wajah memang cantik bak model tapi seksi, menggedik, mengada-ngada dan
materialistik. Itu semua bukanlah tastenya. Dirinya memerlukan seorang gadis yang
sederhana, jujur, memahami dan menerima dia seadaanya bukanlah kerana
kesenangan di miliki. Biarlah orang mahu
mengata dia terlalu cerewet. Yang
penting itu adalah cita rasanya. Perdulikan orang lain. Masa hanya tinggal
empat belas hari saja lagi. Entah di
mana dia hendak mencari calon cucu menantu dalam masa sesingkat ini?
“Haish, apa pun tak boleh!”, keluhnya kasar.
Di rasakan ruang pejabatnya semakin menyesakkan
kepala. Ada baiknya aku keluar release tension. Daripada duduk dalam pejabat satu kerja pun
tak boleh buat. Rayyan mencapai telefon
pintarnya dan kunci kereta. Lantas dia
keluar dari bilik khas untuknya.
"Nina, I nak keluar. Cancel
semua appointment I hari ni”,
arah Rayyan kepada PAnya.
Berkerut-kerut dahi wanita itu. “Tapi, Encik Rayyan hari ini encik ada
appointment dengan Datuk Wong. Dah lama
dia minta untuk berjumpa dengan encik”, terang Nina kepada Rayyan.
“Postponed
aje. Cakap hari ni I ada hal penting
yang tak dapat dielakkan”, arah Rayyan sambil melipat lengan baju kemeja yang
dipakai.
“Tapi…”
Rayyan berdecit.
Tak faham arahan ke PA aku ni?
“Nina, just do it. Okey?”
Keluhan kecil terpancul juga dari mulut Nina. “Baiklah, Encik Rayyan”, sahutnya lemah. Hmm…
nampaknya aku kena marah lagilah dengan Datuk Wong nanti. Sudahlah dia itu cerewet . Nasib kaulah Nina jadi PA Encik Rayyan.
Ketuanya ini pula. Kerja macam tak kerja.
Keluar ikut suka dia saja.
“Oh, ya…”. Rayyan
berpatah balik setelah beberapa langkah ke hadapan.
“Nina, kalau Puan Sri ada call atau datang sini cari
I, you cakap I pergi jumpa klien ke apa
eh. You faham?”, pesannya.
“Baiklah, Encik Rayyan”, Nina terpaksa akur.
Pengsan aku kejap lagi karang. Kejap kata macam gini, kejap kata macam itu. Puan Sri entah keberapa kali kena kelentong
dengan aku sebab si Rayyan ini. Nasib
dia bos aku.
Rayyan terus berlalu tanpa sebarang kata lagi.
~*~*~*~*~*~
“Ada apa encik panggil
saya ke sini?”, tanya Amy dengan wajah kelatnya.
Sudah
kenapalah pula dia panggil aku ke tempat
boling pula? Banyak lagi benda penting
yang aku kena buat. Hendak kena study
lagi. Sudahlah final exam tak lama lagi.
“Kita
dekat pusat bolingkan? Mestilah nak main
boling. Takkan main masa-masak
pula. Tak logikkan?”, ujar Rayyan
selamba sambil tergelak sendirian. Dia
buat lawak, dia juga ketawa
sendiri. Menyampah Amy menengoknya. Dia ini ada penyakit SS (Syok Sendiri)
agaknya. Ting tong betul!
Tawa
Rayyan hanya seketika saja apabila melihat Amy tidak berubah riak. Makin cemberut dan memuncung adalah. Dia malu sendiri. Lawaknya tidak menjadi rupanya. Dia berdeham kecil.
“Hmm…
aku ajak kau ke sini sebab nak ajak kau main boling dengan aku. Aku nak kau teman aku main”.
Amy
mengeluh kasar. “Encik beria telefon
saya tadi hanya nak suruh saya teman encik main boling? Saya punyalah tergesa-gesa ke sini.
Sepatutnya saya ada study group dengan kawan-kawan hari ni tapi saya terpaksa
batalkan hanya sebab encik tau. Buang
masa saya sajalah”, rengus Amy bercekak pinggang. Mahu terbakar hatinya saat ini.
“Eh,
kau marah aku pula. Jangan lupa kau tu
kuli aku. Aku ni bos. Sebagai kuli kau…”, belum pun Rayyan menghabiskan ayatnya Amy
telah menyampuk.
“Stop… stop. Encik tak payah nak ulang-ulang. Saya dah tahu apa yang encik nak cakap”,
tahan Amy. Nanar telinganya asyik
mendengar perkara yang sama. Balik-balik
itu, balik-balik itu. Kalau telinga ini boleh bercakap dah lama dia
cakap penat tau.
“Tahu
pun. Lain kali jangan bagi aku ulang
benda yang sama. Kau ikut ajelah tanpa
banyak cakap”, bebel Rayyan.
“Yalah…
yalah”, Amy mengalah sendiri dengan suara dilembutkan. Baru dia perasan jika dia dan Rayyan bertekak
pasti dia saja yang sering mengalah dulu. Kalau dengan kawan-kawannya yang lain
dia saja mahu menang. Hairankan? Mungkin kerana dia malas hendak bertekak kot.
Rayyan
sudah tersenyum menang. Dia mengambil sebiji
bola boling dan menghulurkan kepada gadis itu.
Saat itu Amy yang belum bersedia, cepat-cepat mengambil bola berwarna
biru dari tangan Rayyan. Hampir saja
bola itu jatuh. Adeh, berat juga bola
ni. Dia memandang Rayyan dengan
pendangan kurang mengerti. Tadi suruh
teman aje. Takkan suruh main sekali?
“Aku
nak kau main jugak. Kau tahu main ke
tak?”
Laju
Amy menggeleng. Manalah dia reti main
boling. Main pun tak pernah. Dia dan kawan-kawannya bukanlah suka sangat
permainan indoor seperti ini. Mereka lebih sukakan aktiviti outdoor, macam bola sepak dan bola
jaring.
“Kau
tengok dulu aku main macam mana. Nanti
kau ikutlah”
Rayyan berlari anak ke lorong dan dengan sedikit gaya
hayunan dia melepaskan bola itu. Bola
boling berguling-guling sehingga menjatuhkan semua pin.
“Yeah, strike!”, jeritnya namun masih dalam nada
perlahan.
Nampak macam senang saja.
Baling bola then jatuhkan
semua benda putih yang macam batu nisan tu.
Alah, kacang goreng aje. Aku pun boleh buat!
“Giliran kau pulak”.
Dengan yakin diri dia berjalan menuju ke lorong. Setelah memastikan dia berdiri betul-betul di
tengah-tengah bola dijatuhkan. Mula-mula
dia berguling elok saja di tengah, entah
macam mana sampai dipertengahan bola itu melencong pula ke arah lain. Masuk longkang. Hampeh!
Macam manalah boleh begitu pula?
Itulah, tadi cakap macam senang sangat.
Kacang goreng konon!
“Giliran kau pulak”.
Dengan yakin diri dia berjalan menuju ke lorong. Setelah memastikan dia berdiri betul-betul di
tengah-tengah bola dijatuhkan. Mula-mula
dia berguling elok saja di tengah, entah
macam mana sampai dipertengahan bola itu melencong pula ke arah lain. Masuk longkang. Hampeh!
Macam manalah boleh begitu pula?
Itulah, tadi cakap macam senag sangat.
Kacang goreng konon!
“Hahahaha!”, berdekah-dekah Rayyan mengetawakannya.
Tiga suku betul mamat ni.
Tahulah dia pandai main aku ini tak. Boleh digelak-gelakkannya. Ceh!
“Hai, tadi konfiden sangat. Beria
sangat. Hahaha…”, Rayyan sambung ketawa
tanpa memikirkan perasaan Amy yang bengkek
saat ini. “Dah, kita main lagi. Kau belajar dan praktis. Lepas ni tak adalah
masuk longkang lagi”, perlinya setelah
tawa mereda.
Cis! Sempat lagi memerli ya. Kureng
betul mamat ni. Tak apa, tak apa. Nanti
bila aku dah reti habislah kau mamat!
Aku kalahkan kau seratus kali pun boleh.
Hati Amy membalas kata perlian Rayyan.
Namun dalam hati saja. Hehehe
Setelah lima kali pusingan setiap seorang Amy masih lagi
belum mampu menjatuhkan satu pin pun.
Semuanya ke longkang. Rayyan pula
tidak habis-habis hendak ketawakannya. Tak apa Amy. Usaha itu adalah tangga kejayaan. Chaiyok!
“Okey, kita take
five. Aku nak ke toilet kejap. Kau tunggu sini”.
“Okey”, jawap Amy.
Sambil menunggu kedatangan Rayyan, Amy duduk di bangku
yang disediakan. Matanya melilau ke sana
sini memandang sekeliling. Tidaklah
ramai sangat hari ini di sini. Mungkin
sebab hari bekerja. Si Rayyan ini kerja
apalah? Bos dia tak marah ke main keluar
sesuka hati aje? Ah, lantak dialah. Buat
apa difikirkan.
Kebanyakkan
yang berkunjung ke sini adalah budak-budak
muda. Yang berpakaian kustom sekolah pun
ada. Amy mengerling jam tangannya. Aik, baru pukul dua belas tengah hari. Setahunya waktu sekolah belum berakhir
lagi. Ini kes memontenglah ni. Hish,
budak-budak ni mak bapak perabis duit
nak sekolahkan dorang suruh menimba ilmu.
Melencong pula ke sini. Apa mahu
jadilah mereka ini?
“Amy?”,
tegur satu suara apabila Amy sibuk memerhati sekeliling. Segera di berpaling ke belakang.
“Haziq…”, terkejut Amy melihat jejaka itu tegak berdiri
di hadapannya. Kenapa dia pun di sini?
Haziq
tersenyum padanya. “Amy buat apa dekat
sini? Pergi dengan siapa?”
Terlihat
saja jejaka itu jantung Amy dup dap dup dap!
Walaupun dia sudah merelakan Haziq bersama Melly namun hatinya tetap
terpaut dengan jejaka itu.
“Err…
nak main bolinglah. Saya pergi dengan
kawan”, jawap Amy dengan sengihan.
“Kawan? Dengan Hana dan EJ?”, tanyanya sambil mencari
kelibat Hana dan EJ di sini.
“Eh,
bukan. Bukan! Dengan kawan lain. Hmm, awak tak kenal. Awak ke sini dengan siapa?”, Amy terus berdalih menanyakan teman Haziq ke
sini pula. Dia lihat Melly tiada di sisi Haziq.
Tiada pula gadis itu. Selalu
berkepit dua empat jam.
“Saya
dengan kawan-kawan saya, Amir dan Irwan.
Budak engineering. Tu,
mereka dekat sana”, tunjuk Haziq
kepada dua pemuda yang langsung tak dikenali Amy di lorong kedua paling akhir.
“Oh,
baru sampai ke?”, entah kenapa dia berasa kekok pula dengan Haziq. Dulu okey saja.
“Ha’ah. Baru je.
Eh, mana kawan awak tu?”
“Dia
pergi toilet kejap”, jawap Amy. Dia berharap agar Rayyan lama lagilah di toilet. Dia tidak mahu Haziq berjumpa
dengan Rayyan. Takut dia akan berfikir
bukan-bukan pula.
“Oh…”
Tiba-tiba
bahu Haziq ditepuk dari belakang. “Ziq,
jomlah. Game dah nak start. Amboi, sempat lagi kau jual minyak ye?”, perli jejaka memakai bajuT merah. Salah seorang kawan yang disebutkan Haziq
tadi agaknya.
“Hish,
kau ni… Jual minyak apanya? Ini classmate
akulah. Jomlah. Amy kitorang pergi ke sana dululah”, Haziq
meminta diri.
“Oh, yalah”, balas Amy sambil senyum buat Haziq
dan kawannya. Dia menghantar pemergian
mereka ke tempat mereka. Sesampai saja
Haziq ke tempatnya, dia menoleh kearah
Amy. Jejaka itu lantas memberikan
senyuman buatnya. Amy tersipu-sipu dibuatnya.
Adoi, senyum dia buat aku cairlah!
Amy
mendengar deheman dari arah belakang semasa dia ralit memandang Haziq walaupun
jejaka itu tidak lagi memandangnya.
Segera dia berpaling. Ek eleh, mamat kerek rupanya.
“Amboi,
amboi, amboi… Bukan main suka lagi ye
kau budak kecik kena usha dengan mamat-mamat tu tadi”, sinis Rayyan memerli Amy sambil bercekak
pinggang.
Dari
jauh tadi dia nampak Amy sedang di keremuni dua jejaka yang tak dikenali. Sepertinya sebaya dengan Amy. Bukan main mesra lagi mereka berborak. Sakit hati pula Rayyan menengoknya. Erk, sakit
hati? Cemburu ke? Tak ada maknanya nak cemburu bagai. Rayyan cuba menafikan rasa hatinya. Aku cuma…
Cuma tak mahu dia main-main aje!
“Mana
ada! Dorang semua rakan kolej sayalah”.
“Rakan
kolej konon? Budak kecik, kau dengar
sini. Aku tak suka kau berdating atau
berborak mesra dengan mana-mana lelaki masa kau sedang kerja dengan aku. Yang ni first
warning dan last warning dari aku
tentang hal ni. Aku tak suka pekerja aku
tak fokus dengan kerjanya. Faham!”, Rayyan memberikan sekeras-kerasnya arahan.
Amy
memberikan pandangan tajam kepada Rayyan.
Apa kes ni? Ini tak boleh, itu tak boleh. Ke sebab dia cemburu? Hoi Amy,
jangan perasan eh! Buat apa dia
nak cemburu dengan kau? Buang masa
aje! Kau ni bukan taste dialah, Amy
oi… Atau, entah-entah dia ini ada penyakit datang moon
juga macam perempuan tak?
Habis, tiba-tiba aje angin
Katarina dia datang.
“Orang
dah cakap itu kawan kolej”, rungut Amy perlahan apabila Rayyan tak mahu
mempercayainya. Namun masih dapat
didengari oleh Rayyan.
“Haa, melawanlah tu!”
Amy
terus menarik muncung empat belasnya.
Dia diam dan terus berdiri. Bola
boling diambil dengan kasar dan dia terus masuk ke lorong tanpa memperdulikan
Rayyan.
Rayyan
menggeleng-geleng melihat gelagat Amy.
Suka sangat mahu melawan arahannya.
Namun, jauh di sudut hatinya
entah kenapa dia senang dengan sikap Amy itu.
Bila suka dia kata tak suka, bila
menyampah dengan jujur menarik muka dan kadang kala secara langsung akan
meluahkan rasa tak puas hatinya terhadap sesuatu. Dia memang tidak hipokrit!.
Bersambung....
6 ulasan:
I like ! Sambunglah lagi bila free2 =)
Amani Ahlam, sudah semestinya.Tunggu sambungannya ya...^__^
best cepatlah sambung lagi ya tq.
baby mio, in sha allah, next week baru akan di update lg, sabar menunggu..hehe
best jugak... tergelak2x sorg sy membacanya...;-) waiting for next entry..
Thanks sudi baca Ferra Leza. In sha allah next n3 akan di up lg...^_^
Catat Ulasan