Selasa, 1 Oktober 2013

Cerpen : He Love Me, He Love Me Not?


“Dia suka aku? Dia tak suka aku? Dia suka ke tak?”, berulang kali aku menghitung sambil mengoyakkan-ngoyakkan tisu.Habis bertaburan tisu dilantai. Sesuka suki saja aku buat sampah. Ingat kolej ini aku yang punya agaknya.Orang yang lalu lalang memandang kehairanan. Mesti dorang cakap,sudah sewel agaknya minah ni. Ah, perduli apa aku!. Aku sedang dalam dilemma ni.

“Suka ke tak?” Haish, susah pulak nak buat keputusan. Eh, buat apa yang aku sibuk-sibuk buat keputusan macamlah dia suka aku. Apa kata aku pergi tanya dia empat mata? Tapi, aku ni perempuan. Tak manis pulak kalau aku pergi tanya. Adoi…

“Hoi,minah! Apa kau buat ni bro? Ya Allah…dia buat sampah rupanya kat sini. Hmm, penat aku keiling kolej cari kau tau”. Tiba-tiba Izat sergah aku. Eee… tak bagi salam , tak apa.  Haa, dia inilah yang aku maksudkan tadi.  Muka memang boleh tahan. Tapi dia ni ada satu perangai buruk. Dia playboy! Pantang tengok gadis dahi licin, semua nak sapu tapi dia hanya suka-suka saja bukan sampai ke bilik bagai.  Entah macam mana aku boleh jatuh suka kat dia?

“Assalammualaikum!” perli aku.

Dia tersengih-sengih. “Wa’alaikumsalam…”

“Aku tak ada buat apalah.  Saja main tisu nak bagi cleaner kat kolej ni kerja lebih.Kau cari aku ni apahal?”, mesti ada apa-apa ni. Dia melabuhkan punggung di atas tembok, bersebelah dengan aku.

“Yalah tu.  Hai aku cari kau pun tak boleh ke?  Kata BFF aku”.

“Alah, kau tu macam aku tak tahu.  Kalau beria ni mesti ada benda kau nak perintah. Haa, kali ni awek mana pulak yang kau nak aku tolong usha?” Izat selalu menyuruh aku mengusha awek untuknya.  Katanya aku lebih faham dengan perempuan.  Kalau dia usha akukan senang.  Aku terima aje dengan hati terbuka.  Hehehe…

“Eh, kau dah arif dengan aku ni erk.  Alah, kadang-kadang tu aku cari kau bukan sebab nak usha awek aje, hal lain pun aku jumpa kau apa.  Kitakan kawan, ya dak”. Lain macam aje ayat tu.

“Kawanlah sangat.  Cepat cakap kau nak apa?”, malas aku nak layan dia.

 Izat menyengih lagi.  Dari sengihan dia aku dapat mengagak,  pasti dia hendak meminta sesuatu. 

“Joe… aku nak minta tolong kau sikit. Sikit aje, tak banyak pun. Boleh?”, aku dah agak. Muka dibuat-buat comel. Ini yang aku lemah ni.

 “Apa dia?  Straight to the point ajelah”.  Aku mengeluarkan green light kepadanya.

 Izat sudah tersenyum senang.  Izat terus membuka bagpacknya.  “Boleh tak kau tolong aku taipkan assigtment ni.  Aku dah tulis bahan dalam buku ni.  Tinggal taipkan saja.  Lepas tu kau print and bendingkan sekali.  Esok kau pas kat aku.Boleh tak?”

 Berkerut dahi aku. “Ini bukan assigtment Prof Farid ke? Kau tak siap lagi?Setahu akulah due date dia dah tamat.  Apasal kau tak siapkan lagi?”

 “Ha’ah.  Prof bagi aku masa sampai esok aje.  Aku terlupa nak buat.  Baru semalam aku teringat itu yang tak sempat nak taip. Joe, tolonglah aku eh?”,  makin dia buat muka comel!  Hailah Izat, muka kau dahlah jambu, buat macam tu makin jambu aku tengok!

“Kau pergilah buat sekarang. Kan sempat lagi ni”.  Hmm… macam mana tak lupa? Asyik berendut dua puluh empat jam.  Izat… Izat…

“Aku tak sempat.  Kejap lagi ada date dengan Melly.  Please Joe…pleaseeee!.Tolong eh?”,rayunya lagi.Adoi…

Rasa tak sampai hati pulak.  Cuma yang aku geram tu dia menyempat pulak pergi dating!  Boleh pulak macam tu.  “Oklah.Oklah”.  Akhirnya aku terpaksa bersetuju juga.

~*~*~*~*~

“Haish, mana pulak pergi minah sorang ni. Perut dah lapar gila ni”, rungut Izat sendirian.

Terkocoh-kocoh aku berlari mendapatkan Izat.  Nafas ditarik sedalam-dalamnya.  Semput gila weh!

 Izat… sorry… aku… terlambat”, tercungap-cungap aku meminta maaf pada Izat. 

“Aku dah tunggu kau macam tunggul dekat sini.  Perut aku dah lama merengek tau. Karang aku melantak dulu kau merajuk pulak nanti”, ujar Izat dengan mulut dimuncungkan.

Alolo… merajuk pulak cik abang kita sorang ni.  Hai, aku ni sudahlah failed bab-bab memujuk.

“Alah, rileklah bro. Lambat sikit aje kot.  Takkan dah nak hot”.

Aku dengar Izat mengeluh.  “Sikit kau kata?  Terlambat banyak tau”.

“Alah, sorrylah.  Lambat sikit aje pun dah merungut macam nenet kebayan”, bukan memujuk tapi makin membuatkan Si Izat ni berangin adalah. Kan aku kata, aku ni failed memujuk!

Sudahnya Izat menjengilkan mata padaku.  Aku apa lagi, sengih ajelah.

“Nah.  Aku lambat tadi sebab masakkan mee goreng untuk.  Rasalah”,  dengan penuh bersemangat aku meletakkan tupewear dan garpu di hadapan Izat. Kelam kabut pagi tadi dia menyediakan bahan memasak mee goreng yang di copy and print dari Pak Google.  Aku saja je jenjalan tengok resepi semalam masa bosan duduk di rumah.  Tengok aje resepi terus aku copy.  Konon nak cubalah memasak resepi ni walaupun hakikatnya aku memang tak pandai memasak langsung.

Izat hanya memandang saja tupewear aku itu. Mesti dia tak percaya aku yang masak. 

 “Kau ke yang masak? Macam tak percaya aje”, Izat sudah membuat muka tak percaya dia pada aku.

 “Yalah.  Habis kau ingat siapa?  Hantu yang masak? Penat tau aku masak pagi tadi. Tengok ni…”, aku menunjukkan ibu jari kiri yang berbalut kemas sebagai tanda aku benar-benar memasak.

“Boleh makan ke ni?”

Weh, aku rasa macam nak hempuk aje dengar soalan dia.  Biar bengong terus.  Mestilah boleh makan. Kalau tak boleh, maknanya mee goreng aku dah jadi batu.

“Bolehlah sayang oi… Trylah dulu baru tau. Kau jangan risau aku tak ada letak racun atau minyak pengasih ke apa. So, selamat untuk dimakan”.  Aku meyakinkan dia.

 Izat aku lihat seperti ragu-ragu untuk menjamah. Namun dia membuka juga penutup tupewear dan garpu dicapai.  Bila dia buka aje penutup uiii… semerbak bau dia wa cakap lu.  Mesti sedap ni masakan aku, bisik aku penuh yakin.

 Izat mula menyua garpu ke mulut. Di kunyah.  “Puih! Joe kau masak apa ni? Masin gila ni weh!”, Izat meludah ke tisu.

 Muka aku dah lain macam bila dia buat macam itu.  Terasa hati dengan sound direct dia.  Pedas gila bagi aku!

 “Apa pulak…”, terus aku menarik tupewear di hadapan Izat.  Penat aku masak, dia boleh kutuk.  Tapi,  memang tadi tak sempat nak rasa sebab tak sempat. Aku sudu masakkan ke mulut.

“Puih! Puih! Masinnya!”, cepat-cepat aku capai air mineral dan meneguk laju.

 “Kan aku dah kata”, ejek Izat sambil mengelakkan aku.

 Malunya aku! Sepatutnya aku rasa dulu tadi. Muka dah tebal lapan inci dah ni.  Tanpa berlengah aku menutup tupewear dan memasukkannya semula ke dalam plastik. Aku berdiri mahu balik ke rumah dan mengutuk diri sendiri. Namun Izat segera menahan.

 “Weh, kau nak ke mana pulak? Kejap lagikan kita nak discuss pasal kerja kumpulan”.

“Nak balik ah!”, jawap aku dengan muka yang cemberut.

 “Joe, kau marah eh pasal aku kritik mee goreng kau ni? Alah… rileklah Joe. Janganlah touching sangat. I’m sorry, okey?”, pujuk Izat. Hati aku sedikit tersentuh dengan pujukkannya.  Lengan aku ditarik untuk duduk kembali ke kerusi aku tadi.

Aku menurut saja.

“Joe, sorrylah. Tak ada niat pun nak kutuk kau.  Kau tau ajelah mulut aku ni kadang-kadang macam longkang”, pujuk dia lagi.

“Tahu pun mulut tu macam longkang”, sinis dan selamba aku mengejeknya.  Muka sengaja aku monyokkan padahal hati sudah sesejuk ais bila kena pujuk tadi. Cuma malu aje tak hilang dari tadi. Dia pulak senyum aje walaupun aku tadi mengejek dia.  Siapa suruh mengaku mulut tu macam longkang tadikan?

 “Okey, sebagai tanda maaf aku belanja kau makan hari ni. Kau order aje”.

 Dia nak belanja aku? Baiknya dia… Tak boleh dilepaskan ni. Bak kata orang rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Aku nak pau dia cukup-cukup.  Siaplah kau Izat! Aku sudah tersenyum jahat. Wahahaha…

~*~*~*~*~*~

“Hish, mana pulak pergi dia ni? Tadi kata nak pergi toilet kejap aje”, rungut aku. Ke mana pulak mamat ni menghilang?

Sedang aku menoleh kiri dan kanan mencari kelibat Izat, aku lihat jejaka itu sedang bercakap dengan seseorang di tembok. Aku mendekati sedikit dan bersembunyi di tiang.

“Lah… dia berdating dekat sini rupanya.  Aku punyalah tunggu dia bagai nak rak.  Eee… dia memang nak kena tau!”, aku terus mengintip Izat di balik tiang.  Dalam pada geram, aku rasa cemburu. Hmm, kenapalah dia tak pernah nampak aku selama ini? Aku dah lama ada hati dekat dia.

“Betul ke you tak ada girlfriend lagi? You tipukan?”, dengan penuh manja gadis itu bertanya kepada Izat.

“Betullah. I memang belum ada sesiapa lagi. Youlah bakal jadi girlfriend I. Itu pun kalau you sudi”, Izat sibuk menjual minyak. Amboi, bukan main lagi dia manis mulut. Bergula-gula!

 “Alah, I dengar desas-desus you dah ada girlfriend.  Orang cakap you rapat dengan Joanna, betul tak? I tak naklah kacau boyfriend orang. Nanti tak pasal-pasal dia serang I pulak. Tapi… betul-betul masih single, I boleh terima you”, ujar si gadis dengan suara yang lebih menggoda.  Si Izat apa lagi, suka sakanlah. Naik berbulu aku tengok dorang ni.

 Aku tengok Izat senyum meleret. “I dengan Joe?  Hei, kami tak ada apa-apalah. We just friend not more then that. Lagi pun perempuan macam Joanna tu bukanlah taste I”, pengakuan Izat tanpa diduga.

 Aku tersentak. Perempuan macam aku tu bukan taste dia?  Apa maksudnya?

 “Betul ke ni?”

“Yalah. Joe tu sifat dia kasar dan keras macam jantan. I mana sesuai dengan dia. I hanya boleh anggap dia kawan aje. Lebih-lebih memang taklah”. Hancur hati aku mendengar kata-kata Izat.  Dia anggap aku hanya kawanya? Selama ini aku bertepuk sebelah tangan saja.

“So, you suka girl yang macam mana?”

“Hmm, I suka girl yang macam youlah.  Pandai bergaya, cantik, seksi dan manja. I rasa you dah cukup pakej untuk jadi girlfriend I”.

Really?”, tanya si gadis dalam nada gembira.

 “Semestinya my dear”.

 Aku tak mampu untuk mendengar lagi.  Izat sememangnya tak suka gadis seperti aku.  Aku menilik diri. Berkemeja dan berbajuT. Bercap dan berseluar jeans. Aku akui, diri ini sememangnya tiada daya tarikan langsung.  Betul kata Izat, aku macam jantan.  Perlu ke aku ubah penampilan menjadi gadis yang menjadi pilihan Izat? Salah ke aku begini kerana ini adalah gayaku sejak azali lagi?  Perlahan-lahan aku meninggalkan tiang itu dan terus berlalu.


~*~*~*~*~*~

“Phewittt!”, usha satu suara apabila seorang gadis cantik berbual dengan seorang pelajar perempuan.

 Izat jadi pelik apabila melihat sekelompok remaja lelaki berkumpul di koridor.

 “Apa hal tu beb? Ada PM datang ke apa?”, tanyanya kepada Aman.

Aman hanya mengangkat bahu. “Mana aku tahu. Jomlah kita pergi tengok. Mana tahu ada awek cun ke dekat situ”, Aman yang seangkatan dengan Izat memberikan cadangan.

“Betul jugak erk? Karang melepas pulak. Jomlah”

Aku sudah tidak selesa dengan penampilan baru ini. Berskirt paras lutut, berblaus lengan pendek warna merah dan berkasut tumit tinggi.  Wajah pula di solek ala kadar oleh  Yasmin, kakak sulungnya yang baru pulang dari UK beberapa minggu lepas. Kata dia, muka aku ni semula jadi cantik dan kulit pun licin jadi tidak perlulah dia make up tebal-tebal. Kak Long adalah seorang gadis yang cukup bergaya dan elegan, bukan sepertinya. Bila dia menyatakan hasrat mahu merubah penampilan Kak Long memang terkejut besar namun dia tetap bantu juga.  Atas berkat Kak Long selama seminggu melatih aku tanpa jemu akhirnya berjaya juga walaupun pada mulanya sangat kekok hendak mengenakan high heels. Yalah, selalu guna kasut Converse aje.

Walaupun sudah seratus peratus penampilan sudah berubah namun aku tetap berasa kekok.  Aku merasakan ini bukanlah diri aku. Sudah seperti orang lain.  Betul ke tindakkan aku ini?  Aku sudah mula ragu-ragu sama ada mahu teruskan atau tidak. Lagilah aku canggung bila hari first orang sudah memberikan perhatian seperti aku ini artis. Aku sudah tidak tahan lagi dengan pandangan mereka lantas aku bergerak ke kelas.

 “Hai, boleh berkenalan?”, sapa satu suara dari arah belakang.

Aku seakan-akan kenal dengan pemilik suara itu. Hati sudah berbunga-bunga. Izat! Pantas aku berpaling.

 Dari pandangan mata aku dapat lihat Izat seperti terpegun.

“Macam pernah tengok aje you ni”, luahnya dengan dahi berkerut.

Aku diam saja.  Sengaja mahu tengok dia cam ke tak.

“You ni macam…”

“Macam siapa? Cakaplah Izat”, dengan tak sabarnya aku bertanya. Terlalu gelojoh pulak!

 Izat seakan-akan tergamam dengan pertanyaan aku. Pasti dia terkejut dengar suara aku ni.

 “Joe? Joanna? Is that you?”

Aku mengangguk laju. Senyuman meleret menghiasi bibir.

What happen to you? This is ridiculous!”, ada riak tidak mengerti di wajahnya. Riak seperti tidak percaya pun ada.

Yup! This is me, Joanna.  Hei, kawan kau pun dah tak kenal ke?”  Aku tengok dia macam tak suka saja dengan penampilan baru aku ni. Dia tak suka ke?

 “Joe, apa kena dengan kau ni?”

Hilang terus wajah gembira aku bila dia tanya begitu. “Kenapa? Tak cantik ke?”

No, kau memang cantik tapi aku…”, Izat ketawa sinis.  Kedengaran tawanya agak menjengkelkan.  Seolah-olah hendak mengejek. Dia tak boleh terima ke dengan pembaharuan yang aku buat?

 “Joe, kau dah hilang akal apa? Apasal kau pakai macam ni? Dah macam apa aku tengok”, kutuk Izat masih lagi dengan tawanya dan menggeleng-geleng bagai tidak mahu percaya.

“Kenapa pulak kau ketawa? Kau tak suka ke aku macam ni?”

 “Bukan aku tak suka cuma aku janggal dengan penampilan kau sekarang ni.  Beb, aku lagi suka Joanna yang dulu daripada ni. Sekarang ni aku tengok kau dah macam perempuan yang tak bermaruah yang selalu aku usha suka-suka tu.  Joe, mana diri kau yang dulu? Aku lebih selesa dengan Joanna dulu!” tanpa memikirkan perasaan aku dia terus mengutuk aku perempuan tak bermaruah.  Hina sangat ke aku ni? Aku jadi begini sebab dia suka gadis yang begini.

Aku menentang tajam mata Izat. “Izat apa kau cakap ni? Bukan kau suka ke style perempuan macam ni. Seksi, manja dan pandai bergaya. Kau tak suka gadis macam aku yang dulu, kan? Joanna yang macam jantan dan langsung tak ada sifat perempuan!”, aku menghamburkan rasa marah dan tak puas hati. Air mata mahu tumpah namun aku cepat-cepat tahan.

 “Bila masa aku cakap macam tu?”

“Ada. Masa kau tengah usha awek junior. Kau cakap aku bukan taste kau sebab aku ni macam jantan.  Izat untuk pengetahuan kau, aku berubah begini sebab aku sukakan kau!”, aku menutup mulut. Ah, aku terlepas kata!

 “Joe, kau cakap apa?”

Aku diam. Malu untuk menatap wajah Izat. Lagi pun dia sudah mendengar dengan jelas. Buat apa bertanya lagi?

“Joe, cakap sekali lagi? Joanna!”, Izat merentap tanganku sewaktu aku ingin berlalu.

“Ya, aku suka kau Izat!”, jerit aku sudah tidak tertahan lagi. Rasa ini aku tak mampu simpan lagi. Makin simpan makin sakit!

Tepat jangkaan aku. Dia pasti terkejut dua kali ganda terkejut melihat perubahan diri aku tadi.

 “Joe, kau…”, Izat seolah-olah hilang kata-kata.

 “Sekarang puas hati kau! Baru aku tahu, walau macam mana pun aku ubah penampilan kau tetap tak akan sukakan aku.  Kenapa aku terlalu bodoh? Aku bodoh kerana buat perkara bodoh begini kau!”, aku terus berlari meninggalkan dia di situ yang masih tegak berdiri. Aku malu dengan diri sendiri, malu pada Izat dan semua orang. Air mata yang ditahan tumpah juga. Joanna, kenapalah kau buat semua ini padahal kau tahu dia takkan ada perasaan dengan kau walau sedikit pun!

~*~*~*~*~*~

Hampir dua minggu aku dan Izat tak bertegur sapa.  Izat cuba mendekati tapi aku mengelak. Aku masih malu dengan kejadian kelmarin.  Perasaan malu itu tak mahu pergi dari aku.  Sekarang aku kembali kepada keadaan yang asal.  Aku lebih suka menjadi Joanna yang dulu dan takkan menukar penampilan lagi. Biarlah orang nak kata apa, asal aku bahagia dengan cara aku sendiri.

Tentang Izat, aku sudah malas mahu fikir lagi.  Biarlah keadaan reda dulu. Dia berhak untuk memilih siapa yang dia suka. 

Kelas telah pun tamat. Aku bercadang mahu balik rumah terus sebab Kak Long sibuk ajak aku teman dia pergi shopping sebelum balik UK. Hmm, inilah yang aku malas. Kak Long tu kalau bershopping memang tak ingat dunia. Adoi.

“Joe!”

Langkah aku terhenti dan terus berpaling ke belakang. Izat rupanya. Aku mempercepatkan langkah untuk ke kereta.  Aku betul-betul belum bersedia untuk berjumpa dengan dia.

“Joe, tunggulah kejap!”, Izat berjaya mencengkam lengan aku. Serta merta aku berpaling padanya.

“Kau nak apa?”, soal aku seperti hendak tak hendak aje.

“Aku… aku nak minta maaf dengan kau pasal hari tu. Sumpah aku langsung tak berniat nak cakap kau macam tu. Dan… aku tak tahu pun tentang perasaan kau dekat aku selama ni”.

Keluhan terlepas dari mulutku. Keluhan bukan sebab mendengar permohonan maaf Izat tapi kerana teringatkan kebodohan aku pada masa itu.

“Sudahlah Izat. Aku malas nak ungkit-ungkit benda dah jadi. Tak perlulah kau minta maaf ke apa. Aku pun malu dengan apa yang berlaku. Tak sepatutnya aku lakukan sampai macam tu sekali hanya sebab… sebab aku sukakan kau”, aku malu untuk mengungkapkan kata-kata itu sebenarnya.

“Joe, walau apa pun aku tetap rasa bersalah. Kau maafkan aku tak?”

Aku terus berlalu ke kereta tanpa menperdulikan dia yang sibuk mengekori aku. 

“Joe!”, sekali lagi lengan aku digenggam sewaktu aku membuka pintu kereta.

“Apa lagi? Kan aku cakap tak perlu minta maaf. Bukan salah kaulah”.

“Tak, aku yang bersalah selama ni. Aku sedar yang aku tak pernah nak faham perasaan kau pada aku.  Selagi kau tak maafkan aku selagi tu aku takkan tenang”, nada suara Izat sudah bertukar menjadi sayu.

“Okey, aku maafkan kau. Dahlah aku malas nak ingat lagi. Kau anggap saja macam benda tu tak pernah terjadi”. Aku mengalah saja.

Izat senyum nipis. “Kau kawan dengan aku lagi, kan?”, tanya dia secara tiba-tiba.

Berkerut-kerut dahi aku. Kenapa pulak dia tanya aku macam tu?

“Kau nak lagi ke kawan dengan aku ni? Sanggup ke terima aku bila kau dah tahu hal sebenar?”, soalan dia aku jawap dengan soalan juga.

“Mestilah aku sanggup. Kawan tetap kawan, kan?”

Aku pandang mata dia. Dia benar-benar memaknakannya. Aku dapat lihat dari sinar mata dia. Dia masih sudi berkawan dengan aku walaupun dia sudah tahu isi hati aku. Mulut tidak mampu berkata apa lagi, hanya mampu mengukir senyuman nipis.

~*~*~*~*~*~

Lima tahun selepas…

Kalau dah jodoh memang tak ke manalah. Sudah tertulis di Loh Mahfus jodoh aku dengan si Izat.  Si dia kini sudah jadi hak mutlak aku dan tak lama lagi kami akan mendapat cahaya mata ke dua. Macam tak percaya, kan? Sikap playboy Izat semakin lama semakin terhakis sejak kahwin dengan aku. Tumpuan dia banyak kepada aku saja. Yalah, akukan isteri yang dia sayang.

Penampilan aku pun sekarang dah berubah.  Dah pandai pakai baju ala perempuan sikit. Berkasut tumit tapi tak adalah tinggi macam model pakai tu. Seinci saja. Tak beranilah nak pakai yang tinggi sangat. Ada karang asyik terpelecot.

“Yang, jomlah rehat dulu. Abang dah penatlah”, rungut si Izat apabila aku berkeras mahu memasuki beberapa kedai lagi.

“Alah, jomlah. Kita ada kedai lagi nak kena masuk. Barang untuk bakal baby boy kitakan belum cukup”, ujar aku dengan memuncung.

 “Tak laratlah yang. Nak tercabut dah lutut abang ni”.

Haa, itulah.  Tadi beria sangat ajak aku berjalan. Aku ni sekarang pun sudah pandai bershopping tau.  Pantang diajak, setuju terus. Kopaklah Izat dapat bini macam aku. Wahaha.

“Abang ni… dah betul-betul tak larat ke?”

“Yalah, yang oi…”, Izat sudah bersandar di sebuah kerusi yang di sediakan. Aimi Amirah dia dalam kereta sorong sedang nyenyak tidur di tepuk-tepuknya.

“Tak apalah, abang tunggu sini kejap. Ayang nak masuk satu kedai aje lagi nak beli baju budak kecik dalam perut ni. Kedai sebelah ni aje. Lepas tu kita baliklah ye?” Aku terpaksa mengalah. Kesian pula melihat Izat yang benar-benar nampak keletihan.

“Okey, sayang. Abang tunggu sini.  Sayang baik-baik jalan tu”.

“Yalah abangku sayang”, aku terus berlalu ke kedai menjual pakaian bayi.

 Selesai membuat pembayaran aku terus keluar dari kedai itu. Bila mahu mendekati suami, mata aku dapat melihat bahawa dia sedang fokus melihat sesuatu di hadapannya. Aku berdehem kecil.

“Amboi, bukan main lagi ya dia tengok anak dara orang”, perli aku.

 “Eh, sayang!” Izat terus mendapatkan aku dan menyengih. Hailah, suami aku ni perangai playboy dia masih bersisa lagi rupanya. Susah juga dapat suami masa single ada title playboy ni.  Tak mengapalah, masih banyak masa lagi aku mahu membuang sedikit demi sedikit sikap dia tu.  Muka sengaja aku monyokkan.  Biar dia rasa!

“Alolo… sayang janganlah merajuk dan buat muka macam tu.Nanti tak tidur lena abang tau”, laju saja dia memujuk aku. Takut aku merajuklah tu.

 “Tahu pun. Lain kali mata tu jaga ya encik abang?”

 “Yes, madame. Lepas ni abang tak buat lagi. Okey, sayang?”, dia menayangkan muka comel dia. Hailah, dari dulu sampai sekarang kalau pujuk aku mesti dia tayang baby face dia. Ini yang aku tak boleh merajuk lama-lama.

 Aku ketawa kecil. “Dah, jom kita balik”, aku terus memberikan beg di tangan kepadanya. Kereta tolak si comel, Aimi Amirah aku tolak.  Comelnya dia bila tidur.  Macam papa dia juga.  Semoga Aimi Amirah dan baby boy yang bakal melihat dunia akan jadi pengikat mama dan papa selamanya. Amin.



            Suami isteri muda belia
Seperti pinang dibelah dua
Hidup sepakat sehati sejiwa
Semoga kekal sehingga ke tua

Suami isteri jangan keliru
Biarlah sabar tetap iman mu
Rupa yang cantik hai jangan diburu
Buruk dan miskin sudah jodoh mu

Wahai suami isteri
Aman dan damai setiap hari
Sama bersabar saling menghormati
Berkasih sayang kekal abadi
           
           

TAMAT


~>Jemputlah baca semua cerpen ke 10 dari Ira. Minggu ni, ini saja yg Ira sempat update. Tapi jika ada masa free lagi Ira akan up yg lain pula. Sudi2lah baca dan komen kalau ada yang kurang dan tak memuaskan. Tq...<3 font="" nbsp="">


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Street to the point --> STRAIGHT to the point

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Opss, sori..tersalah tulis, nanti ira betulkan..Nak cepat siap sampai tersalah..sori,sori..hehe

Unknown berkata...

We just friend not more THAN that.....bkn THEN

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

sis nur afiqah, maaf typo. Lain kali ira lebih berhati2. Tq sbb sudi komen ya ^_^