“Dia suka aku? Dia tak
suka aku? Dia suka ke tak?”, berulang kali aku menghitung sambil
mengoyakkan-ngoyakkan tisu.Habis bertaburan tisu dilantai. Sesuka suki saja aku
buat sampah. Ingat kolej ini aku yang punya agaknya.Orang yang lalu lalang
memandang kehairanan. Mesti dorang cakap,sudah sewel agaknya minah ni. Ah, perduli
apa aku!. Aku sedang dalam dilemma ni.
“Suka ke tak?” Haish, susah pulak nak buat keputusan. Eh,
buat apa yang aku sibuk-sibuk buat keputusan macamlah dia suka aku. Apa kata
aku pergi tanya dia empat mata? Tapi, aku ni perempuan. Tak manis pulak kalau
aku pergi tanya. Adoi…
“Hoi,minah! Apa kau buat ni bro? Ya Allah…dia buat sampah
rupanya kat sini. Hmm, penat aku keiling kolej cari kau tau”. Tiba-tiba Izat
sergah aku. Eee… tak bagi salam , tak apa.
Haa, dia inilah yang aku maksudkan tadi.
Muka memang boleh tahan. Tapi dia ni ada satu perangai buruk. Dia playboy! Pantang tengok gadis dahi
licin, semua nak sapu tapi dia hanya suka-suka saja bukan sampai ke bilik
bagai. Entah macam mana aku boleh jatuh
suka kat dia?
“Assalammualaikum!” perli aku.
Dia tersengih-sengih. “Wa’alaikumsalam…”
“Aku tak ada buat apalah.
Saja main tisu nak bagi cleaner
kat kolej ni kerja lebih.Kau cari aku ni apahal?”, mesti ada apa-apa ni. Dia
melabuhkan punggung di atas tembok, bersebelah dengan aku.
“Yalah tu. Hai aku
cari kau pun tak boleh ke? Kata BFF
aku”.
“Alah, kau tu macam aku tak tahu. Kalau beria ni mesti ada benda kau nak
perintah. Haa, kali ni awek mana pulak yang kau nak aku tolong usha?” Izat
selalu menyuruh aku mengusha awek untuknya.
Katanya aku lebih faham dengan perempuan. Kalau dia usha akukan senang. Aku terima aje dengan hati terbuka. Hehehe…
“Eh, kau dah arif dengan aku ni erk. Alah, kadang-kadang tu aku cari kau bukan
sebab nak usha awek aje, hal lain pun aku jumpa kau apa. Kitakan kawan, ya dak”. Lain macam aje ayat
tu.
“Kawanlah sangat.
Cepat cakap kau nak apa?”, malas aku nak layan dia.
Izat menyengih lagi.
Dari sengihan dia aku dapat mengagak,
pasti dia hendak meminta sesuatu.
“Joe… aku nak minta tolong kau sikit. Sikit aje, tak banyak pun. Boleh?”, aku dah agak. Muka dibuat-buat comel. Ini yang aku lemah ni.
“Joe… aku nak minta tolong kau sikit. Sikit aje, tak banyak pun. Boleh?”, aku dah agak. Muka dibuat-buat comel. Ini yang aku lemah ni.
“Apa dia? Straight to the point ajelah”. Aku mengeluarkan green light kepadanya.
Izat sudah tersenyum senang. Izat terus membuka bagpacknya. “Boleh tak kau tolong aku taipkan assigtment
ni. Aku dah tulis bahan dalam buku ni. Tinggal taipkan saja. Lepas tu kau print and bendingkan sekali. Esok kau pas kat aku.Boleh tak?”
Berkerut dahi aku. “Ini bukan assigtment Prof Farid ke? Kau tak siap lagi?Setahu akulah due date dia dah tamat. Apasal kau tak siapkan lagi?”
“Ha’ah. Prof bagi
aku masa sampai esok aje. Aku terlupa
nak buat. Baru semalam aku teringat itu
yang tak sempat nak taip. Joe, tolonglah aku eh?”, makin dia buat muka comel! Hailah Izat, muka kau dahlah jambu, buat
macam tu makin jambu aku tengok!
“Kau pergilah buat sekarang. Kan sempat lagi ni”. Hmm… macam mana tak lupa? Asyik berendut dua
puluh empat jam. Izat… Izat…
“Aku tak sempat. Kejap
lagi ada date dengan Melly. Please Joe…pleaseeee!.Tolong
eh?”,rayunya lagi.Adoi…
Rasa tak sampai hati pulak. Cuma yang aku geram tu dia menyempat pulak
pergi dating! Boleh pulak macam tu. “Oklah.Oklah”.
Akhirnya aku terpaksa bersetuju juga.
~*~*~*~*~
“Haish, mana pulak
pergi minah sorang ni. Perut dah lapar gila ni”, rungut Izat sendirian.
Terkocoh-kocoh aku berlari mendapatkan Izat. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Semput gila weh!
Izat… sorry…
aku… terlambat”, tercungap-cungap aku meminta maaf pada Izat.
“Aku dah tunggu kau macam tunggul dekat sini. Perut aku dah lama merengek tau. Karang aku
melantak dulu kau merajuk pulak nanti”, ujar Izat dengan mulut dimuncungkan.
Alolo… merajuk pulak cik abang kita sorang ni. Hai, aku ni sudahlah failed bab-bab memujuk.
“Alah, rileklah bro. Lambat sikit aje kot. Takkan dah nak hot”.
Aku dengar Izat mengeluh.
“Sikit kau kata? Terlambat banyak
tau”.
“Alah, sorrylah.
Lambat sikit aje pun dah merungut macam nenet kebayan”, bukan memujuk
tapi makin membuatkan Si Izat ni berangin adalah. Kan aku kata, aku ni failed
memujuk!
Sudahnya Izat menjengilkan mata padaku. Aku apa lagi, sengih ajelah.
“Nah. Aku lambat
tadi sebab masakkan mee goreng untuk.
Rasalah”, dengan penuh
bersemangat aku meletakkan tupewear dan garpu di hadapan Izat. Kelam kabut pagi
tadi dia menyediakan bahan memasak mee goreng yang di copy and print dari Pak
Google. Aku saja je jenjalan tengok
resepi semalam masa bosan duduk di rumah.
Tengok aje resepi terus aku copy. Konon nak cubalah memasak resepi ni walaupun
hakikatnya aku memang tak pandai memasak langsung.
Izat hanya memandang saja tupewear aku itu. Mesti dia tak
percaya aku yang masak.
“Kau ke yang masak? Macam tak percaya aje”, Izat sudah
membuat muka tak percaya dia pada aku.
“Yalah. Habis kau
ingat siapa? Hantu yang masak? Penat tau
aku masak pagi tadi. Tengok ni…”, aku menunjukkan ibu jari kiri yang berbalut
kemas sebagai tanda aku benar-benar memasak.
“Boleh makan ke ni?”
Weh, aku rasa macam nak hempuk aje dengar soalan
dia. Biar bengong terus. Mestilah boleh makan. Kalau tak boleh,
maknanya mee goreng aku dah jadi batu.
“Bolehlah sayang oi… Trylah
dulu baru tau. Kau jangan risau aku tak ada letak racun atau minyak pengasih ke
apa. So, selamat untuk dimakan”. Aku
meyakinkan dia.
Izat aku lihat seperti ragu-ragu untuk menjamah. Namun
dia membuka juga penutup tupewear dan garpu dicapai. Bila dia buka aje penutup uiii… semerbak bau
dia wa cakap lu. Mesti sedap ni masakan
aku, bisik aku penuh yakin.
Izat mula menyua garpu ke mulut. Di kunyah. “Puih! Joe kau masak apa ni? Masin gila ni
weh!”, Izat meludah ke tisu.
Muka aku dah lain macam bila dia buat macam itu. Terasa hati dengan sound direct dia. Pedas gila bagi aku!
“Apa pulak…”, terus aku menarik tupewear di hadapan
Izat. Penat aku masak, dia boleh
kutuk. Tapi, memang tadi tak sempat nak rasa sebab tak
sempat. Aku sudu masakkan ke mulut.
“Puih! Puih! Masinnya!”, cepat-cepat aku capai air
mineral dan meneguk laju.
“Kan aku dah kata”, ejek Izat sambil mengelakkan aku.
Malunya aku! Sepatutnya aku rasa dulu tadi. Muka dah
tebal lapan inci dah ni. Tanpa berlengah
aku menutup tupewear dan memasukkannya semula ke dalam plastik. Aku berdiri
mahu balik ke rumah dan mengutuk diri sendiri. Namun Izat segera menahan.
“Weh, kau nak ke mana pulak? Kejap lagikan kita nak
discuss pasal kerja kumpulan”.
“Joe, kau marah eh pasal aku kritik mee goreng kau ni?
Alah… rileklah Joe. Janganlah touching sangat. I’m sorry, okey?”, pujuk Izat.
Hati aku sedikit tersentuh dengan pujukkannya.
Lengan aku ditarik untuk duduk kembali ke kerusi aku tadi.
Aku menurut saja.
“Joe, sorrylah. Tak ada niat pun nak kutuk kau. Kau tau ajelah mulut aku ni kadang-kadang
macam longkang”, pujuk dia lagi.
“Tahu pun mulut tu macam longkang”, sinis dan selamba aku
mengejeknya. Muka sengaja aku monyokkan
padahal hati sudah sesejuk ais bila kena pujuk tadi. Cuma malu aje tak hilang
dari tadi. Dia pulak senyum aje walaupun aku tadi mengejek dia. Siapa suruh mengaku mulut tu macam longkang
tadikan?
“Okey, sebagai tanda maaf aku belanja kau makan hari ni.
Kau order aje”.
Dia nak belanja aku? Baiknya dia… Tak boleh dilepaskan
ni. Bak kata orang rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Aku nak pau dia
cukup-cukup. Siaplah kau Izat! Aku sudah
tersenyum jahat. Wahahaha…
~*~*~*~*~*~
“Hish, mana pulak pergi
dia ni? Tadi kata nak pergi toilet kejap aje”, rungut aku. Ke mana pulak mamat
ni menghilang?
Sedang aku menoleh kiri dan kanan mencari kelibat Izat,
aku lihat jejaka itu sedang bercakap dengan seseorang di tembok. Aku mendekati
sedikit dan bersembunyi di tiang.
“Lah… dia berdating dekat sini rupanya. Aku punyalah tunggu dia bagai nak rak. Eee… dia memang nak kena tau!”, aku terus
mengintip Izat di balik tiang. Dalam
pada geram, aku rasa cemburu. Hmm, kenapalah dia tak pernah nampak aku selama
ini? Aku dah lama ada hati dekat dia.
“Betul ke you tak ada girlfriend
lagi? You tipukan?”, dengan penuh manja gadis itu bertanya kepada Izat.
“Betullah. I memang belum ada sesiapa lagi. Youlah bakal
jadi girlfriend I. Itu pun kalau you
sudi”, Izat sibuk menjual minyak. Amboi, bukan main lagi dia manis mulut.
Bergula-gula!
“Alah, I dengar desas-desus you dah ada girlfriend. Orang cakap you rapat dengan Joanna, betul
tak? I tak naklah kacau boyfriend orang. Nanti tak pasal-pasal dia serang I
pulak. Tapi… betul-betul masih single, I boleh terima you”, ujar si gadis
dengan suara yang lebih menggoda. Si
Izat apa lagi, suka sakanlah. Naik berbulu aku tengok dorang ni.
Aku tengok Izat senyum meleret. “I dengan Joe? Hei, kami tak ada apa-apalah. We just friend not more then that. Lagi
pun perempuan macam Joanna tu bukanlah taste I”, pengakuan Izat tanpa diduga.
Aku tersentak. Perempuan macam aku tu bukan taste dia? Apa maksudnya?
“Betul ke ni?”
“Yalah. Joe tu sifat dia kasar dan keras macam jantan. I
mana sesuai dengan dia. I hanya boleh anggap dia kawan aje. Lebih-lebih memang
taklah”. Hancur hati aku mendengar kata-kata Izat. Dia anggap aku hanya kawanya? Selama ini aku
bertepuk sebelah tangan saja.
“So, you suka girl yang macam mana?”
“Hmm, I suka girl
yang macam youlah. Pandai bergaya, cantik,
seksi dan manja. I rasa you dah cukup pakej untuk jadi girlfriend I”.
“Really?”,
tanya si gadis dalam nada gembira.
“Semestinya my dear”.
Aku tak mampu untuk mendengar lagi. Izat sememangnya tak suka gadis seperti
aku. Aku menilik diri. Berkemeja dan
berbajuT. Bercap dan berseluar jeans. Aku akui, diri ini sememangnya tiada daya
tarikan langsung. Betul kata Izat, aku
macam jantan. Perlu ke aku ubah
penampilan menjadi gadis yang menjadi pilihan Izat? Salah ke aku begini kerana
ini adalah gayaku sejak azali lagi?
Perlahan-lahan aku meninggalkan tiang itu dan terus berlalu.
~*~*~*~*~*~
“Phewittt!”, usha satu
suara apabila seorang gadis cantik berbual dengan seorang pelajar perempuan.
Izat jadi pelik apabila melihat sekelompok remaja lelaki
berkumpul di koridor.
“Apa hal tu beb? Ada PM datang ke apa?”, tanyanya kepada
Aman.
Aman hanya mengangkat bahu. “Mana aku tahu. Jomlah kita
pergi tengok. Mana tahu ada awek cun ke dekat situ”, Aman yang seangkatan
dengan Izat memberikan cadangan.
“Betul jugak erk? Karang melepas pulak. Jomlah”
Aku sudah tidak selesa dengan penampilan baru ini.
Berskirt paras lutut, berblaus lengan pendek warna merah dan berkasut tumit
tinggi. Wajah pula di solek ala kadar
oleh Yasmin, kakak sulungnya yang baru
pulang dari UK beberapa minggu lepas. Kata dia, muka aku ni semula jadi cantik
dan kulit pun licin jadi tidak perlulah dia make up tebal-tebal. Kak Long
adalah seorang gadis yang cukup bergaya dan elegan, bukan sepertinya. Bila dia
menyatakan hasrat mahu merubah penampilan Kak Long memang terkejut besar namun
dia tetap bantu juga. Atas berkat Kak
Long selama seminggu melatih aku tanpa jemu akhirnya berjaya juga walaupun pada
mulanya sangat kekok hendak mengenakan high heels. Yalah, selalu guna kasut Converse aje.
Walaupun sudah seratus peratus penampilan sudah berubah
namun aku tetap berasa kekok. Aku
merasakan ini bukanlah diri aku. Sudah seperti orang lain. Betul ke tindakkan aku ini? Aku sudah mula ragu-ragu sama ada mahu
teruskan atau tidak. Lagilah aku canggung bila hari first orang sudah
memberikan perhatian seperti aku ini artis. Aku sudah tidak tahan lagi dengan
pandangan mereka lantas aku bergerak ke kelas.
“Hai, boleh berkenalan?”, sapa satu suara dari arah
belakang.
Aku seakan-akan kenal dengan pemilik suara itu. Hati
sudah berbunga-bunga. Izat! Pantas aku berpaling.
Dari pandangan mata aku dapat lihat Izat seperti
terpegun.
“Macam pernah tengok aje you ni”, luahnya dengan dahi
berkerut.
Aku diam saja.
Sengaja mahu tengok dia cam ke tak.
“You ni macam…”
“Macam siapa? Cakaplah Izat”, dengan tak sabarnya aku
bertanya. Terlalu gelojoh pulak!
Izat seakan-akan tergamam dengan pertanyaan aku. Pasti
dia terkejut dengar suara aku ni.
“Joe? Joanna? Is
that you?”
Aku mengangguk laju. Senyuman meleret menghiasi bibir.
“What happen to
you? This is ridiculous!”, ada riak tidak mengerti di wajahnya. Riak
seperti tidak percaya pun ada.
“Yup! This is me,
Joanna. Hei, kawan kau pun dah tak
kenal ke?” Aku tengok dia macam tak suka
saja dengan penampilan baru aku ni. Dia tak suka ke?
“Joe, apa kena dengan kau ni?”
Hilang terus wajah gembira aku bila dia tanya begitu.
“Kenapa? Tak cantik ke?”
“No, kau memang
cantik tapi aku…”, Izat ketawa sinis.
Kedengaran tawanya agak menjengkelkan.
Seolah-olah hendak mengejek. Dia tak boleh terima ke dengan pembaharuan
yang aku buat?
“Joe, kau dah hilang akal apa? Apasal kau pakai macam ni?
Dah macam apa aku tengok”, kutuk Izat masih lagi dengan tawanya dan
menggeleng-geleng bagai tidak mahu percaya.
“Kenapa pulak kau ketawa? Kau tak suka ke aku macam ni?”
“Bukan aku tak suka cuma aku janggal dengan penampilan
kau sekarang ni. Beb, aku lagi suka
Joanna yang dulu daripada ni. Sekarang ni aku tengok kau dah macam perempuan
yang tak bermaruah yang selalu aku usha suka-suka tu. Joe, mana diri kau yang dulu? Aku lebih
selesa dengan Joanna dulu!” tanpa memikirkan perasaan aku dia terus mengutuk
aku perempuan tak bermaruah. Hina sangat
ke aku ni? Aku jadi begini sebab dia suka gadis yang begini.
Aku menentang tajam mata Izat. “Izat apa kau cakap ni?
Bukan kau suka ke style perempuan macam ni. Seksi, manja dan pandai bergaya.
Kau tak suka gadis macam aku yang dulu, kan? Joanna yang macam jantan dan
langsung tak ada sifat perempuan!”, aku menghamburkan rasa marah dan tak puas
hati. Air mata mahu tumpah namun aku cepat-cepat tahan.
“Bila masa aku cakap macam tu?”
“Ada. Masa kau tengah usha awek junior. Kau cakap aku
bukan taste kau sebab aku ni macam jantan.
Izat untuk pengetahuan kau, aku berubah begini sebab aku sukakan kau!”,
aku menutup mulut. Ah, aku terlepas kata!
“Joe, kau cakap apa?”
Aku diam. Malu untuk menatap wajah Izat. Lagi pun dia
sudah mendengar dengan jelas. Buat apa bertanya lagi?
“Joe, cakap sekali lagi? Joanna!”, Izat merentap tanganku
sewaktu aku ingin berlalu.
“Ya, aku suka kau Izat!”, jerit aku sudah tidak tertahan
lagi. Rasa ini aku tak mampu simpan lagi. Makin simpan makin sakit!
Tepat jangkaan aku. Dia pasti terkejut dua kali ganda
terkejut melihat perubahan diri aku tadi.
“Joe, kau…”, Izat seolah-olah hilang kata-kata.
“Sekarang puas hati kau! Baru aku tahu, walau macam mana
pun aku ubah penampilan kau tetap tak akan sukakan aku. Kenapa aku terlalu bodoh? Aku bodoh kerana
buat perkara bodoh begini kau!”, aku terus berlari meninggalkan dia di situ
yang masih tegak berdiri. Aku malu dengan diri sendiri, malu pada Izat dan
semua orang. Air mata yang ditahan tumpah juga. Joanna, kenapalah kau buat
semua ini padahal kau tahu dia takkan ada perasaan dengan kau walau sedikit
pun!
~*~*~*~*~*~
Hampir dua minggu aku
dan Izat tak bertegur sapa. Izat cuba
mendekati tapi aku mengelak. Aku masih malu dengan kejadian kelmarin. Perasaan malu itu tak mahu pergi dari aku. Sekarang aku kembali kepada keadaan yang
asal. Aku lebih suka menjadi Joanna yang
dulu dan takkan menukar penampilan lagi. Biarlah orang nak kata apa, asal aku
bahagia dengan cara aku sendiri.
Tentang Izat, aku sudah malas mahu fikir lagi. Biarlah keadaan reda dulu. Dia berhak untuk
memilih siapa yang dia suka.
Kelas telah pun tamat. Aku bercadang mahu balik rumah
terus sebab Kak Long sibuk ajak aku teman dia pergi shopping sebelum balik UK.
Hmm, inilah yang aku malas. Kak Long tu kalau bershopping memang tak ingat
dunia. Adoi.
“Joe!”
Langkah aku terhenti dan terus berpaling ke belakang.
Izat rupanya. Aku mempercepatkan langkah untuk ke kereta. Aku betul-betul belum bersedia untuk berjumpa
dengan dia.
“Joe, tunggulah kejap!”, Izat berjaya mencengkam lengan
aku. Serta merta aku berpaling padanya.
“Kau nak apa?”, soal aku seperti hendak tak hendak aje.
“Aku… aku nak minta maaf dengan kau pasal hari tu. Sumpah
aku langsung tak berniat nak cakap kau macam tu. Dan… aku tak tahu pun tentang
perasaan kau dekat aku selama ni”.
Keluhan terlepas dari mulutku. Keluhan bukan sebab
mendengar permohonan maaf Izat tapi kerana teringatkan kebodohan aku pada masa
itu.
“Sudahlah Izat. Aku malas nak ungkit-ungkit benda dah jadi. Tak perlulah kau minta maaf ke apa. Aku pun malu dengan apa yang berlaku. Tak sepatutnya aku lakukan sampai macam tu sekali hanya sebab… sebab aku sukakan kau”, aku malu untuk mengungkapkan kata-kata itu sebenarnya.
“Joe, walau apa pun aku tetap rasa bersalah. Kau maafkan aku tak?”
Aku terus berlalu ke kereta tanpa menperdulikan dia yang sibuk mengekori aku.
“Joe!”, sekali lagi lengan aku digenggam sewaktu aku membuka pintu kereta.
“Apa lagi? Kan aku cakap tak perlu minta maaf. Bukan salah kaulah”.
“Tak, aku yang bersalah selama ni. Aku sedar yang aku tak pernah nak faham perasaan kau pada aku. Selagi kau tak maafkan aku selagi tu aku takkan tenang”, nada suara Izat sudah bertukar menjadi sayu.
“Okey, aku maafkan kau. Dahlah aku malas nak ingat lagi. Kau anggap saja macam benda tu tak pernah terjadi”. Aku mengalah saja.
Izat senyum nipis. “Kau kawan dengan aku lagi, kan?”, tanya dia secara tiba-tiba.
Berkerut-kerut dahi aku. Kenapa pulak dia tanya aku macam tu?
“Kau nak lagi ke kawan dengan aku ni? Sanggup ke terima aku bila kau dah tahu hal sebenar?”, soalan dia aku jawap dengan soalan juga.
“Mestilah aku sanggup. Kawan tetap kawan, kan?”
Aku pandang mata dia. Dia benar-benar memaknakannya. Aku dapat lihat dari sinar mata dia. Dia masih sudi berkawan dengan aku walaupun dia sudah tahu isi hati aku. Mulut tidak mampu berkata apa lagi, hanya mampu mengukir senyuman nipis.
“Sudahlah Izat. Aku malas nak ungkit-ungkit benda dah jadi. Tak perlulah kau minta maaf ke apa. Aku pun malu dengan apa yang berlaku. Tak sepatutnya aku lakukan sampai macam tu sekali hanya sebab… sebab aku sukakan kau”, aku malu untuk mengungkapkan kata-kata itu sebenarnya.
“Joe, walau apa pun aku tetap rasa bersalah. Kau maafkan aku tak?”
Aku terus berlalu ke kereta tanpa menperdulikan dia yang sibuk mengekori aku.
“Joe!”, sekali lagi lengan aku digenggam sewaktu aku membuka pintu kereta.
“Apa lagi? Kan aku cakap tak perlu minta maaf. Bukan salah kaulah”.
“Tak, aku yang bersalah selama ni. Aku sedar yang aku tak pernah nak faham perasaan kau pada aku. Selagi kau tak maafkan aku selagi tu aku takkan tenang”, nada suara Izat sudah bertukar menjadi sayu.
“Okey, aku maafkan kau. Dahlah aku malas nak ingat lagi. Kau anggap saja macam benda tu tak pernah terjadi”. Aku mengalah saja.
Izat senyum nipis. “Kau kawan dengan aku lagi, kan?”, tanya dia secara tiba-tiba.
Berkerut-kerut dahi aku. Kenapa pulak dia tanya aku macam tu?
“Kau nak lagi ke kawan dengan aku ni? Sanggup ke terima aku bila kau dah tahu hal sebenar?”, soalan dia aku jawap dengan soalan juga.
“Mestilah aku sanggup. Kawan tetap kawan, kan?”
Aku pandang mata dia. Dia benar-benar memaknakannya. Aku dapat lihat dari sinar mata dia. Dia masih sudi berkawan dengan aku walaupun dia sudah tahu isi hati aku. Mulut tidak mampu berkata apa lagi, hanya mampu mengukir senyuman nipis.
~*~*~*~*~*~
Lima tahun selepas…
Kalau dah jodoh memang
tak ke manalah. Sudah tertulis di Loh Mahfus jodoh aku dengan si Izat. Si dia kini sudah jadi hak mutlak aku dan tak
lama lagi kami akan mendapat cahaya mata ke dua. Macam tak percaya, kan? Sikap playboy Izat semakin lama semakin
terhakis sejak kahwin dengan aku. Tumpuan dia banyak kepada aku saja. Yalah,
akukan isteri yang dia sayang.
Penampilan aku pun sekarang dah berubah. Dah pandai pakai baju ala perempuan sikit.
Berkasut tumit tapi tak adalah tinggi macam model pakai tu. Seinci saja. Tak
beranilah nak pakai yang tinggi sangat. Ada karang asyik terpelecot.
“Yang, jomlah rehat dulu. Abang dah penatlah”, rungut si
Izat apabila aku berkeras mahu memasuki beberapa kedai lagi.
“Alah, jomlah. Kita ada kedai lagi nak kena masuk. Barang
untuk bakal baby boy kitakan belum cukup”, ujar aku dengan memuncung.
“Tak laratlah yang. Nak tercabut dah lutut abang ni”.
Haa, itulah. Tadi
beria sangat ajak aku berjalan. Aku ni sekarang pun sudah pandai bershopping
tau. Pantang diajak, setuju terus. Kopaklah Izat dapat bini macam aku. Wahaha.
“Abang ni… dah betul-betul tak larat ke?”
“Yalah, yang oi…”, Izat sudah bersandar di sebuah kerusi
yang di sediakan. Aimi Amirah dia dalam kereta sorong sedang nyenyak tidur di
tepuk-tepuknya.
“Tak apalah, abang tunggu sini kejap. Ayang nak masuk
satu kedai aje lagi nak beli baju budak kecik dalam perut ni. Kedai sebelah ni
aje. Lepas tu kita baliklah ye?” Aku terpaksa mengalah. Kesian pula melihat
Izat yang benar-benar nampak keletihan.
“Okey, sayang. Abang tunggu sini. Sayang baik-baik jalan tu”.
“Yalah abangku sayang”, aku terus berlalu ke kedai
menjual pakaian bayi.
Selesai membuat pembayaran aku terus keluar dari kedai
itu. Bila mahu mendekati suami, mata aku dapat melihat bahawa dia sedang fokus
melihat sesuatu di hadapannya. Aku berdehem kecil.
“Amboi, bukan main lagi ya dia tengok anak dara orang”,
perli aku.
“Eh, sayang!” Izat terus mendapatkan aku dan menyengih.
Hailah, suami aku ni perangai playboy
dia masih bersisa lagi rupanya. Susah juga dapat suami masa single ada title playboy ni. Tak
mengapalah, masih banyak masa lagi aku mahu membuang sedikit demi sedikit sikap
dia tu. Muka sengaja aku monyokkan. Biar dia rasa!
“Alolo… sayang janganlah merajuk dan buat muka macam tu.Nanti
tak tidur lena abang tau”, laju saja dia memujuk aku. Takut aku merajuklah tu.
“Tahu pun. Lain kali mata tu jaga ya encik abang?”
“Yes, madame.
Lepas ni abang tak buat lagi. Okey, sayang?”, dia menayangkan muka comel dia.
Hailah, dari dulu sampai sekarang kalau pujuk aku mesti dia tayang baby face dia. Ini yang aku tak boleh
merajuk lama-lama.
Aku ketawa kecil. “Dah, jom kita balik”, aku terus
memberikan beg di tangan kepadanya. Kereta tolak si comel, Aimi Amirah aku
tolak. Comelnya dia bila tidur. Macam papa dia juga. Semoga Aimi Amirah dan baby boy yang bakal melihat dunia akan jadi pengikat mama dan papa selamanya. Amin.
Suami isteri muda belia
Seperti
pinang dibelah dua
Hidup
sepakat sehati sejiwa
Semoga
kekal sehingga ke tua
Suami
isteri jangan keliru
Biarlah
sabar tetap iman mu
Rupa
yang cantik hai jangan diburu
Buruk
dan miskin sudah jodoh mu
Wahai
suami isteri
Aman
dan damai setiap hari
Sama
bersabar saling menghormati
Berkasih
sayang kekal abadi
TAMAT
~>Jemputlah baca semua cerpen ke 10 dari Ira. Minggu ni, ini saja yg Ira sempat update. Tapi jika ada masa free lagi Ira akan up yg lain pula. Sudi2lah baca dan komen kalau ada yang kurang dan tak memuaskan. Tq...<3 font="" nbsp="">3>
4 ulasan:
Street to the point --> STRAIGHT to the point
Opss, sori..tersalah tulis, nanti ira betulkan..Nak cepat siap sampai tersalah..sori,sori..hehe
We just friend not more THAN that.....bkn THEN
sis nur afiqah, maaf typo. Lain kali ira lebih berhati2. Tq sbb sudi komen ya ^_^
Catat Ulasan