Amy memangkah di
petak-petak kecil kalender. Mengikut
pengiraannya masih berbaki dua bulan empat hari lagi khidmat kuli tak
berbayarnya akan tamat. Tidak lama saja
lagi. Pejam celik, pejam celik dah
habis. Tak sangka dia mampu berhadapan
dengan Rayyan yang sangat menjengkelkan itu selama dua puluh enam hari tanpa
simptom-simpton gila. Kalau orang lain
entah-entah dah masuk Hospital Tanjung Rambutan nun.
Bila difikirkan balik ada baik juga jadi kuli si Rayyan
a.k.a mamat kerek ni. Yalah, dengan kerenah dia yang cerewet kalah perempuan
itu mengajar aku erti kesabaran. Mulut aku ini pun bukanlah penyabar sangat
tapi sejak berjumpa dengan Rayyan ada peningkatan sikitlah. Sikit aje, bukan
banyak pun. Hehe. Apa-apa pun aku solute dengan diri sendiri. Hebat! Hehehe…
puji diri sendirilah kau,Amy!
“Amy tengah buat apa tu, nak? Khusyuk benar abah tengok
kamu”, tanya abah yang tiba-tiba sudah berdiri di sebelahnya. Abah menarik
kerusi di sebelah Amy dan duduk.
“Eh, abah. Tak ada apa, Amy cuma dok mengira tarikh nak
final exam aje abah”, jawabnya pada abah.
Sengaja dia reka cerita. Takkan
nak cakap dia sedang mengira hari penyiksaan sebagai kuli Rayyan pula? Haru
karang.
Abah senyum dan mengosok-gosok kepala Amy.
“Kesian anak manja abah ni. Risau sangat dia nak periksa. Kuat sangat
belajar ni jangan sampai lupa jaga kesihatan ya, nak”, nasihat abah. Abah selalu saja ambil berat tentangnya
terutama sekali hal-hal pelajarannya. Abah memang abah the bestlah!
“Baiklah abah. Amy
tahu sebab abah selalu ingatkan Amy.
Tapikan bah… Amy tak berkenanlah abah cakap Amy ni anak manja. Tak syoklah cakap anak manja sebab anak abah
ni dah besar tau. Mana sesuai lagi”, sengaja dia memuncungkan sedikit bibir.
Tak nak kata dia manja tapi hakikatnya dia memang begitu! Tengok sajalah dia sengaja buat muka sebab
nak perhatian abah. Amy… Amy, dah besar gedabak ni pun sibuk nak bermanja ye?
“Yalah… yalah. Anak abah ni bukan anak manja, anak abah
sorang ni anak yang berdikari. Abah
bangga dengan Amy. Pandai, rajin, suka
bantu mak abah dan paling istimewa lawa macam maknya”, puji abah
bergula-gula.
Makin kembang hidung aku! Hish, abah ni… bukan dia tak
tahu aku ni memang sensitive sikit bila kena puji. Mulalah nak senyum macam kerang
busuk. Apa-apa sajalah abah aku sorang ni…
Mak datang ke meja Amy dan abah sambil menatang dulang
beserta dua mug berisi milo panas.
Hujan-hujan begini memang syok pekena air panas. Mak macam tahu-tahu
sajalah. Pelanggan pun sudah beransur pulang kerana waktu makan tengah hari
sudah hampir tamat. Jadi masa inilah mereka sekeluarga meluangkan masa untuk
berborak kosong dan bersenda.
“Abahnya cakap apa? Amy lawa macam maknya ye? Hish,
abahnya malu kita depan anak bila tua-tua dipuji gitu”, kata mak lalu mengambil
tempat di sebelah kanan Amy.
“Betullah apa abah cakap.
Maknya masa muda lawa macam Amy ni, makin berusia makin lawa. Amy, sebab
itu makin hari makin abah sayang dengan mak kamu ni”.
Amy menyengih saja mendengar pujian abah buat mak pula.
Mak dan abah,walaupun mereka sudah di mamah usia masih ligat mengusik antara
satu sama lain. Bahagia saja dia tengok
kedua-dua orang tuanya itu. Beginilah baru dikatakan keluarga yang bahagia. Usik mengusik, puji memuji adalah rencah bagi
menyedapkan lagi ikatan kekeluargaan. Amy bertuah dilahirkan dalam keluarga ini
walaupun hidup sederhana saja. Bagi dia,
bersederhana itu lagi baik dari kaya raya tapi hati tak tenang. Betul tak?
“Abahnya pun apa kurangnya. Masih lawa. Lebih lawa dari
dulu-dulu tu”, balas mak pula. Abah
menggenggam tangan mak sambil mereka saling berpandangan. Kedua-duanya
tersengih dan tersipu.
Dorang buat filem Kuch Kuch Hota Hai pula dah… Aku pula yang malu menengoknya.
“Mak, abah dahlah tu.
Amy ada dekat sini lagi okey. Sikit-sikit
sudahlah”, tegur Amy.
Mak dan abah saling ketawa. Amy juga begitu.
~*~*~*~*~*~
Sebelum pulang ke rumah
Amy singgah ke kedai runcit dahulu. Tadi
sebelum berangkat pulang dari restaurant maknya berpesan menyuruh dia membeli
tiga tin susu pekat dan beberapa barang lain.
Stok dirumah sudah habis.
Segala urusan pembila sudah selesai dan dia keluar dari
kedai runcit itu. Tiba-tiba… Bupp! Amy
telah dilanggar oleh seseorang dari arah depan oleh seorang gadis yang sibuk
menilik telefon. Telefon bimibit dan beg
duit gadis itu serta plastik yang dipegang Amy juga jatuh ke lantai.
“Hei, you jalan tu mata letak dekat mana haa?”, jerkah si
gadis berambut karat itu. Dari pandgan mata Amy gadis itu tinggi lampai dan
seksi. Muka cantik tapi bila dah jadi
bengis hilang semua kecantikkannya.
Segera Amy mengutip barang dia dan gadis itu. Aik, bukan salah dia ke? Berjalan sambil mata
tengok telefon, manalah nak nampak jalan.
Amy menghulurkan semula barangan milik gadis itu.
Ella merengus marah.
Telefon dan beg duitnya dirampas dari tangan Amy.
“Habis I punya handphone.
Nasib baik tak rosak tau. Kalau
rosak tadi siap you!”
“Maafkan saya cik.
Tapi bukan salah saya sorang saja.
Cik pun tadi leka tengok handphone sampai jalan pun tak nampak”, ujar
Amy. Memang betul bukan salah dia
seorang saja. Siapa suruh masa berjalan
sibuk dengan telefon?
“Ek eh, you nak salahkan I pulak ya? Dah memang salah
dia. Mata tu lain kali jangan letak
dekat kepala lutut, eh?”sinis Ella berkata.
Harap muka aje cantik tapi kata-kata langsung tak
dijaga. Aku pula dimarahnya.
“Maaflah cik. Saya
tak sengaja”, Amy malas mahu memanjangkan cerita. Baik dia mengalah daripada bergaduh dekat
tempat awam begini. Nanti dia dan gadis
itu juga dapat malu. Mulut aku ni pun bukanlah
boleh percaya sangat. Sabar sajalah Amy…
“Maaf… maaf! Lain kali jalan tu tengok-tengoklah. Menyusahkan betul! Huh!”, tanpa sebarang kata
Ella terus berlalu. Bahu Amy dilanggar sehingga Amy terkebelakang sedikit.
“Hish, muka lawa tapi budi bahasa tak ada langsung. Apalah…”, rungut Amy. Macam manalah hari ini dia boleh berhadapan
dengan orang begini pula.
Minah ni lagi teruk dari Rayyan. Kalau mamat tu kerek,
dia pula kekwat. Haa, sesuailah sangat!
Amy menuju ke motorsikalnya. Malas hendak memikirkan soal
gadis itu lagi. Aku dapat dosa kering aje mengutuk dia. Belum pun Amy menunggak motorsikalnya, dia
ternampak susuk tubuh seorang nenek seperti mahu melintas jalan namun
teragak-agak. Plastik barangan dibelinya
ditelakkan ke dalam bakul motorsikal.
Mak Tok sudah kepanasan berdiri lama ditepi jalan. Matahari seakan tengak di atas kepala. Dia
mahu berteduh di bus stop di seberang jalan.
Ella pula entah ke mana. Tadi
kata mahu ke kedai membeli air mineral.
Dia teragak-agak mahu melintas kerana kenderaan di sini terlalu banyak
dan membawa dalam keadaan laju.
“Nek, hati-hati!”, Amy terus menarik lengan nenek tua
itu. Ada sebuah kereta dari arah kanan memandu dalam keadaan laju.
“Astaghfirullah al azim!” Mak Tok mengurut dadanya yang
terkejut. Rupa-rupanya tanpa dia sedari ada kereta yang dipandu laju. Tidak sampai sesaat kereta itu melewatinya.
Sikit lagi nyawa aku melayang!
“Nenek tak apa-apa? Nenek nak ke mana sorang-sorang ni?”,
tanya Amy yang simpati melihat keadaan nenek itu seperti terkejut.
“Terima kasih cu.
Kalau cucu tak ada tadi, mungkin nenek dah tak ada dah”, Mak Tok
berterima kasih kepada Amy. Nasiblah gadis ini ada. Tidak boleh aku bayangkan
kalau dia tak tarik lengan aku tadi.
“Hal kecik aje tu, nek.
Nenek nak melintas ya? Mari saya tolong”, Amy menawarkan diri. Dia
memimpin tangan tua Mak Tok. Setelah memastikan jalan raya sudah lengang
barulah dia memimpin Mak Tok ke seberang jalan.
Mak Tok melabuhkan punggung di kerusi batu dan dia juga
mempelawa Amy duduk sama. Selendang di
bahu dikibas-kibas ke muka.
“Cu, terima kasih sebab tolong nenek tadi”, tangan kanan
Amy digenggam.
Amy senyum saja.
“Cucu ni siapa nama?”, tanya Mak Tok dengan senyuman
menghiasi bibir.
“Saya Amy, nek”.
“Oh, Amy…”, seru Mak Tok sambil tersenyum lagi.
“Nenek sorang aje ke?”
“Taklah. Nenek
dengan cucu dan driver nenek. Kereta
kami rosak di sana tu. Driver nenek
tengah tengok-tengokkan masalahnya. Cucu
nenek pulak pergi kedai tadi. Entah mana
dia tu. Itu yang nenek nak ke sini
tumpang teduh”, jelas Mak Tok.
“Oh…”
“Mak Tok! Mak Tok!”, kecoh suasana apabila seorang gadis
memanggil ‘Mak Tok’ berkali-kali dan mendapatkan nenek tadi.
Eh, bukan dia ni ke yang langgar aku tadi masa dekat
depan kedai? Minah kekwat tadi tu. Ini
ke cucu yang dimaksudkan nenek ini tadi?
“Mak Tok… Mak Tok dekat sini rupanya. Merata Ella cari tau!”, rengek manja minah
kekwat ini. Bukan manja tapi
mengada-ngada!
Berbulu mata Amy.
“Hish, kamu ni… Mak Tok punyalah tunggu kamu
dekat sana tadi. Lama benar kamu tahu
tak? Mak Tok dah panas berdiri
sorang-sorang dekat situ”, bebel Mak Tok.
Ella sudah menyengih melihat Mak Toknya membebel. “Apalah Mak Tok ni… Buat Ella risau aje
tau. Kot-kot kena culik kea pa, Ella
yang susah. Mesti Rayyan marah dengan Ella
nanti”, ujar Ella sambil memuncungkan sedikit bibirnya.
“Tak ada maknanya aku nak diculik”, ujar Mak Tok. Hai cucu aku sorang ini. Siapa saja yang mahu menculik aku yang dah
tua kerepot ini. “Ni, tadi masa Mak Tok nak melintas hampir saja Mak Tok kena
langgar”, beritahunya.
“Haa? Habis ada luka dekat mana-mana tak?”, Ella
terkejut. Terus tangan dan badan Mak Tok
ditiliknya.
Mak Tok menarik tangannya
kembali. “ Mak Tok tak baik-baik aje.
Nasib ada Amy tolong Mak Tok tadi. Amy nilah cucu nenek, Ella”, Mak Tok
menuntaskan pandangan ke sebelah kirinya.
Amy hanya menayangkan senyum nipis.
“Amy? “, Ella memandang kea rah yang sama.
“Hei, you yang langgar I tadi, kan?”
Amy senyum saja.
“You buat apa dekat sini? Oh, entah-entah you nak
apa-apakan Mak Tok I atau you nak peras ugut, kan?” tuduh Ella sesuka hati
terlampau sambil meluruskan jari telunjuk ke muka Amy.
“Ella, mind your words!”, marah Mak Tok dengan kelancangan
mulut Ella.
Berkerut-kerut dahi Amy mendengar tuduhan Ella. Minah
kekwat ni tuduh aku macam tu apa kes? Kalau aku ada niat jahat dari tadi aku
dah buat. Kalau nenek dia tak ada memang
aku cili-cili anak orang ni karang.
“Betullah Mak Tok… Tadi dia langgar Ella, sekarang dia
dengan Mak Tok pulak. Mesti ada apa-apa ni!”
“Ella!”
“Err… tak apalah nek. Saya minta diri dululah”, Amy
mendapatkan Mak Tok dan menyalami tangan tua wanita itu. Lama-lama dekat sini ada kang yang buat wrestling. Baik aku balik dulu.
Ella mencebik melihat Amy menyalami Mak Toknya. Berlagak gadis Melayu terakhir pulak.
“Maafkan nenek ya, cu.
Ella ni memang macam ni. Sesuka
hati dia aje bila bercakap”, tangan Amy yang menyalami tangannya masih belum
dilepaskan. Dia berasa bersalah dengan kata-kata cucunya terhadap Amy padahal
gadis ini yang menolongnya tadi.
“Tak apa, nek.
Saya tak kisah pun”.
Walaupun Amy mengatakan dia tidak kisah namun Mak Tok
tetap berasa bersalah.
“Hmm, nek saya balik dululah. Dah lambat, saya kena balik rumah”, pinta Amy
sekali lagi.
Mak Tok melepaskan tangan Amy.
“Nenek minta maaf sekali lagi dan berterima kasih pada
Amy kerana tolong nenek tadi. Jalan
baik-baik ya cu. Semoga kita berjumpa lagi”.
Tubuh Amy dipeluk dan pipi dilaga-lagakan, Entah kenapa dia berasa mudah
mesra pula dengan Amy.
Amy kembali ke motorsikalnya. Dari jauh Amy melambaikan tangan kepada Mak
Tok.
“Hish, Mak Tok ni… Bukan main mesra lagi dengan perempuan
entah sape-sape tu. Entah-entah penjenayah”, Ella mmemarahi Mak
Toknya kerana terlalu percaya dengan gadis yang baru dikenalinya beberapa minit
tadi.
“Ella, cuba jaga sikit percakapan kamu tu. Macam ni ke mummy dan daddy kamu ajar masa kecik-kecik? Mak Tok sendiri tak pernah
ajar daddy kamu begitu. Kalau kamu tak
jaga percakapan kamu, sampai ke tualah orang tak mahu berbinikan kamu tau”, tegur
Mak Tok pada cucu perempuannya ini. Dia mengeluh kesal.
Ella sudah menarik muncung. Pasal perempuan tu aku pulak yang kena marah
dengan Mak Tok. Huh!
“Alah, Mak Tok ni… Orang cuma cakap aje”.
Mak Tok menjeling Ella.
Bersambung...
6 ulasan:
best sambung lagi ya tq.
Next week akan di up lg..Thanks sudi baca baby mio..:)
best2 :) ella mmg gedik hhehehe
Gedik Ella ala2 Ella penyanyi tu..hihihi..
nak tau apa cerita seterusnya... :-D
Ferra Leza next week ira update lagi ye..=D
Catat Ulasan