Ahad, 6 Oktober 2013

My Love, Mrs. Kerek ~Part 8~



Amy memangkah di petak-petak kecil kalender.  Mengikut pengiraannya masih berbaki dua bulan empat hari lagi khidmat kuli tak berbayarnya akan tamat.  Tidak lama saja lagi.  Pejam celik, pejam celik dah habis.  Tak sangka dia mampu berhadapan dengan Rayyan yang sangat menjengkelkan itu selama dua puluh enam hari tanpa simptom-simpton gila.  Kalau orang lain entah-entah dah masuk Hospital Tanjung Rambutan nun.

Bila difikirkan balik ada baik juga jadi kuli si Rayyan a.k.a mamat kerek ni. Yalah, dengan kerenah dia yang cerewet kalah perempuan itu mengajar aku erti kesabaran. Mulut aku ini pun bukanlah penyabar sangat tapi sejak berjumpa dengan Rayyan ada peningkatan sikitlah. Sikit aje, bukan banyak pun. Hehe. Apa-apa pun aku solute dengan diri sendiri. Hebat! Hehehe… puji diri sendirilah kau,Amy!

“Amy tengah buat apa tu, nak? Khusyuk benar abah tengok kamu”, tanya abah yang tiba-tiba sudah berdiri di sebelahnya. Abah menarik kerusi di sebelah Amy dan duduk.

 “Eh, abah. Tak ada apa, Amy cuma dok mengira tarikh nak final exam aje abah”, jawabnya pada abah.  Sengaja dia reka cerita.  Takkan nak cakap dia sedang mengira hari penyiksaan sebagai kuli Rayyan pula? Haru karang.

 Abah senyum dan mengosok-gosok kepala Amy.

 “Kesian anak manja abah ni.  Risau sangat dia nak periksa. Kuat sangat belajar ni jangan sampai lupa jaga kesihatan ya, nak”, nasihat abah.  Abah selalu saja ambil berat tentangnya terutama sekali hal-hal pelajarannya. Abah memang abah the bestlah!

“Baiklah abah.  Amy tahu sebab abah selalu ingatkan Amy.  Tapikan bah… Amy tak berkenanlah abah cakap Amy ni anak manja.  Tak syoklah cakap anak manja sebab anak abah ni dah besar tau. Mana sesuai lagi”, sengaja dia memuncungkan sedikit bibir. Tak nak kata dia manja tapi hakikatnya dia memang begitu!  Tengok sajalah dia sengaja buat muka sebab nak perhatian abah. Amy… Amy, dah besar gedabak ni pun sibuk nak bermanja ye?

“Yalah… yalah. Anak abah ni bukan anak manja, anak abah sorang ni anak yang berdikari.  Abah bangga dengan Amy.  Pandai, rajin, suka bantu mak abah dan paling istimewa lawa macam maknya”, puji abah bergula-gula.
 
 Makin kembang hidung aku! Hish, abah ni… bukan dia tak tahu aku ni memang sensitive sikit bila kena puji. Mulalah nak senyum macam kerang busuk. Apa-apa sajalah abah aku sorang ni…

Mak datang ke meja Amy dan abah sambil menatang dulang beserta dua mug berisi milo panas.  Hujan-hujan begini memang syok pekena air panas. Mak macam tahu-tahu sajalah. Pelanggan pun sudah beransur pulang kerana waktu makan tengah hari sudah hampir tamat. Jadi masa inilah mereka sekeluarga meluangkan masa untuk berborak kosong dan bersenda.

“Abahnya cakap apa? Amy lawa macam maknya ye? Hish, abahnya malu kita depan anak bila tua-tua dipuji gitu”, kata mak lalu mengambil tempat di sebelah kanan Amy.

“Betullah apa abah cakap.  Maknya masa muda lawa macam Amy ni, makin berusia makin lawa. Amy, sebab itu makin hari makin abah sayang dengan mak kamu ni”.

 Amy menyengih saja mendengar pujian abah buat mak pula. Mak dan abah,walaupun mereka sudah di mamah usia masih ligat mengusik antara satu sama lain.  Bahagia saja dia tengok kedua-dua orang tuanya itu. Beginilah baru dikatakan keluarga yang bahagia.  Usik mengusik, puji memuji adalah rencah bagi menyedapkan lagi ikatan kekeluargaan. Amy bertuah dilahirkan dalam keluarga ini walaupun hidup sederhana saja.  Bagi dia, bersederhana itu lagi baik dari kaya raya tapi hati tak tenang. Betul tak?

 “Abahnya pun apa kurangnya. Masih lawa. Lebih lawa dari dulu-dulu tu”, balas mak pula.  Abah menggenggam tangan mak sambil mereka saling berpandangan. Kedua-duanya tersengih dan tersipu.

Dorang buat filem Kuch Kuch Hota Hai pula dah…  Aku pula yang malu menengoknya.

“Mak, abah dahlah tu.  Amy ada dekat sini lagi okey.  Sikit-sikit sudahlah”,  tegur Amy.

Mak dan abah saling ketawa.  Amy juga begitu.


~*~*~*~*~*~


Sebelum pulang ke rumah Amy singgah ke kedai runcit dahulu.  Tadi sebelum berangkat pulang dari restaurant maknya berpesan menyuruh dia membeli tiga tin susu pekat dan beberapa barang lain.  Stok dirumah sudah habis.

Segala urusan pembila sudah selesai dan dia keluar dari kedai runcit itu.  Tiba-tiba… Bupp! Amy telah dilanggar oleh seseorang dari arah depan oleh seorang gadis yang sibuk menilik telefon.  Telefon bimibit dan beg duit gadis itu serta plastik yang dipegang Amy juga jatuh ke lantai.

 “Hei, you jalan tu mata letak dekat mana haa?”, jerkah si gadis berambut karat itu. Dari pandgan mata Amy gadis itu tinggi lampai dan seksi.  Muka cantik tapi bila dah jadi bengis hilang semua kecantikkannya.

Segera Amy mengutip barang dia dan gadis itu.  Aik, bukan salah dia ke? Berjalan sambil mata tengok telefon, manalah nak nampak jalan.  Amy menghulurkan semula barangan milik gadis itu.  
 
Ella merengus marah.  Telefon dan beg duitnya dirampas dari tangan Amy.

“Habis I punya handphone.  Nasib baik tak rosak tau.  Kalau rosak tadi siap you!”

“Maafkan saya cik.  Tapi bukan salah saya sorang saja.  Cik pun tadi leka tengok handphone sampai jalan pun tak nampak”, ujar Amy.  Memang betul bukan salah dia seorang saja.  Siapa suruh masa berjalan sibuk dengan telefon?

“Ek eh, you nak salahkan I pulak ya? Dah memang salah dia.  Mata tu lain kali jangan letak dekat kepala lutut, eh?”sinis Ella berkata.

 Harap muka aje cantik tapi kata-kata langsung tak dijaga.  Aku pula dimarahnya. 

 “Maaflah cik.  Saya tak sengaja”, Amy malas mahu memanjangkan cerita.  Baik dia mengalah daripada bergaduh dekat tempat awam begini.  Nanti dia dan gadis itu juga dapat malu.  Mulut aku ni pun bukanlah boleh percaya sangat.  Sabar sajalah Amy…

“Maaf… maaf! Lain kali jalan tu tengok-tengoklah.  Menyusahkan betul! Huh!”, tanpa sebarang kata Ella terus berlalu. Bahu Amy dilanggar sehingga Amy terkebelakang sedikit.

“Hish, muka lawa tapi budi bahasa tak ada langsung.  Apalah…”, rungut Amy.  Macam manalah hari ini dia boleh berhadapan dengan orang begini pula.

Minah ni lagi teruk dari Rayyan. Kalau mamat tu kerek, dia pula kekwat.  Haa, sesuailah sangat!

Amy menuju ke motorsikalnya. Malas hendak memikirkan soal gadis itu lagi. Aku dapat dosa kering aje mengutuk dia.  Belum pun Amy menunggak motorsikalnya, dia ternampak susuk tubuh seorang nenek seperti mahu melintas jalan namun teragak-agak.  Plastik barangan dibelinya ditelakkan ke dalam bakul motorsikal.

 Mak Tok sudah kepanasan berdiri lama ditepi jalan.  Matahari seakan tengak di atas kepala. Dia mahu berteduh di bus stop di seberang jalan.  Ella pula entah ke mana.  Tadi kata mahu ke kedai membeli air mineral.  Dia teragak-agak mahu melintas kerana kenderaan di sini terlalu banyak dan membawa dalam keadaan laju. 

“Nek, hati-hati!”, Amy terus menarik lengan nenek tua itu. Ada sebuah kereta dari arah kanan memandu dalam keadaan laju.

“Astaghfirullah al azim!” Mak Tok mengurut dadanya yang terkejut. Rupa-rupanya tanpa dia sedari ada kereta yang dipandu laju.  Tidak sampai sesaat kereta itu melewatinya. Sikit lagi nyawa aku melayang!

 “Nenek tak apa-apa? Nenek nak ke mana sorang-sorang ni?”, tanya Amy yang simpati melihat keadaan nenek itu seperti terkejut.

“Terima kasih cu.  Kalau cucu tak ada tadi, mungkin nenek dah tak ada dah”, Mak Tok berterima kasih kepada Amy. Nasiblah gadis ini ada. Tidak boleh aku bayangkan kalau dia tak tarik lengan aku tadi.

“Hal kecik aje tu, nek.  Nenek nak melintas ya? Mari saya tolong”, Amy menawarkan diri. Dia memimpin tangan tua Mak Tok. Setelah memastikan jalan raya sudah lengang barulah dia memimpin Mak Tok ke seberang jalan.

Mak Tok melabuhkan punggung di kerusi batu dan dia juga mempelawa Amy duduk sama.  Selendang di bahu dikibas-kibas ke muka.

“Cu, terima kasih sebab tolong nenek tadi”, tangan kanan Amy digenggam.

 Amy senyum saja.

“Cucu ni siapa nama?”, tanya Mak Tok dengan senyuman menghiasi bibir.

“Saya Amy, nek”.

“Oh, Amy…”, seru Mak Tok sambil tersenyum lagi.

 “Nenek sorang aje ke?”

 “Taklah.  Nenek dengan cucu dan driver nenek.  Kereta kami rosak di sana tu.  Driver nenek tengah tengok-tengokkan masalahnya.  Cucu nenek pulak pergi kedai tadi.  Entah mana dia tu.  Itu yang nenek nak ke sini tumpang teduh”, jelas Mak Tok.

“Oh…”

 “Mak Tok! Mak Tok!”, kecoh suasana apabila seorang gadis memanggil ‘Mak Tok’ berkali-kali dan mendapatkan nenek tadi.

Eh, bukan dia ni ke yang langgar aku tadi masa dekat depan kedai? Minah kekwat tadi tu.  Ini ke cucu yang dimaksudkan nenek ini tadi?

“Mak Tok… Mak Tok dekat sini rupanya.  Merata Ella cari tau!”, rengek manja minah kekwat ini.  Bukan manja tapi mengada-ngada!

Berbulu mata Amy. 

“Hish, kamu ni… Mak Tok punyalah tunggu kamu dekat sana tadi.  Lama benar kamu tahu tak?  Mak Tok dah panas berdiri sorang-sorang dekat situ”, bebel Mak Tok.

Ella sudah menyengih melihat Mak Toknya membebel.  “Apalah Mak Tok ni… Buat Ella risau aje tau.  Kot-kot kena culik kea pa, Ella yang susah.  Mesti Rayyan marah dengan Ella nanti”, ujar Ella sambil memuncungkan sedikit bibirnya.

“Tak ada maknanya aku nak diculik”, ujar Mak Tok.  Hai cucu aku sorang ini.  Siapa saja yang mahu menculik aku yang dah tua kerepot ini. “Ni, tadi masa Mak Tok nak melintas hampir saja Mak Tok kena langgar”, beritahunya.

“Haa? Habis ada luka dekat mana-mana tak?”, Ella terkejut.  Terus tangan dan badan Mak Tok ditiliknya.

Mak Tok menarik tangannya  kembali. “ Mak Tok tak baik-baik aje.  Nasib ada Amy tolong Mak Tok tadi. Amy nilah cucu nenek, Ella”, Mak Tok menuntaskan pandangan ke sebelah kirinya.  Amy hanya menayangkan senyum nipis.

“Amy? “, Ella memandang kea rah yang sama.

“Hei, you yang langgar I tadi, kan?”

Amy senyum saja.

“You buat apa dekat sini? Oh, entah-entah you nak apa-apakan Mak Tok I atau you nak peras ugut, kan?” tuduh Ella sesuka hati terlampau sambil meluruskan jari telunjuk ke muka Amy.

“Ella, mind your words!”, marah Mak Tok dengan kelancangan mulut Ella.

Berkerut-kerut dahi Amy mendengar tuduhan Ella. Minah kekwat ni tuduh aku macam tu apa kes? Kalau aku ada niat jahat dari tadi aku dah buat.  Kalau nenek dia tak ada memang aku cili-cili anak orang ni karang.

“Betullah Mak Tok… Tadi dia langgar Ella, sekarang dia dengan Mak Tok pulak. Mesti ada apa-apa ni!”

“Ella!”

“Err… tak apalah nek. Saya minta diri dululah”, Amy mendapatkan Mak Tok dan menyalami tangan tua wanita itu.  Lama-lama dekat sini ada kang yang buat wrestling. Baik aku balik dulu.

Ella mencebik melihat Amy menyalami Mak Toknya.  Berlagak gadis Melayu terakhir pulak. 

“Maafkan nenek ya, cu.  Ella ni memang macam ni.  Sesuka hati dia aje bila bercakap”, tangan Amy yang menyalami tangannya masih belum dilepaskan. Dia berasa bersalah dengan kata-kata cucunya terhadap Amy padahal gadis ini yang menolongnya tadi.

“Tak apa, nek.  Saya tak kisah pun”.

Walaupun Amy mengatakan dia tidak kisah namun Mak Tok tetap  berasa bersalah.

“Hmm, nek saya balik dululah.  Dah lambat, saya kena balik rumah”, pinta Amy sekali lagi.

Mak Tok melepaskan tangan Amy. 

“Nenek minta maaf sekali lagi dan berterima kasih pada Amy kerana tolong nenek tadi.  Jalan baik-baik ya cu. Semoga kita berjumpa lagi”.  Tubuh Amy dipeluk dan pipi dilaga-lagakan, Entah kenapa dia berasa mudah mesra pula dengan Amy. 

Amy kembali ke motorsikalnya.  Dari jauh Amy melambaikan tangan kepada Mak Tok.

“Hish, Mak Tok ni… Bukan main mesra lagi dengan perempuan entah sape-sape tu.  Entah-entah penjenayah”, Ella mmemarahi Mak Toknya kerana terlalu percaya dengan gadis yang baru dikenalinya beberapa minit tadi.

 “Ella, cuba jaga sikit percakapan kamu tu.  Macam ni ke mummy dan daddy kamu ajar masa kecik-kecik? Mak Tok sendiri tak pernah ajar daddy kamu begitu.  Kalau kamu tak jaga percakapan kamu, sampai ke tualah orang tak mahu berbinikan kamu tau”, tegur Mak Tok pada cucu perempuannya ini. Dia mengeluh kesal.

Ella sudah menarik muncung.  Pasal perempuan tu aku pulak yang kena marah dengan Mak Tok. Huh!

“Alah, Mak Tok ni… Orang cuma cakap aje”.

Mak Tok menjeling Ella.




Bersambung...
           
           
           

           

            

6 ulasan:

Unknown berkata...

best sambung lagi ya tq.

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Next week akan di up lg..Thanks sudi baca baby mio..:)

Unknown berkata...

best2 :) ella mmg gedik hhehehe

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Gedik Ella ala2 Ella penyanyi tu..hihihi..

Unknown berkata...

nak tau apa cerita seterusnya... :-D

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Ferra Leza next week ira update lagi ye..=D