Isnin, 18 November 2013

My Love, Mr. Kerek ~part 15~


Keriuhan suara kanak-kanak bergelak tawa mengganggu tidurnya. Dia terlalu mengantuk kerana semalaman tidak tidur akibat memikirkan hal petang kelmarin. Dia benar-benar risau. Asyik memikirkan apa akan jadi selepas ini dan kenapa Rayyan buat begitu. Ah, semua menyesakkan fikiran saja.

“Apa bising-bising ni? Orang nak tidurlah,” sungut Amy tanpa membuka mata. Selimut di kaki ditarik sehingga menutup seluruh tubuh dan wajah. Di kelopak mata seperti ada dua ekor gajah sedang duduk bersantai di situ.

Pak! Pum! Pak! Pum!

Sekali lagi tidurnya terganggu. Amy menggeliat.  Selimut disingkap sehingga tidak lagi menutupi tubuhnya. Dengan mata masih lagi tertutup dia duduk di birai katil. Rambut yang sememangnya serabai semakin kusut apabila digosok.  Tak ubah macam Hantu Mak Limah Balik Kampung! Siapa melihat keadaannya pasti pecut lari.

 “Bunyi apa pulak ni? Macam-macam betul. Tapi… macam bunyi gompang aje.” Mata yang berat digagahkan juga untuk membukanya. Aisehmen, siapa pepagi buta gini main gompang pulak? Desis Amy dalam hati.

  Amy memisat matanya dan membuka penglihatan seluas mungkin. Berat betul matanya. Dia mengerling sekeliling bilik. Entah kenapa suasana di dalam bilik ini asing sekali. Ya, begitu asing. Dinding biliknya batu, tetapi dinding bilik ini kayu.

“Aik, macam bukan bilik aku aje? Ini macam bilik Mak Usu aku. Bila masa pulak aku balik kampung ni?” Bingung Amy memikirkan soal itu. Kalau tidak silapnya, malam tadi dia landing baik punya atas tilam tak berapa hempuknya di rumah. Amy menggaru-garu kepala.

Apa yang membuatkannya pelik, kenapa bilik ini berhias cantik? Macam bilik pengantinlah. Suara riuh di luar rumah membunuh segala persoalan di kepalanya.  Lantas Amy bangun mahu membuka tingkap kayu bilik itu.  Daun tingkap dibuka selebar-lebarnya.

Jelas di penglihatannya beberapa orang anak muda sedang memukul gompang.  Berlatih agaknya. Anak-anak sepupunya yang sudah berumah tangga sibuk berkejaran sesama sendiri. Orang dewasa pula sibuk mengangkat periuk dan mengemas khemah.  Ada juga yang sibuk memacak bunga mangga. Meriah sekali suasananya.  Gelak tawa sana sini kedengaran. Semua orang sedang bergembira.

 “Siapa yang nak berkahwin ni?”

 Amy menghitung dengan jari.

“ Setahu aku semua sepupu aku yang dah besar semua dah selamat. Tinggal yang belajar aje. Mak cik dan pak cik aku pun dah selamat. Tinggal Mak Usu aku ajelah. Itu pun dah bertunang dan tarikh dah tetap hujung tahun depan baru berlangsung.  Habis, siapa pulak?” berkerut-kerut dahinya.

Ketukan di balik pintu menghentikan lamunannya.  Tingkap bilik kembali ditutup seraya Amy menuju ke pintu. Tombol pintu dipulasnya.  Wajah emak terpancul sebaik saja pintu terbuka.

“Ya, Allah! Amy, kenapa tak siap lagi ni?” tanya emak dalam nada terkejut. Mata tua itu sibuk memandang Amy dari atas sampai bawah.

“Bersiap nak ke mana ni, mak?” tanya Amy semula.  Dia lihat emaknya bukan main cantik lagi hari ini.  Tudung berlabuci tersarung cantik di kepala.  Jubah berwarna hitam juga dipenuhi manik-manik di bahagian pinggang dipadankan dengan tudung berwarna ungu. Lip lap, lip lap mak aku. Hui, kalah Mak Datin kau!

“Hai, mak. Macam nak pergi bernikah lagi aje,” sesedap rasa saja Amy memerli emaknya.  Alah, emaknya tidak kisah pun.

Emak sengih. “Ish, budak ni. Abahnya dengar nanti marah pulak.  Kejap lagi awak tu dah nak bersanding. Abang Salleh pun dah sampai nak solek kamu tu. Dah, pergi mandi dan  siap cepat!” gesa emak.

Menganga luas mulut Amy. Dia salah dengar atau emaknya salah cakap? Bila pula dia bernikah? Tiba-tiba saja emak kata dia hendak bersanding. Atau, dia lupa ingatan? Rasa sepertinya mahu pengsan saja saat ini.

“Apa? Orang yang bersanding? Mak, bila masa pulak Amy bernikah ni?”

Biar benar!

“Amy dah lupa ke, yang semalam tu siapa pulak bernikah kalau bukan Amy,” ujar emak dengan dahi berkerut-kerut.

“Semalam aku bernikah? Ya ke?” desisnya perlahan sambil menggigit jari.

Amy tertanya-tanya. Jika dia sudah bernikah, siapa gerangan suaminya?

“Mak…” belum pun sempat Amy mahu bertanya emak pantas mencantas.

“Eh, dah… dah. Pergi siap cepat!”

Bahu Amy ditolak emak sehingga berdiri di hadapan pintu bilik air.  Baru dia hendak membuka mulut untuk bertanya lagi, emaknya terus menutup pintu. Nasib dia sempat kebelakang sedikit. Kalau tak hidungnya mencium pintu akibat ditutup mendadak oleh emak.

Selesai mandi Amy diarah duduk di kerusi kecil meja solek. Abang Salleh merangkap Mak Andam dikampungnya ralit mengoles bedak asas ke kulit mukanya.  Siapa tak kenal dengan lelaki ini dikampung. Dia sungguh glamour dengan gelaran Kak Salehanya. Cakap saja mahu mengadakan kenduri kahwin, pasti Kak Saleha datang. Dia lelaki, cuma dia ‘terlembut’ sedikit saja. Hehe…

“Uii… cantik kau, Amy,” puji Abang Salleh dengan tangan patah-patahnya. Wajah Amy yang sudah siap bersolek diperkemaskan lagi.

Amy hanya senyum nipis. Alah, siapa pun bila disolek sebegini pasti cantik. Gozila kalau kena solek pun cantik. Dia tidak mengendahkan langsung apa yang Abang Salleh lakukan di wajahnya.  Otaknya ligat memikirkan hal yang tiba-tiba saja berlaku ini. Dia kena kahwin paksa ke? Hana dan EJ tidak ada di sini pun.

“Salleh, dah siap soleknya?” tanya emak menjengukkan sedikit kepalanya di muka pintu.

“Dah siap pun. Pengantin dah ready!” sahut Abang Salleh dengan suara gembira yang terover.

Bersedialah sangat. Dengan siapa dia berkahwin pun dia tak tahu. Bisik hati Amy.

“Bagus. Cepat sedia. Kejap lagi pengantin lelaki sampai tu,” arah emak sebelum berlalu.

Berdebar-debar pula Amy dibuatnya. Abang Salleh menyuruhnya berdiri untuk membetulkan veil. Tidak lama selepas itu bunyi gompang kedengaran tanda rombongan pengantin lelaki sudah sampai.

Ready, girl?” tanya Abang Salleh. Speaking pula Kak Saleha ini.

Amy mengangguk kecil. Jantungnya semakin berdebar laju. Dia ingin sekali tahu siapakah lelaki itu? Perlahan-lahan Amy berjalan diiringi Abang Salleh dan emaknya.  Ikutkan hati mahu saja dia berjalan laju disebabkan rasa ingin tahu. Namun bila memikirkan dia adalah ‘pengantin’ dalam cerita ini terbantut terus niatnya. Pengantin mesti lemah lembutkan. Bak kata pepatah pinjat semut pun tidak mati. Erk, sesuai ke pepatah tu Amy? Biarlah.

Sampai saja di hadapan pelamin yang dihias indah, penutup muka diturunkan. Tanpa menunggu sesaat lagi Amy terus mendongak. Sungguh dia terkesima dengan apa yang dilihatnya. Terus mulutnya menganga bagai mulut ikan paus.

“Di… di…  dia!” tergagap-gagap terus tutur katanya. Jari telunjuk menegak ke depan. Menggigil tangannya kala ini.

Amy memisat-misat matanya. Pedulilah maskaranya yang comot. Eye shadownya bercampur-campur warnanya sekali pun. Peduli juga orang mahu mengata dia sudah macam momok kerana make upnya serabai saat ini. Orang yang ada di hadapan matanya ini lebih menarik perhatiannya.  Bagai tidak mahu percaya dengan raut wajah itu. Oh, mak ai…

Rayyan


“Hai, sayang…” seru Rayyan dengan suara yang cukup bergula dan menggoda.

“Tak… ini tak mungkin. Tak mungkin!” mulutnya terkumat-kamit menafikannya.

Lelaki itu mengenakan baju songket warna sedondon dengannya. Bersandar dan menyilang kaki. Kedua-dua tangan diletakkan di pemegang kerusi. Tidak ubah seperti raja duduk dipersinggahannya sambil mengusap dagu. Senyuman nakal terukir di bibir. Senyum gatal!

Amy berundur setapak ke belakang.

“Sayang… Marilah dekat abang.” Rayyan menggoyangkan jari telunjuknya.  Mengarahkan Amy datang kepadanya.

Meremang bulu tengkuk Amy apabila mendengar cara Rayyan memanggilnya. Menggeletar seluruh tubuhnya. Amy lantas berpaling ke belakang.  Kain disinsing ke paras betis.

“Apa lagi? Ca… alip… but. Cabut!” Terus Amy membuka langkah seribu.  Hilang terus seri pengantinnya.  Watak ayunya tadi pun hilang entah ke mana.

Amy berlari tanpa menggunakan selipar.  Dia tidak sempat untuk menyarungnya ke kaki. Sakit juga kakinya apabila terpijak batu-batu kecil namun tidak diendahkan lagi. Ah, biarlah orang nak kata dia Runaway Bride sekali pun. Dia sudah tidak perduli.  Apa yang penting dia tak mahu menjadi isteri Rayyan! Tak mahu!

“Amy, sayang… Tunggu abang!” Rayyan mengejarnya di belakang.

“Jangan dekat dengan sayalah!” jerit Amy tanpa menoleh belakang. 

“Kalau nak dekat jugak?”

“Kalau dekat jugak saya… err… arrgghh! Yang penting jangan dekat!” bentak Amy.

Dia tidak ada idea untuk mengugut. Dalam keadaan serba darurat saraf otaknya putus-putus. Tidak mampu berfikir. Mahu terjun sungai? Hish, dia mana tahu berenang. Ada juga yang jadi ikan kembung pula. Naya!

Amy menoleh ke belakang seketika.  Rayyan masih mengejarnya. Tidak penatkah lelaki itu?  Dia sudah keletihan namun kaki terus saja berlari. Tidak mahu Rayyan mendekati dirinya.

“Sayang, tunggulah. Sayang!” Rayyang memanggil-manggil Amy yang berlari laju.

Uweekk! Hendak muntah Amy apabila mendengar Rayyan memanggilnya ‘sayang’. Bagai mahu keluar semua isi perut ini kalau boleh.

Amy


“Jangan panggil saya sayang. Saya tak hingin nak jadi isteri encik! Tak hingin!” jerit Amy lagi. Tanpa sedar kakinya tersandung sebatang kayu di tengah jalan raya itu. Hampir saja dia jatuh tertiarap.  Nasib baik tangannya sempat menahan.  Kalau tidak percuma saja jalan raya itu diciumnya.

“Adoi!” Amy mengaduh.  Ditiup telapak tangan yang perit kerana terdapat calar kecil. Amy membalikkan tubuhnya.

Rayyan mengambil kesempatan itu untuk mendekati Amy. Dia berdiri di hadapan Amy yang masih terduduk di atas jalan raya.

“He he…” tawa nakalnya lepas.

Seriau pula Amy mendengarnya. Dia cuba mengengsot namun kakinya sudah berikat. Aik, sejak bila pula kakinya berikat?  Pelik bin Ajaib ni!

“Nak ke mana sayang? Hmm…”

Amy menelan liur. “Saya bu… bukan sayang enciklah!” ujar Amy dalam takut-takut.

Rayyan bertinggung di hadapan Amy.  Bahu gadis itu digenggam.

“Sayang macam tak percaya aje kita dah nikah. Sayang… cuba tengok ni. Cincin wedding kita” Lelaki itu menunjukkan jari manisnya kepada Amy.  Ada sebentuk cincin tersarung cantik di situ.

“Samakan dengan sayang punya,” ujar Rayyan dengan senyuman yang mampu menggoyahkan iman.

Amy menilik jari jemarinya. Ya, di jarinya juga ada cincin bentuknya hampir serupa dengan milik lelaki itu. Tapi, biar benar!

“Encik jangan bergurau.” Amy masih tidak mahu mempercayainya.

Rayyan mengelus pipi Amy. Namun segera gadis itu menepis. Rayyan senyum.

“Sayang percayalah. Kita dah nikah.” Cuba mahu meyakinkan Amy.

“Tak mungkin! Tak akan!” bentak Amy. Mata Rayyan ditentang dengan beraninya.

Lelaki itu diam sejenak. Kemudian dia senyum semula.

“Oh, sayang saja nak main tarik tali dengan abang eh. I like the way you play, sayang. Meh sini.” Tubuh genit Amy digendong. Kepala di belakang, kaki di hadapan.

Terjerit Amy apabila dilakukan sebegitu.

“Eh, encik nak bawak saya pergi mana ni? Turunkan saya!” marah Amy sambil memukul belakang Rayyan berkali-kali.

Rayyan ketawa nipis. “Sayang tahulah nasib sayang nanti.”

“Haa… apa yang encik nak buat pada saya?”

“Adalah…” pendek dan meleret jawapan Rayyan.

Amy kembali memukul belakang Rayyan. “Tolong! Ada orang gila kacau saya! Tolong!” jerit Amy sekuat hati. Namun tiada siapa yang membantu.

Rayyan buat tidak tahu saja.

“Tolong!!”


~*~*~*~*~*~


Gedebuk! Amy terjatuh dari katil. Serta merta mimpi ngerinya tadi hilang.

 “Adeh, sakitnya punggung aku,” sungutnya.

Punggung yang terhempas di lantai tadi berkali-kali dia mengosoknya. Seperti mahu pecah tulung punggungnya. Dalam masa yang sama Amy memerhati sekeliling biliknya.  Terlukis garis-garis kedut di dahinya.

“Eh, bukan ke tadi aku kat kampung? Aku kahwin dengan…”

Amy memerhatikan sekali lagi sekeliling biliknya. Betul ini biliknya sendiri.  Dia mengaru-garu kepala.  Bingung. Dia berfikir sejenak.

 “Astaghfirullah al azim… Ini kes aku mimpilah ni. Patutlah banyak perkara pelik berlaku tadi. Termasuklah aku... kena kahwin dengan mamat kerek tu!” Amy beristighfar setelah tersedar dia bermimpi.  Wajah diraup beberapa kali untuk menyedarkannya dari alam mimpi.

"Adoilah... sengalnya kau Amy. Apa kejadahnya mimpi kahwin dengan dia tu!"  Kepalanya diketuk-ketuk beberapa kali.  Ngok ngek sungguh!

Fuhh… nasib mimpi aje tadi. Kalau betul, alamatnya tonggang terbaliklah dunia aku lepas ini. Alhamdulillah…

 Allahuakhbar… Allahuakhbar!

Azan berkumandang dari masjid berdekatan dengan rumahnya. Jam dinding telah menunjukkan lima, empat puluh lima minit.  Sudah masuk waktu Subuh rupanya. Amy bangun dan melipat selimutnya.

“Macam mana pulak aku boleh termimpi kahwin dengan Mr. Kerek tu? Hish, cubalah mimpi dengan Shah Rukhan ke Amir Khan.  Lagi best. Ngeri betul mimpi aku tadi,” bebel Amy seorang diri lagi. Bagai tidak percaya dia bermimpi sebegitu.

Terdengar bunyi ketukan di pintu. Pasti emaknya.  Sudah kebiasaan emaknya mengetuk pintu biliknya setelah azan Subuh berkumandang.  Takut anak dara dia yang seorang ini kesiangan. Rugi bagi sesiapa yang meninggalkan solat Subuh. Nanti cahaya wajah akan pudar dan tak berseri.

 “Amy, bangun dah subuh,” laung emak dari luar.

 “Ya, mak… Amy dah bangun ni,” sahutnya sambil merapikan cadar katilnya.

 Tuala di belakang pintu diambilnya. Lantas dia menuju ke bilik air. Mahu mandi dan mengambil wuduk.  Usai solat Subuh nanti dia akan turun dan membantu kedua-dua orang tuanya menyediakan keperluan berniaga. Tentang hal dia dan Rayyan, nanti saja dia akan membuat perhitungan dengan lelaki itu.



Sambung lagi leee.....

~Terima kasih kpd yg sudi mengikuti lagi cerita ini lagi. Maaf jika n3 kali ini agak mengarut ye. Kalau ada kekurangan please drop komen di bawah... (^_^)                 
           
           









10 ulasan:

Amani Ahlam berkata...

haha...lawak je amy...=D i likeee

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Hehehe....tq sudi baca...(^_^)

Rieya Kifley berkata...

Best ape..hehe x sbr nk baca next n3

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Tq rieya kifley sudi baca...hehe..:)

Unknown berkata...

hehehe... lawak betul si amy ni... terlampau memikirkan si rayyan la tu... smpai terbawak dlm tidur.. kehkehkeh... kan dh jatuh katil... gedebuk!!! kehkehkeh...

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Hehehe...(^_^)

Unknown berkata...

hahaha, lawak la si amy.mesti terlalu fikirkan si kerek tu kan.kikiki.best.next n3 please

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha mimpi rupernyer... Kalu btol pun tak pe..
Yanshi

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

In sha allah, akan di up lagi kak..:D

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Anynomous, hehe...amy terlalu memikirkan sgat tu.. :)