Keriuhan suara
kanak-kanak bergelak tawa mengganggu tidurnya. Dia terlalu mengantuk kerana
semalaman tidak tidur akibat memikirkan hal petang kelmarin. Dia benar-benar
risau. Asyik memikirkan apa akan jadi selepas ini dan kenapa Rayyan buat
begitu. Ah, semua menyesakkan fikiran saja.
“Apa bising-bising ni? Orang nak tidurlah,” sungut Amy
tanpa membuka mata. Selimut di kaki ditarik sehingga menutup seluruh tubuh dan
wajah. Di kelopak mata seperti ada dua ekor gajah sedang duduk bersantai di
situ.
Pak! Pum! Pak! Pum!
Sekali lagi tidurnya terganggu. Amy menggeliat. Selimut disingkap sehingga tidak lagi
menutupi tubuhnya. Dengan mata masih lagi tertutup dia duduk di birai katil. Rambut
yang sememangnya serabai semakin kusut apabila digosok. Tak ubah macam Hantu Mak Limah Balik Kampung!
Siapa melihat keadaannya pasti pecut lari.
“Bunyi apa pulak ni? Macam-macam betul. Tapi… macam bunyi
gompang aje.” Mata yang berat digagahkan juga untuk membukanya. Aisehmen, siapa pepagi buta gini main
gompang pulak? Desis Amy dalam hati.
Amy memisat matanya dan membuka penglihatan seluas
mungkin. Berat betul matanya. Dia mengerling sekeliling bilik. Entah kenapa suasana di dalam bilik
ini asing sekali. Ya, begitu asing. Dinding biliknya batu, tetapi dinding bilik
ini kayu.
“Aik, macam bukan bilik aku aje? Ini macam bilik Mak Usu
aku. Bila masa pulak aku balik kampung ni?” Bingung Amy memikirkan soal itu.
Kalau tidak silapnya, malam tadi dia landing
baik punya atas tilam tak berapa hempuknya di rumah. Amy menggaru-garu kepala.
Apa yang membuatkannya pelik, kenapa bilik ini berhias
cantik? Macam bilik pengantinlah. Suara riuh di luar rumah membunuh segala
persoalan di kepalanya. Lantas Amy
bangun mahu membuka tingkap kayu bilik itu.
Daun tingkap dibuka selebar-lebarnya.
Jelas di penglihatannya beberapa orang anak muda sedang
memukul gompang. Berlatih agaknya.
Anak-anak sepupunya yang sudah berumah tangga sibuk berkejaran sesama sendiri. Orang
dewasa pula sibuk mengangkat periuk dan mengemas khemah. Ada juga yang sibuk memacak bunga mangga.
Meriah sekali suasananya. Gelak tawa
sana sini kedengaran. Semua orang sedang bergembira.
“Siapa yang nak berkahwin ni?”
Amy menghitung dengan jari.
“
Setahu aku semua sepupu aku yang dah besar semua dah selamat. Tinggal yang
belajar aje. Mak cik dan pak cik aku pun dah selamat. Tinggal Mak Usu aku
ajelah. Itu pun dah bertunang dan tarikh dah tetap hujung tahun depan baru
berlangsung. Habis, siapa pulak?”
berkerut-kerut dahinya.
Ketukan
di balik pintu menghentikan lamunannya. Tingkap bilik kembali ditutup seraya Amy
menuju ke pintu. Tombol pintu dipulasnya.
Wajah emak terpancul sebaik saja pintu terbuka.
“Ya,
Allah! Amy, kenapa tak siap lagi ni?” tanya emak dalam nada terkejut. Mata tua
itu sibuk memandang Amy dari atas sampai bawah.
“Bersiap
nak ke mana ni, mak?” tanya Amy semula.
Dia lihat emaknya bukan main cantik lagi hari ini. Tudung berlabuci tersarung cantik di
kepala. Jubah berwarna hitam juga
dipenuhi manik-manik di bahagian pinggang dipadankan dengan tudung berwarna
ungu. Lip lap, lip lap mak aku. Hui, kalah Mak Datin kau!
“Hai,
mak. Macam nak pergi bernikah lagi aje,” sesedap rasa saja Amy memerli
emaknya. Alah, emaknya tidak kisah pun.
Emak
sengih. “Ish, budak ni. Abahnya dengar nanti marah pulak. Kejap lagi awak tu dah nak bersanding. Abang
Salleh pun dah sampai nak solek kamu tu. Dah, pergi mandi dan siap cepat!” gesa emak.
Menganga
luas mulut Amy. Dia salah dengar atau emaknya salah cakap? Bila pula dia
bernikah? Tiba-tiba saja emak kata dia hendak bersanding. Atau, dia lupa
ingatan? Rasa sepertinya mahu pengsan saja saat ini.
“Apa?
Orang yang bersanding? Mak, bila masa pulak Amy bernikah ni?”
Biar
benar!
“Amy
dah lupa ke, yang semalam tu siapa pulak bernikah kalau bukan Amy,” ujar emak
dengan dahi berkerut-kerut.
“Semalam
aku bernikah? Ya ke?” desisnya perlahan sambil menggigit jari.
Amy
tertanya-tanya. Jika dia sudah bernikah, siapa gerangan suaminya?
“Mak…”
belum pun sempat Amy mahu bertanya emak pantas mencantas.
“Eh,
dah… dah. Pergi siap cepat!”
Bahu
Amy ditolak emak sehingga berdiri di hadapan pintu bilik air. Baru dia hendak membuka mulut untuk bertanya
lagi, emaknya terus menutup pintu. Nasib dia sempat kebelakang sedikit. Kalau
tak hidungnya mencium pintu akibat ditutup mendadak oleh emak.
Selesai
mandi Amy diarah duduk di kerusi kecil meja solek. Abang Salleh merangkap Mak
Andam dikampungnya ralit mengoles bedak asas ke kulit mukanya. Siapa tak kenal dengan lelaki ini dikampung.
Dia sungguh glamour dengan gelaran
Kak Salehanya. Cakap saja mahu mengadakan kenduri kahwin, pasti Kak Saleha
datang. Dia lelaki, cuma dia ‘terlembut’ sedikit saja. Hehe…
“Uii…
cantik kau, Amy,” puji Abang Salleh dengan tangan patah-patahnya. Wajah Amy
yang sudah siap bersolek diperkemaskan lagi.
Amy
hanya senyum nipis. Alah, siapa pun bila disolek sebegini pasti cantik. Gozila
kalau kena solek pun cantik. Dia tidak mengendahkan langsung apa yang Abang Salleh
lakukan di wajahnya. Otaknya ligat
memikirkan hal yang tiba-tiba saja berlaku ini. Dia kena kahwin paksa ke? Hana
dan EJ tidak ada di sini pun.
“Salleh,
dah siap soleknya?” tanya emak menjengukkan sedikit kepalanya di muka pintu.
“Dah
siap pun. Pengantin dah ready!” sahut
Abang Salleh dengan suara gembira yang terover.
Bersedialah
sangat. Dengan siapa dia berkahwin pun dia tak tahu. Bisik hati Amy.
“Bagus.
Cepat sedia. Kejap lagi pengantin lelaki sampai tu,” arah emak sebelum berlalu.
Berdebar-debar
pula Amy dibuatnya. Abang Salleh menyuruhnya berdiri untuk membetulkan veil. Tidak lama selepas itu bunyi
gompang kedengaran tanda rombongan pengantin lelaki sudah sampai.
“Ready, girl?” tanya Abang Salleh. Speaking pula Kak Saleha ini.
Amy
mengangguk kecil. Jantungnya semakin berdebar laju. Dia ingin sekali tahu
siapakah lelaki itu? Perlahan-lahan Amy berjalan diiringi Abang Salleh dan
emaknya. Ikutkan hati mahu saja dia
berjalan laju disebabkan rasa ingin tahu. Namun bila memikirkan dia adalah
‘pengantin’ dalam cerita ini terbantut terus niatnya. Pengantin mesti lemah
lembutkan. Bak kata pepatah pinjat semut pun tidak mati. Erk, sesuai ke pepatah
tu Amy? Biarlah.
Sampai
saja di hadapan pelamin yang dihias indah, penutup muka diturunkan. Tanpa
menunggu sesaat lagi Amy terus mendongak. Sungguh dia terkesima dengan apa yang
dilihatnya. Terus mulutnya menganga bagai mulut ikan paus.
“Di…
di… dia!” tergagap-gagap terus tutur
katanya. Jari telunjuk menegak ke depan. Menggigil tangannya kala ini.
Amy
memisat-misat matanya. Pedulilah maskaranya yang comot. Eye shadownya bercampur-campur warnanya sekali pun. Peduli juga orang mahu mengata dia sudah macam momok kerana make upnya serabai saat ini. Orang yang ada di
hadapan matanya ini lebih menarik perhatiannya.
Bagai tidak mahu percaya dengan raut wajah itu. Oh, mak ai…
Rayyan |
“Hai, sayang…” seru Rayyan dengan suara yang
cukup bergula dan menggoda.
“Tak…
ini tak mungkin. Tak mungkin!” mulutnya terkumat-kamit menafikannya.
Lelaki
itu mengenakan baju songket warna sedondon dengannya. Bersandar dan menyilang kaki. Kedua-dua tangan diletakkan di pemegang
kerusi. Tidak ubah seperti raja duduk dipersinggahannya sambil mengusap dagu.
Senyuman nakal terukir di bibir. Senyum gatal!
Amy
berundur setapak ke belakang.
“Sayang…
Marilah dekat abang.” Rayyan menggoyangkan jari telunjuknya. Mengarahkan Amy datang kepadanya.
Meremang
bulu tengkuk Amy apabila mendengar cara Rayyan memanggilnya. Menggeletar
seluruh tubuhnya. Amy lantas berpaling ke belakang. Kain disinsing ke paras betis.
“Apa
lagi? Ca… alip… but. Cabut!” Terus Amy membuka langkah seribu. Hilang terus seri pengantinnya. Watak ayunya tadi pun hilang entah ke mana.
Amy
berlari tanpa menggunakan selipar. Dia
tidak sempat untuk menyarungnya ke kaki. Sakit juga kakinya apabila terpijak batu-batu kecil namun tidak diendahkan lagi. Ah, biarlah orang nak kata dia Runaway Bride sekali pun. Dia sudah
tidak perduli. Apa yang penting dia tak
mahu menjadi isteri Rayyan! Tak mahu!
“Amy,
sayang… Tunggu abang!” Rayyan mengejarnya di belakang.
“Jangan
dekat dengan sayalah!” jerit Amy tanpa menoleh belakang.
“Kalau
nak dekat jugak?”
“Kalau
dekat jugak saya… err… arrgghh! Yang penting jangan dekat!” bentak Amy.
Dia tidak ada idea untuk mengugut. Dalam keadaan serba darurat saraf otaknya putus-putus. Tidak mampu berfikir. Mahu terjun sungai? Hish, dia mana tahu
berenang. Ada juga yang jadi ikan kembung pula. Naya!
Amy
menoleh ke belakang seketika. Rayyan
masih mengejarnya. Tidak penatkah lelaki itu?
Dia sudah keletihan namun kaki terus saja berlari. Tidak mahu Rayyan
mendekati dirinya.
“Sayang,
tunggulah. Sayang!” Rayyang memanggil-manggil Amy yang berlari laju.
Uweekk!
Hendak muntah Amy apabila mendengar Rayyan memanggilnya ‘sayang’. Bagai mahu
keluar semua isi perut ini kalau boleh.
Amy |
“Jangan
panggil saya sayang. Saya tak hingin nak jadi isteri encik! Tak hingin!” jerit
Amy lagi. Tanpa sedar kakinya tersandung sebatang kayu di tengah jalan raya
itu. Hampir saja dia jatuh tertiarap.
Nasib baik tangannya sempat menahan.
Kalau tidak percuma saja jalan raya itu diciumnya.
“Adoi!”
Amy mengaduh. Ditiup telapak tangan yang
perit kerana terdapat calar kecil. Amy membalikkan tubuhnya.
Rayyan
mengambil kesempatan itu untuk mendekati Amy. Dia berdiri di hadapan Amy yang
masih terduduk di atas jalan raya.
“He
he…” tawa nakalnya lepas.
Seriau
pula Amy mendengarnya. Dia cuba mengengsot namun kakinya sudah berikat. Aik,
sejak bila pula kakinya berikat? Pelik
bin Ajaib ni!
“Nak
ke mana sayang? Hmm…”
Amy
menelan liur. “Saya bu… bukan sayang enciklah!” ujar Amy dalam takut-takut.
Rayyan
bertinggung di hadapan Amy. Bahu gadis
itu digenggam.
“Sayang
macam tak percaya aje kita dah nikah. Sayang… cuba tengok ni. Cincin wedding kita” Lelaki itu menunjukkan
jari manisnya kepada Amy. Ada sebentuk
cincin tersarung cantik di situ.
“Samakan
dengan sayang punya,” ujar Rayyan dengan senyuman yang mampu menggoyahkan iman.
Amy
menilik jari jemarinya. Ya, di jarinya juga ada cincin bentuknya hampir serupa
dengan milik lelaki itu. Tapi, biar benar!
“Encik
jangan bergurau.” Amy masih tidak mahu mempercayainya.
Rayyan
mengelus pipi Amy. Namun segera gadis itu menepis. Rayyan senyum.
“Sayang
percayalah. Kita dah nikah.” Cuba mahu meyakinkan Amy.
“Tak
mungkin! Tak akan!” bentak Amy. Mata Rayyan ditentang dengan beraninya.
Lelaki
itu diam sejenak. Kemudian dia senyum semula.
“Oh,
sayang saja nak main tarik tali dengan abang eh. I like the way you play, sayang. Meh sini.” Tubuh genit Amy
digendong. Kepala di belakang, kaki di hadapan.
Terjerit
Amy apabila dilakukan sebegitu.
“Eh,
encik nak bawak saya pergi mana ni? Turunkan saya!” marah Amy sambil memukul
belakang Rayyan berkali-kali.
Rayyan
ketawa nipis. “Sayang tahulah nasib sayang nanti.”
“Haa…
apa yang encik nak buat pada saya?”
“Adalah…”
pendek dan meleret jawapan Rayyan.
Amy
kembali memukul belakang Rayyan. “Tolong! Ada orang gila kacau saya! Tolong!”
jerit Amy sekuat hati. Namun tiada siapa yang membantu.
Rayyan
buat tidak tahu saja.
“Tolong!!”
~*~*~*~*~*~
Gedebuk! Amy terjatuh
dari katil. Serta merta mimpi ngerinya tadi hilang.
“Adeh, sakitnya punggung aku,” sungutnya.
Punggung yang terhempas di lantai tadi berkali-kali dia
mengosoknya. Seperti mahu pecah tulung punggungnya. Dalam masa yang sama Amy
memerhati sekeliling biliknya. Terlukis
garis-garis kedut di dahinya.
“Eh, bukan ke tadi aku kat kampung? Aku kahwin dengan…”
Amy memerhatikan sekali lagi sekeliling biliknya. Betul
ini biliknya sendiri. Dia mengaru-garu
kepala. Bingung. Dia berfikir sejenak.
“Astaghfirullah al azim… Ini kes aku mimpilah ni. Patutlah banyak perkara pelik berlaku tadi. Termasuklah aku... kena kahwin dengan mamat kerek tu!” Amy
beristighfar setelah tersedar dia bermimpi.
Wajah diraup beberapa kali untuk menyedarkannya dari alam mimpi.
"Adoilah... sengalnya kau Amy. Apa kejadahnya mimpi kahwin dengan dia tu!" Kepalanya diketuk-ketuk beberapa kali. Ngok ngek sungguh!
Fuhh… nasib mimpi aje tadi. Kalau betul, alamatnya
tonggang terbaliklah dunia aku lepas ini. Alhamdulillah…
Allahuakhbar… Allahuakhbar!
Azan
berkumandang dari masjid berdekatan dengan rumahnya. Jam dinding telah
menunjukkan lima, empat puluh lima minit.
Sudah masuk waktu Subuh rupanya. Amy bangun dan melipat selimutnya.
“Macam mana pulak aku boleh termimpi kahwin dengan Mr.
Kerek tu? Hish, cubalah mimpi dengan Shah Rukhan ke Amir Khan. Lagi best.
Ngeri betul mimpi aku tadi,” bebel Amy seorang diri lagi. Bagai tidak percaya dia bermimpi sebegitu.
Terdengar bunyi ketukan di pintu. Pasti emaknya. Sudah kebiasaan emaknya mengetuk pintu
biliknya setelah azan Subuh berkumandang.
Takut anak dara dia yang seorang ini kesiangan. Rugi bagi sesiapa yang
meninggalkan solat Subuh. Nanti cahaya wajah akan pudar dan tak berseri.
“Amy, bangun dah subuh,” laung emak dari luar.
“Ya, mak… Amy dah bangun ni,” sahutnya sambil merapikan
cadar katilnya.
Tuala di belakang pintu diambilnya. Lantas dia menuju ke
bilik air. Mahu mandi dan mengambil wuduk.
Usai solat Subuh nanti dia akan turun dan membantu kedua-dua orang
tuanya menyediakan keperluan berniaga. Tentang hal dia dan Rayyan, nanti saja dia akan membuat perhitungan dengan lelaki itu.
Sambung lagi leee.....
~Terima kasih kpd yg sudi mengikuti lagi cerita ini lagi. Maaf jika n3 kali ini agak mengarut ye. Kalau ada kekurangan please drop komen di bawah... (^_^)
10 ulasan:
haha...lawak je amy...=D i likeee
Hehehe....tq sudi baca...(^_^)
Best ape..hehe x sbr nk baca next n3
Tq rieya kifley sudi baca...hehe..:)
hehehe... lawak betul si amy ni... terlampau memikirkan si rayyan la tu... smpai terbawak dlm tidur.. kehkehkeh... kan dh jatuh katil... gedebuk!!! kehkehkeh...
Hehehe...(^_^)
hahaha, lawak la si amy.mesti terlalu fikirkan si kerek tu kan.kikiki.best.next n3 please
Ha ha ha mimpi rupernyer... Kalu btol pun tak pe..
Yanshi
In sha allah, akan di up lagi kak..:D
Anynomous, hehe...amy terlalu memikirkan sgat tu.. :)
Catat Ulasan