Amy merebahkan tubuh ke
katil. Lenguh seluruh sendinya.
Perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur mengambil masa selama empat jam di
dalam kereta sangat memenatkan. Dia mencapai telefon bimbitnya di meja kecil
bersebelahan katil. Punat merah ditekan
untuk menghidupkan telefonnya yang baru saja dicas. Dua hari dia membiarkan
telefonnya sehingga habis bateri. Buka saja dia terus pergi ke kotak panggilan
masuk. Terbeliak matanya.
“Amboi, seratus kali panggilan tak berjawap. Dari Rayyan!”
Mesti tangan dia lenguh mendail. Tangannya lantas mencari kotak pesanan ringkas
pula.
“Wow, sembilan puluh kali SMS!” Spontan jari jemari
menutup bibirnya.
Ketawanya serta merta meledak. Kasihan betul dengan Rayyan.
Kena tipu bulat-bulat olehnya. Mesti
lelaki itu percaya dengan janji-janji yang dia tabur. Dan, pastinya Rayyan
menggelabah mencarinya sekarang ini.
“Mesti dia macam orang gila mencari aku. Maaflah, Encik Rayyan. Saya takkan berkomplot
dengan encik untuk menipu nenek encik tu.”
Jahat juga aku, ya? Dari siapalah kau belajar jadi jahat
ni, Amy? Hailah, kadang ada juga rasa bersalah dalam diri bila menipu lelaki
itu. Tapi, kalau ikut rancangan Rayyan berlakon menjadi buah hatinya juga aku
dapat dosa. Dua-dua juga menipu. Hmm….
Amy membuka peti simpanan pesanan ringkas. Kebanyakkan
SMS dari Rayyan. Di bukanya satu per satu.
~Mana kau pergi?
~Aku call banyak kali. Kenapa kau tak angkat?
~Angkat call aku sekarang!
~Kau cuba nak larikan diri dari aku ya?
Bukan cuba lagi Encik Rayyan, tapi memang sudah lari pun.
Amy masih ralit membaca satu per satu pesanan ringkas dari lelaki itu. Hanya
satu pesanan ini membangkitkan rasa gundahnya.
~Jangan kau cuba2 nak lari. Aku akan cari kau sampai
lubang cacing!
Amy menelan liur. Macam
serius saja bunyinya. Rayyan tahu ke dia duduk di mana? Setahu dia, dia tak
pernah lagi tunjukkan rumahnya kepada Rayyan. Semasa lelaki itu menghantarnya
balik beberapa hari lepas pun dia menyuruh lelaki itu berhenti jauh dari
rumah. Adalah selang lima lorong. Dia
tidak mahu jiran-jiran sebelah menganjurkan rancangan ‘Soseh-soseh’ berkisah
dia pula. Glamour namanya nanti!
“Agak-agaklah. Dia tahu ke rumah aku?”
Amy mengetuk bibirnya beberapa kali. Memikirkan
kemungkinan itu.
“Eh, tak mungkinlah. Akukan belum tunjuk rumah lagi.” Ah,
dia mana tahu rumah aku. Mujur aku tidak
tunjuk rumah.
Amy
sudah tersenyum lega. Telefon dicampak ke tepi. Sedang dia leka memerhati kipas
ligat berputar. Matanya semakin lama semakin layu. Ditambah pula dengan tubuh
yang penat. Cepat saja matanya mahu tertutup. Sedang berura-ura mahu lelap,
telefon bimbit kesayangannya berbunyi nyaring.
“Adui…
kacau betul. Baru sedap nak terbang, berbunyi pulak dia.”
Mengagau tangannya mencari-cari. Telefon bimbit yang
masih menjerit. Skrin ditatap. Dia lagi!
“Angkat ke tak payah? Hmm…”
Apa kata angkat saja? Dia pun ingin tahu mood lelaki itu sekarang ini. Sudah terbakar ke? Sudah hangus ke sekarang
ini? Rayyan pasti sedang menahan berguni-guni marah padanya. Pasti! Jari Amy
teragak-agak mahu menekan butang hijau. Telefon bimbit dilekap ke telinga.
“Budak kecik, kau ke mana? Haa!” Rayyan menyergahnya dari
hujung talian.
Bingit telinga! Beri salam pun tak, mahu tanya khabar
jauh sekali! Ternyata lelaki itu betul-betul sudah berapi.
“Sa… saya balik kampung dua hari ni.”
“Balik kampung! Kenapa kau tak bagitau aku? Atau, kau
memang sengaja nak mengelak dari aku?” tembak Rayyan. Suaranya seakan mahu
menjerit namun ditahan. Berang dengan jawapan dari Amy.
“Buat apa saya kena bagitau encik? Bukan penting pun.”
Amy memberanikan diri untuk membalas.
“Tak penting kau kata. Eh, aku cari kau bagai nak gila
tau! Kau kata tak penting!” suara Rayyan naik lagi satu oktaf. Berdesing
telinga Amy dibuatnya.
“Err… ikut suka hati sayalah. Pasal encik nak saya
berkomplot berlakon menjadi buah hati encik. Err… Saya dah fikir masak-masak.
Sa… saya tak nak berkomplot dengan encik.”
Amy terus saja berterus terang. Tidak mahu lagi bersembunyi.
“Apa??”
Amy menjauhkan telefon dari telinganya. Rayyan kalau
menjerit, Masya-Allah! Bagai mahu pecah gegendang telinga.
“Saya dah ambil keputusan. Saya tak akan berkomplot
dengan encik. Full stop! Okey,
assalammualaikum!”
“Wei, kau…”
Belum pun dia mendengar kata-kata Rayyan yang seterusnya,
talian dimatikan. Amy melepaskan nafas panjang.
“Lantaklah dia. Sekarang aku dah tak nak fikir lagi hal
dia,” ujar Amy seraya mematikan semula telefon bimbitnya. Tidak mahu
memeningkan kepala dengan desakkan Rayyan lagi. Dia pasti Rayyan akan
menelefonnya kembali. Ah, sambung membuta lagi bagus.
~*~*~*~*~*~
Sedang enak Amy membuat
tahi mata, dia dikejutkan emaknya. Bahunya digoncang beberapa kali.
“Amy, bangun sayang.” Lembut emak mengoyangkan bahunya.
Perlahan-lahan matanya dibuka.
“Hmm… kenapa, mak?” Amy bangun lantas duduk dibirai
katil.
“Kawan Amy datang. Ada dekat depan tu haa.”
Berkerut-kerut dahi Amy. Siku yang tiba-tiba saja gatal
digarunya.
“Siapa mak?”
Emaknya mengangkat sedikit bahu tanda tidak tahu. Baru
hari ini dia berjumpa dengan kawan Amy yang satu ini. Sebelum ini, tidak pernah
pula Amy membawa kawannya ini datang ke rumah. Hanya Hana dan EJ saja selalu
bertandang ke rumah mereka. Dia dan suami pun sudah kenal dengan dua sahabat
Amy itu.
“Mak tak tahu. Perempuan. Katanya, nama dia Najihah.”
“Najihah?”
Siapa Najihah? Aku ada classmate bernama Najihah
ke? Macam ada, macam tak ada. Bagai
ingat-ingat lupa pulak. Adalah kot. Agaknya aku yang tidak perasan. Mungkin.
“Emm… mak tolong cakap dekat dia tunggu sekejaplah. Amy
nak basuh muka dulu.”
“Yalah.” Emak keluar dari biliknya.
Amy berjalan menuju ke bilik air. Membasuh muka baru
bangun tidurnya biar nampak segar. Kot-kot ada air liur basi buat malu saja!
Uwargghh! Besar mulutnya menguap. Macam mahu sambung tidur saja sekarang ini. Si
Najihah itu pun datang salah waktulah. Datanglah esok ke, lusa ke. Hmm…
Setelah selesai barulah Amy keluar. Mahu melihat siapakah
gerangan kawannya bergelar Najihah itu. Dari belakang, jelas di penglihatannya
gadis sedang duduk membelakanginya dan berbual dengan emak bertudung krim.
Berbaju merah berbunga putih. Memang ramai classmatenya
bertudung. Tapi yang bernama Najihah sepertinya tidak ada. Fazihah adalah!
“Mak…” seru Amy membuatkan emaknya terus terhenti berbual
dan berpaling ke arahnya. Gadis itu juga turut berpaling ke arahnya.
Dahi Amy berlapis-lapis setelah bertentang mata dengan
gadis itu. Hairan melihat wajah gadis bertudung di hadapannya. Dia tidak kenal
dengan gadis ini. Wajahnya begitu asing sekali. Sekali pandang seperti lelaki.
Dua kali pandang seperti perempuan pula. Lelaki ke perempuan dia ini? Ke Mak Nyah?
“Amy, mari sini. Najihah nak berjumpa dengan kamu ni.”
Emak supaya duduk disebelahnya.
Amy akur. Dia mengambil tempat disebelah emak dan
dihadapan gadis itu.
“Amy pun dah ada. Najihah duduklah bersembang dengan Amy
ya. Mak cik nak ke belakang.” Emak meminta diri.
“Baiklah, mak cik,” balas gadis itu dengan suara kartun.
Cermin mata berbingkai tebal ditolak sedikit dengan jari.
Mahu saja ketawanya pecah saat gadis itu bersuara. Namun
segera mungkin dia menahan ketawa yang hampir saja terkeluar. Takut gadis itu
berkecil hati nanti. Tidak baiklah Amy mentertawakan orang!
“Err… Najihah. Kita kenal ke? Rasanya sebelum ni saya tak
pernah nampak awak di kolej.”
Gadis itu memandang tajam ke wajah Amy. Sungguh tajam!
Sungguh sinis!
Erk, kenapa pulak ni? Kena sampuk jin ke apa minah ni?
Tengok orang macam tak makan setahun. Desis Amy dalam hati. Dia memandang kiri
kanan gadis itu. Mana tahu ada entiti pelik disebelahnya. Tiba-tiba saja muka
dia jadi garang. Seram sejuk pula dia dibuatnya.
“Awak…” teragak-agak Amy mahu menegur.
Gadis itu berdehem kasar. Terkeluar suara lelaki!
“Kau tak kenal aku ke?” soal gadis itu tiba-tiba. Tiada
lagi suara kartun. Benar-benar suara lelaki tulen. Macam suara… suara Encik
Rayyan!
Ya, seperti suara lelaki itu. Mungkinkah dia adalah Encik
Rayyan? Amy menelan liur. Terasa berpasir! Sungguh kesat!
“Siapa sebenarnya awak ni?”
Gadis itu tersenyum sinis. “Tak tahu atau… pura-pura tak
tahu?”
Kini,
jelas dipendengaran Amy bahawa suara itu adalah milik lelaki yang sangat dia
kenali itu.
“En… Encik Rayyan?” soal Amy perlahan. Tersekat-sekat
suaranya.
Alahai,
betul ke ini dia? Mana dia tahu ini rumah aku? Peluh merecik di dahi segera
diseka dengan belakang tangan.
Rayyan menanggalkan cermin mata berbingkai tebalnya.
Najihah bertukar menjadi Rayyan Daniel!
“Ya, ini aku!”
Glurp! Amy menelan liur lagi. Amy pantas menutup mulutnya
yang terlopong. Sungguh dia terkejut tahap gaban! Serta merta dia menoleh kiri
dan kanan lagi. Manalah tahu ada kelibat emak dan abahnya. Takut kantoi nanti!
Syukur mereka tiada di sini. Fuhh…
“A… apa encik buat dekat sini? Encik dah gila ke!” jerit
Amy namun suara seboleh mungkin ditahan.
Rayyan ketawa senget. Tidak sangka. Berjaya juga dia
mengaburi mata Amy serta emak dan abah gadis itu. Tindakannya meminjam baju
kurung secara senyap-senyap dengan Kak Semah, pembantu rumah Mak Toknya tidak
sia-sia. Baru dia sedari, rupa-rupanya dia punya bakat dalam bidang lakonan.
Kalau masuk Anugerah Skrin confirm
menang!
“Memang aku dah gila. Kaulah puncanya!” Rayyan
membulatkan mata menentang mata Amy.
Jari telunjuk ditujukan ke batang hidung. “ Saya? Kenapa
pulak saya?” tanya Amy dalam berbisik.
“Eh, budak kecik. Kau boleh tanya kenapa lagi? Kau memang
berniat nak larikan diri dari akukan.
Kau sengaja tak nak angkat semua call aku. SMS sepatah haram pun tak
balas,” omel Rayyan dengan suara yang sedikit kuat.
“Syyhhhh… Encik cakap perlahan sikit boleh tak? Nanti mak
dengan abah saya dengarlah!” tegah Amy sambil menegakkan jari telunjuk ke
bibirnya. Cakap tu cubalah cover sikit
Cik Abang sayang. Masak kalau rahsia mereka berdua terbongkar!
Rayyan diam. Namun, mata galaknya terus-terusan menuntas
ke arah Amy.
Amy menggaru-garu tengkuknya. Aduh! Apa yang harus dia
lakukan sekarang?
“Apa kata encik balik dulu? Nanti kita bincanglah dekat
mana-mana,” pujuk Amy. Bahaya jika Rayyan terus ada di rumahnya. Bimbang emak
dan abah mengetahui kisah sebenarnya.
“Aku tak akan balik!” bentak Rayyan. Dia tidak akan
berganjak walau seinci pun. Selagi Amy tidak berjanji yang sebetul-betulnya,
dia tidak akan balik.
“Encik, tolonglah saya… Encik baliklah dulu. Please…” rayunya. Dia asyik
tertoleh-toleh di belakang lelaki itu. Khuatir jika orang tuanya muncul.
“ No!” Rayyan
berpeluk tubuh.
Degilnya mamat ni. Mengada-ngada! Mampuih kalau mak abah
tahu. Bisik Amy dalam hati.
“Okey, apa yang encik nak? Encik cakaplah cepat sikit.
Lepas tu saya nak encik balik.” Dia sudah tidak tahan dengan sikap Rayyan ini.
Rayyan mengangguk kecil tanda setuju. “ Hmm… Apa kata
kita bincang dekat tempat lain? Kalau dekat sini, takut nanti mak abah kau
dengar. Kau tak nak macam tu, kan?” bisik Rayyan di tepi telinga Amy.
Amy menjauhkan sedikit kepalanya. Betul jugak cakap dia.
“Err… Apa kata kita bincang dalam bilik saya aje?”
“Okey,” jawap Rayyan pendak seraya sedia untuk bangun.
Amy menahannya. “Tapi… Kita cuma berbincang saja ya. Saya
tak nak benda pelik berlaku.” Yalah, manalah tahu lelaki ini ada niat tidak
baik padanya. Dia hanya memberi
peringatan saja.
Rayyan bercekak pinggang. Gadis ini tidak habis-habis bersangka buruk dengannya.
“Benda pelik? Maksud kau ehem… ehem, ke? Eh, tak
seleralah aku dengan kau ni, budak kecik. Cubalah jangan berprasangka buruk
dengan aku. Aku ni orang baik-baik tau.”
Amy menunduk malu. Bukan dia sesuka hati mahu
berprasangka buruk. Dia cuma ingin berhati-hati. Kadang kala, sesuatu itu
berlaku tanpa isyarat, kan?
“Saya cakap aje,” perlahan saja dia berkata.
“Dah… Cepatlah. Kata tadi nak suruh aku balik cepat.”
Rayyan mengekori Amy ke bilik gadis itu. Penuh poster
Ziana Zain, Dayang Faizah dan Siti Nurhaliza. Artis barat seperti Celline Dion
dan Raihana pun ada. Boleh tahan juga budak kecik ini. Patutlah setiap kali
melakukan kerja saja mulut dia bising melalak. Naik cair tahi telinganya.
Rayyan mencebik sambil ralit memerhati sekeliling bilik milik Amy.
“Tak payahlah tilik bilik saya macam tu sekali. Saya
tahulah bilik saya ni tak lawa macam bilik encik. Kecik, panas pulak tu.”
“Aku tak cakap apa pun…” ujar Rayyan dengan muka toyanya.
Amy menahan geram.
Eeee… ada pulak yang dapat kaki nanti kang! Sabar! Sabar Amy!
Rayyan duduk di birai katil. Tudung yang menutupi kepala
segera dibuka. Rimas dan panas. Tudung
dikibas-kibas untuk mengurangkan panas. Amy yang melihat keadaan Rayyan pecah
gelaknya. Bayangkanlah, lelaki ini bertudung bagai. Bercermin mata bingkai
tebal. Paling haru dia berlipstik! Sudah seperti mak nyah saja dia lihat. Nasib baiklah lelaki ini tidak punya janggut
dan misai. Kalau tidak penyamarannya mudah saja dihidu. Bagai mahu pecah perut
Amy ketawa.
“Hoi, apa hal kau gelak-gelak ni?”
Amy masih juga dengan gelaknya.
“Enciklah. Kenapa encik pakai macam ni? Dah macam gegirl saya tengok. Ha ha…”
Rayyan kemam bibir. Sedap Amy saja menggelakkannya. Dia
jadi begini pun bersebablah. Kalau dia datang ke sini dengan pakaian biasanya,
dia pasti Amy tidak akan membenarkan dia masuk. Emak dan abah gadis ini lagilah
melarang dia masuk sama sekali. Silap hari bulan dia kena perhambat dengan
penyapu nanti.
“Baik kau senyap. Kalau tak, aku keluar dan ceritakan hal
sebenar dengan mak abah kau,” ugutnya untuk mendiamkan gadis itu. Dia sudah
berdiri.
“Eh, jangan… jangan! Matilah saya kalau mak dengan abah
tahu!” Lengan Rayyan segera dipaut untuk menghalang lelaki itu dari bangun.
Ketawanya juga serta merta ditahan.
Rayyan kembali menghenyakkan punggung di birai katil.
“Tahu pun takut.”
“Encik nak apa sampai ke sini dengan keadaan macam ni?”
soal Amy. Moodnya sudah bertukar
serius. Dia berpeluk tubuh.
“Kan aku dah cakap. Aku akan cari kau sampai lubang
cacing.”
Amy menggeleng kepala. Tak habis-habis lagi dengan lubang
cacing dia. Huh!
“Saya tahu saya bersalah. Saya mungkir janji dengan
encik. Tapi encik, saya rasa benda ni salah. Tak baiklah nak menipu orang
bagai. Lagi-lagi orang tu orang tua. Nenek, encik.”
Benda
lain yang Rayyan mahu mengarah dia lakukan, dia tidak ada masalah untuk patuh.
Kalau hendak menipu orang lain lagi dia tidak setuju. Cukuplah dia menipu kawan
dan emak ayahnya selama mengenali Rayyan. Dirinya sudah banyak buat dosa
kering.
“Aku
tahu menipu tu salah. Aku dah tak ada jalan lain lagi. Sementara aku cari calon
yang betul-betul sesuai, aku terpaksa minta kerjasama dari kau. Kau pun dah
setujukan?”
“Encik
saya tak sanggup mahu melakukannya. Macam mana kalau satu hari nanti…” Amy cuba
untuk membuatkan lelaki itu mengerti namun percakapannya segera dicantas
Rayyan.
“Aku
akan tanggung semua natijahnya nanti. Kau jangan risau. Apa-apa kesan dari pembohongan
ni aku akan tanggung,” ujar Rayyan penuh pengharapan.
Amy
serba salah.
“Encik…”
Tanpa
sebarang isyarat, Rayyan berteleku di hadapan Amy. Riak wajah sengaja
disugulkan. Hari ini dia terpaksa merendahkan egonya demi meraih semula
persetujuan gadis itu. Dia terpaksa menggunakan cara lembut. Kalau dia mendesak
seperti selalu, dia pasti Amy akan menolak terang-terangan. Jadi, ini saja
jalan yang ada.
‘Hari
ni aje aku bagi can untuk nampak lemah depan dia ni. Aku terpaksa. Harap-harap
dia setuju. Selepas ini aku, Rayyan Daniel tidak akan sesekali buat begini
lagi. Ya, tak akan!’ bisik Rayyan.
Semakin
tidak keruan Amy jadinya. Memanglah
lelaki ini sangat ego. Tapi melihat keadaan ini rasa keterlaluan sangat pula.
Rasa tidak sampai hati pun ada. Alahai, kenapa hatinya seakan-akan mudah mahu
cair? Amy, sepatutnya kau tidak boleh sesekali tunduk dengan dia ini. Sekarang
apa sudah jadi? Kenapa lemah sangat ni?
“Aku
minta tolong sangat. Please…” Rayyan
buat-buat wajah kasihan.
“Encik, saya…”
“Tolonglah aku. Lagi satu, kalau kau menolak pasti Mak
Tok aku kecewa nanti. Kesiankan dia. Please!”
Rayyan menjual nama Mak Toknya untuk meraih simpati.
Adui… Nak setuju ke tidak?
Rayyan merapatkan kedua-dua belah telapak tangannya.
“Tolonglah aku.”
Amy mengeluh lemah. Dia memutarkan bola mata ke atas.
Memikirkan kewajaran jika dia menerima rancangan lelaki ini. “Baiklah. Saya
setuju,” ujarnya lemah.
Sepantas kilat Rayyan berdiri. “Betul ni kau setuju?”
Amy mengangguk perlahan.
“Tapi sampai tarikh khidmat saya habis saja. Lepas tu
pandai-pandai enciklah.”
“Okey, set!”
Buat masa sekarang yang penting Amy setuju.
Mencari penganti Amy nanti belakang cerita. Kemudian baru dia fikir.
“Lagi satu…Saya nak encik merayu pada saya dulu? Kalau
tidak cancel saya nak tolong.”
Tiba-tiba otak pintar Amy terfikir untuk mengenakan lelaki itu.
“Merayu?”
“Yup, merayu. Encik cakap macam ni. Wahai puteri Amy yang
cantik rupawan, terima kasih kerana sudi membantu hamba yang hina ini. Cakap
dengan penuh keikhlasan tau.” Amy mengoyak senyuman. Yes, masa inilah peluang dia untuk mengenakan Rayyan!
“Haa? Aku?”
“Yalah, encik. Ada orang lain bernama Encik Rayyan dekat
sini? Tak nak cakap tak apa. So, yang
tadi tu kira cancel lah.”
“Wait… wait. Aku
cakap sekarang.” Segera Rayyan menahan. Kurang asam keping! Gadis ini memang
sengaja mahu mengenakannya. Dia merengus kasar.
“Apa tunggu lagi? Cakaplah,” desak Amy sambil
mengangkat-angkat keningnya.
“Wahai puteri Amy yang cantik rupawan, terima kasih
kerana sudi membantu hamba yang hina ini! Puas hati!” laju saja Rayyan
meluahkan kata-kata keramat itu.
Amy mengeleng-geleng tanda tidak puas hati. Tak ikhlas
langsung!
“Lagi sekali.”
Mahu saja Rayyan mencekik-cekik Amy. Namun, segera dia
menahan sabar. Rayyan berdehem. “Wahai puteri Amy yang cantik rupawan, terima
kasih kerana sudi membantu hamba yang hina ini,” sekali lagi Rayyan mengulang
dengan kelopak mata dikedip-kedipkan beberapa kali. Kali ini lebih lembut dan
sopan santun. Siapa mendengar pasti cair habis!
“Sekarang puas hati kau?” tanya Rayyan kasar tiba-tiba.
Amy mencebik dan menjongket sedikit bahunya. “Not bad. Sekarang saya nak encik pakai
balik tudung ni lepas tu balik.”
“Kau halau aku?”
“Memang saya nak halau encik. Cepat, cepat!” gesa Amy.
Itulah. Siapa suruh kau halau aku hari tu? Sekarang giliran kau pulaklah. Hehe…
Rayyan menyarungkan kembali tudung di kepalanya.
“Eh, Najihah. Dah nak balik ke?” tegur emak yang datang
dari dapur. Amy dan Rayyan sama-sama berpaling ke arah pemilik suara itu.
“Ha’ah mak. Najihah dah nak balik. Dia ada kerja lain nak
buat. Kan Najihah, kan?” Amy menyenggol lengan Rayyan.
“Ya, mak cik. Saya kena balik dulu.” Tangan wanita itu
disalaminya.
“Yalah. Hati-hati ya.”
Rayyan mengangguk dan senyum kepada emak Amy yang baik
hati itu. Amy hanya memandang saja langkah Rayyan. Ketawa yang sejak tadi cuba ditahan terburai.
Kelakar melihat Rayyan berjalan mengenakan baju kurung. Sudahlah jalan
kengkang.
“Kenapa Amy?” tanya emak hairan melihat dia tiba-tiba
saja ketawa.
“Eh… Tak ada apa-apa mak. Cuma ingat masa berbual dengan
Najihah tadi.”
“Kamu ni ada-ada sajalah.” Emak mengeleng-geleng seraya
berlalu dari situ.
Setelah pasti emaknya sudah beredar. Amy menyambung
kembali ketawanya yang berbaki. Rayyan ini memang kelakar betul!
Sambung lagi yeeee.....
~Maaf la ye kalau n3 kali ni x best n agak mengarut. Silalah drop komen dekat bawah kalau ada kekurangan. Ira sangat hargai setiap komen awak2 semua. In sha allah, Ira cuba perbaiki lagi penulisan Ira ni ok. Thanks sebab sudi baca...(^_^)
9 ulasan:
hahahhah, sakit perut ketawa baca n3 kali ni muehehehehhe
hehehe...lawak gamaknya n3 ni...arigato kak...:D
hehehe... kelakar je... sanggup buat apa saja utk amy kan??? bestnya...
Dah terpaksa rela paksa aje la...hehe..tq sudi baca..:D
Beesssttt sggttt citer nieee..xsabo nk tau citer slnjutnyee..nak lg plsssss
Assalamualaikum, singgah baca entri di sini dan follow. Salam penulisan. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.
Wa'alaikumsalam. Terima kasih sudi menyinggah. Salam penulisan jgak. In sha allah sy akan singgah ke blog awak pulak. Sama2 Tetamu Istimewa..(^_^)
Hahaha ! Lucu larh yg part En. Rayyan merayu 2 .. gelak hbis .. smbg cepat2x erh kak ?..
Hehe..iñ sha allah dik, nt akak ul lg erk..tq dik izza farhana...:D
Catat Ulasan