Khamis, 12 Disember 2013

My Love, Mr. Kerek ~Part 19~

Cover baru.

Alunan lagu sungguh membingitkan. Insan-insan yang leka menari bergelimpangan di setiap sudut kelab malam itu. Menari, menari dan menari tanpa mengenal erti penat. Masing-masing sudah tenggelam dengan dunia khayalan mereka. Dunia yang dianggap syurga. Ella hanya memerhati dari bar saja. Dia belum punya perasaan untuk menari dan bersuka ria. Dengan rakus gelas berisi air kencing syaitan diteguk rakus.

Air itu diteguk bagaikan meneguk air soda biasa saja. Seolah-olah dirinya tidak peduli dengan kesan yang bakal diterimanya. Perasaannya saat ini bercampur aduk. Marah, cemburu dan kecewa menjadi satu. Jiwanya tidak tenang dengan kehadiran Amy di sisi Rayyan, sayangnya. Walaupun dia lega kedatangan perempuan itu bukanlah untuk berbincang hal perkahwinan tetapi jauh disudut hati dia terasa sakit.

Dia benci! Dia menyampah dengan perempuan kolot itu! Arrgghh, dia benci! Dia tidak mahu memikirkannya lagi.  Kepalanya sudah mula terhangguk-hangguk mengikut rantak lagu. Yatt sahabat baiknya sibuk menari bersama lelaki yang tidak dikenali. Sahabatnya itu sememangnya kaki menari.  Sejam dua pun dia masih mampu menari tanpa berhenti.

“Hai, darling.” sapa satu suara dari belakangnya.  Ella menoleh. Lelaki berbangsa Cina kacukan Inggeris tersenyum menggoda lalu duduk disebelahnya.

“Andrew…” penglihatan seakan kabur kerana dia sudah mula mabuk.

Yeah, this is me, Andrew. You dah lama tak ke sini. I miss you, darling,” ucap Andrew lembut di telinga Ella.

Andrew


Ella ketawa. Playboy seperti Andrew sememangnya sweet talker. Pantang nampak gadis berdahi licin dan seksi, dia akan mengula-gulakan mangsanya cukup-cukup. Tidak pernah ada yang terlepas dari genggaman lelaki seperti dia. Playboy besarlah katakana.

“I banyak kerjalah. You miss me, haa?” tanya Ella dengan manja. Jari telunjuk sengaja digeselkan ke lengan lelaki itu. Sengaja untuk menguji Andrew.

Yes, baby. I rindukan you sangat-sangat. And… kita dah lama tak berseronok, kan? What if … hari ni kita enjoy sama-sama. Just you and me…” bisik Andrew dengan suara yang bisa membuatkan mana-mana gadis melayang. Ditambah lagi dengan pakej wajahnya yang kacak. Pasti setiap gadis yang dia mengayat akan cair. Termasuklah Ella sewaktu mula-mula berkenalan dengan lelaki itu. Kan dah cakap, Andrew sememangnya sweet talker.

Ella menyeringai. Memang betul dia suka berseronok tapi hari ini dia langsung tidak ada mood.  Semua gara-gara hal petang tadilah. Hatinya bagai dicucuk dengan belati tajam. Pedih yang teramat.

 Andrew memaut pinggang Ella. Sangkanya gadis itu mahu mengikutnya namun lingkaran tangannya dirungkai oleh gadis itu secara tiba-tiba.

Why darling?” dahinya berkerut-kerut dengan penolakkan Ella. Selalunya gadis ini tidak pernah membantah jika dia mengajak. Hari ini menolak pula.

Sorry. I’m not in mood. Please… don’t disturb me, Andrew,” tolak Ella lembut.

Come on…” Andrew tidak boleh terima penolakkan secara terang-terangan itu. Tangan gadis itu digenggam erat.

Ella menarik semula tangannya. Tidak faham bahasa ke? Sudah kata tak mahu, tak mahulah!

“Jangan kacau I la. Leave me alone!” bentak Ella. Dia jadi rimas pula apabila Andrew asyik mendesak.

Ella


“Ella…” Andrew menyentuh tangan gadis itu. Lengan Ella yang tidak bertutup dicengkam namun pantas Ella menepis kasar.

“Lepaslah!” Ella sudah mula naik angin.

Yatt yang melihat keadaan sahabatnya bersama Andrew lantas berhenti menari. Mengapa dengan mereka berdua? Macam ada masalah aje?

Excuse me,” pinta Yatt kepada teman menarinya yang sedang memeluk dirinya saat ini. Lelaki itu melepaskan pelukan dan beralih pada gadis lain.  Yatt segera mendekati Ella dan Andrew.

“Kenapa ni, beb?”

“Yatt kau cakap dekat mamat buaya ni. Suruh dia jangan kacau aku. Aku nak bersendirian,” ujar Ella sedikit kuat. Jari jemari mengurut dahi. Pening! Namun gelas ditangan tetap diteguknya.

“Andrew apahal ni?”

 “Nothing. I cuba nak aja dia have fun tapi dia menolak,” terang Andrew.

So, you janganlah ganggu dia kalau dia tak nak. You nampak dia tengah stres ni kan.”

 “Okey… okey. I tak kacau dia,” ujar Andrew sedikit kecewa. Dia beredar dari situ dan duduk disebelah seorang gadis seksi selang empat kerusi dari Ella dan Yatt.

“Memang dasar playboy betul!” rungut Yatt.

Yatt mendapatkan Ella semula.  Sejak dari pulang rumah neneknya Ella kelihatan murung. Seperti menanggung masalah besar saja. Bila ditanya gadis itu hanya berdiam diri. Sebaliknya Ella mengajak dia ke kelab malam. Katanya hendak menghilangkan tekanan bagai. Tekanan sebab apa pun dia tidak tahu. Dia ikut sajalah tanpa banyak soal.

“Beb, kau dah mabuk sangat ni. Jom kita balik.”

Ella menepis tangan Yatt dari menyentuh bahunya.

“Ah! Biarlah! Aku nak duduk sini sampai pagi!” bentak Ella dalam keadaan mabuk teruk.  Duduk pun dari tadi asyik bergoyang saja. Ella masih meneguk air kencing syaitan itu.

“Ella, sudah-sudahlah tu. Kita sambung esok ajelah. Kita balik, okey?” pujuk Yatt. Dia risau dengan keadaan sahabat baiknya ini. Sudah terlalu mabuk. Gelas yang masih berbaki setengah isinya diambil dari tangan Ella.

Gelas itu cuba diambil semula oleh Ella namun Yatt pantas menegah. Lantas Yatt menjauhkan gelas itu dari Ella. Yatt menarik lengan Ella supaya gadis itu berdiri. Ella berjalan terhuyung-hayang keluar dari pintu utama kelab malam itu.  Bau busuk arak menusuk ke rongga hidungnya. Sungguh meloyakan. Dia akui bahawa dia kaki kelab malam namun dia tidak menyentuh minuman haram itu. Dia hanya suka menari. Bukan dia tidak tahu minuman keras itu memudaratkan. Meneguk saja air yang memabukkan itu nescaya tidak akan menjadi dirinya sendiri.  Semua diluar kesedaran.

“Yatt, kau nak bawak aku pergi mana?” soal Ella dalam keadaan mabuk.

“Balik rumahlah. Kau mabuk sangat ni.” Tangan Ella dilingkarkan ke leher. Pinggan gadis itu di pautnya agar Ella tidak jatuh.

“Eh, aku masih nak menarilah.”

 “Nak menari apa macam ni? Kau mabuk teruklah.”

 Ella langsung tidak mahu mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Tangan ditarik dan dia berpaling mahu masuk kembali ke dalam kelab malam semula. Berjalan dengan tubuh yang tidak stabil, Ella jatuh tersembam ke lantai.

“Degil betul!” rungut Amy dengan sikap Ella yang tidak makan saman.

Segera Yatt mendekati Ella dan membantu rakanya itu bangun semula. Ella menolak tubuh Yatt dan berlari ke arah longkang kecil di tepi jalan. Tekaknya tiba-tiba loya. Habis seluruh isi perut dimuntahkan. Yatt mengusap belakang sahabatnya itu agar dia lebih lega.

“Itulah. Kau ni degil sangat. Yang kau pergi minum banyak sangat tu buat apa? Minum macam tu masalah kau bukannya selesai pun,” bebel Yatt pada Ella yang sibuk mengeluarkan isi perutnya. Beginilah keadaan Ella sekiranya dia mabuk teruk.

Stop! Jangan nak membebel lagi!” herdik Ella. Sudahlah kepalanya pening ditambah lagi Yatt membebel bagai mak nenek. Makin pusing dia jadinya.

 Dia hairan melihat sahabatnya ini. Mahu kata kekurangan wang, itu tidak mungkin. Ella berasal dari keluarga yang berada. Masalah keluarga? Lagi tidak mungkin. Biasanya kalau Ella ada masalah dengan keluarga pasti dia akan cerita dan meminta pendapatnya.  Mungkinkah Ella punya masalah cinta?

Setelah selesai Yatt menghulurkan tisu kepada Ella. Gadis itu menyambut dan mengesat bibirnya.

“Dah ke belum?”

Ella mengangguk lemah.

“Jom kita balik.” Yatt kembali memapah Ella yang kelihatan lemah. Sahabatnya itu akur saja tanpa bantahan. Mungkin sudah tidak tahan pening.


~*~*~*~*~*~


Bangun saja dari tidur kepalanya berdenyut-denyut. Ella baru perasan kini dia sudah berada di dalam biliknya.  Seingatnya dia ada di kelab malam. Mungkin dia mabuk teruk dan Yatt yang membawanya balik. Ella bersandar di kepala katil. Rambutnya diramas-ramas.

“Adui… sakitnya kepala aku.”

“Haa… dah bangun anak dara?” sergah Yatt yang tiba-tiba menolak pintu biliknya. Pintu tidak berkunci dan tidak bertutup rapat. Patutlah Yatt senang saja menolaknya.

Yatt


“ Nak minum ni,” Yatt menghulurkan mug berisi La Coffee yang masih berasap kepadanya.

Thanks…” ucap Ella sambil menyambut huluran dari sahabatnya itu. Dia sisip air yang masih panas itu.

“Apa jadi semalam? Aku ada buat benda-benda buruk ke?” tanya Ella.  Semalam dia mabuk jadi dia tidak ingat apa-apa pun.

“Tahu pun kau. Lain kali jangan minum sampai mabuk macam tu lagi.  Kau tahukan dalam keadaan macam tu, mana kau sedar apa kau buat. Nasib ada aku, kalau tak kau tidur tepi jalan ajelah.”

 “Haa? Weh, kau cakap ajelah. Tak payah nak membebel sangatlah.” Hish, Yat ni pagi-pagi lagi dah nak buat aku ‘panas’ tau.

“Tak ada apa yang buruk berlaku pun. Cuma semalam kau gaduh sikit dengan Andrew. Dia nak ajak kau enjoy tapi kau tolak,” jelas Yatt tentang peristiwa malam kelmarin.

 “Aku gaduh dengan Andrew?” soal Ella bagai tidak percaya.

 “Hmm… Ella, kau ada masalah ke semalam. Kau macam lain sangat tau semalam. Shared  la dengan aku problem kau tu.” Sudah kebiasaan jika dia ada masalah Ella menjadi tempat meluah rasanya. Sebaliknya juga jika gadis itu punya masalah.

Ella mengeluh kasar. Dia masih tidak membuka mulut untuk bercerita.

“Ini mesti ada masalah besar. Ceritalah… ceritalah dengan aku.” Desak Yatt ingin tahu.

“Okey, aku cerita. Kau kenal dengan Rayyan, kan?”

Rayyan mana erk? Yatt mengetuk bibirnya. Cuba mengingati insan bernama Rayyan.

“Oh… Rayyan sepupu kau yang sombong tu ke?”

 Ya, dia ingat lagi. Kalau tidak silapnya dia pernah berjumpa dengan Rayyan semasa mengikuti Ella ke rumah neneknya beberapa bulan lepas.  Dia ingat lagi bertapa sombongnya cara Rayyan memandangnya dan Ella. Macam tidak suka saja. Buat penat saja dia memberikan senyuman menggoda pada lelaki itu. Kononnya hendak menarik perhatian tapi langsung Rayyan tidak memandangnya. Wajah memang kacak tapi sombong teramat!

“Sedap mulut kau kutuk dia eh. Dia sayang aku tau!” marah Ella dengan suara mengada-ngadanya.

Yatt mencebik. Alah, kau saja sayang dia. Dia tak suka dan sayang dekat kau pun Ella. Dari lirikan mata dia pun aku dah tahulah!

“Yalah… yalah. Kenapa dengan dia?”

“Kau tahu aku ada hati dengan dia, kan? Aku rasa geram sangat. Ada perempuan kolot cuba rampas Rayyan dari aku.” Teringatkan perempuan itu membuatkan darahnya membuak-buak.

“Haa? Siapa yang berani sangat rampas dia dari kau, beb?” tanya Yatt teruja. Mug di tangan diletakkan ke meja kecil bersebelahan katil.  Yatt terus memanjat katil sahabatnya itu dan duduk bersila di hadapan Ella.

“Adalah sorang perempuan tak sedar diri ni. Kalau cakap kau bukan kenal pun. Geram aku!” ujar Ella berapi-api.

“Beb, kau salah faham kot.  Entah-entah dorang cuma kawan. Kau yang fikir lebih-lebih.” Yatt cuba untuk berfikiran positif.

“Salah faham apanya kalau dia dah pergi rumah Mak Tok aku. Alah, cakap dengan kau bukan kau faham pun. Buat sakit hati aje. Nah, kau ambik air kau ni,” Ella menghulurkan kembali mug yang masih setengah lagi isinya kepada Yatt. Dia bangun dari katilnya.

“Eh, kau nak pergi mana ni?” Hairan melihat kelakuan Ella yang tiba-tiba.

“Aku nak mandi. Lepas ni aku nak keluar kejap. Ada urusan penting yang perlu diselesaikan.” Pintu bilik air ditutup rapat.


~*~*~*~*~*~


Tok! Tok! Tok!

Meja kerja Nina diketuk secara tiba-tiba. Dia yang sibuk menulis di atas buku catatan terkejut. Jelas di matanya susuk tubuh gadis tinggi lampai milik Ella. Kus semangat! Bagilah salam dulu kot ya pun. Terperanjat aku! Rungut Nina dalam hati.

“Eh, Cik Ella. Ada urusan apa ke sini?” Walaupun masih terkejut Nina cuba melemparkan senyumna buat gadis itu.

Ella hanya beriak biasa. Langsung tiada senyuman untuk membalas senyuman Nina. Cermin mata hitam ditolak ke atas kepala. Terus mata senyuman yang dilemparkan Nina buat gadis di hadapannya ini.

“I nak jumpa Rayyan,” jawapnya serius.

“Hmm… Encik Rayyan tak ada… eh… ada,” Nina tersasul. Haish, boleh pula mulut ini tersasul bila dengan dia.

Pap! Ella menepuk mejanya.

“Hei, mana satu ni. Kejap tak ada. Kejap ada.” Marah Ella dengan lagak mem besarnya.

Mentang-mentanglah ini pejabat nenek dia sesuka hati saja mahu memarahi orang. Geram pula Nina dibuatnya.

“A… ada Cik Ella,”jawap Nina tergagap-gagap.

Ella menjeling Nina. Tanpa berlengah lagi kaki dihayun menuju ke bilik kerja milik sepupunya. Malas mahu melayan pembantu peribadi Rayyan itu. Belum pun sempat dia memulas tombol pintu Nina segera menahannya.

“Maafkan saya, Cik Ella. Encik Rayyan pesan pada jika ada sesiapa yang hendak berjumpa dengan dia, Encik Rayyan suruh maklumkan dulu. Kalau Cik Ella tak kisah boleh bagi saya masa seminit untuk maklumkankan pada Encik Rayyan?” Nina cuba membuat  Ella faham tentang protokol di syarikat ini. Biasanya, apabila ada tetamu datang Nina ditugaskan memberitahu Rayyan terlebih dahulu. Tidak kiralah pekerja syarikat atau orang luar.

Ella membesarkan mata. Berani sungguh pembantu peribadi Rayyan mahu menghalang langkahnya. Dia ingat dia siapa?

“Suka hati I lah nak keluar masuk sekali pun. Inikan syarikat keluarga I. You siapa nak halang I?” bentak Ella.

“Syarikat ada protokol, Cik Ella.” Terang Nina sambil menunduk. Takut hendak menetang mata dengan gadis ini.

Nina


“Protokol? Ah, peduli apa I dengan protokol!” serentak itu Ella memulas tombol pintu tanpa mempedulikan Nina. 

Rayyan kelihatan terkejut dengan kehadiran Ella yang tidak diundang. Semua kerjanya jadi tertangguh. Gadis itu melemparkan senyuman menggoda sebaik saja terlihat kelibat sepupu merangkap sayangnya itu.

“Maaf Encik Rayyan. I dah warning tapi Cik Ella tetap jugak nak masuk,” ujar Nina serba salah sambil mengerling seketika kepada Ella.

Ella mengalihkan pandangan pada Nina. Sekali lagi gadis itu dijelinganya geram. Nina menunduk.

“Tak apa. Nina you boleh pergi dulu,” arah Rayyan dengan wajah yang sudah masam. Apa lagi yang Ella mahu darinya? Sudahlah menganggunya di apartment. Di pejabat pun dia hendak mengganggu juga.

Nina akur dengan arah majikannya. Daripada dia tunggu di situ ada baiknya dia keluar.  Tidak sanggup dia hendak berhadapan dengan sepupu majikannya ini. Sombong. Berlagak. Pintu ditutup semula. Hanya tinggal Ella dan Rayyan saja di dalam.

Ella menarik kerusi di hadapan Rayyan. Bibir masih belum lekang dengan senyuman buat lelaki di hadapannya.

“Apahal you datang pejabat I ni?” tanya Rayyan. Dia kurang senang dengan kehadiran Ella di sini.

“Kenapa? Tak boleh ke I datang sini saja-saja?” tanya Ella semula dengan suara manja dan berlagak tenang. Kalau mengikut hati yang tidak sabarnya saat ini juga dia bertanya hal petang semalam.

“You jangan nak buang masa I la. Banyak kerja lagi yang perlu perhatian I daripada melayan you. Baik you balik aje la, Ella.” Rayyan cuba menahan sabar berhadapan dengan sepupunya, Ella si gedik ini.

Ella bangun dan berdiri di hadapan Rayyan. Sedikit saja punggungnya mencecah di tepi meja sambil dia berpeluk tubuh. Ella ralit menatap kekacakkan Rayyan. Lelaki itu melarikan mata dari melihatnya. Walaupun begitu Ella tetap mengukir senyum.

“I tak nak balik. Biarlah I teman you dekat sini.” Tie biru berbelang putih dipakai Rayyan dipintal-pintalnya. 

Tersirap darah Rayyan kala ini. Menyampah dan meluat semua ada. Agaknya sepupunya ini sewaktu dalam kandungan Mak Ngahnya terkenan ulat bulu. Merenyam, menggatal, mengadanya semacam! Rayyan menarik kasar tienya dari tangan Ella. Serta merta Rayyan bangun dari tempat duduknya dan menjauhkan diri dari gadis itu.

“Kenapa dengan you ni haa? Tak habis-habis nak kacau I. You tak faham bahasa ke yang I tak suka dengan you. Dan… I tak suka you mengganggu kehidupan I. Ke fius dalam kepala hotak you ni dah putus sampai cakap Melayu pun you tak faham?” marah Rayyan yang sudah hilang sabar.

Ella masih tidak berputus asa. Dia merapati Rayyan semula.

“You…” serunya dengan nada mengada-ngada.

Meremang bulu tengkuk Rayyan mendengan namanya dipanggil begitu. Bagai Pontianak memanggil mangsanya. Seram!

“Tak perlulah nak panggil I dengan suara konon-konon manja you tu.  I langsung tak terkesan pun. Baik you pergi panggil gigolo you yang bersepah dekat luar sana,” sindir Rayyan sungguh pedas.

Hilang terus senyum Ella apabila disindir begitu. Rayyan memang tidak romantik langsunglah. Ella mengeluh perlahan. Susah sangat ke untuk Rayyan menerima dirinya?

“Baik cakap cepat apa sebab you datang sini? I pasti you ada sesuatu yang you nak cakap, kan?” tepat mata Rayyan memandang biji mata Ella. Wajahnya langsung tidak ada garis senyuman. Serius saja.

Rayyan


“Okey… Memang I nak tanya you sesuatu sayang. Pasal petang semalam.  Kenapa you bawak perempuan kolot a.k.a Amy tu ke rumah Mak Tok?”

Dahi Rayyan berkerut seribu. Macam mana dia tahu?  Mak Tok beritahu ke? Eh, takkan Mak Tok beritahu pula.

“You spy I ke?”

Ella ketawa sambil menutup mulutnya. Ketawa control ayulah konon.

“Sayang…  Buat apa I nak spy you. I selisih dengan kereta you masa ke rumah Mak Tok. Baby, cakaplah kenapa you bawak perempuan tu ke rumah Mak Tok?” desak Ella tidak sabar hendak tahu. Tangannya mendarat ke lengan sasa Rayyan dengan sengaja.

Rayyan yang menyedari keadaan itu segera menarik lengannya. “Yang you sibuk sangat nak tahu, kenapa?”

“Mestilah I kena ambil tahu. Sayang, I ni bakal isteri you tau. Sampai hati you bawak perempuan lain sedangkan you dah ada I.  Baby, I rasa you sangat tak menghargai I,” ujar Ella dengan suara dibuat-buat sedih. Supaya dapat menarik perhatian Rayyang kepadanya.

Namun, ada Rayyan kisah? Memang tidaklah!

“Apa yang you merepek ni Ella? You bakal isteri I? Oh, please…” Rasa hendak muntah saja setelah mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Ella. Dia hendak menjadi bakal isterinya? Tolonglah.

 “Sayang, kecik hati I tau,” rengek gadis itu. Dia benar-benar berkecil hati dengan Rayyan.

Look. Ella, I takkan terima you sebagai kekasih apatah lagi bakal isteri. I… I dah ada Amy sebagai kekasih hati I. Dan… I harap you tak ganggu I lagi. I harap jugak, you faham bahawa dalam hati I cuma ada nama Amy,” terangnya. Biar Ella faham bahawa namanya langsung tidak ada di dalam carta hatinya.  Dia terpaksa menggunakan nama Amy walaupun belum pasti dengan perasaan sebenarnya terhadap gadis itu.

Menitis air mata Ella.  Hatinya hancur luluh dengan pengakuan Rayyan.  Dia langsung tiada tempat di hati Rayyan? Apa kurangnya dia? Apa lebihnya perempuan kolot tu? Sampai hati Rayyan membuatnya begini. Arrgghh! Ella kenapa mudah rapuh? Masa masih panjang lagilah. Masih banyak masa lagi untuk kau memenangi hati Rayyan. Dan, masih banyak peluang lagi untuk kau nyahkan perempuan kolot itu dari hidup Rayyan. Sedarlah Ella. Jangan lemah. Ella menyeka sisi air mata di pipi dan menarik nafas sedalam-dalamnya.

“Jadi, you memang cintakan dia?” tanya Ella perlahan. Suara tertahan-tahan.

“Ya, memang I cintakan dia,” jawap Rayyan seolah-olah yakin. Tangisan Ella langsung tidak memberikan kesan buatnya.

Ella mengetap bibirnya sekuat hati.  Mengumpulkan semula kekuatan yang seakan bertaburan.

“Walau apa pun…” Ella memulakan bicara setelah diam beberapa saat. Suaranya bergetar.

“You tetap I punya Rayyan. I takkan benarkan sesiapa pun rampas you dari I. Takkan ada sesiapa pun! You are mine!” jerit Ella pantas berpaling menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas kasar. Dia keluar dan menghempas pintu sekuat hati.

Bum!!

“Perempuan gila!” kutuk Rayyan setelah Ella keluar dari biliknya.

Nina yang sedang menatang dulu terkejut dan hampir saja dulang yang dipegangnya terbalik ke dadanya. Nasib baik dia dapat seimbangkan tubuh. Kalau tidak habis dia mandi air teh panas.

“ Err… Cik Ella,” panggilanya namun gadis itu jalan menonong dengan pipinya yang basah. Macam menangis gamaknya. Apa sudah jadi? Silih berganti Nina memandang antara pintu bilik majikannya dan Ella yang sudah melangkah pergi.

“Tak ada angin tak ada ribut. Apahal pulak tu?” rungutnya sendirian sambil menggeleng.






Bersambung nanti di part 20 (Last post MLMK di blog ini)....


~As salam n hai semua pembaca blog Ira.  Terimalah MLMK (part 19). Maaf ye kalau ada kekurangan pda n3 Ira kali ni.  Macam biasa please drop komen jika ada yg kureng ye.  Hanya satu part saja lgi di blog. Selepas ni Ira akan keluarkan teaser di FB aje. Apa2 pun thanks pd yg sudi baca...(^_^)







           
           
           
           
            

8 ulasan:

Unknown berkata...

dah nak last????????


:'( :'( :'( :'(

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Alolo...jgan la macam tu, rasa x sampai hati pulak ira...hehe (^_^)

Unknown berkata...

best jugak... tp bagi la kami peluang baca sampai entry ke 25 ke... kesiankan kami.. hehehe...

Unknown berkata...

Ala akk :( sdih larh plak .. hehe .. btw karya akk x pnah memb0sankan .. Daebak !! Super Duper Best !! ^^

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Ferra Leza> Alahai...jadi x sampai hati pulak dah. Ira fikir dlu erk. Hehe :)

Attention!!
Ira cadang nak buat group kat fb. Utk keluarkan teaser2 MLMK. Nanti dah siap group tu sudi2 la join. Ira mengalu2 kan awak2 semua..:D

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Izza Farhana> alolo...jgan sedih2, nanti akak bagi teaser2 utk pelepas rindu. Tapi dkat fb le.. Arigato!! Thank u very much ye dik...hehe :D

Hana Norisa berkata...

teaser je? y?

no..rindulah nnti...huhuhu...

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Yup, teaser aje lepas ni...hehe