Isnin, 23 Disember 2013

My Love, Mr. Kerek ~Part 20~



“Assalammualaikum,” ucap Amy kepada seorang wanita yang sedang membongkok ke bawah meja.

“Uiitt… Wa’alaikumsalam!” terkejut Nina ketika itu sedang mengutip pennya. Nasib kepalanya tidak terhantuk. Kalau tidak percuma saja dahinya bengkak. Dia mengurut dada yang berombak kencang.

“Err… Maaf kak, saya tak sengaja.” Cepat-cepat Amy meminta maaf. Tidak tahu pula dia wanita itu boleh terkejut dengan salam yang diberinya.

“Fuhh… Mujur akak ni tak ada darah tinggi ke sakit jantung. Kalau tak naya!”

“Maaf kak… Err, siapa nama akak?” Serba salah Amy jadinya.

“Nama akak Nina.” Nina memperkenalkan diri kepada gadis kecil molek di hadapannya.

“Haa, Kak Nina. Saya minta maaf sangat.” Amy merapatkan telapak tangannya. Wajah sudah terukir garis-garis bersalah.

“Eh… Tak apa. Tak apa. Akak yang terover tadi,” ujar Nina serta merta sambil ketawa mengekek. Dahinya berkerut menilik diri Amy yang turut ketawa. Siapa pula gadis ini? Tidak pernah tengok pun.  Rasanya bukan pekerja di sini.

“Adik ni ada apa ke sini? Atas urusan apa ya?”

“Oh ya, lupa pulak saya. Kak betul ke ini pejabat Encik Rayyan? Dia yang panggil saya ke sini tadi.” Amy menghulurkan sekeping kertas yang tertera alamat yang diberi Rayyan.

Nina menyambut huluran Amy. Ditilik kertas kecil itu. “Eh, betul. Adik kenal ke dengan bos akak ni?”

“Bos? Encik Rayyan ni bos ke dekat sini, kak?” tanya Amy kehairanan. Macam susah hendak percaya pula. Tidak ada rupa seorang bos pun.

“Ha’ah, Encik Rayyan bos dekat sini. CEO Seri Nilam Holding. Kita dari tadi berbual, akak tak tahu pun nama adik. Siapa nama dik?”

“Saya Amy.”

“Oh, Amy… Dik Amy kenal dengan bos akak tu?” tanya Nina setelah soalannya tadi tidak berjawab.

“Kenal. Kita orang kawan. Kawan gitu-gitu aje. He he…” Manalah tahukan wanita ini bersangka dia adalah kekasih Rayyan. Tak mahulah. Sudahlah Mak Tok menyangka dia dan Rayyan pasangan kekasih disebabkan mulut celupar lelaki itu.

“Oh… Okey dik Amy. Biar akak maklumkan pada Encik Rayyan dulu tentang kedatangan adik ya. Sekejap ya dik.” Jari runcing Nina menekan intercorm. Seketika dia membalas pandangan Amy dan menghadiahkan senyuman kepada gadis itu.

“Baiklah kak.”  Amy hanya menunggu di hadapan meja wanita itu sambil mendengar perbualan antara Nina dan Rayyan di dalam.

“Bos, you ada tetamu. Cik Amy namanya.”

“You bawak dia masuk,” arah Rayyan.

“Baiklah bos.” Talian intercorm dimatikan. Nina memberikan senyuman kepada Amy dan gadis itu juga membalas senyumannya.

“Mari ikut akak. Encik Rayyan dah panggil tu.”

Amy hanya membuntuti Nina tanpa banyak soal. Dia sedang berfikir. Benarkah Rayyan CEO syarikat ini? Lelaki itu tidak menunjukkan langsung sifat kepimpinan dia. Biasa-biasa saja cuma kadang dia suka berbangga diri. Lagi-lagi mahu kata diri sendiri hensem. Uwweekkss!

Mereka telah sampai di hadapan bilik lelaki itu. Terpampang papan tanda RAYYAN DANIEL (Chief Executive Officer) dipintunya. Nina memulas tombol pintu dan menolaknya. Kelibat Rayyan dengan senyuman menyambut kedatangan mereka ke bilik itu.

“Encik Rayyan, ini dia Cik Amy.”

“Cik Amy, nice to meet you! Welcome to Seri Nilam Holding,” ucap Rayyan kononnya gembira bertemu tetamu. Saja mahu mengusik Amy.

Alamak, poyo betul mamat ni. Nak cakap omputih pulak dengannya. Mentang-mentanglah dia tak berapa fasih. Sikit-sikit bolehlah. Berlagak betul ya. Sepak karang baru tahu!

 Amy buat-buat ketawa. “Ha ha ha. Encik Rayyan nice to meet you too. Thank you.” ucapnya seraya memberikan jelingan maut buat Rayyan. Lantaklah terabur sekali pun.

Rayyan ketawa kecil. Berjaya mengusik gadis itu. “Nina, you tolong buatkan kami teh panas ya,” pesan Rayyan pada Nina.

“Baiklah Encik Rayyan. I keluar dulu ya.” Nina terus saja keluar dari ruang itu.

Amy masih tercegat di hadapan Rayyan. Susah hendak percaya bahawa lelaki ini adalah ketua di syarikat ini.  Dia saja-saja berlakon jadi bos ke? Tapi atas sebab apa pula mamak kerek ini hendak berlakon?

“Kau nak berdiri sampai bila dekat situ? Tak penat ke?” tegur Rayyan serta merta menghentikan lamunan Amy.

“Penat jugak la.” Kerusi di hadapan Rayyan terus ditarik. Dia melabuhkan punggung di situ. Nikmatnya dapat duduk di kerusi hempuk itu tidak terkata. Setelah itu Amy kembali merenung lelaki itu.

Tidak selesa Rayyan jadinya.  Jantungnya berdegup laju. Dup dap dup dap! Bola mata Amy sibuk menilik setiap inci wajahnya.  Pipi sudah merona merah namun sedaya upaya dia tahan. Rayyan berdehem kecil.

“Ehemm… Kenapa kau tenung muka aku ni? Ada jerawat lagi ke? Kat bahagian mana?” Rayyan meraba-raba sekeliling wajahnya.  Pagi tadi sewaktu dia bercukur, tidak ada sebiji jerawat pun dikesan di kulit mukanya. Jadi apa yang ditenung Amy?

“Eh, tak adalah. Saya cuma musykil aje.”

“Musykil apa pulak ni?” Macam-macam betul budak ini. Buat dia suspen sajalah. Ingat gadis ini tenung wajah dia sebab sudah jatuh hati. Rupanya di sebabkan musykil. Entah apa yang dimusykilkan pun dia tidak pasti.

“ Saya musykil macam mana encik boleh jadi bos dekat sini? Rupa tak ada macam bos pun. Macam penyangak adalah.”  Di hujung kata Amy memperlahankan suaranya.

“Ek eleh, weh budak kecik tengok orang la. Apa kau ingat aku tak layak ke jadi bos? Kalau tak jadi bos memang tak ada maknanya aku dapat duduk dekat dalam bilik ni.”

“Yalah tu…” Amy sengaja mahu mengusik Rayyan.

“Yalah!” sela lelaki itu.

Tok! Tok! Tok! Tok! Pintu diketuk dari luar.

“Masuk,” laung Rayyan.

Nina masuk sambil menatang dulang. Dua cawan teh panas di hidangkan buat majikannya dan gadis bernama Amy. “Anything else, Encik Rayyan?”

Rayyan menggeleng. “Cuma kalau ada sesiapa yang nak jumpa dengan I buat masa sekarang, you tolong cakap I nak keluar kejap lagi. Suruh dia buat appointment kemudian hari. Kalau ada call untuk I, cakap nanti I call her back.”

 “Baiklah Encik Rayyan. I keluar dulu.”  Sekali lagi Nina meminta diri.

 “Okey.”

Setelah Nina keluar Rayyan kembali menatap Amy.

“Kau tak nak tanya ke kenapa aku arahkan kau ke sini?” soal Rayyan sengaja hendak menghidupkan suasana antara mereka.  Suasana jadi sepi pula setelah pembantu peribadinya keluar. Dia mahu pun Amy jadi kekok pula berhadapan sesama sendiri. Seperti tidak biasa saja.

“Saya baru aje nak tanya. Haa, kenapa encik sibuk-sibuk panggil saya ke sini?”

Bukan senang hendak ke pejabat Rayyan.  Sudahlah dia kena tempuh kesesakan lalu lintas. Berpanas lagi. Menyusahkannya betul.

“ Sebab aku nak bincang dengan kau sesuatu,” jawap Rayyan ringkas.

Rayyan


“Apa dia?” Hendak tak hendak saja Amy bertanya. Karang malas hendak layan, ada pula kena sembur. Jadi dia layan sajalah.

“Syarikat tak lama lagi  akan mengadakan family event. Mak Tok suruh ajak kau sekali. Aku harap kau ikut sekali sebab ini permintaan Mak Tok. Macam mana kau setuju tak?”

Amy mengangguk saja tanpa sepatah kata.  Pelik pula Rayyan dengan gadis ini. Biasanya bukan main menolak lagi. Hari ini dengan senang hati tanpa berfikir dia bersetuju saja. Kena sampuk jin jembalang tanah ke masa dia ke sini? Ke semalam dia mimpi durian runtuh. Haish, apa kaitan pula durian runtuh Rayyan. Merepeklah.

“Kenapa?”

Berlapis-lapis dahi Amy. Apa yang kenapa? Orang dah setuju pun tanya kenapa lagi.

“ Kenapa apanya?”

“Kau la… Kenapa senang pulak setuju?”

Amy tergelak. Pelik sangat ke kalau dia bersetuju tanpa penolakkan.

 “ Kalau saya kata tak mahu encik mesti paksa saya jugak, kan? Nanti encik menyamar jadi gegirl lepas tu datang rumah saya lagi. Tak nak la. Jadi saya setuju aje. Buang masa saja saya menolak. Tapi...” Amy sengaja menggantung kata.

“Tapi…” Sudah bertapi, pastinya ada sesuatu.

“Saya ada satu permintaan sebelum saya benar-benar memberikan persetujuan.” Amy menegakkan jari telunjuk sambil tersengih-sengih bagai kerang busuk.

Rayyan sudah agak. Walaupun dia bersetuju pastinya ada syarat.  Ada-ada sajalah dengan Amy ini.

“Hmm… Apa dia?”

“Boleh tak encik minta kebenaran dengan mak abah saya dulu?”

Rayyan tersenyum senget.  Hendak meminta kebenaran pun takut ke? Memang dasar budak kecik betullah Amy ini.

“Hei, budak kecik nak minta kebenaran pun kau takut. Anak emak betullah kau ni. Tak apa biar abang hensem yang buat. Kacang goreng aje tu,” ujar Rayyan mendabik dada. Benda senang, hujung jari saja beb!

Naik menyampah Amy melihat Rayyan berdabik dada. Abang hensemlah sangat. Yakin betul awak ya mamat kerek! Tengoklah esok bila berhadapan dengan emak dan abahnya.  Kita tengok siapa yang akan berdabik dada pula. Teringin dia hendak melihat Rayyan ‘digoreng’ emak dan abah yang sangat menjaga kebajikkan anak dara mereka seorang ini. Tunggu sajalah.

“Eleh, yalah tu kacang goreng. Jangan encik pulak yang mak abah saya goreng nanti sudahlah.”

Rayyan mencebik saja. Pintu bilik Rayyan diketuk dari luar. Terjengul susuk tubuh Nina.

“Bos, semua staff dah ada dekat bilik mensyuarat. Tinggal you aje,” beritahu Nina seraya menutup semula pintu.

“Okey, sekejap lagi I sampai,”sahut Rayyan sambil dia sibuk mengemas fail yang berteraburan di atas meja kerjanya. Setelah itu Rayyan mendekati Amy bersama sebuah fail yang diselitkan di ketiaknya.

“Budak kecik, kau tunggu sini sekejap. Aku nak masuk mesyuarat. Lepas ni, kita keluar.”

“Keluar? Keluar pergi mana?”

Rayyan terus saja keluar tanpa menjawab soalan dari Amy.  Selamba saja riak wajahnya.

“Hish, aku tanya cubalah jawab dulu sebelum blah. Hampeh sungguh mamat sorang ni,” rungut Amy geram dengan sikap Rayyan yang satu itu. Nasib badan kenal dengan lelaki seperti Rayyan. Hendak buat apa di sini? Amy mengaru-garu kepalanya.

           
~*~*~*~*~*~


Selesai saja mesyuarat bersama staf, Rayyan mahu kembali ke bilik kerjanya.  Hampir satu jam dia bersama beberapa staf membincangkan beberapa masalah kecil syarikat. Alhamdulillah, segalanya menemui jalan penyelesaian dengan mudah.  Pintu ditolak. Dia memandang sekeliling mencari kelibat Amy. Kelibat gadis itu yang sedang duduk tadinya sudah tidak kelihatan.

“Mana pulak dia pergi? Takkan balik?” Rayyan mendekati sofa.

Di sofa itu dia lihat Amy sedang nyenyak tidur dan berdengkur kecil.

“Lah… Membuta rupanya dia.”

Dia mencangkung di hadapan Amy yang tidur bak bayi.  Helaan nafas gadis itu teratur. Rayyan tersenyum. Gadis itu comel sekali bila dia tidur. Polos. Tangan sudah bersedia mahu menepuk bahu gadis itu namun dia serba salah untuk mengejut Amy yang sedang tidur nyenyak itu. Tidak sampai hati pula menganggu lena Amy. Rayyan mengambil peluang itu untuk merenung setiap inci wajah gadis di hadapannya. Ternyata Amy mempunyai perwatakan yang menarik hatinya. Dia cantik juga ya.  Cantiknya tidak bersolek bukan seperti Ella. Sepupunya itu setiap masa menempel bedak asas. Lagi-lagi apabila dia ada.  
         
“Hei, kau!” tempelak Amy secara tiba-tiba dengan mata masih terpejam. Terkejut Rayyan dibuatnya dan dia terus terduduk. Dadanya berdegup kencang akibat terkejut segera diurut.

“Amy…” panggil Rayyan perlahan. Mahu menyedarkan gadis itu.

 “Hei, hei! Ada aku suruh kau ambik mee goreng aku? Haa!” tempelak Amy lagi. Kali ini dengan jarinya menunjuk ke atas.

Rayyan jadi bingung. Apahal pulak mee goreng? Mengigau pun agak-agaklah.

“Hoi, bangunlah.” Lengan Amy ditepuk untuk membuatkan gadis itu sedar.

Tanpa sedar Amy menepis kasar tangan Rayyan. Mata masih belum dibuka.

“Cis! Kau nak cari pasal dengan aku pulak ya? Mee goreng aku pun kau nak sebat. Nak, pergilah order sendiri. Baik kau nyah dari sini. Sebelum karate aku sampai dekat muka kau yang tak berapa hensem tu.”

 “Kau kata aku tak hensem?”

“Muka kau dah macam cengkodok basi, ada hati nak lawan aku. Meh sini, lawan dengan aku. Ada bran, meh la!” cabar Amy dalam tidak sedar.  Entah siapa di dalam mimpinya itu? Nampak marah benar.

 Wah, ini sudah lebih. Sudahlah dia kata aku cengkodok basi. Amboi, main kasar nampak!

Lengan Amy digoncang sekuat hati beberapa kali. “Budak kecik bangunlah. Dekat pejabat aku pun kau nak buat tahi mata. Bangun!” jerit Rayyan di telinga Amy

Amy lantas tersedar. Terkebil-kebil matanya memandang Rayyan yang merenung wajahnya. Lantas dia bangun dan bersandar di sofa. Alamak, dia tertidur rupanya. Mungkin kerana kebosanan menunggu seorang diri di dalam bilik ini tadi membuatkan dia leka dan terlelap. Alahai, malunya dia tertidur dan Rayyan berhadapan dengannya. Merona merah pipi Amy. Pantas dia meraba tepi bibir.  Mana tahu ada air liur basi di situ. Mujur tidak ada!

Sorry encik. Lama sangat tunggu tadi, tu yang tertidur.  Encik dah lama ke habis mesyuarat?” tanya Amy serba salah.

Amy

Rayyan tersenyum sinis. “Hmm… baru aje. Dalam tidur pun kau masih ingat mee goreng. Weh, budak kecik. Kau ni dah kebulur ke?”

Apa maksud dia? Aku mengigau ke? Aduyai… Macam hendak sorok dalam meja sajalah.

“Haa?”

Plus, kau sempat lagi mengutuk aku ya. Nasib baik kau mengigau, kalau tak aku kiss kau dekat sini jugak,” gertak Rayyan dengan senyum nakal. Seraya dia bangun menuju ke meja kerjanya.

Amy pantas menutup mulutnya dengan jemari. Dia nak cium aku? Gila gatal betul mamat kerek ni!

“Cepat pergi basuh muka separuh siap kau tu. Kejap lagi kita keluar,” arah Rayyan yang sibuk menulis sesuatu di fail.

 Ceh! Kureng betul si Rayyan mengata muka dia, muka separuh siap. Tanpa banyak soal Amy bangun dan keluar dari bilik lelaki itu.


~*~*~*~*~*~


Kereta Rayyan membelok ke lot parking pasaraya besar . Berlapis dahi Amy. Apa yang hendak dilakukan mereka di sini? Hendak berbelanja ke? Alahai, ini yang dia lemah. Serik dia menemani Rayyan berbelanja barangan dapur. Terimbau sewaktu dia pernah menemani lelaki itu. Sungguh cerewet Rayyan berbelanja.  Orang perempuan pun kalah.

Rayyan terlihat riak bimbang dan risau di wajah Amy.  Pasti gadis itu ingat dia hendak mengajak membeli barang dapur.

“Kau jangan risaulah. Aku bukan nak ajak kau beli barang dapur. Aku nak pergi kedai stationary dan beberapa kedai kejap, lepas tu kita pergi makan,” ujar Rayyan membuatkan riak wajah Amy kembali seperti biasa.

Fuh… Lega kalau bukan itu tujuan mereka ke sini. Rayyan dan Amy seiring memasuki pusat membeli belah.

“Encik.” panggil Amy. Dia berjalan membuntuti Rayyan. Lelaki itu di hadapan berlajan sambil menyeluk poket seluar, dia di belakang. Nama saja kenal tapi seperti kenal satu sama lain.

 “Hmm…” sahut Rayyan menoleh sedikit ke belakang.

“Kita nak pergi mana dulu?”

 “Pergi kedai jam tangan dululah.”

“Okey,” sahut Amy pendek.  Mereka sudah memasuki ruang kedai jam tangan berjenama.

 Amy hanya melihat-lihat saja jam tangan yang bersusun cantik itu. Harga seutas jam tangan bernilai ratusan ringgit. Malah ada yang mencecah ribuan ringgit. Canggih, cantik dan berkilat serta berkilau. Memang cantik dan elegan namun harganya terlampau mahal. Dia tidak mampu mengenakan jam semahal ini. Hanya mampu menyarung jam dua puluh ringgit Malaysia di pasar malam sajalah. Ralit Amy menilik setiap jenis rekaan jam di kaca.

“Kau nak beli jugak ke?” tanya Rayyan, berdiri di sebelahnya.

“Kus semangat! Adoi, encik ni dah berapa kali saya cakap jangan sergah macam tu,” marah Amy. Mujur dia tidak melatah. Dan, mujur juga tidak ramai pengunjung di dalam kedai itu.

Rayyan hanya menayang wajah selamba.

“Kau ada nak beli?”

Amy menggeleng laju. Mahal kot. Mana dia mampu.

“Hish, saya mana ada duit nak beli mahal-mahal. Saya pakai pasar malam punya pun dah cukup. Tengok ni, dah lima bulan saya pakai. Kira okeylah.” Dia menunjukkan jam Casio tiruan yang dikenakan ke pergelangan tangan. Bukan original tapi masih tahan kerana dia baru saja menukar bateri jam itu.

“Baik beli yang ada jenama, original sebab dia lebih tahan dan ada quaranty pun ada. Kalau pakai cap pasar malam apa ada?”

 Berdesing telinga Amy mendengar kata-kata lelaki itu. Macam ada unsur penghinaan di situ.

“Saya tahulah encik tu banyak duit beli barang berjenama. Saya ni orang miskin aje. Manalah mampu nak beli barang-barang macam ni,” ujar Amy seakan merajuk. Mentang-mentang kocek dia tebal. Huh!

 “Betul apa aku cakap.” Rayyan tidak mahu mengalah.

“Yalah… yalah. Kalau macam tu baik encik belikan saya satu jugak. Encik kan duit berkepuk. Sudi ke nak belikan saya?” tanya Amy sambil kening dijongketkan. Alah, bukan dia hendak pun. Dia sengaja hendak memerli lelaki ini. Lagi pula, mana mungkin Rayyan membelikannya jam tangan yang sangat mahal harganya. Sudahlah lelaki ini kedekut.

Rayyan mencebik dan mengangkat sedikit bahunya.  Seraya dia berlalu ke kaunter.

“Eleh, menyampah betul dengan perangai kerek dia tu,” rungut Amy. Dia kembali menilik jam di kaca pameran. Sesekali saja matanya dikerling pada Rayyan di kaunter. Sepertinya lelaki itu sibuk bercakap sesuatu dengan gadis berbangsa Cina di kaunter. Entah apa yang dibualkan mereka pun dia tidak tahu.

Apabila Rayyan merenungnya dari jauh barulah Amy mengalihkan pandangan semula.

“Amy!” panggil lelaki itu. Serta merta Amy menoleh ke arahnya. Rayyan melambai-lambai tangan sebagai isyarat agar dia merapati mereka di kaunter.

Tanpa berfikir apa, Amy terus saja mendekati lelaki itu. “Kenapa, encik?”

Rayyan menyambar pergelangan tangannya.Dia ditarik sedikit merapati kaunter.

“Boleh ikut saiz dia ke Miss Angel?” tanya Rayyan sambil mengunjukkan tangan Amy kepada wanita berbangsa Cina itu.

“Boleh. I boleh tolong cut kan ikut saiz tangan dia. Miss I nak ukur tangan you.”

Kelopak mata Amy terkebil-kebil. Tidak faham dengan apa yang sedang berlaku. Eh, dia betul-betul hendak membelikannya jam mahal ini? Tangan Amy beralih pula pada wanita bernama Miss Angel. Selesai saja urusan jual beli, Rayyan menyerahkan kad kreditnya kepada penjaga kaunter itu.

Rayyan keluar dari ruang kedai dengan senyuman di bibir sambil kedua belah tangan dimasukkan ke poket. Amy pula keluar dengan riak bagai tidak percaya sambil sibuk menilik jam baru di pergelangan tangan.
   
“Encik… encik.” Amy mengejar Rayyan yang sudah berjalan agak jauh darinya.

“Kenapa encik belikan saya jam ni? Buat membazir duit aje la.”

“Lah… aku dah belikan pun merungut lagi.   Tadi kau yang suruh aku belikan. Cuba hargai sikit pemberian aku yang ikhlas ni. Jangan merungut,” bebel Rayyan selamba.

“Tadi tu saya main-main aje la. Bukan betul-betul pun.” Risau dia mengenakan pemberian Rayyang yang terlalu mahal baginya. Seperti tidak selesa pun iya.

Rayyan menghentikan langkah.

“Kau anggap jam ni sebagai pemberian aku sebab kau sudi  tolong aku.”

“Tapi, kalau encik bagi saya jam ni sebab saya tolong encik, saya rasa macam rasuah pulak. Kalau sebab tu encik ambil la balik jam ni. Encik tahu tak, Rasulullah sendiri mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah. Saya tak berani nak terima pemberian encik,” Amy sudah mahu membuka jam yang dipakainya.
             
Rasuah boleh melumpuhkan perjalanan sesebuah organisasi dan pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Islam sangat melarang umatnya melakukan perbuatan ini.

Rayyan menepuk dahinya. Percuma saja dia mendapat ceramah agama dari gadia itu. Ke situ pula Amy berfikir. Sebenarnya dia ikhlas hendak memberi hadiah jam tangan itu kepada gadis sengal ini. Saja-saja hendak memberi itu tidak salah bukan? Bukan ada niat untuk memberi rasuah pun.  Dia pun tahulah rasuah itu perbuatan yang salah di sisi undang-undang apatah lagi agama.

“Haip!” Sepintas lalu Rayyan memukul tangan Amy yang sibuk hendak membuka jam pemberiannya.

“ Aduhai, kau ingat aku ni cetak sangat tentang hal-hal agama ni. Walaupun kau nampak aku moden, tapi aku tahulah apa yang boleh dan apa yang tak boleh ikut ajaran agama Islam. Dah pakai aje la. Sebenarnya aku ikhlas nak belikan kau. Tak ada niat pun nak bagi rasuah ke apa.”

Penjelasan Rayyan membuatkan Amy tidak jadi hendak menanggalkan jam itu. Rasanya lega apabila lelaki itu bahawa dia tiada niat hendak memberi rasuah. Kalau begitu tidak mengapalah. Wah, baiknya dia ini. Rupa-rupanya apa yang difikirkan terhadapan Rayyan salah sama sekali. Hailah, macam rasa hendak jatuh hati pula. Haip! Amy jangan mengarut. Okey!

“Encik… Terima kasih. Rasa takut nak pakai sebab ni barang mahal.”

“Pakai aje. Yang penting kau jaga baik-baik,” pesan Rayyan kepadanya.

“Encik jangan risau. Saya jaga baik punya. Pakai pun sesekali aje.” Janji Amy. Pemberian Rayyan ni akan dijaga seelok-eloknya. Apatah lagi harganya mahal.

“Hmm… Kita pergi makan dulu. Lepas ni baru pergi kedai stationary.”

“Okey. Saya ikut aje,” ujar Amy senang hati. Dah ada orang mahu belanja, sukalah dia. Hehehe.

 Mereka berjalan seiring. Tidak lagi berjalan sendiri seperti awal. Rayyan mengerling di sebelahnya seketika. Amy sibuk menilik jam baru yang dia hadiahkan. Dia mengukir senyum bahagia melihat kegembiraan gadis itu.

“Amy…” tegur satu suara yang amat di kenali Amy. Serentak itu dia menoleh ke belakang. Terbeliak matanya melihat wajah insan-insan yang sangat di kenali. Lantas Amy menutup mulutnya kerana terlalu terkejut. Oh, tak mungkin!
                       
 (Saja bagi suspen w/pun tak berapa suspen pun...hehe)

~Assalamualaikum!! Bila part 20 sudah menunjukkan wajah bermakna berakhir la MLMK di blog ini. Maaf pada pembaca setia yg meminta kerek ditambah lagI beberapa bab, ira tak dapat nak sambung lagi sebab dateline semakin dekat. Ira kena lebih fokus selepas ni. Harap awak2 semua doakan usaha ira berjaya utk menyaipkan MLMK secepat mungkin dan hantar ke publisher. Doakan juga MLMK diterima ya. Dengan ini, ira memohon maaf sekali lagi kpd pembaca, andai ada kekurangan atau ada yg tak menyenangkan dalam cerita ini. In sha Allah, ira akan cuba memperbaiki lagi...Terima kasih!! (^__^)


~Oh ya, jangan lupa drop komen di bawah~




11 ulasan:

Unknown berkata...

huhuhu... dh berakhir keeee... oo tidakkk.. hehehe.. good luck.. moga semua dipermudahkan ye ;-) blh tau sapa publisher tu? agak2 bila ada di pasaran ye sis?

najwa anuar berkata...

sapa... omg rasa macam nak cekik je rayyan tu ahahahaha

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Ferra Lezza : Terima kasih sis sebab sentiasa setia bersama MLMK.. arigato!.. Publishernya?? And bila tu.. Hmm.. bukan tak mau bagitau, nanti dah comfirm akan diumumkan..doakan ye sis..hehe (^__^)


Najwa Anuar : siapa ye?? agak-agak?? Hehehe... terima kasih sis sudi baca...(^__^)

Unknown berkata...

Woo.siapakah????????ok dik.tang ceramah je kena edit skit2

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Pssstt...rahsia kerajaan..hehe..orait kak, nt den edit balik..tq (^_^)

Unknown berkata...

0h tidaaaaakkkkkk !!! Last n3 MLMK .. sdih larh akk .. huhu ..

Unknown berkata...

0h tidakkkkk !! Last n3 MLMK .. :'( sdih larh ..

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Hehe...in sha allah, kalau ada rezeki dpatlah peluk MLMK...tq ya dik Izza Farhana sbb sudi baca...:)

Unknown berkata...

novel ni dh ada di pasaran ke belum? dgn tajuk novel yg sama ke?

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Belum lagi sis ferra lezza..masih ada beberapa bab lgi..maaf ye tertunggu2 :-)

Unknown berkata...

Mcm mane nk dptkn bab yg laen?alaaa frustnyer