Selasa, 7 Januari 2014

Teaser My Love, Mr. kerek!


Teaser 3

“Awak nak tanya apa? Tanyalah.” 

Haziq kelihatan teragak-agak untuk mengeluarkan suara. “Pasal… pasal lelaki yang pernah saya jumpa dengan awak dekat taman tu. Err… Itu kekasih awak ke?”

Tersirap darah Amy mendengar pertanyaan sebegitu.

“Yang mana satu ya?” Amy berpura-pura tidak mengingati peristiwa itu. Agak-agak, sebab apa Haziq bertanya perihal dia dan Rayyan? Mungkin telahan Hana tadi benar belaka.

“Ingat tak masa tu saya berjogging dekat taman, lepas tu saya terserempak awak dengan lelaki tu. Dekat buaian. Saya tak ingat nama lelaki tu. Err… awak ingat tak?” beria-ria sungguh Haziq hendak dia mengingati.

“Yup, Rayyan. Awak… awak ada apa-apa ke dengan dia tu?”

“Kenapa awak nak tahu?” tanya Amy semula. Dia ingin tahu sebab Haziq terlalu beria bertanya.

“Err… saja,” pendek saja jawapannya, dia menunduk.

“Dia kawan saya merangkap abang sepupu saya. Masa jumpa hari tu saya lupa nak beritahu yang dia ni abang sepupu saya.” Alang-alang Rayyan sudah memperkenalkan dirinya sebagai abang sepupunya kepada Hana dan EJ, pada Haziq pun perlu dikatakan sama.

 “Oh, abang sepupu. Baguslah.” Barulah Haziq mendongakkan semula kepalanya. 

Bagi Amy, cara Haziq seakan ada satu agenda tersembunyi. Sepertinya Haziq senang hati apabila mengetahui bahawa dia tidak apa-apa hubungan dengan Rayyan.

“Apa maksud awak baguslah? Haziq, awak nak jumpa dengan saya ni bukan sebab nak berbincang projek kerjasama kitakan. Awak ada sebab lain, betul tak?”

“Sebenarnya… Amy saya nak hubungan kita kembali seperti dulu.”

Apa maksudnya seperti dahulu?

“Bukan dulu dengan sekarang sama saja ke? Sebelum awak dengan Melly kita hanya sahabat, sehingga ke hari ini pun masih sahabat juga. Status sahabat itu tak pernah bertukar pun awak.”

“Dulukan kita rapat. Seolah-olah kita…”

Percakapan Haziq lantas dipotong Amy. Dia sudah agak apa yang akan Haziq katakan.

“Kita apa? Awak nak cakap seolah-olah kita macam couple walaupun sebenar tak pun. Betul tak?” tebak Amy dengan suara bersahaja. Oh, dia sudah nampak agenda Haziq sekarang ini. Setelah putus dengan Melly barulah lelaki ini hendak beralih padanya pula. Maaflah, dia sudah tidak mampu menerimanya lagi.

Haziq kelihatan serba salah. “Amy…”

“Haziq, saya rasa biarlah kita jadi sahabat sampai bila-bila. Awak dan saya sesuai jadi sahabat, tak lebih dari itu. Saya rasa sampai di sini sajalah perbincangan kita. Tentang projek kerjasama kita tu, awak buat bahagian awak, saya pula uruskan bahagian saya. Kita dah bahagikan kerja masing-masing, kan? Apa-apa hal nanti saya rujuk pada awak. Saya kena balik dulu. Ada urusan lain.”

 Pantas tangan Amy mengemas semula buku-buku rujukan yang dikeluarkan dan memasukannya ke dalam beg sandang semula.

“Maaf. Saya balik dulu.” Secepat mungkin Amy mengatur langkah meninggalkan Haziq berseorangan di situ.

“Amy…” jerit Haziq memanggil namanya berkali-kali. Dia terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.


Teaser 4

Kata macam kacang goreng, kan… Habislah awak Encik Rayyan kena ‘goreng’ kejap lagi. Cakap besar siapa suruh. Padan muka! Hehehe. Amy mengejek Rayyan dalam diam.

“Apa tujuan anak ke sini?” soal abah Amy dengan wajah yang serius. Yalah, rasanya belum pernah lagi anak kesayangannya membawa balik seorang lelaki ke rumah mereka. Pemuda bernama Rayyan kekasih Amy ke? Kedatangan pemuda ini di rumah mereka adakah kerana mahu melamar anaknya?

 “Sa… Saya sebenarnya…” Tergagap-gagap Rayyan mahu menyatakan hasrat. Manik-manik peluh di kesat dengan telapak tangan.

Secara senyap Amy mentertawakannya. Baru tahu bagaimana susahnya bila berhadapan dengan orang tuanya.

“Sebenarnya apa? Anak jangan takut mak cik dengan pak cik tak makan orang,” ujar emak Amy pula sambil matanya tidak lepas dari memandang pemuda itu. Memang tak makan orang, tapi pandang macam hendak menelan orang saja.

Sekali lagi Rayyan menuntaskan pandangan kea rah Amy. Gadis itu buat tidak tahu saja, malah melarikan bola mata ke arah lain apabila bertembung pandangan dengannya. Dia rasakan saat ini mahu saja menjerit nama gadis itu. Namun, segera ditahan. Jerit dalam hati saja. Amy!!

“Saya… nak… minta… kebenaran.”

“Kebenaran? Kebenaran nak kahwin dengan anak mak cik ke?” pantas emak memotong kata-kata Rayyan. Janganlah pemuda ini mengatakan bahawa dia mahu melamar anak daranya yang seorang itu. Dia tidak benarkan! Amy masih lagi belajar. Jika berniat baik pun biarlah Amy habis belajar dulu.

Melopong mulut Amy mendengar pertanyaan emaknya. Hish, ke situ pula orang tua ini. Orang masih belajar lagilah, emak. Tidak ada niat lagi hendak mendirikan masjid walaupun umur begini sudah afdal punya pasangan. Kalau iya pun dia ingin pasangan, bukan Rayyan orangnya. Tetapi, kalau sudah jodoh dia terima sahajalah. Hehehe..

Emak dan abah Amy semakin mengecilkan mata. 


Maaf teasernya secoet aje. Untuk pelepas rindu. Hehehe. Enjoy reading!! (^_^)

2 ulasan:

Unknown berkata...

Super duper best ! Rndu arh ngan MLMK ..

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Izza Farhana> Hehehe..tq dik :D