Sabtu, 16 Mei 2015

Dengarlah Bintang Hatiku... (Part 9)



"Assalammualaikum. Selamat pagi!" tegur Ameer Qalish.

Nurul Ain dan Aminah yang sedang jalan bergandingan terhenti langkahnya. Mereka saling berpandangan. Kemudian menoleh ke arah Ameer Qalish yang sedang mendekati mereka. Terkejut dengan kemunculan bos mereka tiba-tiba.

"Wa'alaikumsalam," jawap Aminah ceria dan Nurul Ain perlahan namun serentak.

"Pagi Encik Ameer. Eh, awalnya sampai. Biasa encik datang lewat sikit dari kami. Ke, datang awal ni pasal nak tunggu seseorang?" sindir Aminah antara dengar dan tidak. Siap jongketkan kening kepada Nurul Ain disebelahnya.

Walaupun suara Aminah perlahan, sindiran itu jelas dipendengarannya. Dia ketap bibir. Dibesarkan matanya kepada sahabatnya itu. Pinggang gadis itu juga dikutil. Aminah hanya tayang sengih sambil mengusap-usap pinggangnya.

"Hari ni saya bangun awal sikit. Jadi, saya datanglah awal sikit," jawap Ameer Qalish lantas tersenyum. Sebenarnya dia pun dengar sindiran Aminah itu. Tetapi dia buat-buat seperti tidak dengar saja.

"Oh..."

"Kau orang berdua dah sarapan?"

"Dah."

"Belum."

Serentak Nurul Ain dan Aminah menjawap. Nurul Ain menjawap 'dah' manakala Aminah menjawap 'belum' sambil menggeleng kepala.

"Dah ke belum?" tanya Ameer Qalish dengan dahi berkerut. Pandangannya lama tertuntas ke arah Nurul Ain. Gadis itu seperti biasa, suka melarikan pandangannya.

"Dah, Encik Ameer."

Cepat-cepat Nurul Ain bersuara sebelum Aminah.

"Eh, apa pula. Ain kau memang dah sarapan. Aku belum tau. Plus, perut aku dah berbunyi. Manalah tahu dia tanya tu sebab nak belanja kita ke. Kan rezeki tu. Tak baik menolak tau," bisik Aminah kepada Nurul Ain.

Belum pun sempat Nurul Ain membalas, Ameer Qalish bersuara.

"Kalau awak berdua tak kisah. Boleh temankan saya sarapan kat warung depan tu? Saya belanja. Ada lagi 15 minit nak masuk kerja. Masih sempat lagi. Boleh?" tanya Ameer Qalish.

"Eh, boleh... boleh! Boleh sangat Encik Ameer. Lagi pun saya pun belum sarapan ni. Perut pun dah berdondang sayang. Tadi cuma makan sekeping roti je," tanpa rasa malu, cepat saja Aminah jawap. Dengar saja hendak dibelanja terus dia bersetuju. Bak kata dia tadi, tak baik tolak rezeki. Jimat duit dia pagi ini. Pandangan tajam Nurul Ain dia buat tidak tahu saja.

"Minah!"

 Nurul Ain senggol lengan sahabatnya itu. Aminah memang tidak malu, tetapi dia segan. Segan dengan Ameer Qalish. Apa pandangan lelaki itu terhadap mereka nanti? Pasti Ameer Qalish mengecop mereka sebegai gadis tidak tahu malu.

"Ain, awak ikut sekali ya?" tanya Ameer Qalish dengan nada berharap. Pagi ini dia seperti terasa mahu bersarapan bersama Nurul Ain. Sebenarnya sebab itulah dia datang awal hari ini.

"Err... tak apalah Encik Ameer. Encik pergi dengan Aminah sajalah. Lagi pun, saya dah sarapan dekat rumah tadi," Nurul Ain menolak lembut.

"Alah, jomlah Ain. Takkan aku dengan Encik Ameer je. Jomlah... jomlah..." pujuk Aminah. Digoyang-goyang lengan Nurul Ain sambil mengusap perutnya. Raut wajah dibuat kasihan.

Ameer Qalish pula mengangkat kening. Meminta persetujuan Nurul Ain. Dalam hati dia amat berharap gadis itu bersetuju. Sia-sia sajalah dia datang awal hari ini jika Nurul Ain menolak.

"Ain?"

Nurul Ain mengeluh. Berat rasanya mulutnya untuk bersetuju. Tetapi melihat raut wajah Aminah dan Ameer Qalish membuatkan dia tidak sampai hati. Akhirnya, dia membuka mulut menyatakan persetujuan.

"Okey..."

Ameer Qalish sudah menguntum senyum. Gembira tidak terkata hatinya.


~*~*~*~*~*~


"Ain, Aminah awak nak makan apa? Saya nak order," tanya Ameer Qalish yang sudah berdiri.

"Saya nak roti kosong satu, roti sardin satu," laju saja Aminah berkata. Orang hendak belanja, pesan sajalah.

"Awak, Ain?"

Nurul Ain menggeleng saja. Dia sememangnya sudah sarapan di rumah sebelum berangkat ke tempat kerja tadi. Ibu tidak pernah membiarkan dia ke tempat kerja dengan perut kosong.

"Tak apa. Saya dah sarapan tadi. Saya teman encik dengan Aminah saja."

Wajah Ameer Qalish bertukar sedikit keruh. Dia mahu belanja gadis itu tetapi kelihatannya Nurul Ain seperti tidak sudi.

"Kalau tak nak makan pun, apa salahnya order minum, kan?" Ameer Qalish bersuara namun nadanya seperti jauh hati saja.

Nurul Ain serba salah. Melalui nada lelaki itu sepertinya dia terasa hati dengannya. Dia ketap bibir. Terasa dia tidak patut pula menolak dengan niat baik lelaki itu pagi ini.

"Err... kalau macam tu, saya pesan milo suam saja."

Ameer Qalish senyum dan mengangguk. Terubat sedikit rasa hatinya.

"Okey, saya order dulu. Awak berdua tunggu sini ya."

Ameer Qalish berlalu.

"Wah, baiknya dia! Bos yang berjiwa pekerja," puji Aminah sebaik Ameer Qalish berlalu.

Nurul Ain hanya senyum saja. Sebenarnya dia tidak selesa begini. Sekali lagi dia terpaksa duduk semeja dengan Ameer Qalish. Pula itu, duduk berdepan dnegannya. Dia khuatir terhadap pandangan dari lelaki itu. Dia betul-betul tidak selesa dengan Ameer Qalish yang asyik memandangnya.

"Kalaulah dia suka dekat aku, dah lama aku ajak dia kahwin. Mesti Encik Ameer tu boleh jadi suami yang caring sangat-sangat," ujar Aminah sambil bertepuk tangan. Siap dengan raut wajah sedang berangan lagi.

"Minah! Gatalnya dia. Umur kita baru 18 tahun dah sibuk cakap pasal tu. Sambung belajar pun belum tau," marah Nurul Ain. Dia tidak senang dengan kata-kata sahabatnya itu.

Aminah sengih.

"Alah, kata orang kalau berangan masa depan tak ada salahnya. Berangan tu kan free. Kalau pun masa depan nanti bukan jodoh aku dengan Encik Ameer, aku nak cari bakal suami yang macam dia. Baik dan tak kedekut. Dan, katakanlah masa depan jodoh kau dengan dia. Aku harap kau jaga dia baik-baik. Susah tahu nak dapat lelaki sebaik Encik Ameer sekarang ni. Satu dalam sejuta," ujar Aminah selamba.

Buntang mata Nurul Ain memandang Aminah. Tidak pasal-pasal dia pula disabit sama. Apa kes pula masa depannya dengan Encik Ameer? Aminah ini memang suka merepeklah.

"Kau ni merepeklah. Apa pula masa depan aku dengan dia. Mengarutlah!"

"Hello kawan! Kita tak tahu tau, jodoh kita dengan siapa. Jodoh tu kan di tangan Allah. Manalah tahu dah memang tertulis dia jodoh kau. Kau tak boleh mengelak dah. Lagi satukan... aku rasa Encik Ameer tu ada hati dekat kaulah. Tengok cara dia pandang kau pun aku dah dapat kesan," ujar Aminah lagi.

"Minah..."

Belum pun sempat Nurul Ain membidas, Ameer Qalish sudah pun mendekati mereka. Diam terus diam.

"Sekejap lagi sampailah sarapan kita," maklum Ameer Qalish. Punggung dilabuhkan di kerusi berhadapan dengan Nurul Ain. Jelas di matanya gadis itu kelihatan gelisah saja.

"Terima kasih Encik Ameer. Patutnya encik tak perlu susah-susah untuk belanja kami. Kami boleh bayar sendiri," ujar Nurul Ain. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Ameer Qalish senyum nipis. Kata-kata Nurul Ain itu juga membuatkan dia terasa hati. Seperti tadi, gadis di hadapannya ini bagai tidak sudi mahu menerima sesuatu darinya. Namun, rasa itu ditekan sendiri. Hish, kenapalah setiap kata dari mulut gadis ini membuatkan dia terasa? Mungkin Nurul Ain betul-betul tidak mahu menyusahkannya, Ameer Qalish berfikir positif.

"Apa pula susahnya Ain? Saya memang niat nak belanja. Kira macam sedekah waktu pagi ni. Tak salah, kan?" balas Ameer Qalish.

Nurul Ain diam tidak terkata.

"Ya! Betul tu Encik Ameer. Tak salah. Dapat berkat sedekah pagi-pagi ni. Saya doakan semoga rezeki melimpah ruah untuk encik. Terima kasih sebab belanja kami pagi ni. Encik memang terbaik!" sahut Aminah tiba-tiba.

Ameer Qalish ketawa kecil. Dia tunjuk 'cap jempol' kepada Aminah kerana bersetuju dengannya.


~*~*~*~*~*~


Ameer Qalish dan Aminah enak menikmati sarapan pagi mereka. Nurul Ain pula menyisip milo suamnya sambil memandang sekeliling. Melihat mereka berdua menjamu selera dia jadi telan liur. Padahal tadi dia sudah pun sarapan. Perut ini memang mengada-ngada betul!

Tiba-tiba ada tangan menyentuh bahu Nurul Ain. Dia lantas menoleh sedikit ke belakang. Johan tersenyum padanya.

"Eh, Abang Joe... err... Encik Johan."

Nurul Ain yang tersasul memanggil Johan dengan panggilan tak formal mereka cepat-cepat menukar panggilan itu. Mereka sekarang di hadapan Ameer Qalish, tidak sedap pula memanggil dengan panggilan tidak formal walaupun Johan seorang yang tidak kisah.

Abang Joe? Panggilan itu jelas dipendengaran Ameer Qalish. Serta merta kunyahannya terhenti. Rasa cemburu sedikit menyelinap ke hatinya.

"Eh, Encik Ameer pun ada."

Ameer Qalish mengangguk kecil. Bibir mengukir senyum nipis.

"Boleh saya join kau orang sekali?"

"Err... silakan Johan," Ameer Qalish mempersilakan Johan duduk.

Johan mengambil tempat di sebelah Nurul Ain. Sebaik dia melabuhkan punggung, Nurul Ain memberikan senyuman kepadanya. Dia membalas dengan senyum manis. Damai hatinya melihat senyuman di bibir gadis pujaan secara diamnya ini.

Berlainan pula dengan situasi Ameer Qalish. Dia bagai kurang senang melihatnya. Namun, dia cuba kawal perasaan kurang senangnya agar tidak kelihatan di mata mereka. Siapa dia untuk berasa begitu terhadap Nurul Ain dan Johan? Dia bukan kekasih gadis itu pun.

"Encik Johan pun belum sarapan lagi?" tanya Nurul Ain.

"Yup. Tadi terbangun lambat. Saya rushing ke sini tadi."

"Oh. Dah order makanannya?"

"Dah. Saya beli bungkus saja. Makan nanti rehat. Ain, tak order apa-apa ke? Saya tengok Encik Ameer dengan Aminah saja sarapan."

"Saya dah sarapan Encik Johan. Dekat rumah tadi. Dah kenyang. So, milo suam sajalah," balas Nurul Ain.

"Oh... Ain, saya rasa kalau awak sarapan untuk kali ke dua pun tak ada masalah."

Berkerut dahi Nurul Ain.

"Kenapa pula? Encik Johan nak suruh saya jadi gemuk eh..."

Johan ketawa kecil.

"Memang pun. Saya tengok awak ni kecik sangat. Macam budak-budak saja. Apa salahnya makan lebih sikit biar cepat besar."

Nurul Ain ketawa. Lucu dengan kata-kata Johan itu.

"Betul cakap Abang Joe... eh... Encik Johan tu. Ain ni memang keding. Kalau kena tiup angin kuat  sikit mesti terbang," sampuk Aminah dengan mulut yang penuh.

"Minah! Hish, tak senonohlah dia ni. Kut ya pun nak cakap, tunggu mulut kosong."

Johan, Nurul Ain dan Aminah ketawa. Terlupa seketika bahawa antara mereka ada Ameer Qalish di situ.

Melihat perbualan tiga insan itu membuatkan Ameer Qalish terasa tersisih pula. Nurul Ain dan Johan kelihatan rapat saja. Tidak seperti dia dan Nurul Ain. Gadis itu jika dengan dia pasti menjadi 'stone.' Bagai takut-takut saja padahal dia bukanlah jenis makan orang pun.

"Ehemm..." Ameer Qalish berdeham. Untuk menyedarkan mereka bahawa dia masih di sini.

Mereka bertiga fokus pada Ameer Qalish.

"Kau orang bertiga nampak rapat. Hmm, walaupun Johan berpangkat supervisior, Ain dan Aminah pekerja biasa tapi hubungan kau orang rapat. Bagus. Saya suka ukhuwah kau orang," ujar Ameer Qalish.

"Biasalah Encik Ameer. Dekat sini kita umpama keluarga. Walaupun pangkat saya tinggi sedikit dari mereka, saya tetap layan mereka seperti keluarga. Bukan saja dengan Ain dan Aminah, tapi semua orang dalam organisasi. Saya nak mereka selesa dengan saya. Dengan cara tu mereka takkan tertekan untuk melakukan pekerjaan," ujar Johan panjang lebar.

Ameer Qalish mengangguk saja. Sebenarnya bukan dia kisah sangat tentang hal itu pun. Nurul Ain yang di hadapannya dikerling. Gadis itu yang sedang menyedut minuman apabilla bertembung pandangan dengan segera melarikan matanya. Ameer Qalish mengeluh kecil.

"Eh, dah nak masuk waktu kerja. Ain, jom masuk."

Aminah pantas berdiri sesudah mengerling jam. Tinggal empat minit saja lagi untuk waktu kerja. Nurul Ain juga turut tergesa berdiri. Beg sandang pantas disangkut ke bahu.

"Encik Ameer, Encik Johan, kami masuk dulu. Encik Ameer terima kasih sekali lagi sebab belanja kami pagi ni," ucap Nurul Ain. Lantas dia mendekati Aminah. 

"Kami pergi dulu encik-encik. Encik Ameer, terima kasihlah belanja saya roti canai. Lain kali kalau nak sarapan tak ada kawan ajaklah kita orang sekali erk... Aduh!"

Laju saja Nurul Ain mengutil pinggang sahabatnya itu. Tidak tahu malu betul!

Aminah sengih.

"Hehe... Maaf, maaf. Kami pergi dulu. Encik Ameer dan Encik Johan makanlah dengan tenang ya. Encik berdua kalau masuk lambat pun tak apa. Encik berdua orang atasan. Kami ni pekerja biasa..."
"Dah Minah! Jom pergi. Nanti lambat pula," gesa Nurul Ain.

Tangan Aminah ditarik. Dia terpaksa buat begitu. Jika ikut Aminah yang banyak cakap, alamatnya lambatlah mereka masuk kerja.

"Okey, bye!"



Bersambung lagi....

Pstt: Assalammualaikum! Terima kasih sebab sudi baca. Drop komen kat bawah kalau sudi. Komen je, ira tak marah. In sya Allah, ira akan cuba perbaiki lagi karya2 ira. Enjoy reading! ^_^




2 ulasan:

Unknown berkata...

Abg ameer cemburu.ksiannya dy....

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Hehehe.. tq kak sudi baca ^_^