BAB 7
“TITT…titt…titt..”.Interkom
berbunyi nyaring.Syed Darius segera menekan butang berwarna hijau.Dirasakan
bunyi itu sedang mengganggunya yang fokus menyiapkan kerja.
“There
is someone want to see you, Bos…”.Suara lembut setiausaha Syed Darius bergema.
“Who is that ,Murni?”.
“Encik Daniel from Sutera Bina
Holding,Bos”,maklum Murni.Baru dia teringat bahawa dia ada perjumpaan bersama
Daniel bagi membincang sedikit tentang pembinaan chalet barunya.
“Let
he in…”,dia segera mengarahkan Murni membawa masuk tetamunya itu.
“Okey”,sepatah sahaja Murni
menjawap.
Pintu pejabatnya diketuk.Syed Darius
yang sedang mencatat mendongakkan kepalanya.Dia melemparkan senyuman dan
berdiri menyambut kedatangan tetamunya.Tangan dihulurkan tanda mengucapkan
selamat datang.Huluran tangannya disambut segera.
“Have
a sit”,setelah bersalaman Syed Darius mempelawa tetamunya duduk dikerusi
kulit dihadapannya.
“Thanks.Nampaknya
sekali lagi kita akan berurusan”,Danial membuka bicara.
“Yup…We only trust to your company for build our new resort.Your work are
very excellent and punctual.That a good job”Puji Syed Darius.Tan Sri Syed
Arshad dan Syed Darius memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Sutera Bina
Holding untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan chalet barunya.Kesemua mini
hotel dan chalet di ASD Beach Resort dibina oleh syarikat ini.Namun pada
mulanya pembinaan resortnya,dia dan bapanya hanya berurusan dengan anak
syarikat Sutera Bina Holding iaitu Seri Gading Sdn.Bhd yang diketuai oleh Encik
Roslan dibawah pengawasan Daniel yang berpengkalan di Johor Bharu.Kini,buat
kali keduanya,dia akan berurusan dengan kepala syarikat itu yang di ketuai oleh
Danial Datuk Hakimi sebagai orang nombor dua penting di syarikat itu.
Pada awalnya dia tidak berapa setuju
apabila Tan Sri Syed Arshad melantik syarikat besar ini.Syed Darius bukan tidak
tahu Datuk Hakimi merupakan kawan rapat bapanya yang menjadi pilihan kedua ibu
bapanya sebagai bakal besan.Bakal besan tak jadi!.Namun,senaik sahaja melihat
hasil kerja mereka dia menjadi tertarik untuk terus melebarkan sayap kerjasama
diantara mereka.Dia jarang sekali berjumpa dengan Datuk Hakimi.
Hanya beberapa kali sahaja mereka berjumpa itu pun sekiranya ibu dan
bapanya membuat apa-apa majlis keraian namun dia tahu lelaki itu sangat
berkaliber dan tegas.Setiap kali bertandang ke rumah keluarga di Kuala Lumpur
pasti Datuk Hakimi ditemani oleh Daniel,anak perempuannya tidak pula
kelihatan.Katanya gadis itu masih lagi menuntut,namun itu pada tahun
sudah.Pasti anak gadisnya itu sudah habis belajar dan kini bekerja dengan
bapanya.Ah…minta-mintalah tidak berjumpa dengan gadis itu!.Bisiknya.
Danial terasa kembang pula apabila
dipuji begitu.Bangga sungguh dia.Hanya senyuman yang diberi bagi mengucapkan
terima kasih atas pujian yang baru didengari.
“Itu sememangnya cara kami melakukan
pekerjaan.Ketepatan masa itu sangat penting.Bagi I pelanggan merupakan raja
jadi syarikat kami tak akan mengecewakan mereka”.
“Betul apa yang you cakap tu.I
memang setuju tanpa ragu”.
“Okeylah kita teruskan dengan perbincangan
projek kita ni.You sudah teliti pelan yang I lakar? You setuju ataupun
tidak?”,Daniel sudah memulakan perbincangan.
“I dah pun teliti dan dah minta
pendapat dari my dad.Nampaknya dari
segi reka bentuk kami rasa tidak ada masalah.Cuma dari segi materialnya kami
bimbang.Kami mahu 20 buah chalet yang bakal dibina ni mempunyai ciri-ciri
kampung.So, kayunya mestilah yang tahan lama dan kukuh.I tak mahu apa-apa
berlaku pada client yang datang
bertamu disini”,Syed Darius menyatakan kebimbangannya terhadap bahan-bahan yang
bakal digunakan.
“Itu you jangan risau.Kayu yang kami
guna bukanlah kayu yang calang-calang.Kita akan import kayu jati dari
Indonesia.Kayu jati adalah kayu yang sangat kukuh.Dan I rasa mutunya pun tidak
perlu di ragui.Tapi harga kayu ni sangat mahal,I takut kita akan lari sedikit
dari bajet yang dibincangkan dan berkemungkinan kos untuk mengimport kayu
tersebut tinggi disebabkan kadar yang banyak”.
“Emm…hal kos tak perlu
dibimbangkan.I sanggup belanja berapa pun bagi membina chalet yang selesa untuk
pengguna.I nak you sediakan senarai pembelanjaan bagi semua material yang bakal
digunakan.Tapi agak-agak youlah,berapa anggaran kos yang bakal dikeluarkan?”
“Apa yang I anggarkan mungkin dalam
belasan juta termasuk semua kos.I’m not
so sure about that”,Daniel
membuat anggaran terhadap kos yang bakal di keluarkan Syed Darius untuk
pembinaan chaletnya.
Syed Darius mengangguk faham.Jumlah
masih munasabah.
“Alhamdulillah…jumlahnya tidak
mencecah puluhan juta.Tapi ada pertambahan nilai,you perlu beritahu I
segera.Manalah tau I tak ada duit masa tu,bolehlah I pinjam dekat bos besar
dulu”,Syed Darius sengaja menyelitkan sedikit lawak supaya perbincangan mereka
tidak hambar.
Daniel melepaskan ketawa
kecil.Kelakar apabila mendengar frasa ‘bos besar’.
“Siapa pulak bos besar you?”
“Abah I lah…”,selamba sahaja Syed
Darius mengata bapanya.
“Tersedak juga kang abah you dekat
rumah”
Ketawa mereka berpadu.
“Dar,I tengok resort you memang
penuh dengan pelanggan.Nak-nak time cuti.Untung besar you sekarang”.Daniel
bersuara setelah tawa mereka reda.Kagum dia melihat resort lima bintang ini
yang tidak putus-putus dengan pelanggan.
“Sebab tulah I nak bina lagi 20
chalet.Time cuti ni memang ramai peng- unjung.Kasihan,sampai ada yang tak dapat
check in sebab dah penuh dengan booking.Mini hotel pun penuh.Kalau bukan masa
cuti barulah lengang sikit.Tapi kebanyakkan syarikat akan tempah bilik hotel
dan dewan untuk membuat seminar”.Syed Darius menerangkan.
Perniagaan berasal pelancongan
sememang mendatangkan untung yang lumayan.Permintaan sangat tinggi apatah
masa-masa hari libur.Tidak hairanlah jika Syed Darius tidak menang tangan dalam
perniagaannya.Penginapan yang selesa dan perkhidmatan yang cekap dan memudahkan
pengguna adalah tanggungjawab yang sangat penting perlu dipikul oleh pengusaha
resort seperti Syed Darius.
“Kenapa you tak joint your family company?Syarikat famili you tu I rasa sangat
kukuh”,Daniel bukan tidak tahu bahawa keluarga Tan Sri Syed Arshad merupakan
usahawan yang agak terkenal.Hang Tuah Holding merupakan syarikat perkapalan
yang terkenal.Setakat yang dia ketahui banyak juga anak syarikat yang
dilahirkan di Malaysia antaranya di Kuala Lumpur,Terengganu,Johor Bharu,Sarawak
dan Pulau Pinang.Memang manakjubkan.
“Actually,I
pernah kerja dengan famili I but only for
three years.Lepas tu I mula tertarik dengan perniagaan resort
ni.Sebenarnya,I sangat-sangat minat dengan perniagaan ni sejak dulu lagi.Tapi
masalah kewangan I yang masih belum mencukupi I pendamkan dulu.Resort ni pun
dulu tak adalah macam sekarang ni.I ambik alih resort ni lepas tu I bangunkan
sikit demi sedikit”.
“Bermakna resort ni sudah
sememangnya adalah sebelum you yang ambil alih?”Sangkanya Syed Darius
membangunkan resortnya dari A sampai Z.
“Ya.Resort ni pada mulanya milik
keluarga rakan I.Dia orang buka secara kecil-kecilan dan tak berapa maju.Masa
tu cuma ada 20 buah chalet sahaja. Mereka jual resort ni sebab mereka mahu
berhijrah ke US untuk uruskan perniagaan mereka disana.Mereka takut tak dapat
diselenggara dengan baik,jadi rakan I tawarkan resort ni pada I.I pun terus aje
terima tanpa berfikir panjang.Walaupun modal tak mencukupi I cuba yakinkan abah
I untuk melabur dalam perniagaan
ni”,panjang lebar Syed Darius memberi penjelasan.
“Ohh…Dapat juga you capai impian
untuk buka resort sendiri’’.
“Bagi I untuk mengejar impian itu
bukan perkara yang susah.Kita cuma perlu rajin dan pandai berfikir.Fikiran pun
kenalah positive jangan asyik negative aje.Sampai bila nak maju kalau macam
tu,kan?”
Daniel mengangguk.
“Betul tu.Orang sekarang kalau nak
sesuatu pasti mahu ambil jalan pintas seperti melakukan penyelewengan,pecah
amanah,rasuah dan paling teruk sekali sampai membunuh.Langsung tak mahu
berusaha.Walaupun jalan pintas yang dipilih ternyata salah,mereka redah
juga.Bila dah kena masuk lokap baru nak bermuka-muka cari kesalahan orang
lainlah, mengaku tak bersalahlah”.Suaranya bernada kesal.Zaman sekarang ramai
masyarakat suka mengambil jalan salah
untuk mencapai impian.
Syed Darius mengakui kata-kata
Daniel.
Tiba-tiba intercom berbunyi.Syed
Darius yang mahu membalas perbualan tadi terhenti.Titt…titt…titt…Lampu hijau
menyala-nyala.Dia memberikan senyuman kecil kepada Daniel.
“Yes,Murni…”
“Bos,Tan Sri want to meet you”.Sekali lagi Murni memaklumkan.
“Jemput Tan Sri masuk”,arah Syed
Darius kepada setiausahanya.
“Meeting
Bos dengan Encik Daniel sudah selesai ke? Tan Sri cakap kalau belum dia tunggu
Bos habis meeting”,Murni memberitahu.
“Kami dah habis meeting. Jemputlah
dia masuk”,arahnya sekali lagi.
“Okey,Bos…”.
Murni jalan seiring dengan Tan Sri
Syed Arshad.Apabila sampai di hadapan pintu bilik Syed Darius,tangan memulas
tombol pintu dan memberi laluan kepada Tan Sri Syed Arshad.Dia yang mahu
menutup kembali pintu dipanggil oleh Syed Darius kembali.Langkahnya dimatikan.
“Murni”,panggil Syed Darius.
“Ya, Bos”.
“Suruh Kak Imah buatkan tiga cawan
kopi.Lepas tu suruh dia bawak masuk ke sini”.
“Baik,Bos”,Murni kembali menutup
rapat pintu bilik itu.
Syed Darius dan Daniel
berdiri.Mengalu-alukan kedatangan Tan Sri Syed Arshad.
“Bah,awal sampai…”.Syed Darius
menegur.
“Abah saja datang sini
pagi-pagi.Ummi kata hari ni Daniel nak datang.Jadi abah pun ke sinilah.Bolehlah
berbual-bual dengan Daniel”.Masing-masing didalam bilik itu tersenyum sesama
sendiri.
Tan Sri Syed Arshad jarang sekali
berjumpa dengan Daniel.Jika ada sebarang urusan dia hanya akan berjumpa terus
dengan Datuk Hakimi berbanding anak sulung rakannya ini.Apabila mengetahui
Daniel datang ke pejabat anaknya,dia terus bersiap.Dia meninggalkan Puan Sri
Sharifah Salina keseorangan di villa anaknya.Masih teringat wajah isterinya itu
yang masam mencuka apabila dia awal pagi lagi sudah keluar.
“Daniel apa khabar?sihat?”Tan Sri
Syed Darius bertanya sambil menepuk bahu Daniel perlahan.
“Saya sihat saja uncle.Macam yang uncle tengok
nilah”.Ramah sahaja dia membalas.
“Papa kamu tak ke sini?Dah lama
uncle tak berjumpa dia.Last uncle jumpa empat bulan yang lepas.Rindu pulak
uncle dengan dia…”
“Papa sibuk sikit uncle.Ni pun baru
sahaja balik dari UK,berjumpa dengan rakan niaganya di sana.Saya suruh dia
rehat dulu tapi papa tak mahu.Katanya,kerja dekat pejabat dah lama
menunggu”,Daniel sudah bercerita perihal bapanya.Wajah Tan Sri Syed Arshad di
sebelahnya dipandang.Tidak lekang dengan senyuman.
“Hmm,papa kamu tu dari dulu sampai
sekarang tak habis-habis dengan kerja.Memang ringan tulang,ada sahaja yang mahu
dilakukan.Dia memang seorang yang tidak mahu membuang masa dengan perkara yang
tidak berfaedah.Dahulu,masa di zaman universiti,papa kamu selalu menjalankan
pelbagai urus niaga dalam dan luar universiti.Maklumlah zaman kami serba
kekurangan.Jadi papa kamu nak cari duit tepi untuk sara hidupnya di
university.Nak harapkan duit pinjaman memang tak mencukupi”,Tan Sri Syed Arshad
sudah tergeleng-geleng apabila teringat rakannya itu yang sungguh berkerja
keras.Ketawanya lepas.
Datuk Hakimi sememangnya tidak
berubah dari dahulu sehinggalah sekarang.Semasa di universiti pelbagai
perniagaan cuba di ceburi.Jika di asrama,Hakimi akan mengambil upah menaip dan
menjual nota-nota ringkas yang di sediakan olehnya sendiri.Jika hari minggu
atau tiada kelas pula masa diisi dengan membantu berniaga di luar
universiti.Membantu di restaurant,mengelap meja dan mengambil order dari
pelanggan.Walaupun gajinya tidak seberapa,Hakimi tetap bersyukur dapat
menambahkan dan mengisi poketnya.Jika tidak bekerja masa diambil untuk
mentelaah buku-buku pelajarannya.
Daniel mendengar cerita itu
terkejut.Tidak pernah pula papanya bercerita tentang masa lalunya.Bersusah
payah papanya untuk menyara kehidupan di masa dahulu.Berbanding dengan
kehidupan dia dan Qalisha sekarang,semua yang mereka perlukan papa akan
penuhi.Tidak pernah mereka dikecewakan.Cuma ada kalanya mereka pula yang
mengecewakan papa mereka.Berdosa sungguh!.
“Satu lagi yang uncle tabik dengan
papa kamu.Papa kamu ni orangnya tak kedekut.Dia akan membantu rakan-rakan yang
susah tak kira dari segi ilmu atau kewangan.Dia akan memberi pertolongan ikut
kemampuan.Pernah dulu uncle baru sahaja keluar dari bank sorang-sorang,uncle
kena ragut dengan dengan ‘mat gian’.Uncle sedih sangat masa tu mana taknya duit
tu untuk perbelanjaan seharian uncle dan buat beli buku.
Papa Daniel yang hulurkan bantuan.Dia bagi uncle pinjam duit pinjaman
yang dia dapat,dibahagi dua.Mula-mula uncle tak sampai hati nak ambik duit tu
sebab uncle tahu keluarga papa Daniel lagi susah dari uncle.Tapi disebabkan
desakan,uncle pun terpaksa terima.Uncle ingat lagi dia pernah cakap yang
seorang kawan yang baik akan sama-sama waktu susah dan senang…”,panjang berjela
pujian diberikan Tan Sri Syed Arshad kepada Datuk Hakimi.Kembang hati Daniel
mendengar pujian itu.Menurut Tan Sri Syed Arshad lagi Datuk Hakimi sangat
menghargai persahabatannya dan sentiasa menjaga perhubungan tersebut.Patutlah
papanya ramai kenalan tidak kira dalam dan luar negara.
Syed Daniel yang berdiam diri sedari
dari tadi menunjukkan rasa kagum terhadap cerita yang baru diperdengarkan oleh
Tan Sri Syed Arshad.Satu senyuman dihadiahkan lagi kepada Daniel.Dia sudah
terhutang budi dengan kebaikan yang dilakukan Datuk Hakimi walaupun bukan
kepadanya.
“Wah…abah,Dar rasa Daniel pun mesti
macam papa dia.Like father like son,bah…”, dikerling Daniel dihadapan yang
sudah tersenyum-senyum malu.Sengaja dia mengusik lelaki itu.
“You ni Dar sengaja nak buat I
malu.I tak sebaik papa I pun.I ni biasa-biasa saja”,ucap Daniel merendah diri.
Pecah lagi tawa ketiga-tiga mereka.
Ketukkan pintu menghentikan tawa
mereka.Fatimah masuk sambil menatang tiga cawan berisi air kopi sambil
tersenyum.Fatimah menyusun cawan kopi tersebut ke hadapan majikan-majikannya
dan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
“Terima kasih Kak Imah”,Syed Darius
mengucapkan terima kasih kepada Tea
ladynya,Fatimah.Fatimah mengangguk kecil tanda membalas ucapan majikannya
itu.Dia terus berlalu keluar dari bilik Syed Darius.
“Jemput minum abah,Daniel…”.
Mereka sama-sama menghirup kopi yang
disediakan oleh Fatimah sebentar tadi.Haruman kopi tersebut menggoyahkan selera
mereka.Terus dihirup kopi yang masih hangat.
“Memandang Daniel sudah ada dekat
sini,apa kata Daniel lunch sekali
dengan kami?Dah nak masuk waktu lunch pun. Uncle dah pesan dengan auntie Ina
supaya masak sedap-sedap untuk makan tengah hari kita.Boleh,ya?...”,ajak Tan
Sri Syed Arshad.Berharap agar Daniel sudi menerima ajakannya.
Daniel sudah serba salah.Mahu menerima
atau pun tidak?
“Eh,tak apalah uncle.Buat susah
aje”,dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.Lagi pula dia segan mahu bertandang
lama di villa Tan Sri Syed Arshad.Mengganggu sahaja keluarga ini mahu menikmati
makan tengah hari mereka.
“Alaa..tak ada susah mana pun
Daniel.Uncle rasa auntie kamu tu tengah tunggu kita dah ni.Makanan pun mesti
dah terhidang atas meja.Kita tinggal langkah kanan aje ni…”,Tan Sri Syed Arshad
memujuk lembut.
“Tak apa uncle.Lagi pun saya nak
kena sampai awal.Papa pesan lepas aje meeting
dia suruh balik jenguk pejabat sekejap”,dia sudah berdalih.Baru dia teringat
pesanan Datuk Hakimi yang mengarahkannya ke pejabat setelah pulang dari
Melaka.Itu pun jika dia sempat.
“Daniel…pejabat you tu tak ke mana
pun.Jomlah,rugi tau you tak rasa masakan ummi I.I dengan abah makan sampai
menjilat jari.Kan,abah?” Syed Darius pula beria-ia memujuknya.Dia melihat
abahnya sudah ketawa kecil.
“Call papa Daniel.Cakap dengan
dia,uncle Shad tahan Daniel lunch dekat sini.Kalau dia marah suruh dia call
uncle.Biar uncle sendiri cakap dengan dia…”,arah yang diberikan TanSri Syed
Arshad kedengaran lucu bagi Daniel.Ketawanya lepas,begitu juga Syed
Darius.Arahan yang seakan-akan diberikan kepada kanak-kanak.
“Kalau uncle dah berkata begitu.What can I said?...”,tidak sampai hati
pula dia mahu menolak pelawaan dua orang lelaki ini.Rezeki jangan di tolak,maut
jangan dicari.
“Haa..macam tulah”.Kata Tan Sri Syed
Arshad yang sudah berdiri.Diikuti oleh Syed Darius dan Daniel.
Mereka berjalan seiringan keluar dari bilik itu.
2 ulasan:
best......
trme kasih..slmat m'bce sis..smoga t'hbur dgn krya p'tama sy yg x s'berapa ni...hihi..:)
Catat Ulasan