Isnin, 29 April 2013

Bibit-bibit Cinta (Bab 8)


BAB 8

MENDUNG berarak menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa.Qalisha melarikan keretanya perlahan menuju ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Batu Pahat.Kereta di letakkan dibawah pepohon kemboja putih yang memekar.Kelihatan bunga-bunga kemboja gugur mencecah ke tanah pabila sesekali angin menghayunkan lambaiannya.Kelihatan seperti salji turun jatuh ke bumi TUHAN.Suasana sekeliling tanah perkuburan itu  nyaman dan sunyi sepi seperti menghormati insan-insan yang sedang bersemayan disisi yang Maha Esa.Setelah mematikan enjin keretanya,Qalisha yang berbaju kurung berwarna putih bercorak bunga kecil berwarna hitam  berserta selendang warna sedondon keluar membawa tikar dan jag berisi air mawar putih dan merah.Dia memulakan langkah berhati-hati supaya tidak tersilap langkah memijak pusara yang berada di tanah perkuburan itu.Langkahnya mati apabila sampai ke pusara ibunda tercintanya.Tikar dibentang lalu dia duduk berteleku disisi pusara itu.Pandangannya cukup sayu.
            Qalisha memandang pusara itu dengan pandangan penuh syahdu.Jari-jemari runcingnya pantas mencabut rumput-rumput kecil yang tumbuh disekeliling pusara ibundanya.Kemudian,batu nisan yang tertera nama Nur Qamardhiah Binti Rashidi diusap berkali-kali bagi melurutkan rasa rindu yang cepat bertandang.
            “Mama…Qisha datang,mama”,pipinya dapat merasakan air panas mengalir dengan pantas.Dibiarkan air itu mengalir tanpa diseka.Biarkan ia mengalir supaya dapat meluruhkan segala rindu dendamnya.
            “Qisha rindu sangat dengan mama.Dah lama Qisha tak jenguk mama,kan?”,tidak tertahan rasa rindu yang menggunung di sanubarinya.Andainya mama ada didepan mata pasti dipeluk seerat-eratnya.Tidak mahu dilepaskan.Perasaan sayang terhadap mama ibarat air laut yang tidak akan kering.
            Jari-jemarinya meramas-ramas tanah pusara ibunda tercinta.
            “Mama,maafkan Qisha kerana tidak melawat mama disini…”,kekangan dari pengajiannya menyebabkan dia tiada kesempatan untuk menziarahi pusara ini.
            “Mama nak tahu?Qisha dah habis belajar.Anak mama ni pemilik Bachelor Bussines’s Admanistration.Mesti mama bangga,kan?.Sekarang Qisha tengah cari kerja.Tapi sebelum tu Qisha nak duduk dengan nenek dalam beberapa bulan.Mama suruh Qisha jenguk-jengukkan nenek,kan?Mama jangan risau,nenek sihat.Papa dengan abang Dani pun sihat.Perniagaan papa sangat maju.Abang Dani pun dah bekerja dengan papa,bantu papa dalam menjalankan perniagaannya”,Qalisha memberitahu seolah-olah arwah ibunya ada didepan mata.Suara diceriakan namun deraian air mata tetap mengalir.Terimbau kenangan bersama mama sebelum menghembuskan nafas terakhir.Mamanya berpesan supaya menjaga ahli keluarga setelah pemergiannya.Ketika mendengar pesanan terakhir kalinya itu,Qalisha tidak henti-henti merembeskan air mata.Tahulah bahawa itu merupakan saat-saat terakhir dia berada disamping ibunya.
            ‘Ya ALLAH…Kau sampaikanlah kerinduan ku ini terhadap ibuku.Tolong katakan padanya bahawa aku sangat-sangat sayang dan cinta kepadanya.Tidak dapatku tahan rasa kasih ini.Tidakku dapat memujuk lagi hati yang sayu mengingati dirinya.Sampaikanlah Yang Mahu Berkuasa…”,dia berdoa agar DIA yang diatas menyampaikan rindu buat arwah ibunya.
            “Hari ini Qisha akan membacakan mama surah Ya’asin dan al-fatihah supaya mama tenang di sana dan supaya mama diredhai oleh-NYA…”,dia mengeluarkan surah Ya’asin dari dalam poket kecil baju kurung putih yang di pakai.
            Pembacaan dimulakan dengan bismillahirrahmannirrahim….Merdu alunan suara yang dihasilkan bibir mungilnya.Bacaannya khusyuk.
            Selesai membaca Ya’asin dan al-Fatihah pusara itu dipandang lagi.Air mata yang tadinya sudah berhenti mengalir kembali setia di pipi mulusnya.
            “Mama…Qisha ada bawa air kesukaan mama.Dulu mama suka mandi bunga mawar.Ni Qisha ada bawa.Biar Qisha siram dikubur mama,ya?...”.Diseka air mata yang mengalir.
            Jag kaca berisi bunga mawar disebelahnya di capai.Perlahan-lahan dia menyiram air itu ke pusara mamanya sehingga habis satu jag.Dia tersenyum melihat mawar putih dan merah menutupi tanah.Keharuman bunga yang lembut itu menusuk di deria baunya.Sangat wangi umpama bau tubuh mama.Bunga inilah yang dahulunya sering dijadikan mama sebagai penghias rumahnya.Mama juga sering menjadikan bunga ini sebagai aroma terapinya dikala sunyi dan kebosanan meniti harinya.Namun,setelah mama meninggalkan mereka sekeluarga.Bunga ini tiada lagi menghiasi setiap sudut dirumahnya.
            Fikirannya dibawa bersama-sama nostalgia bersama mama.Sewaktu mama memaklumkan bahawa dirinya menghidapi leukemia dan hanya mampu bertahan tidak sampai setahun,Qalisha seperti tidak mampu menerima kenyataan.Berhari-hari dia mengeluarkan air mata dan bersendirian.Dia mengurung diri di dalam kamar beradunya.Kenyataan yang sungguh memeritkan,bagai merentap sama nyawa.Bayangkan kanak-kanak seawal sepuluh tahun sepertinya bakal kehilangan wanita yang sangat dicintai.Dia masih belum puas hidup bersama mama.Persoalan yang sering ditanya didalam diri;mengapa TUHAN mahu mengambil mama yang dari sisinya? Mengapa ambil mama begitu cepat?.Dia takut untuk hidup tanpa mama.
            Ketika dia sedang menyalahkan TUHAN.Mama yang sering memujuknya.Kata mama;bumi,alam,orang-orang disekeliling termasuk diri sendiri adalah pinjaman TUHAN.Kita tidak boleh menyalahkan TUHAN terhadap apa yang ditakdirkan.Kita kena redha dengan qadak dan qadarnya.Berdosa jika kita ingkar.Setelah itu barulah dia sedar bertapa berdosa diri menyalahkan TUHAN YANG MAHA ESA.Barulah dia sedar bertapa kerdilnya dia dihadapan YANG MAHA PENCIPTA.Dia beristighfar berkali-kali dan memohon ampun disebabkan ketelanjurannya.Akhirnya,dia pasrah dengan ketentuan mamanya.Dia melepaskan mama dengan hati yang terbuka.
            ‘Bersemadilah mama dengan disisi-NYA…’bisik hatinya
            “Mama,Qisha balik dulu ya.Insyallah…nanti Qisha datang lagi”,tangannya mengusap lagi batu putih itu.
            Langkah diatur.Beberapa tapak dia melangkah,dipusingkan semula badannya mengadap pusara itu.Sayu rasanya hati mahu meninggalkan pusara mamanya.
            “Selamat tinggal mamaku sayang…”,kata meniti dibibirnya perlahan.Langkah kembali diatur.


SEPERTI yang dijanjikan Qalisha.Dia datang tepat pada pukul 12.00 tengah hari di hadapan rumah Mashitah.Kesunyian menyelubungi segenap halaman rumah kayu usang dua tingkat itu.Mashitah mahupun Syukur tidak kelihatan di halaman hadapan.Biasanya,Syukur akan bermain dihalaman itu atau sibuk menambat Meon di pohon kelapa di pintu masuk rumah Mashitah.Tetapi hari ini tiada pula bayang Syukur disitu.Salam diberi juga tidak bersambut.
            “Tak ada orang ke?”dia bertanya sendiri.
            Qalisha mengerling ke arah rumah Mashitah.Tingkapnya terbuka tetapi pintunya tertutup.Selalunya jika dia bertandang pasti pintu kayu itu dibuka dan jeriji yang menutupi ambal.Matanya dialihkan pula kea rah tangga .Tiada pula selipar yang bersusun diatas tangga itu seperti selalu , cuma hanya sepasang selipar getah disebelah tangga.Benaknya berfikir,mungkin Kak Ita dan Syukur ke rumah jiran tertangganya?.Mungkin ada kematian?.Mungkin juga Kak Ita dijemput ke majlis keraian atau kenduri?.Kedatangannya sudah dimaklumkan.Ah,takkanlah Kak Ita mahu mengecewakan jirannya semata-mata menyambut kedatanganku.Mestilah dia perlu memenuhi jemputan tersebut supaya tiada yang bermasam muka.Dia mengatur langkah ke kawasan kebun bunga milik Mashitah yang berada disebelah kanan rumah.Warna-warni bunga orkid dan bunga kertas menarik perhatian Qalisha.
            Deruman kereta dan suara embari salam membuatkan Mashitah yang sedang mengacau  masak lemak pucuk ubi terhenti kacauannya.Masak lemak pucuk ubi yang sudah masak ditutup dengan tudung periuk.Api dimatikan.Mashitah membasuh tangannya dan dilap dengan kain buruk yang berada di tepi sinki.Dia bergegas menaiki tangga menuju ke arah pintu utama di tingkat atas.Sebelum membuka pintu,kepalanya menjengah dari tingkap kayu yang berada bersebelahan pintu.Kereta kancil merah sudah tersergam di halaman rumahnya.Dia sudah dapat meneka pemilik kerata itu .
Kereta iulah yang sering di gunakan Qalisha apabila datang ke situ.Mashitah menalakan pandangan  ke sekeliling halaman yang luas.Kelibat Qalisha tidak kelihatan.Sudahnya,geriji dibuka,selak pintu dijatuhkan dan daun pintu terus dibuka luas-luas.Sekali lagi matanya mencari Qalisha tetapi tiada.Pelik pula dia jadinya.Kereta ada tapi orangnya tiada.Dia terus turun dan menyarung selipar getah yang berada  di tepi tangga.Dia menuju  kea rah kebun bunga di sebeah rumah kayunya.Ternyata Qalisha sedang menilik bunga-bunga orkid yang ditanamnya sendiri.Senyuman mekar bersama gelengan kecil.Perlahan-lahan dia menuju ke arah Qalisha yang leka dengan bunga.
            Qalisha yang leka memerhati dan menilik bunga-bunga orkid yang bermacam-macam warna sedikit melompat apabila merasakan bahunya disentuh.Latahnya terlepas kuat. “Opocot!,mak kau!”.Dia mengurut dada bagi mengurangkan rasa terkejut beruknya.Kepalanya hanya mengingatkan seorang penjenayah atau perogol misteri yang menyentuh bahunya.Hampir saja dia membuka langkah taekwando yang dipelajari.Namun demi melihat wajah Mashitah yang merah akibat tergelak sakan dia mematikan langkah segera.Laju sahaja jantungnya berdegup.
            “Ya ALLAH!...Kak Ita terkejut Qisha tau tak?”,marahnya.Lengan Mashitah ditepuk perlahan.Tangan kanannya masih mengurut dada kembali.
            Mashitah sama seperti tadi.Gelaknya masih bersisa.Menyesal juga dia kerana membuatkan Qalisha terkejut sampai begitu sekali.
            “Akak,kalau Qisha kena heart attack tadi mesti dah jalan sekarang ni jugak tau…”,bebel Qalisha dalam bergurau.Luruh segala semangat apabila dikejutkan Mashitah.
            “Apalah Qisha ni cakap macam tu.Maafkan akak,akak tak tau pun Qisha boleh terkejut macam tu sekali.Akak tengok adik akak ni leka sangat tengok bunga-bunga orkid ni sampai akak dekat sebelah pun tak nampak”,Mashitah sudah meminta maaf.Kasihan sungguh melihat muka Qalisha yang sedikit pucat akibat terkejut.
            “Lain kali bagilah salam dulu,kak oii…”
            “Yalah..Assalammualaikum”,Mashitah memberi salam.Tadinya dia terlupa untuk memberi salam.Mana taknya akal sudah dipenuhi dengan idea mengejutkan Qalisha.Kini salam sudah dihulurkan.
            “Haa..macam tulah.Wa’alaikummusalam…”,Qalisha menjawab salam yang dihulurkan dengan panjang lebar.
            Kedua-duanya saling membalas senyuman.
            “Qisha ingat akak tak ada kat rumah.Qisha tunggulah akak kat sini”.Pada awalnya dia berandaian bahawa Mashitah tiada dirumahnya.Mana tidaknya,suasana sekeliling senyap sahaja.Namun,setelah melihat Mashitah hanya memakai t’shirt lusuh dan berkain batik,rupa-rupanya dia ada di dalam rumah.Salahnya juga kerana tidak meninjau sekeliling rumah Manalah mahu tahu rumah itu ada penghuninya atau tidak.
            “Akak ada kat rumah.Tadi dekat dapur tengah masak.Akak tak tahu pulak orang jauh nak datang hari ni”,pipi Qalisha di cubit sayang.Dia sememangnya tidak tahu yang Qalisha mahu datang ke rumahnya pada hari itu.Telefon tidak apatah lagi mengutus surat atau berSMS dengannya. ‘Mengutus surat?’.Hahaha,macam zaman batulah pula.Sudah ketinggalan zaman.
            “Qisha kan dah telefon dua hari lepas…Nak datang sini sebab rindu sesangat-sangat dengan Syukur dan akak.Qisha ada pesan dengan Syukur masa tu suruh cakap dengan akak”.Manja sungguh suara Qalisha.Dia sudah memaklumkan bahawa dia akan datang melawat orang-orang disayanginya pada hari itu.Semasa dia membuat panggilan dua hari lepas Syukur yang menjawab panggilan tersebut.Terngiang-ngiang suara ceria dan manja Syukur apabila panggilannya.
            “Eh,Qisha ada telefon ya?”,Mashitah meminta kepastian.
            Qalisha mengangguk laju.
            Mashitah mengeluh. “Emm…Syukur lupalah tu nak bagi tau akak”.Syukur kalau sudah bermain-main dengan Meon benda yang perlu disampaikan pun pasti dilupakan.Pasti dia juga sudah lupa yang Qalisha datang ke sini pada hari ini.Kalau tidak pasti anaknya itu sudah tertunggu-tunggu dan tercongok awal-awal pagi lagi di atas tangga.
            “Jomlah masuk.Panas ni dekat luar.Nanti terbakar pulak kulit”,bahu Qalisha dipaut.Mereka jalan seiring menuju ke perkarangan rumah.Sesampai sahaja dihadapan tangga.Qalisha menghentikan langkah.Langkah Mashitah juga serta-merta mati.
            Qalisha baru teringat tentang Syukur.Di manakah dia sekarang?
            “Kak,mana Syukur? Dari tadi tak nampak batang hidung dia”.
            “Biasalah Qisha hari cuti macam ni.Syukur jarang lekat kat rumah.Satu hari suntuk main dengan Meon.Dia dekat belakang.Pergilah tengok”.
            “Akak naiklah dulu.Qisha nak surprise kat Syukur.Saya pergi belakang dulu ya…”,Qalisha meminta diri.
            “Yalah,nanti suruh Syukur naik sekali ya.Akak dah siap masak tu.Nanti kita boleh makan sama-sama”,sebelum adik angkatnya itu berlalu Mashitah sempat memberi pesanan.Qalisha memberikan senyuman dan terus berlalu ke belakang rumah Mashitah.Syukur sedang memberikan Meon rumput yang masih segar.Tangan kirinya menyuakan rumput ke mulut  Meon manakala tangan kanannya menggosok-gosok bulu halus anak lembu itu yang berwarna coklat keperang-perangan.Dia berdiri membelakangi langsung tidak menyedari kehadiran Qalisha.Sepantas kilat Qalisha mendapat idea nakal.Kakinya melangkah perlahan supaya tidak terpijak ranting dan daun-daun kering yang boleh menyedarkan Syukur kehadirannya.Setelah dia sampai tepat dibelakang Syukur,dengan pantas tangannya terus menekup sepasang mata sepet milik kanak-kanak itu.
            “Arrgghh!...”,Syukur menjerit dengan nyaring sekali.Jelas ketakutan apabila matanya ditutup.Siku dihayun cuba memberikan tumbukan yang dikira mampu mengena di perut orang yang menutup matanya namun tidak berjaya.Qalisha pantas mengelak setiap percubaan tumbukan siku Syukur.Al-maklum orang penuh ilmu didada,mudah sahaja baginya untuk mengelak dan membaca setiap tindak balas musuh.Tetapi Syukur bukan musuh.Dia sengaja hendak bergurau dengan anak saudara angkatnya.
            “Siapa ni?!...Siapa ni?!”,ayat itu diulang-ulang.Matanya sudah ditutup manakan dia tahu gerangan insan yang ada dibelakangnya.Sedaya upaya dia minta dilepaskan.
            “Lepas!!!...Siapa ni?!...”sekali lagi minta dilepaskan.
            Ketawa disembunyikan supaya suara tidak dicam oleh Syukur.
“Mak tolong Syukur!!!…Mak!!!…”,jerit Syukur meminta bantuan emaknya.Qalisha tidak sampai hati pula untuk terus mengusik kanak-kanak itu.Perlahan-lahan mata Syukur dilepaskan.Syukur tidak lagi meronta-ronta seperti tadi.
            Syukur bergerak menjauh.Dia berpaling menghadap Qalisha.Qalisha sudah ketawa melihat reaksi kelam-kabut Syukur.
            Syukur menarik nafas panjang.Kepenatan disebabkan asyik meronta-ronta.Qalisha mendekati Syukur.Tubuh yang sedikit gempal itu dipeluk erat.Sayang,sesayang,sayangnya…
Pelukan bagi melepaskan rindu.Lama sungguh dirasakan dia tidak bertemu dengan Syukur walaupun hanya beberapa bulan.
            “Syyhh!…ni Mak Ngah.Sorry,Mak Ngah tutup mata Syukur.Mak Ngah nak gurau saja”,Syukur masih lagi tercungap-cungap.Senang sungguh dia dipeluk begitu.Sekali gus hilang rasa takut yang melanda.
            Syukur mula tenang di pelukan Qalisha.
            “Mak Ngah ni suka kenakan Syukur tau.Penat Syukur pekik-pekik.Sakit tekak dah ni”,Syukur mengadu.Pada mulanya dia marah apabila ada yang menutup matanya.Namun,apabila Qalisha dihadapannya,marah itu hilang entah ke mana.Dia membalas pelukan hangat gadis itu dengan senang hati dan riang.Dapat dia merasakan Qalisha mengusap-ngusap belakangnya.Untuk menenangkan dia yang terkejut seperti melihat hantu jembalang.
            “Alahai,kesiannya anak sedara Mak Ngah ni.Sorry,sorry…Mak Ngah bergurau aje.Tak marah,kan?”,Qalisha meminta kemaafan sekali lagi.
            Syukur pantas menggeleng.Pelukan terlerai.
            “Tak nak denda Mak Ngah?.Mak Ngah tadi dah kenakan Syukur”.Dia sedia menerima hukuman Syukur.Yalah,dia sedar kesalahannya jadi dia rela dihukum.
            “Usah”,kata Syukur.
            “Betul?”
            “Betul.Mak pesan tak kasi Syukur dendam dengan orang.Maafkan aje kalau dia orang buat salah kat Syukur.Mak cakap lagi,Allah sayang kat orang yang suka memaafkan orang lain”.
            Bangga Qalisha mendengarnya.Sesungguhnya Mashitah berjaya mendidik Syukur agar menjadi orang yang pemaaf.
            “Wah!…pandainya dia.Ni yang Mak Ngah sayang lebih dekat dia”,dahi Syukur dikucup kejap.
            Tersengih Syukur.
            “Syukur buat apa ni?”,sengaja dia bertanya walaupun sudah mengetahui apa yang dilakukan kanak-kanak lelaki itu sejak dari tadi.Badan Meon diusap perlahan.Sesekali tengkuk anak lembu itu digeletek.
            “Tengah bagi Meon makan.Kesian Meon mak tak ada abah pun tak ada.Mak dengan Syukur aje jadi kawan dia”,ujar Syukur dengan berbaur rasa kasihan terhadap anak lembu miliknya.
            Anak lembu itu dihadiahkan Hussien dan Zainab sewaktu hari jadi Syukur ke-6.Bapa Meon mati kerana terlibat dalam kemalangan.Manakala ibunya mati akibat terjatuh ke dalam parit yang sangat dalam.Syukurlah menjadi kawan kepada anak lembu itu.Tiap-tiap hari pulang sahaja dari sekolah,kandang Meon menjadi tempat dia bermain.
            “Syukur sayang Meon tak?”,tanya Qalisha kemudian mencangkung dihadapan Syukur.
            “Sayang”,cepat sahaja mulut kecil itu mengeluarkan jawapan. “Syukur sayang Meon macam Syukur sayang ALLAH,mak,abah dan mak ngah.Syukur sayang ALLAH,mak,Meon dan mak ngah tingginya sama macam langit.Syukur sayang abah tingginya macam gunung aje sebab abah tak pernah sayang Syukur macam ayah orang lain.Ayah Ijamkan Mak Ngah sayang sangat dengan Ijam.Dia belikan Ijam robot besar.Cantik Mak Ngah!”,cerita Syukur.Tercengang Qalisha mendengar kata-kata Syukur yang baru sahaja berusia sembilan tahun.Seawal itu dia sudah pandai membanding-bandingkan kasih sayangnya buat ibu bapa.
            Syukur menyayangi emaknya setinggi langit tiada hadnya dan tiada penghujungnya.Manakala dia menyayangi abahnya hanya setinggi gunung bermaksud kasihnya terbatas seperti ketinggian gunung.Lebih parah lagi sayangnya akan hilang umpama gunung yang ditarah,lama-kelamaan akan hilang bentuknya.Adakah kanak-kanak ini ada perasaan benci terhadap bapanya sendiri? .Desis hati kecilnya.Ini tidak boleh terjadi.Tidak baik buat Syukur untuk membenci bapanya.Bapa kandungnya sendiri.
            Tangan kecil Syukur kembali mengusap kepala Meon.Sedih dan muram.
            “Syukur.Syukur tak boleh sama sekali cakap macam tu.Syukur tahu tak,sebagai seorang anak kita kena sayang dan terima mak dan abah kita sama rata.Tak boleh dibandingkan atau beza-bezakan.Walau macam mana sekalipun jahat mak abah kita,kita kena sayang dan terima dia orang.Sebab dia oranglah Syukur,Mak Ngah dan orang lain ada kat dunia ini.Syukur faham?”,tanya Qalisha lalu menggengam kedu-dua belah tangan Syukur.Qalisha berharap agar tidak bercambah sedikit pun rasa benci terhadap Afizuddin.
            Syukur mengangguk perlahan.Senyuman terukir cantik dibibir nipisnya yang merah.
            Qalisha meletakkan tangan kanannya diatas kepala Syukur.Dia melurut rambut tebal milik kanak-kanak itu.
            “Dah,jom kita masuk ke dalam.Mak suruh Mak Ngah ajak Syukur masuk.Mak dah siapkan makan tengah hari.Jomlah…”,Qalisha memimpin Syukur menuju ke pintu dapur rumah Mashitah.
            “Mari kita lumba.Siapa sampai dulu dia menang”,ajak Syukur ceria.Bercahaya wajahnya.
            “Tak mahulah.Penat”,tipu Qalisha seolah-olah dia kepenatan.Mulut kata tidak,tetapi dia terus pecut lari.Syukur tertinggal dibelakang.
            “Mak Ngah main tipu”,getus Syukur.Larian diatur mengejar Qalisha.
            Qalisha terlebih dahulu sampai dimuka pintu muka dapur.
            “Mak Ngah menang!”,sorak Qalisha.
            “Tak aci.Mak Ngah main tipu”,Syukur termengah-mengah.
            “Yang penting Mak Ngah menang”,kata-kata itu disertakan dengan ketawa.Qalisha terus berlari masuk ke dalam rumah.


KEHARUMAN masak lemak sayur pucuk ubi membuka selera Qalisha dan Syukur yang baru sahaja masuk ke dapur.Masuk sahaja ke dapur lauk-pauk dan nasi sudah terhidang diatas  meja.Ada ikan keli goreng berlada,masak lemak pucuk ubi,ikan kering kapak goreng dan sambal belacan ditaruk petai.Masakan orang kampung.Makan mengikut kemampuan sahaja dan serba sederhana.
            Qalisha dan Syukur mengambil tempat masing-masing.
            “Qisha hulurkan pinggan tu…”,pinta Mashitah.Pinggan dihadapan Qalisha dihulurkan.Nasi disenduk ke dalam pinggan Qalisha dan dihulurkan semula.Kemudian pinggan dihadapan Syukur pula.Barulah pinggannya sendiri.
            Mashitah duduk dikepala meja.
            “Qisha ni mengganggu akak aje.Tak malu betullah,kan?”
            “Hish,tak ganggu pun.Bahkan akak dengan Syukur senang sangat dengan kedatangan Qisha.Qisha memang dialu-alukan pun di sini.Bak kata pepatah orang-orang tua,kecik tapak tangan nyiru, kami tadahkan.Kalau dah rezeki sama-samalah kita merasa.Buat seperti rumah sendiri aje.Tak perlu dibahas lagi.Akak tak suka Qisha cakap macam tu”,marah Mashitah.Tangan Qalisha digenggam seerat-eratnya.Dia mahu gadis itu yakin bahawa kedatangannya kerumah itu sangat disenangi.
            Qalisha hanya menghadiahkan senyuman manja.Tangan yang digenggam kini ditepuk perlahan.
            “Makanlah”,Mashitah mempelawa Qalisha menjamu juadah yang telah disediakan.
            Mereka bertiga mula menjamah lauk-pauk yang terhidang diatas dihadapan mata.Nasi panas menaikkan lagi selera mereka.Hmmm,lazatnya!.Qalisha dan Syukur bagai berlumba-lumba menikmati hidangan mereka.Sesekali Mashitah menegur anak dan adik angkatnya itu sambil tergeleng.