Ila
sibuk melipat baju dia dan suaminya di hadapan almari.Hari minggu bergini jika
dia sekeluarga tak ada plan untuk beriadah di luar rumah pasti mereka akan
bergotong-royong membersihkan kawasan rumah mereka.Lagi pun hanya beberapa hari
lagi bulan Ramadhan bakal menjelma.
Adam masuk ke dalam bilik dan terus
menghempaskan diri di atas katil.Kepenatan.
“Abang…”.Panggil Ila yang sibuk
melipat kain.
“Hmm”.
“Dah siap kemas di bawah?”
“Dah sayang.Semua dah beres.Luar
dalam kita orang servis.Ni tadi pun abang baru tolong papa potong dahan pokok
mangga yang terkeluar dari kawasan rumah kita.Penatlah sayang”,adu
Adam.Badannya betul-betul keletihan.
Ila tersenyum senang.Suami yang baru
dinikahi empat bulan ini tak pernah lokek tenaga dan begitu pandai menyesuaikan
diri dengan keluarganya.Adam Edward Simpson Bin Abdullah,itulah nama penuh
suaminya.Jejaka dari United Kingdom ini sudah hampir lapan bulan masuk Islam.Dia
yang sudah empat tahun tinggal di Malaysia atas urusan kerja sudah fasih
berbahasa Melayu dan memahami sedikit demi sedikit adat orang Melayu.Sebab
itulah dia tak kekok untuk bercampur gaul dengan keluarganya.
“Sayang…”,panggil Adam yang masih
berbaring.Tangan di jadikan alas kepala.
“Ya,abang”.
“Sayang tengah buat apa tu?”,soal
Adam tiba-tiba.
Hai,suamiku…sudah tahu bertanya
pula. “Tengah main kapal terbang”,jawab Ila sengaja mahu menusik suaminya.
“Sayang!!”.
Ila ketawa kecil.Suka benar dia
mengusik lelaki itu. “Tengah lipat kainlah dear”.
“Sayang…”,panggil Adam lagi.Apa
lagilah suami aku yang tercinta ni?
“Ya,abang”.
“Hmm…kita berpuasa lagi berapa hari
erk?”
Oh,nak tanya pasal puasa. “Lagi tiga
hari abang.Kenapa?”,sengaja Ila hendak menduga suaminya.
“Rasa tak sabar pulak nak merasai
macam mana berpuasa.Nak rasa selama sebulan menahan lapar”.Adam meluahkan rasa
tidak sabarnya.
Ila menyudahi lipatannya dan dia
mendekati si suami yang selesa berbaring di atas katil. “Excitednya
dia.Abang…abang sure ke boleh tahan puasa nanti?”.Dia juga ikut sama berbaring
sambil merenung siling.Bimbang juga Ila jika Adam tidak mampu untuk bertahan di
bulan puasa nanti.Yalah,Adam buka pernah berpuasa pun sebelum ini.Tahun inilah
Adam baru belajar berpuasa.
Adam memaut bahu isteri tercintanya.
“Sayang tak percaya pada abang eh?Trust me sayang,I can do it!.Cuma kalau abang
terlupa sayang tolonglah ingatkan.Yalah suami sayang ninkan selalu aje jadi
pelupa orangnya”.Di hujung kata-katanya Adam tertawa.
“Ila selalu percaya abang boleh”.Ila
menepuk-nepuk lengan suaminya.
“Oh ya.Isteri abang ni memang
terbaik!”.Puji Adam dan mencium kedua-dua belah pipi Ila bertalu-talu.
“Hish,cium-cium orang pulak.Pergi
mandi dulu.Dah bau masam tau”.Ila menolak Adam menyuruh lelaki itu ke bilik
air.
Mengekek Adam melihat reaksi
isterinya itu. “Masam-masam pun suami sayang juga”.Dia mengambil tuala dan
terus berlalu ke bilik air.
Ila yang duduk di birai
katil hanya mengeleng melihat gelagat suaminya.Kadang-kadang Adam bersifat
keanak-anakan sikit.Hmm,mat saleh memang suka memanjakan dan dimanjakan agaknya.
Adam |
~*~*~*~*~*~
Jam
sudah menunjukkan angka 4.30 pagi.Hari ini adalah hari pertama di bulan
Ramadhan.Hari ini hari pertama juga Adam akan berpuasa.Ila duduk di sebelah
Adam yang masih pulas tidurnya.Semalam beria sangat tidak mahu tidur sebab
hendak tunggu waktu bersahur.Tup-tup sudah tertidur.Alahai,suamiku…
“Abang…abang…”,Ila menepuk lembut
pipi Adam.
Adam tidak memberi sebarang respon.
“Abang bagunlah.Kita dah nak
bersahur ni”.Bisiknya di telinga Adam pula.Lelaki itu masih juga tidak
bergerak.
Susah pula hendak mengejut. “Abang,bangun
sayang”.Ila menggoncang lengan Adam pula.Barulah lelaki itu yang sedang tidur
secara melangkup mengangkat wajahnya.Jelas matanya merah.
“Kenapa sayang?Sayang sakit perut
ke?”,soal Adam yang masih mamai.Wajahnya yang berkerut-kerut kelihatan comel
sekali.
Mahu terburai tawa Ila saat itu
namun di tahan, “Bukanlah,bang.Kita dah nak bersahur ni.Semua dah tunggu
dibawah.Tinggal abang seorang saja”.
Adam bangun dari
pembaringannya.Duduk bersila di atas katil. “Kenapa sayang tak kejut abang dari
tadi?”
“Dah kejut tapi abang tu yang susah
nak bangun.Jom turun.Mama,papa dan semua orang dah tunggu kita kat bawah
tu”.Ila menghulurkan tangan pada Adam.Lelaki itu menyambut huluran tangannya.
“Eh,sebelum turun pergi basuh muka dulu.Karang orang nampak air liur basi tu
kang,buat malu aje”.
“Sayang!!”.
Cepat-cepat Adam pergi membasuh
mukanya.Dia memimpin kembali tangan Ila turun ke tingkat bawah.Sesampai di
ruang makan Adam mengambil tempat di sebelah Ila.
“Abang nak lauk apa?”.Nasi
dicedokkan ke pinggan Adam.
“Bagi abang lauk ayam sambal
ajelah”,pinta Adam.
“Itu aje?”.Suaminya hanya
mengangguk.Pasti dia kurang berselera mahu makan waktu begini.
“Adam tahan puasa ke ni?”,tanya mama
yang sibuk mengaturkan air untuk semua orang.
“In sha Allah tahan mama”.Jawab Adam
yakin.
“Mestilah tahankan.Adamkan menantu
papa.Lagi pun kitakan lelaki”.Papa backup Adam.Hmm,papa dan Adam sememang kawan
baik.Adam pula hanya senyum saja.
“Abang Long,nanti jangan puasa yang
yang yok,pagi-pagi bukak periuk pulak”.Seloroh Ani adik bongsu Ila.Farhan,adik
kedua Ila dan juga Ani serentak mengekek
ketawa.
“Angah,acik apa cakap macam tu.Tak
baik tau”.Tegur mama.Terus terhenti tawa mereka.
“Maaf,Abang Long”.Serentak Farhan
dan Ani meminta maaf.
“Tak apa.Small matterlah,dik”.Kata
Adam tenang.
Hari itu mereka sekeluarga menikmati
sahur dalam keadaan yang tenang.Adam walaupun seperti tidak berselera dia tetap
menghabiskan juga nasinya.Ila membancuhkan Adam air Nestum sebagai
tambahan.Moga-moga Adam mampu untuk bertahan.
~*~*~*~*~*~
Pagi itu
suasana tenang sekali.Selepas bersahur dan menunaikan solat subur bersama-sama
Adam kembali menyambung tidurnya.Dia meraba-raba di sebelah.Isterinya tiada di
situ.Adam membuka matanya.
“Sayang…”,Adam menyeru nama
isterinya namun tiada sahutan.Ke mana pula Ila pagi-pagi ni?
Dia bangun menuju ke bilik air untuk
mandi dan keluar dari bilik tidurnya.Mahu mencari Ila.Oleh kerana hari ini cuti
sempena menyambut puasa dia bangun
sedikit lewat.Sewaktu dia melalui dapur tiba-tiba perutnya berbunyi dan tekaknya
haus.Adam merapati meja makan.Tudung saji dibuka.Eh,tak ada sarapan.Dia orang
tak buat sarapan ke?Perut yang pedih digosok-gosok.
Adam berjalan pula ke peti ais dan
membukanya.Dia hendak membasahkan tekak.Sekotak jus mangga Marigold dikeluarkan
dan dituang ke dalam gelas.Jus pun jadilah.Nanti dia akan menyuruh Ila
membuatkannya sarapan.
Baru gelas berisi jus hendak diuakan
ke mulut,dia terdengar jeritan dari arah belakang.Terbantut segala kelakuannya.
“Abang!”.
“Lah,sayang ni…terkejut abang
tau”.Dada yang berdegup laju diurut perlahan.
“Abang nak buat apa ni?”
“Sayang,nak minum airlah”.Jawab Adam
selamba.
“Abang dah lupa ke hari ni puasa?”
Berkerut-kerut dahi Adam. “Puasa?Ya
Allah,sayang…abang lupa!”Adam menepuk dahi.Macam manalah dia boleh
terlupa?Mujur ada Ila menyergahnya. “Nasib baik ada sayang kalau tak sia-sia
aje”.
Ila mengambil gelas di tangan Adam
dan disimpan semula ke dalam peti sejuk.
“Sorry sayang.Abang tak
sengaja”.Adam merasa bersalah kerana terlupa.
“Dah,tak perlu minta maaf.Abang tak
salah pun.Bukannya sengaja.Kalau tak sengaja tak dikira batal tapi kalau
sengaja sah batal puasa.Lain kali ingat tau”.
“Terima kasih sayang kerana
mengingatkan abang.Ya,abang akan ingat tu”.
Ila tersenyum pada suaminya.Nasiblah
tadi dia ada.
“Sama-sama kasih.Dah jom kita ke
depan.Tapi kejap,abang dah mandi ke belum ni?”.Sekali lagi Ila cuba mengusik
suaminya.Padahal dia sudah tahu dengan melihat pakaian lelaki itu saja.
“Dahlah sayang.Tengok baju dah
bertukar pun.Sayang ni sengaja nak mengenakan abang tau”.Mereka ketawa bersama.
Ila |
~*~*~*~*~*~
Cuaca
sangat panas hari itu.Adam sudah berpeluh-peluh.Segera dia mempercepatkan
langkah memasuki rumah.Penghawa dingin dinaikkan suhunya.Dia menghempaskan
badan ke sofa.
“Fuhh,lega sikit”.
“Eh,abang dah balik.Maaf Ila tengah
tolong mama masak.Tak dengar bunyi kereta abang”.Ila duduk bersimpuh di sebelah
suaminya.
“Tak apalah sayang”.Adam mengusap
lembut rambut isterinya.
“Kenapa lembik aje ni?”,kasihan pula
Ila melihat suaminya yang seperti tidak bermaya.
“Panaslah,yang.Tadi abang ke tapak
projek.Berpeluh-peluh abang jadinya.Macam nak pengsan pun iya.Tekak ni,kering
semacam”.Adam mengadu.Alahai,omputih ni.Baru dua hari berpuasa sudah merungut.
“Abang,itu semua dugaan berpuasa.Allah
hendak menguji kita sama ada iman kita kuat ke tak untuk melakukan setiap
suruhannya.Jangan selalu merungut nanti kurang pahala puasa tau”.Ila mengingati
si suami.
Tersentuh hati Adam dengan
peringatan Ila itu.Isterinya itu sering memperingatinya dalam setiap
perkara.Dia sangat bertuah mendapat Ila sebagai isterinya.
“Yalah sayang.Lepas ni abang takkan
merungut lagi”.Janji Adam.
“Haa,macam tulah.Abang jangan
fikirkan sangat puasa.Buat macam biasa aje.In sha Allah abang akan dapat
melalui bulan puasa ni dengan lancar”.
“Baik isteri abang ni.Selalu
ingatkan abang.Terima kasih ya sayang”.Adam mendapatkan tangan isterinya lalu
dikucup lembut.
“Sudah menjadi tanggungjawab isteri
mengingati setiap perkara yang suami tidak ketahui atau lupa.Sama-sama kasih
abang”.Ila sangat menyenangi cara Adam melayaninya.
“Ila!”,laung mama dari dapur.
“Ya,mama!.Sekejap!”,laung Ila pula.
“Mama dah panggil tu.Abang naik
mandi dan solat dulu ya.Ila nak pergi tolong mama masak untuk berbuka nanti
”.Ila meminta diri.
Adam baring bermalasan di sofa
beberapa minit.Setelah itu barulah dia naik ke tingkat atas.Selepas ini dia
bercadang mahu membantu isteri dan mentuanya di dapur.
~*~*~*~*~*~
Perutnya
bagai dicucuk-cucuk sakit.Dia terbaring lemah di atas katil.Dugaan paling besar
pada kala ini di saat dia sedang belajar untuk berpuasa.
“Abang…okey tak ni?” ,Ila risau melihat keadaan Adam yang
berbaring lemah.Dia mengelus rambut Adam yang dari tadi mengerut kening menahan
sakit.Kasihan dia di serang gastrik.
Adam tersenyum lemah pada isteri
comelnya.Risau benar Ila
padanya. “Abang okey”.Jawabnya lemah.
“Ila risau dengan keadaan
abang.Kalau dah tak tahan sangat abang buka ajelah ya?”
“Hish,sayang ni.Sikit ajelah.Abang
masih boleh tahan”.Sangkal Adam.Gastriknya tidaklah seteruk mana.Lagi pula dia
sudah membuat persiapan awal sahur tadi dengan memakan ubat gastrik setelah
tanda-tanda awal dapat dirasakan.
“Ila tengok abang macam tak larat
aje”.
“Boleh.Sayang janganlah risau”.Adam
memegang tangan Ila agar Ila bertenang.
“Betul ni?”,dia bukannya mahu
memaksa cuma dia takut keadaan Adam akan bertambah buruk nanti.
“Iya,sayang.Jangan risau okey?”
Ila hanya tersenyum
nipis.Sakit-sakit pun bersemangat untuk berpuasa.Alhamdulillah,Adam mampu
bertahan berpuasa penuh masuk hari ke lima belas umat Islam berpuasa.Walaupun
risau akan keadaan si suami,Ila tetap bangga.Dia bangga kerana Adam tetap kuat
walaupu sedang kesakitan.
“Ila sapukan perut abang dengan
minyak ya?”
Adam mengangguk saja.Ila bangun dan
mengambil minyak angin di laci meja soleknya.
~*~*~*~*~*~
Haruman
bau biskut menusuk ke deria bau Adam yang masih berada di garaj kereta.Seperti
bau biskut kegemarannya,biskut semperit.Sungguh mengancam.
Cepat-cepat Adam mengunci keretanya
dan menerobos masuk ke dalam rumah.Tujuan utamanya adalah dapur.
“Emm…sedapnya bau!”.Dia mendekati
Ila,mentua dan adik iparnya,Ani.
Wah,betul sangkaannya.Mereka sedang
membakar biskut semperit.Dia memang gemar akan biskut itu.Dulu kawan-kawan
Melayunya selalu membawa biskut itu ke pejabat selepas mereka mulai bekerja
setelah cuti berhari raya.Dialah yang paling banyak melantak biskut semperit
itu sehingga dia sendiri sanggup mengorder sebalang kepada si pembawa.
“Eh,abang dah balik!”.Terus Ila
menyalami tangan Adam.Fokus Adam di kala itu bukan pada Ila tetapi pada biskut
semperit!.Dia menelan liur.
Ila pelik melihat gelagat suaminya
yang seperti orang yang terkena pukau.
“Abang kenapa ni?”,bahu Adam
ditepuk.
“Hmm,Abang Long dah kena rasuk
biskut semperitlah tu”,ujar Ani selamba kemudia dia gelak.
Adam menyengih saja.
“Adam suka biskut semperit
ya?”,tanya mama apabila melihat menantunya itu fokus kepada biskut buatan
mereka bertiga.
“Ya mama.Ni biskut favourite
Adam.Kawan-kawan selalu bawak ke ofis bila mereka naik kerja”.
“Ila tak tahu pula abang sukakan
biskut semperit”.Ujar Ila dengan nada sedikit kecewa.
“Sebab Ila tak tanya”.Adam ketawa
dan memeluk Ila dari belakang.
“Eee…abang ni”.
Lengan Ila di cubit manja.Mat saleh
ini bermanja tak bertempat!.Malu dia Adam memperlakukannya di hadapan mama dan
Ani.Adam mengaduh apabila dicubit.
“Adoi…tangan sayang ni macam
ketamlah!”.Lengan di gosok-gosok.
Mama dan Ani tersenyum melihat
gelagat mereka berdua.Bahagia rasanya.
“Hish,tak sabar nak rasa biskut
buatan tiga wanita cantik ni.Bolehkan ma Adam rasa lepas buka nanti?”,seloroh
Adam.Dia juga meminta kebenaran pada mentuanya untuk merasai biskut tersebut
apabila buka nanti.
“Boleh.Adam nak rasa banyak mana pun
boleh mama bagi.Janji jangan sampai tak pergi tarawih sebab kekenyangan pula”.
Meleret senyuman Adam mendengar
jawapan dari mama.
“Sabar ajelah ya cik abang.Tunggu
nanti buka.Sekarang jom naik bilik!”.Bahu Adam ditolak dengan kedua-dua belah
tangannya keluar dari dapur.
Semperit kesukaan Adam |
~*~*~*~*~*~
Hari ini
adalah hari terakhir di bulan Ramadhan.Esok mereka akan meyambut hari raya.Riuh
rendah rumah mereka sibuk melakukan kerja menukar langsir,membakar lemang dan
sebagainya.Ila mengintai Adam yang sibuk membantu papanya memasang pelita di
luar rumah.Jelas riak gembira terukir di wajah lelaki itu.Sentiasa tersenyum
dan ketawa berborak dengan papa.Mungkin kerana baru tahun ini dia merasakan
kemeriahan beraya.
Pada malamnya,Adam sibuk menyusun
kuih muih di dalam baling-balang kecil.Dia yang menawarkan diri melakukan
tugasan itu.Sambil dia menyusun sambil itu juga dia menyuap biskut ke dalam
mulut.Comel sungguh dia!.
Ila mengambil tempat di sebelah
Adam. “Amboi,sepinggan biskut dia.Teruk betullah abang ni!”.Tukasnya.
“Alah,sesekali apa
salahnya”.Tersembur-sembur habuk biskut dari mulut.Haish,perangai
macambudak-budak laki mat saleh aku ni.
“Abang ni pengotorlah!.Abang…Ila ada
hadiah untuk abang”.Kata Ila membuatkan mata Adam fokus kepadanya.
“Haa?Hadiah apa,yang?”,tanya Adam
tak sabar.
“Abang tunggu sini kejap.Ila pergi
ambil”.Lantas Ila naik ke tingkat dua dan turun kembali dengan tangan di
belakang.
Apa-apa sajalah isteri aku ni,gumam
Adam dalam hati.
“Nah.Hadiah untuk abang sempena
puasa”.Ila menyerahkan kotak berwarna putih kepada Adam.Lelaki itu
menepuk-nepuk membuang habuk di tangan dan mengambil kotak di tangan Ila.
“Apa ni sayang?”
“Bukalah dulu cik abang mat saleh
oi”.Arah Ila.
Adam membuka penutup kotak putih
itu.Terpampang di hadapan matanya sehelai baju kurung cekak musang berwarna
ungu lembut.Dia mengeluarkannya.
“Waw,cantiknya sayang.Sayang jahit
ke?”
“Ha’ah.Ila jahit khas untuk
abang.Baju kita sekeluarga sedondon tau.Tapi yang specialnya,baju abang Ila
jahit sendiri sebagai hadiah abang berpuasa penuh tahun ni”,terang Ila sambil
tersenyum.
“Baiknya isteri abang yang comel
ni.Abang akan pakai baju raya ni dengan rasa bangga nanti”.Adam mencubit pipi
Ila manja.
“Abang ada lagi satu hadiah”.
“Haa?Apa dia?”,banyak pula hadiah
Ila untuknya.
“Nah.Ini dia”.Sampul surat berwarna
merah jambu diserahkan kepada Adam.
“Apa ni sayang?Duit raya
ke?”,seloroh Adam mahu mengusik Ila.
“Hish,taklah.Ila mana ada duit nak
bagi abang.Ila bukan bekerja pun.Abang cepatlah buka”.
“Yalah…yalah”.Adam membuka dan
menarik sekeping kad dari dalam sampul.Kad raya rupanya!.Dia membaca ayat-ayat ucapan
dari isterinya.
“Terima kasih,sayang”.Dahi Ila
dicium.
“Abang,ada lagi”.
Terkejut Adam mendengar kata-kata
Ila.Hai,ada lagi!.Apa pula kali ini? “Sayang,apa lagi ni?Banyak sangat
hadiahnya”.Ila menyerahkan sekeping kad lagi kepadanya.Kali ini tidak
bersampul.Dia melihat.Tiba-tiba dia menganga.Ya Allah,betul ke?
“Sayang,inikan…inikan…”
Ila bagai hendak tergelak melihat
reaksi suaminya. “Ya,abang.Yang ini adalah hadiah paling istimewa dari Ila.You
will be a father,abang.Ini gambar baby kita yang dah masuk sebulan setengah”.
“Alhamdulillah…Alhamdulillah,sayang”,ucap
Adam berkali-kali.Tubuh Ila ditarik dan dipeluk erat.Menitis air matanya.
“Abang suka tak?”,tanya Ila
menduga.Dia turut sebak melihat Adam menitiskan air mata.
“Suka sangat sayang!”.Tubuh Ila
semakin erat dipeluk.
~*~*~*~*~*~
Hari
raya Aidilfitri telah pun menjelma.Mereka sekeluarga bergegas mahu menunaikan
sembahyang raya di masjid berdekatan.Setelah itu mereka sekeluarga pergi
menziarahi mereka yang telah tiada dan barulah pulang ke rumah.
Tibalah masa memohon kemaafan.Syahdu
saja suasana ketika itu.
Ila bersimpuh di hadapan
suaminya.Tangan Adam disalam. “Abang,Ila minta ampun dari hujung rambut hingga
ke hujung kaki terhadap kesalahan Ila ketika bersama abang selama kita bergelar
suami isteri.Maafkan Ila sekiranya Ila pernah tak mengendahkan abang sama ada
disedari atau pun tidak”.Menitis air mata Ila memohon kemaafan.
“Dah lama abang maafkan jika sayang
ada buat salah.Dan…abang harap juga sayang sudi memaafkan abang sekiranya abang
ada menyakitkan hati sayang atau tidak menjadi suami yang baik buat
sayang”.Pohon Adam pula.
“ Ila pun maafkan abang juga”.Ila
dan Adam sama-sama tersenyum.Adam mengesat manik jernih yang menbasahi pipi
Ila.
“Dahlah tu sayang.Sepatutnya hari ni
kita bergembira tau.Hari ni kan hari raya.Sayang,jomlah perut abang lapar
ni”.Adam berdiri sambil menarik tangan isterinya.Ila senyum bahagia.Dia hanya
mengikut saja Adam yang memimpin tangannya ke ruang makan.Di situ
mama,papa,Farhan dan Ani sudah mengambil tempat masing-masing menunggu mereka
berdua.
Dalam hati Ila sangat bersyukur
mendapat suami sebaik Adam.Walaupun dia baru saja masuk Islam,dia lebih kuat
melaksanakan rukun Islam yang ketiga.Selamat hari raya,abang!.Bisik hati Ila.
TAMAT
P/s:Tulis cerpen utk mendapatkan mood menulis setelah beberapa hari tak sihat...Enjoy reading!...^_^
9 ulasan:
habis juga akhirnya...ok jalan crtenye..hehe..untung ada ila...adam n ila ni kalau buat sweet kan mkin sweet jln citenye.hehe
adam n ila mmg sweet...^_^
comel sgt citer ni.. suka suka suka he he he
Tq sudi baca...hehe =D
Sgt comel citer nih saya asyik senyum jer bila baca heheXD
Trima kasih sudi baca sis ^_^
Best cuma betulkan tang ila jahitkan "baju kurung cekak musang" .. kpd "baju melayu cekak musang"
Baik la, nt ira betulkan sis ixyna isaac. Tq sudi baca ya 😊
Besttttt comel sngttttttt 😍
Catat Ulasan