Jumaat, 26 Julai 2013

Alahai...Suamiku Baru Belajar Berpuasa!



Ila sibuk melipat baju dia dan suaminya di hadapan almari.Hari minggu bergini jika dia sekeluarga tak ada plan untuk beriadah di luar rumah pasti mereka akan bergotong-royong membersihkan kawasan rumah mereka.Lagi pun hanya beberapa hari lagi bulan Ramadhan bakal menjelma.
            Adam masuk ke dalam bilik dan terus menghempaskan diri di atas katil.Kepenatan.
            “Abang…”.Panggil Ila yang sibuk melipat kain.
            “Hmm”.
            “Dah siap kemas di bawah?”
            “Dah sayang.Semua dah beres.Luar dalam kita orang servis.Ni tadi pun abang baru tolong papa potong dahan pokok mangga yang terkeluar dari kawasan rumah kita.Penatlah sayang”,adu Adam.Badannya betul-betul keletihan.
            Ila tersenyum senang.Suami yang baru dinikahi empat bulan ini tak pernah lokek tenaga dan begitu pandai menyesuaikan diri dengan keluarganya.Adam Edward Simpson Bin Abdullah,itulah nama penuh suaminya.Jejaka dari United Kingdom ini sudah hampir lapan bulan masuk Islam.Dia yang sudah empat tahun tinggal di Malaysia atas urusan kerja sudah fasih berbahasa Melayu dan memahami sedikit demi sedikit adat orang Melayu.Sebab itulah dia tak kekok untuk bercampur gaul dengan keluarganya.
            “Sayang…”,panggil Adam yang masih berbaring.Tangan di jadikan alas kepala.
            “Ya,abang”.
            “Sayang tengah buat apa tu?”,soal Adam tiba-tiba.
            Hai,suamiku…sudah tahu bertanya pula. “Tengah main kapal terbang”,jawab Ila sengaja mahu menusik suaminya.
            “Sayang!!”.
            Ila ketawa kecil.Suka benar dia mengusik lelaki itu. “Tengah lipat kainlah dear”.
            “Sayang…”,panggil Adam lagi.Apa lagilah suami aku yang tercinta ni?
            “Ya,abang”.
            “Hmm…kita berpuasa lagi berapa hari erk?”
            Oh,nak tanya pasal puasa. “Lagi tiga hari abang.Kenapa?”,sengaja Ila hendak menduga suaminya.
       “Rasa tak sabar pulak nak merasai macam mana berpuasa.Nak rasa selama sebulan menahan lapar”.Adam meluahkan rasa tidak sabarnya.
            Ila menyudahi lipatannya dan dia mendekati si suami yang selesa berbaring di atas katil. “Excitednya dia.Abang…abang sure ke boleh tahan puasa nanti?”.Dia juga ikut sama berbaring sambil merenung siling.Bimbang juga Ila jika Adam tidak mampu untuk bertahan di bulan puasa nanti.Yalah,Adam buka pernah berpuasa pun sebelum ini.Tahun inilah Adam baru belajar berpuasa.
            Adam memaut bahu isteri tercintanya. “Sayang tak percaya pada abang eh?Trust me sayang,I can do it!.Cuma kalau abang terlupa sayang tolonglah ingatkan.Yalah suami sayang ninkan selalu aje jadi pelupa orangnya”.Di hujung kata-katanya Adam tertawa.
            “Ila selalu percaya abang boleh”.Ila menepuk-nepuk lengan suaminya.
           “Oh ya.Isteri abang ni memang terbaik!”.Puji Adam dan mencium kedua-dua belah pipi Ila bertalu-talu.
         “Hish,cium-cium orang pulak.Pergi mandi dulu.Dah bau masam tau”.Ila menolak Adam menyuruh lelaki itu ke bilik air.
           Mengekek Adam melihat reaksi isterinya itu. “Masam-masam pun suami sayang juga”.Dia mengambil tuala dan terus berlalu ke bilik air.
            Ila yang duduk di birai katil hanya mengeleng melihat gelagat suaminya.Kadang-kadang Adam bersifat keanak-anakan sikit.Hmm,mat saleh memang suka memanjakan dan dimanjakan agaknya.


Adam
~*~*~*~*~*~
Jam sudah menunjukkan angka 4.30 pagi.Hari ini adalah hari pertama di bulan Ramadhan.Hari ini hari pertama juga Adam akan berpuasa.Ila duduk di sebelah Adam yang masih pulas tidurnya.Semalam beria sangat tidak mahu tidur sebab hendak tunggu waktu bersahur.Tup-tup sudah tertidur.Alahai,suamiku…
            “Abang…abang…”,Ila menepuk lembut pipi Adam.
            Adam tidak memberi sebarang respon.
            “Abang bagunlah.Kita dah nak bersahur ni”.Bisiknya di telinga Adam pula.Lelaki itu masih juga tidak bergerak.
            Susah pula hendak mengejut. “Abang,bangun sayang”.Ila menggoncang lengan Adam pula.Barulah lelaki itu yang sedang tidur secara melangkup mengangkat wajahnya.Jelas matanya merah.
            “Kenapa sayang?Sayang sakit perut ke?”,soal Adam yang masih mamai.Wajahnya yang berkerut-kerut kelihatan comel sekali.
            Mahu terburai tawa Ila saat itu namun di tahan, “Bukanlah,bang.Kita dah nak bersahur ni.Semua dah tunggu dibawah.Tinggal abang seorang saja”.
            Adam bangun dari pembaringannya.Duduk bersila di atas katil. “Kenapa sayang tak kejut abang dari tadi?”
            “Dah kejut tapi abang tu yang susah nak bangun.Jom turun.Mama,papa dan semua orang dah tunggu kita kat bawah tu”.Ila menghulurkan tangan pada Adam.Lelaki itu menyambut huluran tangannya. “Eh,sebelum turun pergi basuh muka dulu.Karang orang nampak air liur basi tu kang,buat malu aje”.
            “Sayang!!”.
            Cepat-cepat Adam pergi membasuh mukanya.Dia memimpin kembali tangan Ila turun ke tingkat bawah.Sesampai di ruang makan Adam mengambil tempat di sebelah Ila.
            “Abang nak lauk apa?”.Nasi dicedokkan ke pinggan Adam.
            “Bagi abang lauk ayam sambal ajelah”,pinta Adam.
            “Itu aje?”.Suaminya hanya mengangguk.Pasti dia kurang berselera mahu makan waktu begini.
            “Adam tahan puasa ke ni?”,tanya mama yang sibuk mengaturkan air untuk semua orang.
            “In sha Allah tahan mama”.Jawab Adam yakin.
           “Mestilah tahankan.Adamkan menantu papa.Lagi pun kitakan lelaki”.Papa backup Adam.Hmm,papa dan Adam sememang kawan baik.Adam pula hanya senyum saja.
         “Abang Long,nanti jangan puasa yang yang yok,pagi-pagi bukak periuk pulak”.Seloroh Ani adik bongsu Ila.Farhan,adik kedua Ila  dan juga Ani serentak mengekek ketawa.
            “Angah,acik apa cakap macam tu.Tak baik tau”.Tegur mama.Terus terhenti tawa mereka.
            “Maaf,Abang Long”.Serentak Farhan dan Ani meminta maaf.
            “Tak apa.Small matterlah,dik”.Kata Adam tenang.
            Hari itu mereka sekeluarga menikmati sahur dalam keadaan yang tenang.Adam walaupun seperti tidak berselera dia tetap menghabiskan juga nasinya.Ila membancuhkan Adam air Nestum sebagai tambahan.Moga-moga Adam mampu untuk bertahan.
~*~*~*~*~*~
Pagi itu suasana tenang sekali.Selepas bersahur dan menunaikan solat subur bersama-sama Adam kembali menyambung tidurnya.Dia meraba-raba di sebelah.Isterinya tiada di situ.Adam membuka matanya.
            “Sayang…”,Adam menyeru nama isterinya namun tiada sahutan.Ke mana pula Ila pagi-pagi ni?
           Dia bangun menuju ke bilik air untuk mandi dan keluar dari bilik tidurnya.Mahu mencari Ila.Oleh kerana hari ini cuti sempena menyambut puasa  dia bangun sedikit lewat.Sewaktu dia melalui dapur tiba-tiba perutnya berbunyi dan tekaknya haus.Adam merapati meja makan.Tudung saji dibuka.Eh,tak ada sarapan.Dia orang tak buat sarapan ke?Perut yang pedih digosok-gosok.
            Adam berjalan pula ke peti ais dan membukanya.Dia hendak membasahkan tekak.Sekotak jus mangga Marigold dikeluarkan dan dituang ke dalam gelas.Jus pun jadilah.Nanti dia akan menyuruh Ila membuatkannya sarapan.
            Baru gelas berisi jus hendak diuakan ke mulut,dia terdengar jeritan dari arah belakang.Terbantut segala kelakuannya.
            “Abang!”.
            “Lah,sayang ni…terkejut abang tau”.Dada yang berdegup laju diurut perlahan.
            “Abang nak buat apa ni?”
            “Sayang,nak minum airlah”.Jawab Adam selamba.
            “Abang dah lupa ke hari ni puasa?”
            Berkerut-kerut dahi Adam. “Puasa?Ya Allah,sayang…abang lupa!”Adam menepuk dahi.Macam manalah dia boleh terlupa?Mujur ada Ila menyergahnya. “Nasib baik ada sayang kalau tak sia-sia aje”.
            Ila mengambil gelas di tangan Adam dan disimpan semula ke dalam peti sejuk.
            “Sorry sayang.Abang tak sengaja”.Adam merasa bersalah kerana terlupa.
            “Dah,tak perlu minta maaf.Abang tak salah pun.Bukannya sengaja.Kalau tak sengaja tak dikira batal tapi kalau sengaja sah batal puasa.Lain kali ingat tau”.
            “Terima kasih sayang kerana mengingatkan abang.Ya,abang akan ingat tu”.
            Ila tersenyum pada suaminya.Nasiblah tadi dia ada.
            “Sama-sama kasih.Dah jom kita ke depan.Tapi kejap,abang dah mandi ke belum ni?”.Sekali lagi Ila cuba mengusik suaminya.Padahal dia sudah tahu dengan melihat pakaian lelaki itu saja.
          “Dahlah sayang.Tengok baju dah bertukar pun.Sayang ni sengaja nak mengenakan abang tau”.Mereka ketawa bersama.

Ila

~*~*~*~*~*~
Cuaca sangat panas hari itu.Adam sudah berpeluh-peluh.Segera dia mempercepatkan langkah memasuki rumah.Penghawa dingin dinaikkan suhunya.Dia menghempaskan badan ke sofa.
            “Fuhh,lega sikit”.
            “Eh,abang dah balik.Maaf Ila tengah tolong mama masak.Tak dengar bunyi kereta abang”.Ila duduk bersimpuh di sebelah suaminya.
            “Tak apalah sayang”.Adam mengusap lembut rambut isterinya.
            “Kenapa lembik aje ni?”,kasihan pula Ila melihat suaminya yang seperti tidak bermaya.
            “Panaslah,yang.Tadi abang ke tapak projek.Berpeluh-peluh abang jadinya.Macam nak pengsan pun iya.Tekak ni,kering semacam”.Adam mengadu.Alahai,omputih ni.Baru dua hari berpuasa sudah merungut.
            “Abang,itu semua dugaan berpuasa.Allah hendak menguji kita sama ada iman kita kuat ke tak untuk melakukan setiap suruhannya.Jangan selalu merungut nanti kurang pahala puasa tau”.Ila mengingati si suami.
            Tersentuh hati Adam dengan peringatan Ila itu.Isterinya itu sering memperingatinya dalam setiap perkara.Dia sangat bertuah mendapat Ila sebagai isterinya.
            “Yalah sayang.Lepas ni abang takkan merungut lagi”.Janji Adam.
            “Haa,macam tulah.Abang jangan fikirkan sangat puasa.Buat macam biasa aje.In sha Allah abang akan dapat melalui bulan puasa ni dengan lancar”.
            “Baik isteri abang ni.Selalu ingatkan abang.Terima kasih ya sayang”.Adam mendapatkan tangan isterinya lalu dikucup lembut.
            “Sudah menjadi tanggungjawab isteri mengingati setiap perkara yang suami tidak ketahui atau lupa.Sama-sama kasih abang”.Ila sangat menyenangi cara Adam melayaninya.
            “Ila!”,laung mama dari dapur.
            “Ya,mama!.Sekejap!”,laung Ila pula.
            “Mama dah panggil tu.Abang naik mandi dan solat dulu ya.Ila nak pergi tolong mama masak untuk berbuka nanti ”.Ila meminta diri.
            Adam baring bermalasan di sofa beberapa minit.Setelah itu barulah dia naik ke tingkat atas.Selepas ini dia bercadang mahu membantu isteri dan mentuanya di dapur.
~*~*~*~*~*~
Perutnya bagai dicucuk-cucuk sakit.Dia terbaring lemah di atas katil.Dugaan paling besar pada kala ini di saat dia sedang belajar untuk berpuasa.
            “Abang…okey tak ni?”           ,Ila risau melihat keadaan Adam yang berbaring lemah.Dia mengelus rambut Adam yang dari tadi mengerut kening menahan sakit.Kasihan dia di serang gastrik.
         Adam tersenyum lemah pada isteri comelnya.Risau benar Ila padanya. “Abang okey”.Jawabnya lemah.
            “Ila risau dengan keadaan abang.Kalau dah tak tahan sangat abang buka ajelah ya?”
          “Hish,sayang ni.Sikit ajelah.Abang masih boleh tahan”.Sangkal Adam.Gastriknya tidaklah seteruk mana.Lagi pula dia sudah membuat persiapan awal sahur tadi dengan memakan ubat gastrik setelah tanda-tanda awal dapat dirasakan.
            “Ila tengok abang macam tak larat aje”.
            “Boleh.Sayang janganlah risau”.Adam memegang tangan Ila agar Ila bertenang.
           “Betul ni?”,dia bukannya mahu memaksa cuma dia takut keadaan Adam akan bertambah buruk nanti.
            “Iya,sayang.Jangan risau okey?”
            Ila hanya tersenyum nipis.Sakit-sakit pun bersemangat untuk berpuasa.Alhamdulillah,Adam mampu bertahan berpuasa penuh masuk hari ke lima belas umat Islam berpuasa.Walaupun risau akan keadaan si suami,Ila tetap bangga.Dia bangga kerana Adam tetap kuat walaupu sedang kesakitan.
            “Ila sapukan perut abang dengan minyak ya?”
            Adam mengangguk saja.Ila bangun dan mengambil minyak angin di laci meja soleknya.
~*~*~*~*~*~
Haruman bau biskut menusuk ke deria bau Adam yang masih berada di garaj kereta.Seperti bau biskut kegemarannya,biskut semperit.Sungguh mengancam.
            Cepat-cepat Adam mengunci keretanya dan menerobos masuk ke dalam rumah.Tujuan utamanya adalah dapur.
            “Emm…sedapnya bau!”.Dia mendekati Ila,mentua dan adik iparnya,Ani.
            Wah,betul sangkaannya.Mereka sedang membakar biskut semperit.Dia memang gemar akan biskut itu.Dulu kawan-kawan Melayunya selalu membawa biskut itu ke pejabat selepas mereka mulai bekerja setelah cuti berhari raya.Dialah yang paling banyak melantak biskut semperit itu sehingga dia sendiri sanggup mengorder sebalang kepada si pembawa.
            “Eh,abang dah balik!”.Terus Ila menyalami tangan Adam.Fokus Adam di kala itu bukan pada Ila tetapi pada biskut semperit!.Dia menelan liur.
            Ila pelik melihat gelagat suaminya yang seperti orang yang terkena pukau.
            “Abang kenapa ni?”,bahu Adam ditepuk.
            “Hmm,Abang Long dah kena rasuk biskut semperitlah tu”,ujar Ani selamba kemudia dia gelak.
            Adam menyengih saja.
            “Adam suka biskut semperit ya?”,tanya mama apabila melihat menantunya itu fokus kepada biskut buatan mereka bertiga.
            “Ya mama.Ni biskut favourite Adam.Kawan-kawan selalu bawak ke ofis bila mereka naik kerja”.
            “Ila tak tahu pula abang sukakan biskut semperit”.Ujar Ila dengan nada sedikit kecewa.
            “Sebab Ila tak tanya”.Adam ketawa dan memeluk Ila dari belakang.
            “Eee…abang ni”.
            Lengan Ila di cubit manja.Mat saleh ini bermanja tak bertempat!.Malu dia Adam memperlakukannya di hadapan mama dan Ani.Adam mengaduh apabila dicubit.
            “Adoi…tangan sayang ni macam ketamlah!”.Lengan di gosok-gosok.
            Mama dan Ani tersenyum melihat gelagat mereka berdua.Bahagia rasanya.
            “Hish,tak sabar nak rasa biskut buatan tiga wanita cantik ni.Bolehkan ma Adam rasa lepas buka nanti?”,seloroh Adam.Dia juga meminta kebenaran pada mentuanya untuk merasai biskut tersebut apabila buka nanti.
            “Boleh.Adam nak rasa banyak mana pun boleh mama bagi.Janji jangan sampai tak pergi tarawih sebab kekenyangan pula”.
            Meleret senyuman Adam mendengar jawapan dari mama.
            “Sabar ajelah ya cik abang.Tunggu nanti buka.Sekarang jom naik bilik!”.Bahu Adam ditolak dengan kedua-dua belah tangannya keluar dari dapur.

Semperit kesukaan Adam

~*~*~*~*~*~
Hari ini adalah hari terakhir di bulan Ramadhan.Esok mereka akan meyambut hari raya.Riuh rendah rumah mereka sibuk melakukan kerja menukar langsir,membakar lemang dan sebagainya.Ila mengintai Adam yang sibuk membantu papanya memasang pelita di luar rumah.Jelas riak gembira terukir di wajah lelaki itu.Sentiasa tersenyum dan ketawa berborak dengan papa.Mungkin kerana baru tahun ini dia merasakan kemeriahan beraya.
            Pada malamnya,Adam sibuk menyusun kuih muih di dalam baling-balang kecil.Dia yang menawarkan diri melakukan tugasan itu.Sambil dia menyusun sambil itu juga dia menyuap biskut ke dalam mulut.Comel sungguh dia!.
     Ila mengambil tempat di sebelah Adam. “Amboi,sepinggan biskut dia.Teruk betullah abang ni!”.Tukasnya.
        “Alah,sesekali apa salahnya”.Tersembur-sembur habuk biskut dari mulut.Haish,perangai macambudak-budak laki mat saleh aku ni.
          “Abang ni pengotorlah!.Abang…Ila ada hadiah untuk abang”.Kata Ila membuatkan mata Adam fokus kepadanya.
            “Haa?Hadiah apa,yang?”,tanya Adam tak sabar.
         “Abang tunggu sini kejap.Ila pergi ambil”.Lantas Ila naik ke tingkat dua dan turun kembali dengan tangan di belakang.
            Apa-apa sajalah isteri aku ni,gumam Adam dalam hati.
       “Nah.Hadiah untuk abang sempena puasa”.Ila menyerahkan kotak berwarna putih kepada Adam.Lelaki itu menepuk-nepuk membuang habuk di tangan dan mengambil kotak di tangan Ila.
            “Apa ni sayang?”
            “Bukalah dulu cik abang mat saleh oi”.Arah Ila.
           Adam membuka penutup kotak putih itu.Terpampang di hadapan matanya sehelai baju kurung cekak musang berwarna ungu lembut.Dia mengeluarkannya.
            “Waw,cantiknya sayang.Sayang jahit ke?”
          “Ha’ah.Ila jahit khas untuk abang.Baju kita sekeluarga sedondon tau.Tapi yang specialnya,baju abang Ila jahit sendiri sebagai hadiah abang berpuasa penuh tahun ni”,terang Ila sambil tersenyum.
            “Baiknya isteri abang yang comel ni.Abang akan pakai baju raya ni dengan rasa bangga nanti”.Adam mencubit pipi Ila manja.
            “Abang ada lagi satu hadiah”.
            “Haa?Apa dia?”,banyak pula hadiah Ila untuknya.
            “Nah.Ini dia”.Sampul surat berwarna merah jambu diserahkan kepada Adam.
            “Apa ni sayang?Duit raya ke?”,seloroh Adam mahu mengusik Ila.
            “Hish,taklah.Ila mana ada duit nak bagi abang.Ila bukan bekerja pun.Abang cepatlah buka”.
         “Yalah…yalah”.Adam membuka dan menarik sekeping kad dari dalam sampul.Kad raya rupanya!.Dia membaca ayat-ayat ucapan dari isterinya.
            “Terima kasih,sayang”.Dahi Ila dicium.
            “Abang,ada lagi”.
            Terkejut Adam mendengar kata-kata Ila.Hai,ada lagi!.Apa pula kali ini? “Sayang,apa lagi ni?Banyak sangat hadiahnya”.Ila menyerahkan sekeping kad lagi kepadanya.Kali ini tidak bersampul.Dia melihat.Tiba-tiba dia menganga.Ya Allah,betul ke? “Sayang,inikan…inikan…”
            Ila bagai hendak tergelak melihat reaksi suaminya. “Ya,abang.Yang ini adalah hadiah paling istimewa dari Ila.You will be a father,abang.Ini gambar baby kita yang dah masuk sebulan setengah”.
      “Alhamdulillah…Alhamdulillah,sayang”,ucap Adam berkali-kali.Tubuh Ila ditarik dan dipeluk erat.Menitis air matanya.
            “Abang suka tak?”,tanya Ila menduga.Dia turut sebak melihat Adam menitiskan air mata.
            “Suka sangat sayang!”.Tubuh Ila semakin erat dipeluk.
~*~*~*~*~*~
Hari raya Aidilfitri telah pun menjelma.Mereka sekeluarga bergegas mahu menunaikan sembahyang raya di masjid berdekatan.Setelah itu mereka sekeluarga pergi menziarahi mereka yang telah tiada dan barulah pulang ke rumah.
            Tibalah masa memohon kemaafan.Syahdu saja suasana ketika itu.
         Ila bersimpuh di hadapan suaminya.Tangan Adam disalam. “Abang,Ila minta ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki terhadap kesalahan Ila ketika bersama abang selama kita bergelar suami isteri.Maafkan Ila sekiranya Ila pernah tak mengendahkan abang sama ada disedari atau pun tidak”.Menitis air mata Ila memohon kemaafan.
          “Dah lama abang maafkan jika sayang ada buat salah.Dan…abang harap juga sayang sudi memaafkan abang sekiranya abang ada menyakitkan hati sayang atau tidak menjadi suami yang baik buat sayang”.Pohon Adam pula.
         “ Ila pun maafkan abang juga”.Ila dan Adam sama-sama tersenyum.Adam mengesat manik jernih yang menbasahi pipi Ila.
         “Dahlah tu sayang.Sepatutnya hari ni kita bergembira tau.Hari ni kan hari raya.Sayang,jomlah perut abang lapar ni”.Adam berdiri sambil menarik tangan isterinya.Ila senyum bahagia.Dia hanya mengikut saja Adam yang memimpin tangannya ke ruang makan.Di situ mama,papa,Farhan dan Ani sudah mengambil tempat masing-masing menunggu mereka berdua.
         Dalam hati Ila sangat bersyukur mendapat suami sebaik Adam.Walaupun dia baru saja masuk Islam,dia lebih kuat melaksanakan rukun Islam yang ketiga.Selamat hari raya,abang!.Bisik hati Ila.

                                                                             TAMAT

P/s:Tulis cerpen utk mendapatkan mood menulis setelah beberapa hari tak sihat...Enjoy reading!...^_^
           
           
           
           
           
           





9 ulasan:

Unknown berkata...

habis juga akhirnya...ok jalan crtenye..hehe..untung ada ila...adam n ila ni kalau buat sweet kan mkin sweet jln citenye.hehe

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

adam n ila mmg sweet...^_^

Asyu berkata...

comel sgt citer ni.. suka suka suka he he he

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Tq sudi baca...hehe =D

Tanpa Nama berkata...

Sgt comel citer nih saya asyik senyum jer bila baca heheXD

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Trima kasih sudi baca sis ^_^

Unknown berkata...

Best cuma betulkan tang ila jahitkan "baju kurung cekak musang" .. kpd "baju melayu cekak musang"

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Baik la, nt ira betulkan sis ixyna isaac. Tq sudi baca ya 😊

Delulu berkata...

Besttttt comel sngttttttt 😍