Part 3 mengisahkan sedikit kehidupan Irfan setelah ketiadaan Zuraidah...Pembalasan buat Irfan!...huhu
Irfan |
Sejak
Zuraidah melarikan diri kehidupan Irfan tidak ubah bak pelarian.Dia terpaksa
menyembunyikan diri dan sentiasa berhati-hati untuk keluar dari tempat
persembunyiannya.Konco-konco Datuk Razali sedang mencarinya,apatah lagi lintah-lintah
darat terutamanya Spider.
Hendak mencari makan pun dia
terpaksa memakai kot hitam,bercap dan bercermin mata supaya diri tidak
dikenali.Sambila menunggu makanan pesanannya siap dia menunggu di kaunter
sambil membaca akhbar.
“Bang,ni makanan abang dah
siap”.Seorang pelayan kedai mendekatinya.Bungkusan berisi polisterin dan
beberapa bungkus kecil lauk tambahan di hulurkan kepada Irfan.
Akhbar di letakkan kembali ke
kaunter.Dia mengeluarkan walletnya dari kocek belakang seluarnya. “Berapa?”,tanyanya
kepada pelayan yang sedia menanti.
“Semua lapan ringgit,bang”.
Terbeliak mata Irfan mendengarnya.
“Amboi.Mahalnya!.Eh,selalu aku makan dekat kedai lain tak sampai pun lima
ringgit tau.Setakat nasi lemak aje pun.Cekik darah betul kedai kau ni”.Bebel
Irfan.
“Dah abang minta macam-macam.Nasi
pun penuh satu polisterin.Kalau nak murah nasi lemak kosong
ajelah,bang”.Seloroh lelaki memakai apron itu.
Irfan merampas plastik di tangan
pelayan itu. “Eh,mulut kau kurang ajar betul.Kalau aku tahu tak ingin aku beli
dekat kedai kau ni tau”.Wallet dibuka.Hanya ada sekeping not RM 50,RM 10,RM 5
dan tiga keping not RM 1.Kering dah aku.Lepas ni kena ikat perutlah nampaknya.
Not RM 5 dan tiga keping not RM 1 ditarik keluar. “Nah.Ambil ni duit kau.Cekik
darah!”.Irfan memberikan duit-duit itu kepada si pelayan dengan kasar.
“Apa punya oranglah.Nak bayar
sikit.Ambilnya banyak”,rungut pelayan setelah Irfan keluar dari kedainya.
Duit aku sudah tinggal sedikit.Dalam
bank pula sudah habis.Mana aku hendak mencari duit lagi?Pinjam keluarga?Ah,mana
mungkin dia orang mahu memberikan aku pinjaman.Akukan sudah disisirkan
mereka.Pinjam kawan? Kawan sekarang sudah jadi lawan.Semua hilang masa-masa aku
susah begini.Bila aku senang semua sibuk mahu menempek.Ada saja muka dia orang.
Hendak bekerja?Kerja apa yang aku
boleh buat.Buatnya aku kerja konco-konco datuk tu cari aku ke atau lintah
darat,naya aku!.Buka perniagaan jauh sekali.Nama pun sudah bankrupt sebab
syarikat yang aku buka dulu banyak berhutang dengan bank.Nampaknya aku terpaksa
mendapatkan duit dengan cara kotor.Merompak ke,meragut ke.Ah!,tak
kisahlah.Janji aku dapat duit.Pendek fikirannya.
Sedang dia sibuk memikirkan cara
untuk mendapatkan duit untuk menyara hidup selepas ini.Bahunya ditepuk kasar.Irfan
berpaling.Darahnya berderau melihat tiga lelaki berbadan tegap berdiri di
hadapannya.Dia cukup kenal dengan ketiga-tiga lelaki itu.Mereka konco-konco
datuk keparat,Datuk Razali!.
Konco-konco Datuk Razali |
“Hey,bro.Lama tak jumpa haa!”.Ada
ketawa sinis di bibir lelaki itu.
Bahu Irfan masih tidak
dilepaskan. “Kau orang nak apa?”,terketar-ketar Irfan bertanya.
“Tanya kita orang pulak.Macamlah
kau tak tahu.Datuk nak jumpa kau.Dia suruh kami bawak kau pergi jumpa dengan
diaKita orang ni kiranya nak jemput kaulah”.Terbahak-bahak mereka ketawa
Masak aku kali ni!. “Tak payah
nak jemput akulah.Aku tahulah pergi sendiri kalau nak jumpa dia”.Irfan
memberanikan diri melawan.
“Cakap besar pula kau ya.Okey,kau
ikut kita orang sekarang!”.
Ah,aku takkan ikut
mereka.Bahaya!. “Aku tak nak jumpa dialah sekarang.Jangan harap!”.Pantas Irfan
menangkis tangan lelaki itu dari bahunya.Bungkusan di tangan dilemparkan ke
muka lelaki itu.Habis bertaburan nasi dan lauk-lauk yang dia beli tadi.Segera
dia melarikan diri.
“Kurang ajar!.Kejar dia sampai
dapat!”,arah lelaki itu kepada rakan-rakannya.
Kencang larian Irfan.Dia tidak
mahu tertangkap.Kalau dia ditangkap dan dibawa kepada datuk keparat itu
silap-silap nyawanya boleh melayang.Mana mungkin dengan senangnya dia
mempertaruhkan nyawa di tangan orang tua itu.Dia harus segera menyembunyikan
diri.
Irfan berlari ke sebuah lorong
yang sempit dan sunyi.Konco-konco Datuk
Razali sudah berhenti di hadapannya namun dia hanya mendiamkan diri menunggu
sehingga mereka berlalu dari situ.Keberadaannya tidak dapat dikesan mereka.Dia
melihat semua pergerakan mereka.Mereka sedang meninjau-ninjau di kawasan itu
“Tak guna!.Dia berjaya melarikan
diri lagi.Tak apa,bukan selamanya dia boleh lari dari kita.Jom kita blah!”.Ajak
lelaki mengenakan bajuT berwarna putih kepada rakan-rakannya.Mereka berlalu
dari situ.
Irfan keluar dari tempat
persembunyiannya setelah keadaan di yakini selamat.
“Pergi pun dia orang”.Dia
memegang dadanya yang lelah berlari dan ketakutan.
Baru dia teringat bungkusan yang
dia lempar pada lelaki itu.Adoi,apalah bodoh sangat aku ni.Buat membazir saja
aku beli.Terpaksalah tahan lapar sampai ke petang.Nasib kaulah perut dapat tuan
yang macam ni.Bodoh!.kepalanya di ketuk.Dia berpaling semula ke belakang untuk
pulang ke rumah.
“Irfan”.Panggil suara dari belakang.Siapa
pulak ni?Dia tidak berani berpaling.
“Alah,kau tak payah nak sorok
mukalah.Aku ni Spider”.
Spider |
Adoi…keluar mulut harimau,masuk
pula mulut buaya!.Irfan terdengar Spider bersiul.Maka di sekelilingnya empat
lelaki berdiri.Masing-masing di kiri,kanan dan dua di hadapannya.Spider pula di
belakang.Tak guna!.Memang tak boleh nak lari lagi!.Dia telah dikepung.
“Payahkan nak cari kau
sekarang.Tapi akhirnya aku dapat cari juga”.Spider ketawa sinis.Dia mendekati
Irfan.
Matilah kau Irfan!,bisiknya dalam
hati.
“Susahkan jadi orang buruan
ni.Asyik nak kena sembunyikan diri.Kena pakai kot bagai.Susah sangat!”.Sindir
Spider. “Aku dapat rasakan bertapa susahnya kau sekarang”.
“Kau nak apa?Kalau nak duit kau
balik,sekarang ni aku tak ada duit.Tapi aku janji aku akan bayar balik duit kau
tu”.Liur ditelan kesat.
“Oh,kau nak bayar?Tapi bila
erk?Sehari,seminggu,sebulan atau setahun lagi?Dah banyak kali kau janji tapi
satu apa pun janji kau tak boleh pakai”.Spider mengeluarkan pisau lipatnya lalu
diletakkan pada pipi Irfan.Spider memberi isyarat kepada orang suruhannya
supaya membawa Irfan ke lorong tempat Irfan bersembunyi tadi.
“Kali ni aku janji.Aku akan bayar
semua hutang-hutang kau.Bagilah aku sedikit masa”.Kedua-dua belah tangannya
sudah dipegang oleh orang suruhan Spider.
“Aku dah bagi kau banyak
masa.Bukan sikit tau,banyak sangat.Tapi kau buat tak tahu aje.Okey,aku tahu
sekarang isteri kau dah tak ada.Dah lari tinggalkan kau.Aku kesian dekat kau
tapi tulah.Hutang tetap hutang.Dah pakai kenalah bayar balik”.Spider buat-buat
muka simpati.Kemudian dia ketawa terbahak.
“Spider kau tak percaya pada aku
ke?Tolonglah jangan apa-apakan aku.Aku betul-betul janji ni,aku akan langsaikan
semua hutang aku pada aku.Aku rayu dekat kau.Tolonglah!”.Rayu Irfan meminta
belas kasihan lintah darat itu.
Spider berdecit. “Hmm…kesian juga
dengar kau merayu.Aku rasa…aku rasa simpati sangat.Simpati sangat tau!”,Spider
semakin berperolok-olokkan rayuan Irfan.Lintah darat itu diam sejenak. Akal
jahatnya terfikir untuk mengenakan Irfan.“Hmm…nak buat macam mana ya?Aku memang
kesian dengan kau tapi aku nak kau bayar jugak hutang kau tu.Okeylah,macam ni.Aku
bagi kau sedikit lagi masa.Aku bagi kau dua bulan untuk langsaikan semua
hutang-hutang kau.Lepas dua bulan kau tak langsaikan juga,pisau aku ni akan
melekat dekat leher kau.Dan kau,kiokk!”.
“Terima kasih Spider.Aku janji
aku bayar nanti”.Irfan berjanji kepada lelaki itu.
“Sama-sama kasih”.Senyuman
dibuat-buat.
“Spider suruhlah konco-konco kau
lepaskan aku”.Irfan melirikan matanya ke arah dua tangannya yang masih di
pegang orang suruhan Spider.
“Ya.Aku akan lepaskan kau kali
ni.Tapi dengan cara aku”.Lelaki itu mengarahkan kedua-dua orang yang memegang
tangan Irfan membawa Irfan ke dinding. “Sebelum aku lepaskan kau.Aku nak bagai
kau hadiah”.Sekali lagi Spider mengarahkan orang suruhannya memukul Irfan.
Perut Irfan di pukul beberapa
kali.Kakinya ditendang sehingga Irfan
tidak mampu berdiri.Pecah bibirnya di tumbuk keras oleh Spider.Akhirnya Irfan
terbaring lemah.
“Arrgghh…”,Irfan menekup bibirnya
yang pecah.
“Make sure kau bayar hutang
aku.Masa kau cuma ada dua bulan aje lagi.Ingat ya sayang”.Spider menepuk-nepuk
pipi Irfan sebelum berlalu bersama-sama orang suruhannya.Ketawa mereka memenuhi
lorong yang sunyi itu.Irfan pengsan di situ kerana terlalu lemah.
2 ulasan:
best
tq...nt ira update lg...tunggu ya..hehe
Catat Ulasan