Sabtu, 20 Julai 2013

Mini Novel:Mungknkah Ada Bahagia?~Part 3~

Part 3 mengisahkan sedikit kehidupan Irfan setelah ketiadaan Zuraidah...Pembalasan buat Irfan!...huhu
Irfan
Sejak Zuraidah melarikan diri kehidupan Irfan tidak ubah bak pelarian.Dia terpaksa menyembunyikan diri dan sentiasa berhati-hati untuk keluar dari tempat persembunyiannya.Konco-konco Datuk Razali sedang mencarinya,apatah lagi lintah-lintah darat terutamanya Spider.
            Hendak mencari makan pun dia terpaksa memakai kot hitam,bercap dan bercermin mata supaya diri tidak dikenali.Sambila menunggu makanan pesanannya siap dia menunggu di kaunter sambil membaca akhbar.
            “Bang,ni makanan abang dah siap”.Seorang pelayan kedai mendekatinya.Bungkusan berisi polisterin dan beberapa bungkus kecil lauk tambahan di hulurkan kepada Irfan.
            Akhbar di letakkan kembali ke kaunter.Dia mengeluarkan walletnya dari kocek belakang seluarnya. “Berapa?”,tanyanya kepada pelayan yang sedia menanti.
            “Semua lapan ringgit,bang”.
            Terbeliak mata Irfan mendengarnya. “Amboi.Mahalnya!.Eh,selalu aku makan dekat kedai lain tak sampai pun lima ringgit tau.Setakat nasi lemak aje pun.Cekik darah betul kedai kau ni”.Bebel Irfan.
            “Dah abang minta macam-macam.Nasi pun penuh satu polisterin.Kalau nak murah nasi lemak kosong ajelah,bang”.Seloroh lelaki memakai apron itu.
            Irfan merampas plastik di tangan pelayan itu. “Eh,mulut kau kurang ajar betul.Kalau aku tahu tak ingin aku beli dekat kedai kau ni tau”.Wallet dibuka.Hanya ada sekeping not RM 50,RM 10,RM 5 dan tiga keping not RM 1.Kering dah aku.Lepas ni kena ikat perutlah nampaknya. Not RM 5 dan tiga keping not RM 1 ditarik keluar. “Nah.Ambil ni duit kau.Cekik darah!”.Irfan memberikan duit-duit itu kepada si pelayan dengan kasar.
            “Apa punya oranglah.Nak bayar sikit.Ambilnya banyak”,rungut pelayan setelah Irfan keluar dari kedainya.
            Duit aku sudah tinggal sedikit.Dalam bank pula sudah habis.Mana aku hendak mencari duit lagi?Pinjam keluarga?Ah,mana mungkin dia orang mahu memberikan aku pinjaman.Akukan sudah disisirkan mereka.Pinjam kawan? Kawan sekarang sudah jadi lawan.Semua hilang masa-masa aku susah begini.Bila aku senang semua sibuk mahu menempek.Ada saja muka dia orang.
Hendak bekerja?Kerja apa yang aku boleh buat.Buatnya aku kerja konco-konco datuk tu cari aku ke atau lintah darat,naya aku!.Buka perniagaan jauh sekali.Nama pun sudah bankrupt sebab syarikat yang aku buka dulu banyak berhutang dengan bank.Nampaknya aku terpaksa mendapatkan duit dengan cara kotor.Merompak ke,meragut ke.Ah!,tak kisahlah.Janji aku dapat duit.Pendek fikirannya.
Sedang dia sibuk memikirkan cara untuk mendapatkan duit untuk menyara hidup selepas ini.Bahunya ditepuk kasar.Irfan berpaling.Darahnya berderau melihat tiga lelaki berbadan tegap berdiri di hadapannya.Dia cukup kenal dengan ketiga-tiga lelaki itu.Mereka konco-konco datuk keparat,Datuk Razali!.
Konco-konco Datuk Razali
“Hey,bro.Lama tak jumpa haa!”.Ada ketawa sinis di bibir lelaki itu.
Bahu Irfan masih tidak dilepaskan. “Kau orang nak apa?”,terketar-ketar Irfan bertanya.
“Tanya kita orang pulak.Macamlah kau tak tahu.Datuk nak jumpa kau.Dia suruh kami bawak kau pergi jumpa dengan diaKita orang ni kiranya nak jemput kaulah”.Terbahak-bahak mereka ketawa
Masak aku kali ni!. “Tak payah nak jemput akulah.Aku tahulah pergi sendiri kalau nak jumpa dia”.Irfan memberanikan diri melawan.
“Cakap besar pula kau ya.Okey,kau ikut kita orang sekarang!”.
Ah,aku takkan ikut mereka.Bahaya!. “Aku tak nak jumpa dialah sekarang.Jangan harap!”.Pantas Irfan menangkis tangan lelaki itu dari bahunya.Bungkusan di tangan dilemparkan ke muka lelaki itu.Habis bertaburan nasi dan lauk-lauk yang dia beli tadi.Segera dia melarikan diri.
“Kurang ajar!.Kejar dia sampai dapat!”,arah lelaki itu kepada rakan-rakannya.
Kencang larian Irfan.Dia tidak mahu tertangkap.Kalau dia ditangkap dan dibawa kepada datuk keparat itu silap-silap nyawanya boleh melayang.Mana mungkin dengan senangnya dia mempertaruhkan nyawa di tangan orang tua itu.Dia harus segera menyembunyikan diri.
Irfan berlari ke sebuah lorong yang sempit dan  sunyi.Konco-konco Datuk Razali sudah berhenti di hadapannya namun dia hanya mendiamkan diri menunggu sehingga mereka berlalu dari situ.Keberadaannya tidak dapat dikesan mereka.Dia melihat semua pergerakan mereka.Mereka sedang meninjau-ninjau di kawasan itu
“Tak guna!.Dia berjaya melarikan diri lagi.Tak apa,bukan selamanya dia boleh lari dari kita.Jom kita blah!”.Ajak lelaki mengenakan bajuT berwarna putih kepada rakan-rakannya.Mereka berlalu dari situ.
Irfan keluar dari tempat persembunyiannya setelah keadaan di yakini selamat.
“Pergi pun dia orang”.Dia memegang dadanya yang lelah berlari dan ketakutan.
Baru dia teringat bungkusan yang dia lempar pada lelaki itu.Adoi,apalah bodoh sangat aku ni.Buat membazir saja aku beli.Terpaksalah tahan lapar sampai ke petang.Nasib kaulah perut dapat tuan yang macam ni.Bodoh!.kepalanya di ketuk.Dia berpaling semula ke belakang untuk pulang ke rumah.
“Irfan”.Panggil suara dari belakang.Siapa pulak ni?Dia tidak berani berpaling.
“Alah,kau tak payah nak sorok mukalah.Aku ni Spider”.
Spider
Adoi…keluar mulut harimau,masuk pula mulut buaya!.Irfan terdengar Spider bersiul.Maka di sekelilingnya empat lelaki berdiri.Masing-masing di kiri,kanan dan dua di hadapannya.Spider pula di belakang.Tak guna!.Memang tak boleh nak lari lagi!.Dia telah dikepung.
“Payahkan nak cari kau sekarang.Tapi akhirnya aku dapat cari juga”.Spider ketawa sinis.Dia mendekati Irfan.
Matilah kau Irfan!,bisiknya dalam hati.
“Susahkan jadi orang buruan ni.Asyik nak kena sembunyikan diri.Kena pakai kot bagai.Susah sangat!”.Sindir Spider. “Aku dapat rasakan bertapa susahnya kau sekarang”.
“Kau nak apa?Kalau nak duit kau balik,sekarang ni aku tak ada duit.Tapi aku janji aku akan bayar balik duit kau tu”.Liur ditelan kesat.
“Oh,kau nak bayar?Tapi bila erk?Sehari,seminggu,sebulan atau setahun lagi?Dah banyak kali kau janji tapi satu apa pun janji kau tak boleh pakai”.Spider mengeluarkan pisau lipatnya lalu diletakkan pada pipi Irfan.Spider memberi isyarat kepada orang suruhannya supaya membawa Irfan ke lorong tempat Irfan bersembunyi tadi.
“Kali ni aku janji.Aku akan bayar semua hutang-hutang kau.Bagilah aku sedikit masa”.Kedua-dua belah tangannya sudah dipegang oleh orang suruhan Spider.
“Aku dah bagi kau banyak masa.Bukan sikit tau,banyak sangat.Tapi kau buat tak tahu aje.Okey,aku tahu sekarang isteri kau dah tak ada.Dah lari tinggalkan kau.Aku kesian dekat kau tapi tulah.Hutang tetap hutang.Dah pakai kenalah bayar balik”.Spider buat-buat muka simpati.Kemudian dia ketawa terbahak.
“Spider kau tak percaya pada aku ke?Tolonglah jangan apa-apakan aku.Aku betul-betul janji ni,aku akan langsaikan semua hutang aku pada aku.Aku rayu dekat kau.Tolonglah!”.Rayu Irfan meminta belas kasihan lintah darat itu.
Spider berdecit. “Hmm…kesian juga dengar kau merayu.Aku rasa…aku rasa simpati sangat.Simpati sangat tau!”,Spider semakin berperolok-olokkan rayuan Irfan.Lintah darat itu diam sejenak. Akal jahatnya terfikir untuk mengenakan Irfan.“Hmm…nak buat macam mana ya?Aku memang kesian dengan kau tapi aku nak kau bayar jugak hutang kau tu.Okeylah,macam ni.Aku bagi kau sedikit lagi masa.Aku bagi kau dua bulan untuk langsaikan semua hutang-hutang kau.Lepas dua bulan kau tak langsaikan juga,pisau aku ni akan melekat dekat leher kau.Dan kau,kiokk!”.
“Terima kasih Spider.Aku janji aku bayar nanti”.Irfan berjanji kepada lelaki itu.
“Sama-sama kasih”.Senyuman dibuat-buat.
“Spider suruhlah konco-konco kau lepaskan aku”.Irfan melirikan matanya ke arah dua tangannya yang masih di pegang orang suruhan Spider.
“Ya.Aku akan lepaskan kau kali ni.Tapi dengan cara aku”.Lelaki itu mengarahkan kedua-dua orang yang memegang tangan Irfan membawa Irfan ke dinding. “Sebelum aku lepaskan kau.Aku nak bagai kau hadiah”.Sekali lagi Spider mengarahkan orang suruhannya memukul Irfan.
Perut Irfan di pukul beberapa kali.Kakinya  ditendang sehingga Irfan tidak mampu berdiri.Pecah bibirnya di tumbuk keras oleh Spider.Akhirnya Irfan terbaring lemah.
“Arrgghh…”,Irfan menekup bibirnya yang pecah.
“Make sure kau bayar hutang aku.Masa kau cuma ada dua bulan aje lagi.Ingat ya sayang”.Spider menepuk-nepuk pipi Irfan sebelum berlalu bersama-sama orang suruhannya.Ketawa mereka memenuhi lorong yang sunyi itu.Irfan pengsan di situ kerana terlalu lemah.




2 ulasan: