Padang sekolah riuh
dengan sorakan pelajar. Hari ini merupakan hari pemilihan para atlit sekolah
bagi pertandingan antara sekolah.Ada enam acara sukan yang perlu menentukan
atlit,antaranya lompat jauh, lompat tinggi,larian berpagar,larian seratus
meter,lontar cakra dan lontar peluru.
Qarina sibuk memberikan sorakan untuk sahabat
baiknya, Rania. Hanya tinggal Rania dan Erlisa saja di saringan akhir untuk acara
larian berpagar.
“Go, go Nia!”,penuh semangat berulang kali Qarina
melaungkannya.
Cikgu Isman membunyikan wisel maka bermulalah acara
larian berpagar bagi mereka. Penuh gigih Rania berlari.
“Nia! Nia! Nia! You can do it!” Tidak putus-putus Qarina memberikan semangat. Rania cukup meminati acara ini. Sudah dua tahun dia mendapat nombor satu sehingga melayakkannya masuk ke peringkat seterusnya. Cuma apabila di tingkatan tiga dia menarik diri kerana dia ingin menumpukan kepada PMR. Tahun lepas juga dia tidak dapat menyertai kerana kecederaan semasa berbasikal. Maka tahun ini dia mengambil keputusan untuk turut serta semula. Katanya hendak melepaskan gian.
“Nia! Nia! Nia! You can do it!” Tidak putus-putus Qarina memberikan semangat. Rania cukup meminati acara ini. Sudah dua tahun dia mendapat nombor satu sehingga melayakkannya masuk ke peringkat seterusnya. Cuma apabila di tingkatan tiga dia menarik diri kerana dia ingin menumpukan kepada PMR. Tahun lepas juga dia tidak dapat menyertai kerana kecederaan semasa berbasikal. Maka tahun ini dia mengambil keputusan untuk turut serta semula. Katanya hendak melepaskan gian.
Sekali lagi Cikgu Isman membunyikan wiselnya. Berakhirlah
acara itu. Rania menunjukkan cap jempolnya ke arah Qarina setelah dia sampai ke
garisan penamat. Rania dan Erlisa berjumpa dengan Cikgu Isman setelah
itu. Kelihatan raut wajah Rania ceria manakala Erlisa pula sudah bertukar
cemberut.
“Macam mana?” tanya Qarina tidak sabar hendak tahu.
“Aku terpilih. Yeah!” Dua sahabat ini melonjak gembira.
“Wah,hebatlah kau,Nia." Qarina tumpang gembira dengan
kejayaan Rania. Dia yakin sahabatnya itu mampu ke peringkat seterusnya.
“Qarin,tengoklah siapa kawan kau ni.Ranialah
katakan," seloroh Rania berbangga diri.
“Eee,puji diri sendirilah tu. Masuk lif tekan sendiri
nampak." Tawa mereka lepas serentak. Qarina menghulurkan tuala dan botol air
mineral kepada Rania sebelum mereka berborak lagi.
Dari jauh Erlisa melihat pasangan itu berborak sambil
ketawa membuatkan dia cemburu.Dia mendekati kedua-dua gadis itu.
“Alah,kau tak payahlah nak bangga sangat. Terpilih peringkat sekolah aje pun."
“Alah,kau tak payahlah nak bangga sangat. Terpilih peringkat sekolah aje pun."
Bualan mereka terhenti sebaik saja Erlisa tiba-tiba
bersuara. “Yang kau sibuk sangat tu kenapa?Jeles apa? Eh,jagalah tepi kain kau
tu sendiri," balas Rania yang sudah melihat Erlisa semacam. Mereka berdua bak
musuh. Pantang berjumpa dan duduk dekat pasti akan berlaku pertengkaran.
“Aku ni yang dah dua tahun terpilih berturut-turut tak
adalah nak gebang sangat." Sengaja Erlisa mahu menyakiti hati Rania. Dia
sememangnya suka menjadi pembakar kemarahan gadis itu.
“Alah, kalau tahun lepas aku tak undur diri sebab kaki aku
terseliuh tak ada maknanya kau dapat mewakili sekolah berturut-turut. Kalau jadi
wakil pun setakat dapat nombor tiga saja pun buat apa." Rania tidak mahu
mengalah.
Wajah Erlisa sudah kelat. Dia terdiam tidak mampu membalas
kata-kata. Memang benar tahun sudah dia menggantikan Rania yang terseliuh
kakinya ketika menunggang basikal. Rania merupakan atlit larian berpagar paling
popular di sekolah kerana ketangkasannya. Namanya sering meniti dibibir-bibir
cikgu di sekolah mereka. Qarina pula merupakan pelajar terbaik, selain
pembelajaran dia juga aktif dengan pelbagai persatuan. Gandingan mereka berdua
sering juga mendapat pujian dan itu yang menyebabkan Erlisa berasa tercabar
setiap kali berhadapan dengan dua sahabat ini.
“Apasal? Hilang modal nak cakap lagi?”
Erlisa menjeling tajam kepada Qarina dan Rania sebelum
berlalu pergi.
“Sakit hatilah tu. Jeles. Ada aku kisah kau dapat wakil
sekolah berturut-turut. Hish, tiba-tiba nak naik angin tak tentu pasal. Period
apa?” bebel Rania sendiri.
“Dah biarlah dia. Kau tahukan dia tu macam mana. Jomlah
pergi kantin. Tapikan Nia aku rasa tak baiklah kau cakap macam tu tadi. Macam
memperkecilkan orang aje." Lengan Rania ditarik supaya jalan seiring dengannya.
“Ya ke? Ah, lantaklah siapa suruh dia sibuk-sibuk hal
orang. Biar dia sedar sikit."
Mereka sama-sama meninggalkan padang untuk ke kantin.
Mereka sama-sama meninggalkan padang untuk ke kantin.
~*~*~*~*~
Pagi itu Qarina dan
Rania sampai awal ke sekolah. Rania sibuk menyiapkan latihan Bahasa Melayunya
yang tidak sempat disiapkan kerana tertidur.
Qarina mengeluarkan bekas berwarna putih dan diletakkan
di atas meja. “Nia ni aku ada bawak karipap keledek. Mak aku buat. Meh sarapan
sama-sama," ajaknya dan membuka penutup bekas itu.
Terhenti gerakan tangan Rania yang sibuk menulis. Bau
karipap itu membuatkan dia terliur. Memandangkan dia tidak sempat bersarapan
sebelum ke sekolah pagi ini, perutnya terus saja berbunyi apabila terbau karipap
buatan mak Qarina.
“Terima kasih,Qarin. Kau macam tahu-tahu saja aku belum sarapan. Lapar ni," Sambil mengunyah Rania kembali menyambung kerjanya.
“Terima kasih,Qarin. Kau macam tahu-tahu saja aku belum sarapan. Lapar ni," Sambil mengunyah Rania kembali menyambung kerjanya.
“Qarin,kau dah siap latihan matematik tambahan? Aku nak pinjam. Ada lima lagi soalan aku belum sempat siapkan." Rania
sudah membuat muka comelnya. Faham benar dengan perangai dia ini. Qarina senyum saja.
“Dah. Kejap eh." Qarina mengeluarkan buku latihannya. Dia
dan Rania sering saja bertukar-tukar buku apabila ada kerja belum
dibereskan. Mereka juga sering belajar bersama secara bergilir di rumah
masing-masing setiap hujung minggu.
Erlisa menjadi orang ketiga masuk ke kelas mereka pada
hari itu.
“Hai orang popular pun tak siap homework. Hish, memalukan," pedas sindirannya sebelum dia ke tempat duduknya di belakang Rania.
“Hai orang popular pun tak siap homework. Hish, memalukan," pedas sindirannya sebelum dia ke tempat duduknya di belakang Rania.
Panas hati Rania mendengarnya. Dia ni pagi-pagi nak buat orang naik darah apahal? Dia berpaling ke belakang. “Eh, kau ni suka sibuk hal
orang ni buat apa? Orang popular pun manusia jugak apa .Eleh, cakap orang.
Entah-entah dia pun tak siap sama," sinis Rania memulangkan paku buah keras
Erlisa.
Qarina disebelah menjadi khuatir dengan pertelingkahan
mulut itu. Janganlah mereka bergaduh pula di sini. Kecoh nanti.
“Tolong sikit. Aku ni budak baik. Semua kerja dah
siap," Erlisa memuji diri sendiri .Hendak tergelak Rana
mendengarnya, Eee... perasan nak mampus. Budak baiklah sangat.
“Nia, dahlah tu… Tak payah layan dia. Kerja kau tak siap
lagi kan? Nanti cikgu marah pula." Dia faham benar dengan Erlisa yang suka mencari pasal.Cepat-cepat dia
menegah apabila melihat mulut Rania sudah sedia untuk membalas kata-kata
Erlisa. Dia tidak mahu pergaduhan itu berterusan.
Rania tidak jadi hendak membalas. Betul juga kata Qarina.
“Baik aku sambung buat kerja daripada layan kau. Buang masa." Terus dia kembali
kepada asal semula.
~*~*~*~*~
Perhimpunan pagi itu
telah pun tamat. Murid-murid diarah masuk ke kelas masing-masing.
Sementara menunggu Cikgu Norleha, guru Bahasa Melayu
merangkap guru kelas 5(A) masuk, semua pelajar menyediakan keperluan
pembelajaran terlebih dahulu. Selang lima minit, Cikgu Norleha masuk ke kelas.Di
belakangnya,pula diekori seorang budak lelaki yang tidak pernah mereka lihat. Budak baru agaknya.
Budak lelaki itu menarik minat Rania. Hensemnya dia. Siapa
dia ni agaknya ya?
“Selamat pagi murid-murid”.
“Selamat pagi cikgu”.serentak satu kelas berdiri dan
mengucapkan selamat pagi kembali.
"Murid-murid sebelum kita memulakan pembelajaran saya
ingin memperkenalkan pelajar baru. Ini adalah Muhammad Aiman. Dia akan
bersama-sama kita di kelas mulai hari ini. Saya harap awak semua akan melayan
dia dengan baik. Aiman awak boleh duduk di sana. Sebelah Farhan." Cikgu Norleha
memperkenalkan pelajar baru itu kepada pelajar-pelajar 5(A). Aiman diarahkan
duduk di tempat kosong diantara Farhan dan Rania.
Rania tidak senang duduk. “Hensemnya dia, Qarin. Ada orang
bakal jatuh hati ni!” Perlahan Rania berkata kepada Qarina di sebelahnya
Qarina hanya
senyum saja melihat gelagat sahabatnya itu. Rania memang begitu. Pantang
melihat budak lelaki kacak mulalah dia teruja semacam.
Tanpa mereka sedar,Erlisa di belakang sudah tersenyum
sinis. Habislah kau orang. Satu rancangan jahat berlegar-legar di kepalanya. Aku
akan buat kau orang sampai putus sahabat. Itu janji aku!
~*~*~*~*~
“Hai, Aiman ,” sapa Rania
kepada Aiman.
“Hai." Mesra Aiman membalas sapaannya.
“Saya Rania. Yang ini BFF saya, Qarina." Rania
memperkenalkan diri mereka kepada pelajar baru itu. Qarina pula hanya tersenyum
nipis kepada Aiman. Entah kenapa dia berasa tidak selesa dengan lelaki
itu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.
“Oh…”,pendek saja respon Aiman. Masih malu-malu agaknya.
“Aiman tak nak pergi ke kantin ke?” Rania cuba mengajak
Aiman berbual sebanyak yang mungkin. Qarina disebelahnya hanya memerhati saja.
“Nak. Tapi nantilah kot."
“Awak tak ada kawan eh nak pergi kantin? Jomlah, join kita
orang sekali."
Aiman seperti berfikir sejenak. “Bolehlah. Lagi pun saya
tak tahu sangat selok-belok sekolah ini." Dia bersetuju.
Meleret senyuman Rania. Yes, dia nak join sama. Bolehlah aku
korek cerita sikit tentang dia. “Nanti lepas makan saya bawak awak round satu
sekolah. Itu pun kalau awak nak?”
“Boleh ke? Tak menyusahkan awak nanti?”
“Boleh ke? Tak menyusahkan awak nanti?”
“Eh, mana ada menyusahkan .Tak apa, saya tak kisah. Saya nak
membantu awak supaya awak kenal dengan sekolah ni. Ya tak Qarin? ,Rania meminta
Qarina menyokongnya melalui bahasa mata.
Lantas Qarina
mengangguk.
“Kalau macam tu okeylah. Lepas ni awak berdua tunjukkan saya eh." Jawapan
itu membuatkan hati Rania berbunga-bunga.
Qarina, Rania dan Aiman melangkah bersama ke kantin. Erlisa
pula hanya memerhatikan mereka di muka pintu dengan senyuman jahat.
~*~*~*~*~
Hari demi hari hubungan
Rania dan Aiman semakin rapat. Bohonglah kalau Qarina berasa tidak diketepikan, cuma
dia tidak mahu terbawa-bawa dengan rasa itu demi menjaga persahabatan mereka.
“Qarin!Aku ada berita baik!” Tiba-tiba Rania
muncul disebelahnya.
“Berita baik? Apa dia?”
“Aiman…dia ajak aku pergi tengok wayang hujung minggu
ni. Inilah masa yang aku nanti-nantikan. Bestnya!” Raut wajah Rania
memperlihatkan dia sangat gembira. Tidak sampai hati pula Qarina hendak
mengungkit janji mereka beberapa hari lepas.
“Tapikan kita dah janji nak study sama hujung minggu ni?”
Rania menepuk dahinya. Dia hampir terlupa dengan janji mereka.
“Aduh…aku terlupalah. Nak buat macam mama erk? Aku dah janji dengan Aiman pula tu. Hmm... Qarin boleh tak kita postpone
study kita hujung minggu ni. Kita ganti
minggu depan ya?"
Keluhan kecil keluar dari mulut Qarina namun tidak
didengari Rania. “Tak apalah. Kita study sama minggu depan sajalah," jawabnya
perlahan. Walaupun terasa tetapi Qarina tetap mengukir senyum nipis,
“Terima kasih Qarin. Kau sangat memahami. Aku sayang
kau!.Kau nak join kami sekali tak?”
“Tak kot. Kau orang pergilah. Aku tak nak kacau daun”.
Rania tersenyum senang. “Okeylah kalau macam tu. Aku janji
minggu depan kita study sama-sama eh." Dia mengangkat tangan kanannya berjanji. Qarina mengangguk saja.
Aiman berdiri di sebelah Rania. “Dah?”
“Dah. Kejap eh. Qarin aku nak pergi library kejap teman
Aiman."
“Yalah." Qarina hanya memandang sepi langkah mereka
berdua. Dia ditinggalkan lagi.
“Kesian kau Qarin. Nia tu bila dah ada kawan lain terus
lupakan kau. Kalau akulah, aku takkan kawan dengan orang macam tu. Kawan lupakan
kawan. Ibarat kacang lupakan kulit." Tiba-tiba Erlisa di belakangnya bersuara.
Qarina membiarkan saja. Tiada niat langsung hendak membalas. Tidak. Rania bukan seperti itu. Dia tidak akan termakan
dengan kata-kata Erlisa.
~*~*~*~*~
Petang itu Rania
menghadiri latihan larian. Qarina dan Aiman pula menghadiri perjumpaan ahli
Kelab Bahasa Inggeris. Qarina awal-awal mengatakan dia tidak boleh menemani
Rania di padang kerana perlu pulang awal hari ini. Lagi pula dia tahu Aiman pasti ada untuk menemani Rania.
“Qarin,awak nak terus balik ke?”tanya Aiman tiba-tiba.
"Yup. Bukan ke awak kena pergi teman Nia?”
“Err… tak. Saya ingat nak terus balik. Awak pun terus balik
kan. Apa kata kita balik sama?”
“Err… emm…” serba salah Qarina hendak menolak.
“Kenapa? Awak takut Nia marah ya. Tak adalah. Awak kan kawan
baik dia, takkan dia nak marah pula. Kita bukannya buat apa pun. Cuma balik sama-sama. Lagi pun jalan
kitakan satu arah."
Betul juga kata Aiman. Mereka cuma pulang bersama saja, bukan buat apa pun.
Betul juga kata Aiman. Mereka cuma pulang bersama saja, bukan buat apa pun.
“Okeylah kalau macam tu." Terpaksa dia bersetuju apabila Aiman seakan beria.
~*~*~*~*~*~
~*~*~*~*~*~
Rania mendongkol geram. “Kalau tahulah latihan dibatalkan tak payahlah aku duduk kat tengah-tengah padang tu. Apasal tak cakap
awal-awal," rungutnya geram.
“Nia!” Ada suara melaung namanya dari arah belakang. Dia
berpaling. Kelihatan Erlisa berjalan mendekatinya. Nak apa pula perempuan ni? Cari pasal lagi ke?
“Apa hal panggil aku ni?”
“Tak adalah .Apasal kau tak balik lagi?”
Eh, Lisa ni mimpi apa pulak tanya soalan macam tu dekat
aku.Tak pernah-pernah.
“Tadi ada latihan larian. Tapi last minute batal," jawab
Rania malas.
“Hmmm… aku ingat kau dah balik. Tadi aku nampak Aiman dan
Qarin dah balik sama. Err…aku tak sampai hati pulak nak cakap dengan
kau."
Terkejut Rania mendengarnya. Aiman rupanya sudah pulang. Bukan ke dia kata nak temankan aku?Tup-tup dia dah balik dengan Qarina. Erlisa berlakon seperti dia tidak sampai hati hendak menyampaikan sesuatu kepada Rania.
Terkejut Rania mendengarnya. Aiman rupanya sudah pulang. Bukan ke dia kata nak temankan aku?Tup-tup dia dah balik dengan Qarina. Erlisa berlakon seperti dia tidak sampai hati hendak menyampaikan sesuatu kepada Rania.
“Cakap ajelah apa dia. Selalu kau kalau nak bercakap tak
bertapis,” ejek Rania. Erlisa sedikit terasa namun didiamkan saja. Cuba menahan
rasa marah demi misinya.
“Err… Nia harap kau tak marah eh.Tadi aku nampak Qarin
dengan Aiman macam mesra aje. Tak sama bila ada kau." Erlisa cuba mencucuk jarum
fitnahnya.
“Kau jangan nak buat ceritalah Lisa."
“Kalau kau tak percaya kau tanya Naufal. Dia pun nampak
Aiman balik dengan Qarin tadi. Betul tak Naufal?” Erlisa berlakon bertanya
kepada Naufal yang dari tadi setia di sisinya.
“Ha’ah Nia.Aku pun perasan yang dia orang tadi bukan main
mesra lagi. Asyik ketawa saja. Lepas tu bertepuk tampar." Sebenarnya Naufal telah
pun disogok supaya menyedapkan jalan cerita.
Hati Rania sedikit tergaris juga dengan dakwaan Erlisa
dan Naufal. Takkanlah Qarin dan Aiman suka sama suka pulak?
“Tak. Kau orang saja buat ceritakan?" Dia cuba untuk tidak mempercayai kata-kata mereka.
“Tak. Kau orang saja buat ceritakan?" Dia cuba untuk tidak mempercayai kata-kata mereka.
“Ya alah… Aku berani sumpahlah Nia. Qarin balik dengan
Aiman sambil tu dia orang bertepuk tampar lagi. Mesra macam pasangan kekasih
kau! Hish, semacam saja aku tengok dia orang berdua tu," tambah Naufal lagi. Dia
mengerling Erlisa yang mengenyit mata kepadanya. Nampaknya Rania seperti sudah
termakan dengan kata-kata mereka berdua. Bagus!
“Tapikan Nia, tadi aku ada terdengar Qarin yang minta
mereka balik bersama. Aiman biasa aje aku tengok.Aiman ada kata nak teman kau
tapi Qarin kata tak payah. Dia desak Aiman teman dia balik juga..Aku pun dengar gitu-gitu aje." Makin
ligat Erlisa membuat cerita.
Serta merta hati Rania menjadi panas. Betulkah Qarina
begitu? Dia cuba melawan prasangka namun tidak mampu. Apa Qarina juga punya
hati pada Aiman?
~*~*~*~*~
“Qarin aku nak cakap
dengan kau kejap," pinta Rania lalu berlalu keluar kelas. Sementara Qarina
terkial-kial memasukkan buku-bukunya di dalam beg galasnya.
Awal pagi tadi Rania telah meminta penjelasan daripada
Aiman. Ternyata Aiman mengakui bahawa Qarina yang mengajaknya pulang dan tidak
membenarkan dia menemaninya di padang. Qarin, sampai hati kau…
“Ada apa ni Nia?”
Sejak dari pagi tadi lagi dia perasan Rania pada hari itu lebih banyak diam dengannya. Hendak menegur dia tidak sampai hati. Mungkin dia punya masalah keluarga dan memerlukan ruang.
Sejak dari pagi tadi lagi dia perasan Rania pada hari itu lebih banyak diam dengannya. Hendak menegur dia tidak sampai hati. Mungkin dia punya masalah keluarga dan memerlukan ruang.
“Qarin, betul ke petang semalam kau balik dengan Aiman?”
Berkerut dahi Qarina. “Ha’ah. Tapi…” Belum sempat dia menghabiskan
kata-katanya Rania sudah memotong.
“Jadi betullah kau balik dengan Aiman. Betul juga apa yang
aku dengar dari dia orang cakap.” Pengakuan dari Qarina membuatkan dia mengiyakan
semua kata-kata Erlisa, Naufal dan Aiman.
“Aku tak sangka Qarin kau sanggup khianati aku." Tanpa usul periksa Rania menuduh sahabatnya itu.
“Aku tak sangka Qarin kau sanggup khianati aku." Tanpa usul periksa Rania menuduh sahabatnya itu.
“Nia, apa kau cakap ni? Siapa khianati siapa? Nia…aku memang
balik dengan Aiman petang semalam tapi
setakat balik saja. Tak buat apa-apa pun. Plus, Aiman yang ajak aku balik
sama," jelas Qarina. Dia tahu pasti dia difitnah oleh seseorang sehingga Rania
menuduhnya begitu.
“Aiman yang ajak kau? Tapi apa aku dengar lain Qarin. Dia
orang cakap yang sebaliknya. Kau tahukan sepatutnya Aiman tunggu aku balik. Kami
nak balik bersama. Tapi tup-tup kau yang balik dengan dia. Apa semua ni ha?” bentak
Rania. Dia sedih kerana menyangka Qarina mengkhianatinya.
“Nia, kau tak percaya aku? Aku kawan baik kau. Sepatutnya
aku yang kau percaya bukan mereka. Pasal Aiman tu sumpah aku tak tahu pun. Apa
yang pasti dia yang ajak aku dulu." Tiada langsung niat untuk menyakiti
sahabatnya itu. Siapalah yang menfitnahnya?
“Aku dah tak percaya kau Qarin. Kau tahu aku sukakan Aiman
tapi kau jugak sibuk-sibuk nak dekat dengan dia. Kau cemburukan dengan aku sebenarnya?” Rania terus-terusan menuduh Qarina.
“Ya Allah…Nia…” Qarina cuba menjelaskan namun Rania
memotong.
“Sudahlah, Qarin. Tak payah nak jelaskan apa-apa. Aku kecewa
sangat dengan kau. Segala kepercayaan aku pada kau dah lebur. Kalau beginilah, aku
rasa kita tak payah berkawan lagi." putus Rania tanpa berfikir panjang.
“Nia… takkan disebabkan hal ni kau nak putuskan
persahabatan kita?” Tidak dia sangka sejauh itu Rania berfikir.
“Aku dah buat keputusan. Kita buat hal masing-masing mulai
hari ni." Tanpa menoleh ke arah Qarina,Rania terus berlalu.
Mengalir air mata Qarina. Mengapa Rania begitu mudah
mempercayai fitnah itu sedangkan dia tidak bersalah.
“Nia…”
Hari ini ternoktahlah persahabatan mereka.
“Nia…”
Hari ini ternoktahlah persahabatan mereka.
~*~*~*~*~
Qarina berasa tidak
betah dengan keadaan mereka. Berhari-hari Rania menjauhinya. Tempat duduk mereka
juga telah dirombak. Qarina berpasangan dengan Farah. Manakala Rania pula dengan
Erlisa dibelakangnya.
Qarina mahu memujuk Rania kembali. “Nia…”
Rania tahu kehadiran Qarina namun dia tidak
mengendahkan. Egonya terlalu tinggi saat ini.
“Eh, Lisa. Jomlah kita balik. Rasa panas pulak dekat
sini." Tiba-tiba Rania bangun dan menarik beg sandangnya. Erlisa sudah tersenyum
gembira di dalam hati. Yes! Menjadi juga rancangannya.
“Nia, tunggulah kejap…” Qarina mencengkam lengan gadis
itu. Pantas Rania menarik kembali lengannya.
“Aku rasa kita dah tak ada apa-apa nak dicakapkan. Aku
busy, nak balik cepat." Rania berlalu begitu saja tanpa memandang wajah Qarina.
~*~*~*~*~
Keesokan petangnya
Rania sekali lagi menghadiri latihan larian. Lenguh satu badan. Mujur latihan
ditamatkan lebih awal kerana langit sudah menunjukkan tanda-tanda hujan akan
turun. Sebelum pulang dia mahu ke tandas terlebih dulu. Sesampai saja di pintu tandas dia mendengar suara seorang
perempuan terbahak-bahak dan diikuti suara seorang lelaki. Terdetik hatinya
untuk menelinga.
“Aku tak sangka Si Rania tu begitu bodoh. Mudah
dipermainkan. Dia percaya aje dengan apa yang aku cakap. Bodoh!” Itu seperti
suara Erlisa.
“Ha ha ha… Dia pun boleh percaya yang aku sukakan
dia. Hei, setakat dia tu aku petik jari sajalah. Tapikan, kesian pulak aku dekat
Qarina. Dia yang menjadi keldai hitam." Dan...itu suara Aiman. Rania sangat
terkejut dengan apa yang didengarnya.
“Aku memang sengaja nak buat dia orang berpecah
belah. Biar mereka bergaduh besar. Ramai cikgu-cikgu memuji dia orang pasangan
ideal. Sama-sama pandailah konon. Aku jadi menyampah. Sakit telinga aku dengar
tau. Tapi sekarang dah tak lagi." Semakin galak Erlisa ketawa. Kini barulah Rania
tahu bahawa semua ini dirancang oleh Erlisa dan Aiman.
“Aku berterima kasih pada kau Aiman. Kaulah sepupu aku
yang paling terbaik!” Apa? Aiman dan Erlisa adalah sepupu! Apa semua ni?
“Small matterlah tu. Asalkan kau puas hati, aku sanggup
buat apa aje.You know that I love you so much, right?”
Erlisa hanya ketawa dan mengangguk.
Tidak! Selama ini aku dan Qarin diperbodohkan oleh mereka.Ini semua rancangan jahat mereka! Ya Allah…kesian Qarina. Aku mesti cari Qarina. Dia tidak bersalah sebaliknya Erlisa dan Aiman itu yang bersalah.Mereka memang tidak berhati perut! Jerit hati Rania. Tanpa berlengah dia berlari mendapatkan basikalnya.
Erlisa hanya ketawa dan mengangguk.
Tidak! Selama ini aku dan Qarin diperbodohkan oleh mereka.Ini semua rancangan jahat mereka! Ya Allah…kesian Qarina. Aku mesti cari Qarina. Dia tidak bersalah sebaliknya Erlisa dan Aiman itu yang bersalah.Mereka memang tidak berhati perut! Jerit hati Rania. Tanpa berlengah dia berlari mendapatkan basikalnya.
~*~*~*~*~
“Assalammualaikum. Cik
Ani oh… Cik Ani," panggil Rania yang masih di atas basikal.
Terjengul wajah Cik Ani di tingkap kayu itu. “Wa’alaikumsalam. Oh. Nia…”
“Cik Ani, Qarina ada tak?” tanya Rania. Kelihatan basikal
milik Qarina tiada di hadapan rumah kayu dua tingkat itu.
“Tadi dia kata nak bersiar-siar kejap lepas balik sekolah. Tak
ada pulak dia kata nak ke mana. Cik Ani ingat dia pergi rumah Nia. Hmm, ke mana
sajalah dia tu. Kejap lagilah dia balik agaknya."
Qarina
tidak ada di rumah rupanya. Ke mana pulak dia pergi ni? Rania cuba mengingati
tempat-tempat dipelusuk kampung ini yang menjadi tempat kegemaran mereka
melepak. Haa..aku tahu dia ada di mana. Pasti di tempat itu!
“Tak apalah Cik Ani. Nia pergi cari dia kejap."
“Yalah."
Pantas Rania mengayuh basikalnya. Dia mahu mencari Qarina segera. Berpanas dia mengayuh basikal akhirnya
dia sampai juga ke destinasi dituju. Basikal disandarkan ke sebatang pokok besar
bersebelahan basikal milik Qarina. Eh, mana Qarina ni? Dia mencari-cari kelibat
sahabatnya itu. Akhirnya dia dapat mencari kelibat Qarina. Gadis itu sedang
bertenggek dibuah batu besar di tepi sungai sambil termenung. Rania tersenyum
dan perlahan-lahan mendekati Qarina. Pasti gadis itu berasa sedih dengan
sikapnya beberapa hari lepas. Semuanya salah dia sendiri.
“Qarin…”
Suara itu mengejutkan Qarina dari menungannya. Apa dia buat di sini? Serta merta dia mengesat sisa air mata di pipinya.
Suara itu mengejutkan Qarina dari menungannya. Apa dia buat di sini? Serta merta dia mengesat sisa air mata di pipinya.
Rania melabuhkan punggungnya disebelah Qarina. Dia menatap
mata Qarina yang merah seperti baru menangis. Tersentuh hati Rania melihatnya.
“Qarin…" seru Rania sekali lagi.Tangan putih itu digenggam
erat. “Aku… aku nak minta maaf pada kau." Sekian kalinya dia menatap mata
itu. Pandangan yang cukup mendung dilemparkan kepadanya.
“Tentang tuduhan aku pada kau hari tu. Baru hari ini aku
tahu kebenarannya dari Erlisa dan Aiman. Itu pun aku curi-curi dengar masa nak ke tanda.Qarin…Aiman tak sukakan aku pun. Dia cuma mempermainkan aku saja. Lisa pun
sama dia sengaja nak buat kita bergaduh dengan mengada-adakan cerita. Dia
cemburu dengan persahabatan kita, Qarin."
Tambah Rania lagi. “Satu lagi rahsia yang aku baru tahu.Lisa
dengan Aiman sepupu. Dan... sebenarnya dia bercinta. Aiman ikut rancangan Lisa sebab nak puaskan hati Lisa aje. Dia orang sengaja rancang semua ni. "
Qarina yang tadinya hanya mendengar mencelah. “Dia orang
sepupu? Apa motif dia orang cuba laga-lagakan kita?”
“Yup.Macam aku cakap tadilah. Lisa cemburu dengan kita
berdua, dan Aiman pulak menjadi pak turut dalam rancangan jahat Lisa. Qarin… aku minta
maaf sekali lagi atas apa yang aku buat pada kau dan aku tak percaya dengan kau."
Qarina kembali tersenyum semula. Rania telah menjelaskan
segalanya dan telah pun minta maaf padanya jadi untuk apa lagi dia hendak
memendam perasaan. Lagi pula dia rindu sangat dengan sahabat baiknya ini.
“Aku maafkan. Tapi…dengan satu syarat."
“Aku maafkan. Tapi…dengan satu syarat."
Aik,memaafkan pun kena bersyarat? “Syarat apa?”
“Syaratnya lepas ni kau jangan nak menghukum orang sesuka
hati tanpa menyiasat terlebih dulu. Sama ada dengan aku atau orang lain. Boleh?” Qarina
ingin mengingati Rania supaya tidak bertindak seperti sebelum ini di masa akan
datang.
“Boleh. Aku janji lepas ni takkan ada lagi masalah macam
ni lagi. Aku dah serik dan tak nak kehilangan BFF aku yang ni baik lagi comel ni.” Lantas
Rania memeluk bahu Qarina.
“Macam mana kalau
Lisa buat fitnah lagi atau Aiman sengaja nak pisahkan kita semula?” soal
Qarina menduga gadis dihadapannya.
“Kalau Lisa cuba fitnah kau ke apa, aku takkan semudahnya
nak percaya. Aku siasat dulu baru jatuhkan hukuman. Dan… mulai hari ni aku ambil
keputusan untuk putuskan hubungan dengan Aiman. Aku takkan percaya dengan budak lelaki
macam dia tu lagi. Aku dah serik. Sekarang ni apa yang utama adalah pembelajaran. " Janji Rania. Kali ini dia tidak akan mudah terikut dengan
kata-kata Erlisa mahupun Aiman.
“Promise?” Qarina menghulurkan jari kelingkingnya.
“Promise!”Rania menyambut huluran itu dengan jari
kelingkingnya juga. “Qarin, kaulah best friend forever aku."
Digoyangkan jari-jari mereka. Mereka berpelukan seperti melepaskan kerinduan. Qarina bersyukur kerana dia mendapat kembali sahabatnya. Manakala Rania menjanji pada dirinya untuk mempertahankan hubungan persahatan mereka walau apa pun badai melanda. Merekalah sahabat selamanya….
Digoyangkan jari-jari mereka. Mereka berpelukan seperti melepaskan kerinduan. Qarina bersyukur kerana dia mendapat kembali sahabatnya. Manakala Rania menjanji pada dirinya untuk mempertahankan hubungan persahatan mereka walau apa pun badai melanda. Merekalah sahabat selamanya….
TAMAT
2 ulasan:
banyak cerita menarik
Terima kasih sudi baca karya2 ira yg tak seberapa ni...^_^
Catat Ulasan