Kereta milik Rayyan
memasuki pagar rumah banglo mewah tiga tingkat yang tersergam indah. Sewaktu
pintu pagar automatik terbuka, serta merta Amy menganga. Perasaannya tak
terkata. Terkejut, terkesima dan kagum bercampur aduk.
‘Wow, besar gila rumah nenek dia. Laman dia boleh buat
padang bola. Dah macam istana wa cakap lu!’ desis Amy dalam hati.
Rayyan mengerling seketika disebelahnya. Dia senyum. Kelihatan
gadis itu sibuk memandang ke sana sini. Pasti Amy kagum dengan rumah neneknya.
Melihat dari keterujaan gadis itu melekapkan kedua-dua belah tangan dicermin
kereta sambil memerhati ke luar saja dia sudah tahu. Rayyan memarkir keretanya
betul-betul di hadapan pintu utama banglo keluarganya. Mak Tok serta Kak Semah
sudah menunggu mereka sambil senyuman tidak lekang dari bibir. Rayyan membuka
pintu kereta bersedia untuk keluar namun segera ditahan Amy.
“Encik…” Rayyan tidak jadi keluar.
“Haa, ada apa? Mak Tok dah tunggu kita tu.”
“Ermm…Kejap. Betul ke ini rumah nenek encik? Entah-entah
kita salah rumah,” tanya Amy dengan kerutan di dahi. Seperti tidak yakin saja.
Rayyan ketawa mendengar pertanyaan gadis itu.
Dia ketawa pulak. Aku salah tanya ke tadi? Rasanya tak.
Amy hanya memandang kosong pada Rayyan yang masih ketawa. Itu pun hendak
ketawa.
“Kau ni budak kecik. Kalau ini bukan rumah Mak Tok aku.
Tak ada maknanya aku dapat masuk.”
Rumah Mak Tok |
Amy mengaru-garu kepalanya. Betul ke? Macam tak percaya
saja.
“Betullah ini rumah Mak Tok aku. Tu dia dah ada dekat
depan pun kan.” Rayyan cuab menghilangkan rasa khuatir Amy. Nampak sangat Amy
seolah-olah takut mereka salah rumah. Dia yang membesar di sini dari kecil. Dia
tahulah.
Aik, dia mcam boleh baca fikiran aku aje. Ahli nujum pak
belalang ke apa mamat ni? Bahaya betul dia ini!
“Yalah…” jawap Amy separuh yakin. Tangannya sudah
mencapai pembuka pintu kereta.
“Eh, tak payah. Biar aku bukakan.” Tahan Rayyan
membuatkan perlakuan Amy terbantut. Di hadapan Mak Toknya mereka perlulah
berlakon mesra seperti benar-benar pasangan kekasih. Romantik gitu!
“Haa?”
Rayyan terus keluar dari sebelah pemanduan. Dia pergi ke
pintu sebelah penumpang yang diduduki Amy. Pintu dibuka dan dia mempersilakan
Amy keluar.
“Jom. Mak Tok dah tunggu tu.” Lembut Rayyan mempelawanya.
Tangan dihulurkan.
Amy teragak-agak untuk menyambut huluran lelaki itu.
Entah kenapa hatinya berdebar-debar. Amy menuntas pandangan ke Rayyan. Lelaki
itu membalas pandangan matanya sambil tersenyum manis dan meyakinkan. Huluran
tangannya masih belum disambut Amy.
“Jom…” pelawa Rayyan lagi. Bibirnya masih tidak lekang
dengan senyuman.
Akhirnya Amy menyambut huluran lelaki itu. Tangannya
sedikit bergetar. Amy keluar dari perut kereta. Rayyan terus menutup
pintu. Dari jauh Mak Tok dan Kak Semah
saling tersenyum sesame sendiri. Gembira melihat kemesraan pasangan dua sejoli
itu.Nampak secocok saja.
Rayyan dan Amy mendapatkan Mak Tok dan pembantu rumah
neneknya itu.
“Dah sampai cucu-cucu Mak Tok ni.”
Rayyan menyalami Mak Tok dan diikuti Amy. Setelah itu Mak
Tok menarik tubuh kenit Amy dan dipeluk erat. Belakang Amy diusap lembut.
“Alhamdulillah, dapat jugak Mak Tok berjumpa dengan Amy.”
Pipi Amy dijadikan sasaran bibirnya bertalu-talu. Dia bersyukur. Akhirnya dia
dipertemukan juga bersama buah hati cucu kesayangannya ini. Inilah yang dia tunggu-tunggu.
“Amy sihat ke?”
“Alhamdulillah. Sihat, nek,” jawap Amy seraya tersenyum
pada wanita tua itu. Dia senang dengan layanan Mak Tok Rayyan. Sepertinya diri
disayangi.
“Baguslah. Amy… panggil Mak Tok, sayang. Mak Tok lebih
suka kalau Amy panggil macam tu.”
“Haa… err…” Amy mengerling Rayyan seketika. Lelaki itu
mengangguk kecil tanda setuju.
“Boleh ya, panggil Mak Tok?” tanya Mak Tok sambil
menuntaskan matanya ke wajah Amy. Matanya bersinar-sinar. Seperti berharap.
“Boleh nek… eh… Mak Tok.” Dia tersasul. Maklumlah tidak
biasa menggunakan panggilan itu. Lidah jadi susah hendak menyebutnya.
Mak Tok tersenyum manis. Bertambah lagi bilangan
cucunya. Senang hatinya. Entah kenapa
dia berkenan benar dengan Amy. Gadis kenit dan comel ini sudah memikat hati tua
ini.
Rayyan merapati neneknya. “Hai, Mak Tok. Takkan tanya Amy
aje sihat ke tidak. Ayien tak mahu tanya ke?” soal Rayyan seakan-akan bernada
merajuk. Mak Toknya ini apabila sudah melihat Amy, orang lain dilupakan saja.
Mak Tok ketawa kecil. Pipi Rayyan ditepuk lembut.
“Mak Tok tak payah tanya Ayien. Kamu tu sihat memanjang.
Cuma jarang nak jenguk Mak Tok dekat sini,” bebel Mak Tok kepada cucu lelakinya
yang seorang ini.
Rayyan menyengih. “Alah, bukan sengaja tak mahu jenguk.
Ayien busy, banyak kerja dekat
pejabat tu.”
“Tengok tu Amy, banyak alasan dia. Bila Mak Tok panggil
barulah dia nak jenguk kita.”
Amy senyum melihat gelagat Rayyan dan neneknya. Masing-masing
suka bergurau. Mesra saja mereka ini.
Bahu Mak Tok dipaut. “Yalah… yalah. Lepas ni Ayien akan
kerap datang ke mari. Mak Tok janganlah marah. Nanti cepat tua pulak,” Rayyan
mengusik Mak Toknya.
“Kamu ni Ayien. Mak Tok memang dah tua pun. Eh, dahlah.
Kita berbual dekat dalam. Amy, jemput masuk rumah Mak Tok yang tak seberapa
ni.” Dengan ramah Mak Tok mempersilakan Amy masuk ke dalam rumah mewah
miliknya.
Tak seberapa apanya? Besar gila! Sepuluh kali ganda besar
dari rumah emak abahnya. Dari luar sudah cantik, dalam apatah lagi. Tangan Amy
ditarik lembut oleh Mak Tok menuju ke pintu hadapan. Mereka terlebih dahulu
memasuki ruang hadapan banglo itu.
Wah! Tepat jangkaan Amy. Hiasan dalaman rumah ini sangat
mewah dan eksklusif. Bertemakan warna kuning, warna diraja. Sungguh memukau
mata. Mata Amy melilau sana sini. Kagum melihat penataan rias banglo milik
nenek Rayyan.
Ruang tamu |
“Hoi, kawal sikit mata kau tu. Dah macam orang jakun aku
tengok,” bisik Rayyan yang berada rapat dibelakangnya.
Amy serta merta berpaling ke belakang. Hish, buat
terkejut orang sajalah! Amy memegang dadanya yang berdegup laju. Ada juga yang
kena penumbuk sebiji!
“Encik ni tak baik tau buat saya terkejut. Nasib saya tak
ada heart attack,” marah Amy dalam
nada perlahan.
“Ayien, Amy apa bisik-bisik tu? Nanti ajelah. Amy, mari
sini duduk sebelah Mak Tok,” Mak Tok memanggil Amy yang masih tercegat berdiri
di hadapannya.
“Pergilah…” arah Rayyan dalam berbisik sambil bibirnya terus
mengukir senyum ke arah Mak Tok.
Mak Tok menghulurkan tangan kepada Amy. Segera gadis itu
menyambut hulurannya. Amy melabuhkan punggung di sebelah wanita tua itu.
“Akhirnya tercapai juga cita-cita Mak Tok nak berjumpa
dengan girlfriend Ayien. Dah berbuih
mulut ni pot pet pot pet. Baru sekarang dia bawak Amy datang rumah Mak Tok ni.,”
ujar Mak Tok. Rayyan dijelingnya.
Lelaki itu hanya menyengih saja. Kak Semah datang ke
ruang tamu sambil menatang dulang berisi seteko kopi panas dan sepiring
karipap. Kak Semah menyusun tiga biji cawan lalu menuangkan kopi panas ke satu
per satu cawan yang masih kosong.
“Jemput minum Puan Sri, Ayien, Cik Amy,” pelawa Kak Semah
sebelum dia bangun dan mahu beredar dari ruang tamu.
“Semah, tolong saya ambilkan dua album dekat ruang atas
ya,” pesan Mak Tok sebelum Kak Semah melangkah.
“Baiklah, Puan Sri.”
Kak Semah segera
berlalu ke dapur semula.
“Puan Sri ini dia.” Dua buah album bersaiz besar
diberikan kepada Mak Tok.
“Terima kasih, Semah,” ucap Mak Tok kepada pembantu
rumahnya itu.
Album di tangan diselak helai demi helaian. Bibir masih
meloret senyuman. Mak Tok meletakkan album itu diatas paha Amy. Terpampang di matanya gambar seorang bayi
comel sedang merangkak di atas tilam kecil. Sepertinya foto ini adalah foto
lama kerana warnanya agak pudar. Rasa mahu cubit saja pipi tembamnya.
“Siapa ni Mak Tok?” tanya Amy dengan dahi berkedut. Dia
tertarik dengan wajah comel bayi yang dalam perkiraannya berusia enam bulan
hingga setahun.
Rayyan masa baby. Comel!! |
“Haa… Amy kalau nak tahu, inilah Ayien masa umur dia
lapan bulan. Baru pandai merangkak,”
terang Mak Tok.
Rayyan yang sedang bermain game di dalam telefon pintarnya terhenti apabila terdengar Mak Tok
menyebut namanya. Apa pulak Mak Tok aku ni? Di jengahkan sedikit kepalanya. Mak
Tok dan Amy ralit melihat sesuatu di dalam album besar itu. Gambar baby. Macam kenal saja. Erk, itukan gambar
aku masa baby lagi! Adoi, Mak Tok ni…
“Tengok pipi dia. Bulat semacam!” Mak Tok mengulas
tentang salah satu gambar di dalam album. Memang bulat!
“Ha’ah. Bulat! Montel!” ulas Amy pula dengan suara
sengaja dikuatkan. Biar Rayyan dengar komennya.
Membesar mata Rayyan mendengar komen dari Amy. Oh… mengejek akulah tu!
“Amy nak tahu tak. Masa Ayien kecik-kecik dulu, semua orang panggil dia pau.” Semakin ramah
neneknya membuka pekungnya kepada Amy.
“Pau? Mesti sebab pipi dia yang montel ni kan Mak Tok,”
ujar Amy lagi sambil mengerling seketika pada Rayyan di hadapannya. Mereka
bertentang mata dan Amy melemparkan senyuman sinis. Senyuman mengejek. Padan
muka!
“Betul tu. Masa tu dia suka bila orang panggil dia pau.
Bila panggil saja dia akan ketawa.”
Pipi Rayyan sudah merah. Buat apalah Mak Tok memberi Amy
melihat gambarnya sewaktu kecil? Memalukan saja.
“Amy tengok yang ini pulak. Masa ni Ayien berumur dua
tahun.” Mak Tok menunjukkan sekeping gambar lagi. Kali ini mulut bayi itu a.k.a
Rayyan masa kecil comot sekali. Sudahlah comot, menangis pula. Comel saja
Rayyan masa itu.
Amy ketawa. Mak Tok juga turut sama.
Rayyan mengurut dahinya. Malunya tidak terkata lagi. “Mak
Tok, tak payahlah tunjukkan dia gambar-gambar tu semua. Memalukan ajelah.”
“Biarlah. Tak lama lagikan Amy dah nak jadi isteri Ayien.
Biarlah dia tengok.”
Bakal isteri? Amy yang sedang menyisip kopi panas hampir
saja mahu tersembur. Mujur dia menahan. Kalau tidak sudah pasti Rayyan menjadi
mangsa semburan kopi panas dari mulutnya. Dia terbatuk-batuk kecil.
“Alah, bukannya comel pun. Baik Mak Tok tunjukkan gambar
lain,” dalih Rayyan. Dia tidak mahu Amy melihat gambarnya lagi.
“Awak… Apa pulak tak comelnya? Comel apa! Macam pau!” Amy
mengangkat sedikit album itu dan dia cuba memadankan gambar bayi dan realiti
Rayyan sekarang ini.
Bibir diketap geram. Dia memberi isyarat agar Amy tidak
lagi melihat gambar itu namun hanya sia-sia. Amy tetap menyelak helaian yang
seterusnya dengan muka selamba. Mata Amy tertancap pula pada sekeping gambar.
Di dalam gambar itu ada dua orang insan bersama dengan Rayyan. Dua insan yang
sedang memeluk erat tubuh kecil Rayyan. Siapa mereka ini? Ibu ayah Rayyan ke?
“Mak Tok, ini siapa?” tanpa segan Amy bertanya. Perasaan
ingin tahunya sangat kuat.
Berubah sedikit riak gembira Mak Tok. Air mukanya jadi
keruh. Alamak! Dia salah tanya ke?
“Maaf. Mungkin Amy tak patut tanya. Kita tukar gambar
lain ya.” Amy sudah bersedia mahu menyelak ke halaman seterusnya tapi pantas
ditahan Mak Tok.
“Yang ini… Anak perempuan dan menantu Mak Tok. Mama dan
papa Ayien. Me… mereka sudah meninggal dunia lapan belas tahun yang lalu akibat
kemalangan.” Mak Tok mengesat sedikit hujung kelopak matanya.
Dia
terkenang kembali pada dua insan kesayangannya. Nyawa mereka berdua diragut
sewaktu mereka tiga beranak baru pulang daribercuti. Allah maha mengasihi,
mujur Rayyan selamat dari kemalangan ngeri itu. Walaupun anak dan menantunya
meninggalkannya namun dia tidak ralat kerana ada Rayyan sebagai waris mereka. Dialah
yang menjaga dan memberi kasih sayang yang sepenuhnya buat pemuda itu.
Amy lantas menutup album itu. Bahu wanita bergelar Mak
Tok dipaut lembut. Salahnya juga kerana terlalu gatal untuk bertanya. Amy
membuang pandangan pada Rayyan pula. Melalui bahasa mata, dia meminta maaf kepada
lelaki itu. Namun, Rayyan membalasnya dengan senyuman kelat dan hambar.
“Maafkan Amy ya Mak Tok…” ucap Amy serba salah.
Mak Tok mengusap lembut rambut Amy. “Tak apa. Amy tak salah pun.”
~*~*~*~*~*~
Usai solat, telekung
ditanggalkan dan dilipat lantas disangkut ke tempat khas untuk telekung dan
sejadah. Kak Semah yang menunjukkan bilik ini kepadanya setelah Mak Tok
mengarahkannya. Amy duduk sebentar
dibirai katil bilik tetamu itu. Tilam
bercorak bunga-bunga berwarna emas dan putih dia sentuh. Lembut dan pastinya
selesa jika mambaringkan tubuh. Keluarga Rayyan dan keluarganya jauh berbeza
sekali.
“Dia enggang, aku hanya pipit. Amy, kau dengan Rayyan
bagai langit dengan bumilah.” Amy bercakap dengan dirinya sendiri.
Bilik tetamu |
Segera dia bangun dan memperbetulkan semula cadar yang
sedikit renyuk. Ada pula nanti dia dimarahi. Sesuka hati saja duduk di katil
yang bukan miliknya. Setelah itu dia merapikan diri sebelum turun ke tingkat
bawah.
“Eh, Cik Amy…” tegur Kak Semah yang sibuk membasuh
mengelap pinggan.
Dapur |
Amy duduk berhadapan dengan wanita berusia 30-an itu. Dia
memberikan senyuman buat Kak Semah.
“Kak Semah, tak payah bercik dengan saya. Panggil Amy
aje. Saya ni bukan siapa-siapa pun.”
Terasa janggal pula. Baginya, dia cuma seorang pelajar kolej biasa.
“Mana boleh macam tu Cik Amy. Nanti Puan Sri dan Ayien
marah Kak Semah. Cik Amykan tetamu rumah ni,” ujar Kak Semah memberikan
senyuman kepada Amy. Baik budaknya. Peramah lagi. Jauh beza dengan sepupu
Rayyan yang rambut karat itu, Cik Ella. Puji Kak Semah dalam diam.
“Kak Semah, saya tak selesa dengan panggilan tu. Tak apa,
Kak Semah panggil saya Amy aje, ya?”
Kak Semah |
Baru saja Kak Semah hendak menjawab Rayyan memotong.
Lelaki itu elok saja bersandar di pintu dapur.
“Kak Semah, ikut aje cakap dia.”
“Tapi…”
“Tak apa. Kalau dia lebih selesa macam tu, panggil aje
dia Amy. Macam Ayien jugak. Kak Semah pun panggil Ayien ajekan.”
Amy senang dengan pembelaan Rayyan.
“Baiklah. Kak Semah panggil Amy aje,” Kak Semah
bersetuju.
Rayyan mendekati Amy dan tangan gadis itu ditariknya.
“Nak pergi mana?” tanya Amy yang sesekali matanya
mengerling Kak Semah. Kalaulah wanita itu tidak ada di situ, sudah pasti dia
menentang kaki Rayyan. Suka hati dia saja hendak menarik tangan orang.
“Pergi depanlah sayang. Mak Tok dah lama tunggu dekat
sana,” jawap Rayyan dengan suara lemak manis. Berlakon saja tu!
Rayyan menarik Amy supaya berdiri. Amy menurut saja.
“Amy ke depan dululah Kak Semah,” dia meminta diri.
“Ya… ya,” sahut Kak Semah dengan senyum penuh makna.
Bagai pinang di belah dualah dia orang ni. Memang padan sangat!
“Eh… eh… apa pegang-pegang ni?” Amy berang melihat tangan
Rayyan masih mendarat di tangannya. Dia cuba melepaskan namun cengkaman lelaki
itu sungguh kuat.
Rayyan menghentikan langkah.
“Nak bawak kau pergi depanlah.”
“Saya boleh jalan sendirilah. Ingat saya ni buta ke?”
marah Amy. Dia memberikan jelingan maut kepada Rayyan.
Rayyan yang terpandang jelingan itu serta merta
tersenyum. Dia tertarik melihat jelingan Amy. Nampak semakin comel pula apabila
gadis itu bermasam muka. Haih, Rayyan tolong jaga mata ya!
“Aku takut kau lari aje”
Berkerut dahi Amy.
Buat apa dia mahu lari? Buang karen sajalah. Poyo betul alasan dia.
“Apa kes saya nak lari. Kalau saya nak lari dari sebelum
masuk rumah ini la. Sekarang saya dah ada dekat sini. Mak Tok pun dah jumpa
saya.”
Tangan Amy dilepaskan.
“Sebagai langkah keselamatan aje. Manalah tahu kan?” ujar
Rayyan menyengih.
Naik angin Amy jadinya. Langkah keselamatan konon.
Menyampah.
“Amy…. Ayien.” Panggil Mak Tok setelah terlihat kelibat
mereka berdua.
“Ya, Mak Tok…” sahut Amy.
Amy menentang pandangan Rayyan semula. Kecik besar, kecik
besar saja dia melihat Rayyan saat ini.
“Pau!” ejeknya sebelum berlari anak mendapatkan Mak Tok. Puas
hati dapat mengejek lelaki itu secara berdepan.
“Kau…” Belum pun Rayyan sempat menghabiskan kata-katanya
Amy sudah menjauhkan diri. Dia bercekak pinggang.
“Amy tidurlah rumah Mak Tok. Dekat sini Mak Tok tak ada
teman. Harapkan Kak Semah aje. Tidurlah ya?” sayu saja suara Mak Tok. Alahai,
dia jadi tidak sanggup pula hendak mendengar rayuan wanita tua itu. Jadi tidak
sampai hati pula. Mak Tok tak ubah seperti Opahnya di kampung.
“Lain kalilah Mak Tok. Lagi pun Amy ada kelas esok pagi,”
Amy terpaksa menolak secara lembut.
Kalaulah dia boleh, dengan senang hati dia terima pelawaan nenek Rayyan
ini. Masalah dia sememangnya tidak boleh berbuat begitu. Ada pula emak abah
mencarinya merata tempat.
Riak Mak Tok sedikit kecewa.
“Tak apalah. Tapi lain kali kalau Amy ke sini mesti tidur
tau. Rumah Mak Tok sentiasa terbuka untuk
Amy,” ujar Mak Tok. Walaupun kecewa dia terpaksa terima. Dia faham situasi Amy sebagai seorang pelajar
kolej.
Tubuh Amy sekali lagi dipeluknya. Kali ini lebih lama.
Umpama melepaskan rindu. Mak Tok melepaskan tubuhnya.
“Terima kasih Amy sudi datang ke rumah Mak Tok. Lain kali
jangan segan-segan datang lagi ya. Amy kena ingat, rumah Mak Tok ni sentiasa
terbuka untuk Amy, sayang.”
“Ya, Mak Tok. Terima kasih jugak sebab sudi terima Amy di
sini. In sha Allah, kalau ada peluang lagi Amy ke sini.” Amy menyalami tangan
wanita berusia itu. Rasa sedih pula hendak meninggalkan wanita ini.
Giliran Rayyan pula menyalami Mak Toknya. Bahu pemuda itu
ditepuk lembut oleh Mak Tok.
“Kamu ni Ayien nanti bawak-bawaklah Amy datang rumah Mak
Tok lagi. Kamu pun selalulah jenguk-jenguk Mak Tok dekat sini,” pesan Mak Tok
kepada cucu bertuahnya seorang ini.
“Ya, Ayien tahu Mak Tok.”
“Ermm… Hati-hati bawak kereta tu.”
Amy sudah berdiri di tempat penumpang bersebelahan tempat
pemandu. Pintu dibuka.
“Assalammualaikum, Mak Tok,” ucap Amy sebelum meloloskan diri ke dalam perut
kereta.
“Wa’alaikumsalam,” balas Mak Tok dengan nada sayu.
Kereta milik Rayyan sudah bergerak melepasi pagar
automatik. Serentak itu sebuah kereta Swift berwarna merah memasuki perkarangan
rumah banglo Mak Tok. Ella keluar dari perut kereta. Beg tangan disebelah
diambil dan disangkut ke bahu setelah itu dia menutup pintu keretanya. Ella segera merapati Mak Tok.
“Mak Tok itu bukan Rayyan ke?” tanya Ella.
“Ya. Dia ke sini dengan Amy tadi.”
“What? Dengan
perempuan kolot tu?” Dia tidak percaya dengan kata-kata neneknya. Perempuan kolot itu datang rumah Mak Toknya.
Tapi kenapa?
“Ella, jaga sikit mulut kamu tu,” tegur Mak Tok.
“Apa dia buat dekat sini? Mak Tok, Rayyan dengan
perempuan… err… Amy ada bincang apa-apa ke?” Mujur saja dia tidak terlepas
memanggil Amy sebagai ‘Perempuan kolot’ lagi.
Kalau tidak pasti Mak Tok membebelkannya sekejap lagi. Dia perlu tahu
apa yang dilakukan perempuan itu di sini. Manalah tahu mereka berbincang hal
perkahwinan Rayyan dengan perempuan tidak cukup umur itu. Oh, tidak! Dia takkan
biarkan itu berlaku sama sekali!
“Bincang apa pulak? Ayien bawak Amy jumpa Mak Tok untuk
berkenalan saja. Kamu ni macam-macamlah.”
“Bukan dia datang sini sebab nak bincang pasal wedding ke?”
“Kamu ni merepek apalah Ella. Sudah tak perlu jaga tepi
kain orang. Yang kamu ni, kenapa dah lama tak nampak batang hidung? Kamu dengan
Ayien sama saja perangainya…” bebel Mak Tok sambil dia melangkah untuk masuk ke
dalam rumah.
Ella membuntut saja di belakang sambil menutup
telinga. Sudah mulalah Mak Toknya hendak
bersyarah. Namun, dia sudah tidak kisah lagi. Yang penting perempuan itu ke
sini bukanlah kerana hendak membincangkan hal penyatuan antara perempuan itu
dengan sayangnya. Ini bermakna dia masih ada peluang lagi untuk memikat
Rayyan. Ella sudah tersenyum.
Bersambung lagi la ye...
~As salam dan hai semua yg setia membaca MLMK tnpa jemu. Macam biasa, kalau ada kekurangan atau kesilapan dalam n3 kali ni sila drop komen awak2 semua dekat bawah tau. Ira tersangatlah menghargai jasa anda mengomen. Utk pengetahuan semua, MLMK di blog sampai part 20 aje. Selepas tu Ira nak membuat penyempurnaan manuskrip. Apa2 pun enjoy reading!!
7 ulasan:
ok, just ada few word yang kena perbaiki
Best !! X sbar dah nak bca next n3 ..
Nurul Nuqman, ok kak nanti ira perbaiki lagi..:D
Izza Farhana, in sha allah nt akak up lagi...tunggu ye..hehe :D
jalan ceritanya semakin menarik... next entry kasi panjang lagi boleh?? hehehe...
Hehe...in sha allah, ferra leza..tq sudi baca ye..:D
Best.
Thanks baby mio sudi baca n follow MLMK..:D
Catat Ulasan