Prolog
Assalammualaikum. Gua, Muhammad Bin
Ahmad. Nama simple aje. Dekat kampung
halaman orang panggil Mamat, dekat bandar orang panggil gua, Mat Rock. Pasal
apa Mat Rock? Haa… Panggilan Mat Rock tu melekat dekat gua sebab gua ni minat
gila dengan rock. Rock cintan gitu la.
Gua punya idol adalah seseorang yang sangat dikenali satu Malaya. Nak tahu
siapa dia? Dialah Abang Awie! Gua minat gila dengan dia. Masa bujang-bujang dulu, bilik gua penuh
dengan poster dia. Perghhh! Suara dia memang gread A wa cakap lu!
Okey,
pasal idola gua… sudah cukup-cukup sudah.
Sekarang kita masuk bab biodata gua. Hehe. Gua asal dari Johor. Gua anak kedua dari dua
beradik. Atas gua mestilah Kak Long gua, Maimunah a.k.a Moon. Muka pun dah
macam bulan mengambang kakak gua tu. Tapi, nasib baik ada jugak orang nak
dengan dia. Abang ipar gua bernama Saiful, sporting orangnya. Best friend ever
gua kat rumah tu.
Pasal diri gua
pulak. Ahaa… Sekarang gua dah berpunya
dan mempunyai. Hehe. Bini gua perghh!… Cun gila! Nama dia Isadora, gua panggil
Dora aje. Unikkan nama dia, seunik orangnya.
Bini gua ni ada kacukan. Macam gua Melayu kacukan Jawa, dia Melayu
kacukan Inggeris plus Perancis. Kaler
rambut dia semestinya lain dari gua. Rambut dia perang asli bukan kaler dekat
salon bagai. Nak tahu macam mana gua boleh kenal dan berkahwin dengan minah
saleh ni? Jom ikuti kisah gua dan buah hati gua ni. Jangan muntah hijau pulak
ikuti kisah cinta gua. Hehe.
~*~*~*~*~*~
“Hish,
hujan la pulak. Gua dah la nak bukak gerai burger ni,” rungut Mat Rock . Terus
saja dia singgah ke bus stand yang berdekatan.
Hujan makin lebat. Gitar dan helmet dibawa masuk sekali.
Di dalam bus stand yang sama ada dua orang mamat sedang mengusha seorang
awek omputih. Ceh, muka pecah rumah ada hati nak mengusha awek mak saleh. Entah
apa-apa entah. Mat Rock yang duduk jauh sedikit dari mereka hanya memerhati
sekilas sahaja. Malas dia nak campur hal rumah tangga mereka itu.
Gitar dibawa ke pangkuan dan
memetiknya mengikut rentak lagu Senja Nan Merah. Lagi baik bernyanyi daripada
duduk melanguk dekat sini kan. Baru dia nak buka mulut bernyanyi, dia terdengar
dua mamat tak sedar diri bertanya kepada minah omputih yang gelisah semacam.
“Hai, cik adik,” tegur mamat
mengenakan baju T merah.
Minah itu buat tak tahu sahaja.
“Cik adik, siapa nama?” tanyanya.
Namun, minah itu tetap tidak layan. Beg tangan dipeluk erat.
“Alah, jangan la takut, cik adik.
Abang-abang ni kan ada. Abang-abang ni baik orangnya,” kata mamat mengenakan
baju T hitam pula dan ketawa miang.
Semakin gelisah jadinya minah saleh
yang tegak berdiri.
“Cik adik sejuk ya? Sini abang
peluk. Cik adik ikut abang-abang ni balik nak? Kat rumah kami boleh la kita
panaskan badan.” Dengan berani mamat baju T merah cuba memegang tangan minah
itu namun ditepis kuat. Muka dia toksah cakaplah. Miang tahap Gunung Everest!
“Don’t
disturb me!” jerit minah itu apabila dua mamat muka pecah rumah itu cuba
memegang tangannya lagi.
Mat Rock hanya memerhati dari jauh
saja. Belum di tahap bahaya lagi. Jadi dia perhatikan sahaja dulu.
“Jom la. Kita boleh berseronok sama-sama,”
pujuk si baju T hitam pula. Pantas mamat itu menangkap tangan minah tadi.
“Please,
don’t touch me! Please!” rintih minah itu sambil cuba melepaskan tangannya
dari genggaman lelaki tidak dikenali. Namun, cengkaman terlaku kuat. Air mata
sudah mula menitis. Mungkin kerana terlalu takut.
‘Wah, ini dah sampai tahap bahaya
ni. Mana boleh main paksa-paksa. Gua anti betul dengan mamat tak faham bahasa.
Takkan gua nak duduk diam aje. Kena bertindak ASAP!’ omel Mat Rock. Gitar di
sandarkan ke bangku batu. Mat Rock segera berdiri dan berjalan mendekati mereka.
Mat Rock |
“Jom la cik adik. Abang servis cik
adik baik punya. Macam kat spa.” Mamat berbaju T hitam terus-terusan menarik
tangan minah saleh menuju ke motornya.
“Please,
don’t…” rintih minah itu. Semakin laju dia teresak.
“Woi, beruk!…Oppss! Bro. Apa korang
nak buat tu haaa?” jerkah Mat Rock , bercekak pinggang.
“Lu sibuk apahal? Ini urusan
kitorang,” balas salah seorang dari mereka yang berparut di kening. Ini bukan
muka pecah rumah lagi. Ini dah muka tahap raja lanun. Sadis!
“Korang dah dengar dia cakap don’t banyak kali kan. Maknanya dia tak
nak la tu. Gua yang kantoi SPM pun faham. Adoilah… Yang lu orang paksa-paksa
dia, apa ke halnya?” tanya Mat Rock panas hati. Mamat-mamat macam inilah yang
menjatuhkan martabat seorang lelaki sejati sepertinya. Tak boleh bagi muka
langsung ni. Harus dibanteras!
“Siapa lu nak halang kitorang? Lu
nak jadi hero ke? Alah, orang macam lu ni, sekali lanyak aje dengan kitorang.
Sini la kalau berani!” Cabar mamat baju T hitam. Manakala mamat baju T merah
sibuk mengawal minah saleh itu.
Wah, ini sudah lebih. Memandang
rendah pada dia nampaknya. Anak Melayu pantang dicabar! Dengan berani Mat Rock
menapak ke arah mamat yang berani mencabarnya. Dia mula membuka langkah silat
yang pernah dipelajari dari Tok Guru Samad di kampungnya. Ilmu penuh di dada
weh!
“Lu orang rasakan penangang dari
gua. Hayakk!”
Serangan
demi serangan dihadiahkan kepada mamat bermulut lancang. Mamat itu tumpas
dengan sekelip mata. Dia tercampak memegang perut yang senak. Bibirnya juga
pecah dan berdarah. Si mamat baju T hitam tidak puas hati. Pegangan di tangan
minah saleh dilepaskan. Dia cuba melayangkan penumbuk namun dengan mudah
ditepis oleh Mat Rock. Berkali-kali di cuba namun tiada seinci pun mengena Mat
Rock. Habis lebam-lebam mamat dua orang ini dikerjakannya. Nak sangatkan,
rasakan!
Mamat
baju T hitam cuba bangun walau payah. Dia membantu rakannya untuk bangun.
“Haa,
tak puas lagi? Meh la!” Cabar Mat Rock pula.
“
Li, blah jom. Blah, blah!”
Macam lipas kudung mereka berdua
lari ke motorsikalnya. Tanpa menunggu lama motor dipulas sehabis mungkin dan
berlalu dari situ.
“Bawak motor macam pelesit. Huh,
lain kali nak lawan tengok orang la brader!”
kutuk Mat Rock. Dia melangkah ke arah minah saleh yang ketakutan itu sebelum
menuju ke tempat duduknya.
“Cik, you don’t….
Macam mana nak cakap risau eh? Haa, you don’t
wori-wori. That man tu dah gone. You…
err… save now.” Dia duduk semula ke tempat duduknya. Pedulilah kalau minah itu
tak faham kata-katanya. Dia memang failed
BI masa sekolah dulu.
~*~*~*~*~*~
Baru
dia nak petik gitar semula, gadis tadi datang menghampirinya. Terbantut niatnya
mahu menyambung nyanyian. Dia mendongak.
‘Eh, kenapa pulak dengan minah saleh
ni? Jangan-jangan dia nak ajak gua speaking
London. Adeh, gua dah la BI jatuh longkang,’ bisik Mat Rock risau.
“Err…” Belum pun minah saleh itu
memulakan bicara, pantas Mat Rock memotong.
“Cik… Err… Miss. You don’t wori-wori
la. I just, help-help you. Hmm…” Mat Rock sudah buntu nak berkata apa lagi. Dia
mengaru kepala yang tidak gatal tadinya. Sekarang ini tiba-tiba gatal. Hehe.
Tiba-tiba minah saleh itu ketawa
terbahak-bahak. Sampai menekan perut. Apa yang diketawakan? Mat Rock jadi
pelik. Tersampuk hantu bus stand ke
apa minah ini? Berkerut dahinya.
“Encik, saya nak ucapkan
banyak-banyak terima kasih. Sebabnya, encik dah selamatkan saya dari orang
jahat tadi.” Fasih saja minah saleh itu berbahasa Melayu.
Mat Rock tercengang. Mulutnya
menganga luas. Erk, fasih benar dia cakap Melayu. Yang dia ini, pecah otak
fikirkan ayat BI tadi. Hak elah…
“Err…” Mat Rock sudah tak terkata.
“Saya pun orang Malaysia. Cuma,
berdarah Inggeris dan Perancis sedikit. Mama saya orang Melayu. Baba saya orang
Inggeris kacuk Perancis. Lepas mama saya meninggal lima tahun lepas, saya ikut
baba ke Perancis. Duduk di sana beberapa tahun. Baru dua bulan ni saya balik
Malaysia balik atas urusan perniagaan keluarga. Err… Nama saya Isadora. Panggil
Dora aje,” terangnya. Senyman manis tak lekang dari bibirnya.
Isadora |
“Oo…” Bibir membentuk ‘O’. Mat Rock
terangguk-angguk.
“Nama encik siapa?” tanya Isadora
sambil tersenyum lagi. Dia melabuhkan punggung di sebelah Mat Rock namun
duduknya dijarakkan sedikit.
“Err…Nama saya Muhammad. Tapi orang
gelar saya Mat Rock aje,” jawap Mat Rock malu-malu nak bertentang mata dengan
minah itu.
“Hmm… Boleh saya panggil Mat aje?
Lebih mudah.”
“Boleh, awak. Eh, geli pulak gua
berawak, bersaya. Gua lebih selesa gua, lu, gua, lu. Baru kena dengan jiwa rock
gua. Cik Dora tak kisah, kan?” Dia sudah terbiasa bergua, berlu. Jiwa Mat
Rocknya tidak kena jika berawak, bersaya.
Isadora senyum dan mengangguk saja.
Dia tidak kisah pun. “Mat punya tak perlu bercik dengan saya. Dora pun dah
cukup.”
“Dora, kenapa lu ada dekat sini
sorang-sorang ni? Tempat ni bahaya sikit.”
“Kereta saya rosak dekat depan sana
tu. Saya ke sini untuk tumpang teduh dan
tunggu teksi. Tapi, dari tadi teksi tak muncul-muncul,” beritahunya dengan nada
sedikit kecewa.
“Sini memang susah sikit cari teksi.
Bas tu adalah, dalam setengah jam gitu. Lu dah telefon mekanik ke belum?”
Kasihan pula Mat Rock melihat minah mak saleh ini. Berseorangan di bus stand
ini sangatlah merbahaya. Banyak budak-budak nakal yang selalu melepak dekat
sini.
Isadora menggeleng laju. “Hmm…susah
la macam tu, awak. Saya tak arif sangat jalan-jalan sini,” ujarnay dengan nada
risau dan resah.
“Tak apa. Lu rileks, jangan gabra.
Gua tolong lu telefonkan makenik. Gua kenal sorang brader makenik ni. Dia
memang tip top. Lu tunggu kejap, gua pergi call
dia. Omputih kata, give me five minute.”
Mat Rock bangun dan menjauh sedikit dari gadis bermata hazel itu.
Isadora ketawa dengan gelagat Mat
Rock yang cukup bersahaja. Baru pertama kali dia bertemu dengan lelaki sempoi
dan baik hati seperti dia ini. Mat Rock kembali ke tempat duduknya.
“Dah. Gua dah call abang tu. Tinggal tunggu dia aje.”
“Terima kasih, awak,” ucap Isadora
dengan nada sedikit bergetar. Dia memeluk tubuh kerana kesejukkan.
“Sama-sama. Err… Lu sejuk ke, Dora?”
Dari tadi dia melihat Isadora asyik berpeluk tubuh. Pasti dia kesejukkan.
Isadora mengangguk perlahan.
Tubuhnya sedikit menggigil.
Mat Rock terus membuka jaket
kulitnya dan diletakkan atas bahu Isadora. Gadis itu sedikit tercengang. Berkerut
dahinya.
“Pakai la. Lu sejuk kan.”
“Habis Mat macam mana?” tanya
Isadora semula.
“Dora, lu jangan risau la. Gua
dengan sejuk ni dah macam kawan. Tak apa, kulit gua tebal macam kulit beruang,”
ujar Mat Rock berserta sengihan.
Isadora menghadiahkan senyuman manis
buat lelaki yang baik hati itu. Jaket di sarung sepenuhnya ke tubuh. Mat Rock
segera melarikan mata saat terasa senyuman Isadora mampu menggoyahkan hatinya.
Hampir sepuluh minit menunggu, kelibat kereta Kenari berhenti di hadapan
mereka.
“Haa, tu dia Abang Bob dah sampai.
Dia ni la yang gua cakap tadi.” Segera Mat Rock berdiri dan mendapatkan lelaki sedikit
gempal yang baru saja keluar dari perut kereta.
“Bang, lu tolong tengok-tengokkan
kereta dia dekat depan sana tu. Rosak katanya.”
“No
problem, bro. Beres!” Sahut Abang Bob sambil menepuk bahu Mat Rock.
“Dora, gua kena cau dulu. Ni, nanti
Abang Bob akan tolong lu baiki kereta lu tu. Jangan risau. Abang Bob mekanik
tip top dekat area sini.” Mat Rock meyakinkan Isadora dengan kebolehan Abang
Bob. Bahu minah itu ditepuknya. Tak perlu risau. Berlapis ya.
“Mat,” tegur Isadora mematikan
langkah Mat Rock.
“Yup.”
“Err… Nah jaket awak. Terima kasih
ya,” ucapnya lantas membuka jaket pemberian Mat Rock.
“Eh, lu pakai la dulu. Gua tak kisah
pun.” Tahan Mat Rock. Enggan mengambil semula jaketnya.
“Tapi, nanti macam mana saya nak
pulangkan pada awak semula?”
Mat Rock menepuk dahi. Oh ya,
terlupa pula dia. Bukannya mereka akan bertemu semula selepas ini.
“Hmm… Dora lu ada kertas dengan pen
tak?”
“Ada. Kejap ya awak.” Isadora
menyeluk beg tangannya. Dia menyerahkan kertas dan pen yang diminta Mat Rock
kepada lelaki itu.
Mat Rock mencatit sesuatu di
permukaan kertas yang kosong itu.
“Nah. Nanti lu post aje jaket tu dekat alamat ni. Tak payah susah-susah basuh. Ok
la, gua dah lambat ni. Nak bukak gerai burger. Daaa… Assalammualaikum.” Mat
Rock pantas menuju ke motorsikalnya. Hujan dan pun reda.
“Wa’alaikumsalam,” balas Isadora
sambil memerhati motorsikal Mat Rock berlalu meninggalkannya. Kertas tercatat
alamat lelaki itu dipandang. Terukir senyuman di bibir.
Bersambung part 2....
~Hope awak2 semua enjoy! Jangan ditanya dulu bila sambungan part 2. Hehe. Ira masih dalam proses menyiapkan MLMK, jadi cerpan ni mungkin di up slow2. Maaf ye kalau ada kekurangan @ bahasa agak kasar. Sila la drop komen kalau sudi. Ira sedia menerimanya...(^_^)
6 ulasan:
orait.tadi akk tgk ada typo... n ada sikit macam ada ayat yang xkena...lain ok heee :D tiptop
Best. Nak lg.
Orait kak..nt ira cuba perbaiki lg..tq akak sudi baca..hehe =D
In sha Allah, tq sudi baca Rasul Rabu =D
waaa... best.. saya memang tak suka cerita rock rock ni.. tapi, cerpen ni nice..baru dapat singgah sini.. :)
Thanks sudi baca dan suka cerpen CMR...:)
Catat Ulasan