Rabu, 8 Januari 2014

Cerpen: Cinta Mat Rock (Part 1) ~NEW!!~



Prolog

Assalammualaikum. Gua, Muhammad Bin Ahmad.  Nama simple aje. Dekat kampung halaman orang panggil Mamat, dekat bandar orang panggil gua, Mat Rock. Pasal apa Mat Rock? Haa… Panggilan Mat Rock tu melekat dekat gua sebab gua ni minat gila dengan rock.  Rock cintan gitu la. Gua punya idol adalah seseorang yang sangat dikenali satu Malaya. Nak tahu siapa dia? Dialah Abang Awie! Gua minat gila dengan dia.  Masa bujang-bujang dulu, bilik gua penuh dengan poster dia. Perghhh! Suara dia memang gread A wa cakap lu!

Okey, pasal idola gua… sudah cukup-cukup sudah.  Sekarang kita masuk bab biodata gua. Hehe.  Gua asal dari Johor. Gua anak kedua dari dua beradik. Atas gua mestilah Kak Long gua, Maimunah a.k.a Moon. Muka pun dah macam bulan mengambang kakak gua tu. Tapi, nasib baik ada jugak orang nak dengan dia. Abang ipar gua bernama Saiful, sporting orangnya. Best friend ever gua kat rumah tu.

Pasal diri gua pulak.  Ahaa… Sekarang gua dah berpunya dan mempunyai. Hehe. Bini gua perghh!… Cun gila! Nama dia Isadora, gua panggil Dora aje. Unikkan nama dia, seunik orangnya.  Bini gua ni ada kacukan. Macam gua Melayu kacukan Jawa, dia Melayu kacukan Inggeris plus Perancis.  Kaler rambut dia semestinya lain dari gua. Rambut dia perang asli bukan kaler dekat salon bagai. Nak tahu macam mana gua boleh kenal dan berkahwin dengan minah saleh ni? Jom ikuti kisah gua dan buah hati gua ni. Jangan muntah hijau pulak ikuti kisah cinta gua. Hehe.

                                                 ~*~*~*~*~*~

“Hish, hujan la pulak. Gua dah la nak bukak gerai burger ni,” rungut Mat Rock . Terus saja dia singgah ke bus stand yang berdekatan. Hujan makin lebat. Gitar dan helmet dibawa masuk sekali.

Di dalam bus stand yang sama ada dua orang mamat sedang mengusha seorang awek omputih. Ceh, muka pecah rumah ada hati nak mengusha awek mak saleh. Entah apa-apa entah. Mat Rock yang duduk jauh sedikit dari mereka hanya memerhati sekilas sahaja. Malas dia nak campur hal rumah tangga mereka itu.

Gitar dibawa ke pangkuan dan memetiknya mengikut rentak lagu Senja Nan Merah. Lagi baik bernyanyi daripada duduk melanguk dekat sini kan. Baru dia nak buka mulut bernyanyi, dia terdengar dua mamat tak sedar diri bertanya kepada minah omputih yang gelisah semacam.

“Hai, cik adik,” tegur mamat mengenakan baju T merah.

Minah itu buat tak tahu sahaja.

“Cik adik, siapa nama?” tanyanya. Namun, minah itu tetap tidak layan. Beg tangan dipeluk erat.

“Alah, jangan la takut, cik adik. Abang-abang ni kan ada. Abang-abang ni baik orangnya,” kata mamat mengenakan baju T hitam pula dan ketawa miang.

Semakin gelisah jadinya minah saleh yang tegak berdiri.

“Cik adik sejuk ya? Sini abang peluk. Cik adik ikut abang-abang ni balik nak? Kat rumah kami boleh la kita panaskan badan.” Dengan berani mamat baju T merah cuba memegang tangan minah itu namun ditepis kuat. Muka dia toksah cakaplah. Miang tahap Gunung Everest!

Don’t disturb me!” jerit minah itu apabila dua mamat muka pecah rumah itu cuba memegang tangannya lagi.

Mat Rock hanya memerhati dari jauh saja. Belum di tahap bahaya lagi. Jadi dia perhatikan sahaja dulu.

“Jom la. Kita boleh berseronok sama-sama,” pujuk si baju T hitam pula. Pantas mamat itu menangkap tangan minah tadi.

Please, don’t touch me! Please!” rintih minah itu sambil cuba melepaskan tangannya dari genggaman lelaki tidak dikenali. Namun, cengkaman terlaku kuat. Air mata sudah mula menitis. Mungkin kerana terlalu takut.

‘Wah, ini dah sampai tahap bahaya ni. Mana boleh main paksa-paksa. Gua anti betul dengan mamat tak faham bahasa. Takkan gua nak duduk diam aje. Kena bertindak ASAP!’ omel Mat Rock. Gitar di sandarkan ke bangku batu. Mat Rock segera berdiri dan berjalan mendekati mereka.

Mat Rock


“Jom la cik adik. Abang servis cik adik baik punya. Macam kat spa.” Mamat berbaju T hitam terus-terusan menarik tangan minah saleh menuju ke motornya.

Please, don’t…” rintih minah itu. Semakin laju dia teresak.

“Woi, beruk!…Oppss! Bro. Apa korang nak buat tu haaa?” jerkah Mat Rock , bercekak pinggang.

“Lu sibuk apahal? Ini urusan kitorang,” balas salah seorang dari mereka yang berparut di kening. Ini bukan muka pecah rumah lagi. Ini dah muka tahap raja lanun. Sadis!

“Korang dah dengar dia cakap don’t banyak kali kan. Maknanya dia tak nak la tu. Gua yang kantoi SPM pun faham. Adoilah… Yang lu orang paksa-paksa dia, apa ke halnya?” tanya Mat Rock panas hati. Mamat-mamat macam inilah yang menjatuhkan martabat seorang lelaki sejati sepertinya. Tak boleh bagi muka langsung ni. Harus dibanteras!

“Siapa lu nak halang kitorang? Lu nak jadi hero ke? Alah, orang macam lu ni, sekali lanyak aje dengan kitorang. Sini la kalau berani!” Cabar mamat baju T hitam. Manakala mamat baju T merah sibuk mengawal minah saleh itu.

Wah, ini sudah lebih. Memandang rendah pada dia nampaknya. Anak Melayu pantang dicabar! Dengan berani Mat Rock menapak ke arah mamat yang berani mencabarnya. Dia mula membuka langkah silat yang pernah dipelajari dari Tok Guru Samad di kampungnya. Ilmu penuh di dada weh!

“Lu orang rasakan penangang dari gua. Hayakk!”

Serangan demi serangan dihadiahkan kepada mamat bermulut lancang. Mamat itu tumpas dengan sekelip mata. Dia tercampak memegang perut yang senak. Bibirnya juga pecah dan berdarah. Si mamat baju T hitam tidak puas hati. Pegangan di tangan minah saleh dilepaskan. Dia cuba melayangkan penumbuk namun dengan mudah ditepis oleh Mat Rock. Berkali-kali di cuba namun tiada seinci pun mengena Mat Rock. Habis lebam-lebam mamat dua orang ini dikerjakannya. Nak sangatkan, rasakan!

Mamat baju T hitam cuba bangun walau payah. Dia membantu rakannya untuk bangun.

“Haa, tak puas lagi? Meh la!” Cabar Mat Rock pula.

“ Li, blah jom. Blah, blah!”

Macam lipas kudung mereka berdua lari ke motorsikalnya. Tanpa menunggu lama motor dipulas sehabis mungkin dan berlalu dari situ.

“Bawak motor macam pelesit. Huh, lain kali nak lawan tengok orang la brader!” kutuk Mat Rock. Dia melangkah ke arah minah saleh yang ketakutan itu sebelum menuju ke tempat duduknya.

 “Cik,  you don’t…. Macam mana nak cakap risau eh? Haa, you don’t wori-wori. That man tu dah gone. You… err… save now.” Dia duduk semula ke tempat duduknya. Pedulilah kalau minah itu tak faham kata-katanya. Dia memang failed BI masa sekolah dulu.


~*~*~*~*~*~


Baru dia nak petik gitar semula, gadis tadi datang menghampirinya. Terbantut niatnya mahu menyambung nyanyian. Dia mendongak.

‘Eh, kenapa pulak dengan minah saleh ni? Jangan-jangan dia nak ajak gua speaking London. Adeh, gua dah la BI jatuh longkang,’ bisik Mat Rock risau.

“Err…” Belum pun minah saleh itu memulakan bicara, pantas Mat Rock memotong.

“Cik… Err… Miss. You don’t wori-wori la. I just, help-help you. Hmm…” Mat Rock sudah buntu nak berkata apa lagi. Dia mengaru kepala yang tidak gatal tadinya. Sekarang ini tiba-tiba gatal. Hehe.

Tiba-tiba minah saleh itu ketawa terbahak-bahak. Sampai menekan perut. Apa yang diketawakan? Mat Rock jadi pelik. Tersampuk hantu bus stand ke apa minah ini? Berkerut dahinya.

 “Encik, saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih. Sebabnya, encik dah selamatkan saya dari orang jahat tadi.” Fasih saja minah saleh itu berbahasa Melayu.

Mat Rock tercengang. Mulutnya menganga luas. Erk, fasih benar dia cakap Melayu. Yang dia ini, pecah otak fikirkan ayat BI tadi. Hak elah…

“Err…” Mat Rock sudah tak terkata.

“Saya pun orang Malaysia. Cuma, berdarah Inggeris dan Perancis sedikit. Mama saya orang Melayu. Baba saya orang Inggeris kacuk Perancis. Lepas mama saya meninggal lima tahun lepas, saya ikut baba ke Perancis. Duduk di sana beberapa tahun. Baru dua bulan ni saya balik Malaysia balik atas urusan perniagaan keluarga. Err… Nama saya Isadora. Panggil Dora aje,” terangnya. Senyman manis tak lekang dari bibirnya.

Isadora

“Oo…” Bibir membentuk ‘O’. Mat Rock terangguk-angguk.

“Nama encik siapa?” tanya Isadora sambil tersenyum lagi. Dia melabuhkan punggung di sebelah Mat Rock namun duduknya dijarakkan sedikit.

“Err…Nama saya Muhammad. Tapi orang gelar saya Mat Rock aje,” jawap Mat Rock malu-malu nak bertentang mata dengan minah itu.

“Hmm… Boleh saya panggil Mat aje? Lebih mudah.”

“Boleh, awak. Eh, geli pulak gua berawak, bersaya. Gua lebih selesa gua, lu, gua, lu. Baru kena dengan jiwa rock gua. Cik Dora tak kisah, kan?” Dia sudah terbiasa bergua, berlu. Jiwa Mat Rocknya tidak kena jika berawak, bersaya.

Isadora senyum dan mengangguk saja. Dia tidak kisah pun. “Mat punya tak perlu bercik dengan saya. Dora pun dah cukup.”

 “Dora, kenapa lu ada dekat sini sorang-sorang ni? Tempat ni bahaya sikit.”

“Kereta saya rosak dekat depan sana tu.  Saya ke sini untuk tumpang teduh dan tunggu teksi. Tapi, dari tadi teksi tak muncul-muncul,” beritahunya dengan nada sedikit kecewa.

“Sini memang susah sikit cari teksi. Bas tu adalah, dalam setengah jam gitu. Lu dah telefon mekanik ke belum?” Kasihan pula Mat Rock melihat minah mak saleh ini. Berseorangan di bus stand ini sangatlah merbahaya. Banyak budak-budak nakal yang selalu melepak dekat sini.

Isadora menggeleng laju. “Hmm…susah la macam tu, awak. Saya tak arif sangat jalan-jalan sini,” ujarnay dengan nada risau dan resah.

“Tak apa. Lu rileks, jangan gabra. Gua tolong lu telefonkan makenik. Gua kenal sorang brader makenik ni. Dia memang tip top. Lu tunggu kejap, gua pergi call dia. Omputih kata, give me five minute.” Mat Rock bangun dan menjauh sedikit dari gadis bermata hazel itu.

Isadora ketawa dengan gelagat Mat Rock yang cukup bersahaja. Baru pertama kali dia bertemu dengan lelaki sempoi dan baik hati seperti dia ini. Mat Rock kembali ke tempat duduknya.

“Dah. Gua dah call abang tu. Tinggal tunggu dia aje.”

“Terima kasih, awak,” ucap Isadora dengan nada sedikit bergetar. Dia memeluk tubuh kerana kesejukkan.

“Sama-sama. Err… Lu sejuk ke, Dora?” Dari tadi dia melihat Isadora asyik berpeluk tubuh. Pasti dia kesejukkan.

Isadora mengangguk perlahan. Tubuhnya sedikit menggigil.

Mat Rock terus membuka jaket kulitnya dan diletakkan atas bahu Isadora. Gadis itu sedikit tercengang. Berkerut dahinya.

“Pakai la. Lu sejuk kan.”

“Habis Mat macam mana?” tanya Isadora semula.

“Dora, lu jangan risau la. Gua dengan sejuk ni dah macam kawan. Tak apa, kulit gua tebal macam kulit beruang,” ujar Mat Rock berserta sengihan.

Isadora menghadiahkan senyuman manis buat lelaki yang baik hati itu. Jaket di sarung sepenuhnya ke tubuh. Mat Rock segera melarikan mata saat terasa senyuman Isadora mampu menggoyahkan hatinya. Hampir sepuluh minit menunggu, kelibat kereta Kenari berhenti di hadapan mereka. 

“Haa, tu dia Abang Bob dah sampai. Dia ni la yang gua cakap tadi.” Segera Mat Rock berdiri dan mendapatkan lelaki sedikit gempal yang baru saja keluar dari perut kereta.

“Bang, lu tolong tengok-tengokkan kereta dia dekat depan sana tu. Rosak katanya.”

 “No problem, bro. Beres!” Sahut Abang Bob sambil menepuk bahu Mat Rock.

 “Dora, gua kena cau dulu. Ni, nanti Abang Bob akan tolong lu baiki kereta lu tu. Jangan risau. Abang Bob mekanik tip top dekat area sini.” Mat Rock meyakinkan Isadora dengan kebolehan Abang Bob. Bahu minah itu ditepuknya. Tak perlu risau. Berlapis ya.

“Mat,” tegur Isadora mematikan langkah Mat Rock.

“Yup.”

“Err… Nah jaket awak. Terima kasih ya,” ucapnya lantas membuka jaket pemberian Mat Rock.

“Eh, lu pakai la dulu. Gua tak kisah pun.” Tahan Mat Rock. Enggan mengambil semula jaketnya.

“Tapi, nanti macam mana saya nak pulangkan pada awak semula?”

Mat Rock menepuk dahi. Oh ya, terlupa pula dia. Bukannya mereka akan bertemu semula selepas ini.

“Hmm… Dora lu ada kertas dengan pen tak?”

“Ada. Kejap ya awak.” Isadora menyeluk beg tangannya. Dia menyerahkan kertas dan pen yang diminta Mat Rock kepada lelaki itu.

Mat Rock mencatit sesuatu di permukaan kertas yang kosong itu.

“Nah. Nanti lu post aje jaket tu dekat alamat ni. Tak payah susah-susah basuh. Ok la, gua dah lambat ni. Nak bukak gerai burger. Daaa… Assalammualaikum.” Mat Rock pantas menuju ke motorsikalnya. Hujan dan pun reda.

“Wa’alaikumsalam,” balas Isadora sambil memerhati motorsikal Mat Rock berlalu meninggalkannya. Kertas tercatat alamat lelaki itu dipandang. Terukir senyuman di bibir.
           
           
Bersambung part 2....

~Hope awak2 semua enjoy! Jangan ditanya dulu bila sambungan part 2. Hehe. Ira masih dalam proses menyiapkan MLMK, jadi cerpan ni mungkin di up slow2. Maaf ye kalau ada kekurangan @ bahasa agak kasar. Sila la drop komen kalau sudi. Ira sedia menerimanya...(^_^)



6 ulasan:

Unknown berkata...

orait.tadi akk tgk ada typo... n ada sikit macam ada ayat yang xkena...lain ok heee :D tiptop

Unknown berkata...

Best. Nak lg.

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Orait kak..nt ira cuba perbaiki lg..tq akak sudi baca..hehe =D

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

In sha Allah, tq sudi baca Rasul Rabu =D

CIA berkata...

waaa... best.. saya memang tak suka cerita rock rock ni.. tapi, cerpen ni nice..baru dapat singgah sini.. :)

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Thanks sudi baca dan suka cerpen CMR...:)