Rabu, 15 Januari 2014

Teaser My Love, Mr. Kerek!


Teaser 5

Rayyan di sebelahnya  kelihatan tidak selesa apabila Ella dari tadi asyik menghimpit dan memeluk lengannya. Puas ditepis tapi sepupu gediknya itu tetap tidak mahu melepaskannya. Ditepis, dia melekat. Ditepis, dia tetap juga melekat. Rimas sungguh dia. Mahu sahaja Rayyan menolak tubuh sepupunya sehingga jatuh terduduk di lantai. Huh!

Dia mencuit sedikit lengan Amy untuk menarik perhatian gadis itu. Terangkat kening Amy sebagai isyarat bertanya ‘kenapa’. Rayyan membalas pula dengan menelengkan kepala ke kanan memberi isyarat agar Amy menoleh ke arah itu. Amy menoleh sedikit ke arah kanan Rayyan. Berkerut dahinya. Kelihatan Ella sibuk memeluk lengan lelaki itu dengan bibir mengukir senyuman manis. Sakit mata pula Amy melihatnya. Namun, apa yang dia boleh lakukan. Takkan hendak menolak Ella a.k.a sepupu Rayyan pula. Apa kata Mak Tok nanti. Dia memandang Rayyan semula dengan dahi berkerut.

Rayyan memberikan isyarat sekali lagi. Kali ini menggunakan bahasa mata pula. Agar Amy menariknya atau membuat apa sahaja asalkan Ella melepaskan pelukkan. Gadis itu menunjukkan reaksi blurr. Dia mengeluh. Susahnya hendak membuat Amy faham dengan isyaratnya. Rayyan mengepakkan lengan kiri dan menyenggol lengan Amy beberapa kali. Berharap gadis itu faham dengan isyaratnya kali ini. Amy yang sibuk melayan MakTok berborak terus tersentak. Dia menoleh semula ke arah Rayyan.

‘Apa lagi entah mamat sorang ni? Nampaknya, aku juga yang kena tolong dia. Haish…’ rungutnya.

“Sekejap ya Mak Tok.” Amy merapati Rayyan. Kerusi di tarik sedikit mendekati lelaki itu.

 “Kenapa encik?” tanya Amy dalam berbisik.

Amy a.k.a Budak Kecik


“Kau tak nampak ke perempuan gedik ni? Tolong aku cepat!” gesa Rayyan. Naik anginnya dengan perbuatan Ella dan Amy yang blurr itu. Sungguh dia rimas.

Amy mencari akal untuk menjauhkan Rayyan dari Ella. Ahaa! Dia tahu hendak buat bagaimana! Amy menyeluk beg galasnya. Dia mengeluarkan lip gloss dari dalam kocek beg. Inilah senjata untuk membuat helah. Dia jatuhkan benda kecil itu ke bawah kaki Rayyan.

“Opss! Terjatuh pulak.” Amy berpura-pura menyelak birai sampul meja. Kononnya hendak mencari barang yang jatuh tadi. Mak Tok, Kak Semah dan yang ada di meja itu menumpukan perhatian kepadanya.

“Alamak, tak jumpa pulak. Awak, boleh bangun kejap tak? Lip gloss saya jatuh tadi.”

Kali ini Amy berpura-pura menyuruh Rayyan bangun dari tempat duduknya. Dengan sepantas kilat lelaki itu bangun. Terlepas pegangan Ella di lengannya. Spontan Amy menolak Rayyan ke tempat duduknya. Dia berpura-pura membongkok mencari barang yang dijatuhkannya. Dia mencapai lips glose yang tergolek berhampiran kaki Ella. Hehe. Berjaya juga helahnya.

“Haa… Jumpa pun.” Amy bangun dan terus melabuhkan punggung di kerusi Rayyan yakni bersebelahan sepupu lelaki itu.

Kelat terus wajah Ella. Dia mengetap gigi. Kedua-dua belah tangan mencengkam paha sekuat yang boleh. Dia tahu situasi ini bukanlah secara tidak sengaja, tetapi di sengajakan! 

Teaser 6

Amy membuka pintu biliknya setelah mendengar ketukan dari luar. Kelihatan Rayyan yang berdiri tegak menunggunya di depan pintu. Sungguh segak lelaki itu dengan mengenakan tuksedo putih dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Wah, bagaikan sang putera. Bagai sang putera menjemput puterinya. Puteri? Alahai, perasan diri puterilah pula Amy oi…

“Dah sedia?” tanya Rayyan yang agak tergamam dengan penampilan gadis di hadapannya ini. Bak puteri kayangan, gumamnya.
Rayyan a.k.a Mamat Kerek


Dia benar-benar terpanar. Terserlah keanggunan si gadis walaupun hanya mengenakan solekkan yang nipis sahaja. Penampilan Amy lain sedikit dari yang biasa. Aura keperempuanannya semakin terserlah. Amy kelihatan matang sedikit dari usianya.

“Dah.” Sepatah sahaja Amy menjawab. Dia tertunduk apabila menyedari Rayyan ralit menilik penampilannya. Pipi sudah merona merah. Malu.

 “Kau… Kau nampak cantik,” puji Rayyan ikhlas dari hati. Spontan terzahir dari bibirnya.

 Semakin merah pipinya. Adeh, panas! Panas! Amy mengipas wajahnya yang dirasakan panas. Oh, Amy. Kawal diri! Tolonglah kawal diri! Dia meniup-niup wajahnya. Cuba mengurangkan darah yang menyerbu naik ke pipi.

“Err… Jomlah, encik. Yang lain pasti dah lama menunggu dekat dewan tu.” Serba salah Amy untuk menutur kata.  

“Oh ya. Jom.” Rayyan seolah-olah tersedar dari mimpi. Itulah,khusyuk sangat tenung anak dara orang.

Amy mengunci biliknya terlebih dahulu sebelum menghadap Rayyan.

 Rayyan menghulurkan lengannya kepada Amy. Matanya mengisyaratkan agar gadis itu meletakkan tangan ke lengannya. Amy pula tidak berapa faham dengan isyarat yang diberikan lelaki itu. Berlapis-lapis dahinya.

‘Eh, dia nak aku buat apa ni? Takkan nak suruh peluk lengan dia pulak. Biar betul ni. Boleh ke buat macam tu?’ bingung Amy memikirkannya.

“Kenapa encik?” tanya Amy tidak mengerti.

Rayyan lantas menepuk dahi. Ya Allah, apa punya dungu dan sengal budak kecik ini. Isyarat yang senang pun susah untuk ditafsirkan. Dia menolak dahi Amy.

 “Budak kecik, kau ni memang blurr la. Sengal. Aku nak kau letak tangan dekat lengan aku ni. Faham tak?” Rayyan kadang kala tidak tahan dengan Amy yang dungu. Memang dasar budak kecik betul si Amy ini. Alahai…

Amy tersengih. Kini barulah dia faham dengan kehendak Rayyan. Rupa-rupanya lelaki ini hendak dia meletakkan tangan di lengannya sahaja. Amy, Amy. Itu pun tidak boleh tangkap maksudnya.

 “Oh, faham. Faham.”

“Dah faham? Apa lagi, letaklah,” arah Rayyan seakan memaksa. Lengannya sekali lagi dihulurkan dan dia memandang ke arah lain sementara menunggu reaksi Amy. Apabila terasa tiada sentuhan lagi di lengannya, Rayyan menoleh ke kanannya.

 “Boleh ke saya buat macam tu, encik?” tanya Amy ragu-ragu.

“Mestilah boleh. Kalau tak, takkan aku nak offer kau. Baik kau letak, lepas ni dah tak dapat tau. Hari ni aje.”

‘Ek eleh, macam aku nak sangat pulak. Dia yang beria suruh. Ikut ajelah Amy oi. Karang ada pulak yang bertukar jadi hulk kejap lagi.’ Omel Amy sendirian.

 Tanpa banyak soal lagi, Amy meletakkan tangannya di lengan Rayyan. Berasa selesalah pula berbuat begitu. Macam-macam rasa timbul di hatinya. Seperti berada di awangan. Eh, suka pula dia. Gatal! Melebar senyuman Rayyan apabila Amy mengikut seperti yang diarahkannya.
            

~Hope teaser ni boleh menjadi pelepas rindu korang semua. Maaf kalau ada kekurangan, ira akan cuba perbaiki. Meh baca teaser MLMK ni!! (^_^)


2 ulasan:

Unknown berkata...

Wah ! Best nyerr .. l0ve MLMK ..

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Hehe...tq dik izza :)