Teaser 5
Rayyan
di sebelahnya kelihatan tidak selesa apabila
Ella dari tadi asyik menghimpit dan memeluk lengannya. Puas ditepis tapi sepupu
gediknya itu tetap tidak mahu melepaskannya. Ditepis, dia melekat. Ditepis, dia
tetap juga melekat. Rimas sungguh dia. Mahu sahaja Rayyan menolak tubuh
sepupunya sehingga jatuh terduduk di lantai. Huh!
Dia mencuit sedikit lengan Amy untuk
menarik perhatian gadis itu. Terangkat kening Amy sebagai isyarat bertanya
‘kenapa’. Rayyan membalas pula dengan menelengkan kepala ke kanan memberi
isyarat agar Amy menoleh ke arah itu. Amy menoleh sedikit ke arah kanan Rayyan.
Berkerut dahinya. Kelihatan Ella sibuk memeluk lengan lelaki itu dengan bibir
mengukir senyuman manis. Sakit mata pula Amy melihatnya. Namun, apa yang dia
boleh lakukan. Takkan hendak menolak Ella a.k.a sepupu Rayyan pula. Apa kata
Mak Tok nanti. Dia memandang Rayyan semula dengan dahi berkerut.
Rayyan memberikan isyarat sekali
lagi. Kali ini menggunakan bahasa mata pula. Agar Amy menariknya atau membuat
apa sahaja asalkan Ella melepaskan pelukkan. Gadis itu menunjukkan reaksi
blurr. Dia mengeluh. Susahnya hendak membuat Amy faham dengan isyaratnya.
Rayyan mengepakkan lengan kiri dan menyenggol lengan Amy beberapa kali.
Berharap gadis itu faham dengan isyaratnya kali ini. Amy yang sibuk melayan
MakTok berborak terus tersentak. Dia menoleh semula ke arah Rayyan.
‘Apa lagi entah mamat sorang ni?
Nampaknya, aku juga yang kena tolong dia. Haish…’ rungutnya.
“Sekejap ya Mak Tok.” Amy merapati
Rayyan. Kerusi di tarik sedikit mendekati lelaki itu.
“Kenapa encik?” tanya Amy dalam
berbisik.
Amy a.k.a Budak Kecik |
“Kau tak nampak ke perempuan gedik
ni? Tolong aku cepat!” gesa Rayyan. Naik anginnya dengan perbuatan Ella dan Amy
yang blurr itu. Sungguh dia rimas.
Amy mencari akal untuk menjauhkan
Rayyan dari Ella. Ahaa! Dia tahu hendak buat bagaimana! Amy menyeluk beg
galasnya. Dia mengeluarkan lip gloss dari dalam kocek beg. Inilah senjata
untuk membuat helah. Dia jatuhkan benda kecil itu ke bawah kaki Rayyan.
“Opss! Terjatuh pulak.” Amy
berpura-pura menyelak birai sampul meja. Kononnya hendak mencari barang yang
jatuh tadi. Mak Tok, Kak Semah dan yang ada di meja itu menumpukan perhatian
kepadanya.
“Alamak, tak jumpa pulak. Awak,
boleh bangun kejap tak? Lip gloss saya jatuh tadi.”
Kali
ini Amy berpura-pura menyuruh Rayyan bangun dari tempat duduknya. Dengan
sepantas kilat lelaki itu bangun. Terlepas pegangan Ella di lengannya. Spontan
Amy menolak Rayyan ke tempat duduknya. Dia berpura-pura membongkok mencari
barang yang dijatuhkannya. Dia mencapai lips glose yang tergolek berhampiran
kaki Ella. Hehe. Berjaya juga helahnya.
“Haa…
Jumpa pun.” Amy bangun dan terus melabuhkan punggung di kerusi Rayyan yakni
bersebelahan sepupu lelaki itu.
Kelat
terus wajah Ella. Dia mengetap gigi. Kedua-dua belah tangan mencengkam paha
sekuat yang boleh. Dia tahu situasi ini bukanlah secara tidak sengaja, tetapi
di sengajakan!
Teaser 6
Amy
membuka pintu biliknya setelah mendengar ketukan dari luar. Kelihatan Rayyan
yang berdiri tegak menunggunya di depan pintu. Sungguh segak lelaki itu dengan
mengenakan tuksedo putih dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Wah,
bagaikan sang putera. Bagai sang putera menjemput puterinya. Puteri? Alahai,
perasan diri puterilah pula Amy oi…
“Dah sedia?” tanya Rayyan yang agak
tergamam dengan penampilan gadis di hadapannya ini. Bak puteri kayangan, gumamnya.
Rayyan a.k.a Mamat Kerek |
Dia benar-benar terpanar. Terserlah
keanggunan si gadis walaupun hanya mengenakan solekkan yang nipis sahaja.
Penampilan Amy lain sedikit dari yang biasa. Aura keperempuanannya semakin
terserlah. Amy kelihatan matang sedikit dari usianya.
“Dah.” Sepatah sahaja Amy menjawab. Dia
tertunduk apabila menyedari Rayyan ralit menilik penampilannya. Pipi sudah
merona merah. Malu.
“Kau… Kau nampak cantik,” puji
Rayyan ikhlas dari hati. Spontan terzahir dari bibirnya.
Semakin merah pipinya. Adeh, panas!
Panas! Amy mengipas wajahnya yang dirasakan panas. Oh, Amy. Kawal diri!
Tolonglah kawal diri! Dia meniup-niup wajahnya. Cuba mengurangkan darah yang
menyerbu naik ke pipi.
“Err… Jomlah, encik. Yang lain pasti
dah lama menunggu dekat dewan tu.” Serba salah Amy untuk menutur kata.
“Oh ya. Jom.” Rayyan seolah-olah
tersedar dari mimpi. Itulah,khusyuk sangat tenung anak dara orang.
Amy mengunci biliknya terlebih
dahulu sebelum menghadap Rayyan.
Rayyan menghulurkan lengannya kepada
Amy. Matanya mengisyaratkan agar gadis itu meletakkan tangan ke lengannya. Amy
pula tidak berapa faham dengan isyarat yang diberikan lelaki itu.
Berlapis-lapis dahinya.
‘Eh, dia nak aku buat apa ni? Takkan
nak suruh peluk lengan dia pulak. Biar betul ni. Boleh ke buat macam tu?’ bingung
Amy memikirkannya.
“Kenapa encik?” tanya Amy tidak
mengerti.
Rayyan lantas menepuk dahi. Ya
Allah, apa punya dungu dan sengal budak kecik ini. Isyarat yang senang pun
susah untuk ditafsirkan. Dia menolak dahi Amy.
“Budak kecik, kau ni memang blurr
la. Sengal. Aku nak kau letak tangan dekat lengan aku ni. Faham tak?” Rayyan
kadang kala tidak tahan dengan Amy yang dungu. Memang dasar budak kecik betul
si Amy ini. Alahai…
Amy tersengih. Kini barulah dia
faham dengan kehendak Rayyan. Rupa-rupanya lelaki ini hendak dia meletakkan
tangan di lengannya sahaja. Amy, Amy. Itu pun tidak boleh tangkap maksudnya.
“Oh, faham. Faham.”
“Dah faham? Apa lagi, letaklah,”
arah Rayyan seakan memaksa. Lengannya sekali lagi dihulurkan dan dia memandang
ke arah lain sementara menunggu reaksi Amy. Apabila terasa tiada sentuhan lagi
di lengannya, Rayyan menoleh ke kanannya.
“Boleh ke saya buat macam tu,
encik?” tanya Amy ragu-ragu.
“Mestilah boleh. Kalau tak, takkan
aku nak offer kau. Baik kau letak, lepas ni dah tak dapat tau. Hari ni aje.”
‘Ek eleh, macam aku nak sangat
pulak. Dia yang beria suruh. Ikut ajelah Amy oi. Karang ada pulak yang bertukar
jadi hulk kejap lagi.’ Omel Amy sendirian.
Tanpa banyak soal lagi, Amy meletakkan
tangannya di lengan Rayyan. Berasa selesalah pula berbuat begitu. Macam-macam
rasa timbul di hatinya. Seperti berada di awangan. Eh, suka pula dia. Gatal!
Melebar senyuman Rayyan apabila Amy mengikut seperti yang diarahkannya.
~Hope teaser ni boleh menjadi pelepas rindu korang semua. Maaf kalau ada kekurangan, ira akan cuba perbaiki. Meh baca teaser MLMK ni!! (^_^)
2 ulasan:
Wah ! Best nyerr .. l0ve MLMK ..
Hehe...tq dik izza :)
Catat Ulasan