BAB 5
SEPERTI
yang telah dijanjikan.Qalisha menunggu Lily Azlina di pondok rehat Tasik Y
tepat pukul 9.00 pagi.Namun jam ditangannya sudah menunjukkan pukul 9.35
pagi,bayang Lily pun belum timbul.Matahari yang menerjah membuatkan pipinya
kemerahan menahan panas.Qalisha berdiri sambil merenggangkan sedikit
otot-ototnya.Kemudian dia membetulkan t’shirt dan kemeja yang dipakainya yang
sedikit renyuk .Topi diatas kepala
segera diambil untuk mengibas-ngibas muka yang berpeluh.Dia sudah
kebosanan menunggu.Mundar-mandir dia berjalan dihadapan pondok kecil itu.
‘‘Memang ada orang yang nak kena pau
ni…’’,omelnya dan membebel lagi itu dan ini.Semuanya berkisah tentang kelewatan
Lily Azlina.
Dari kejauhan dia melihat Lily
berlari kearahnya.Tangan disilangkan tanda tidak puas hati dengan kelewatan
Lily.Mukanya sudah dimuncungkan 12 cm.
“Qisha…sorry…aku…terlambat…’’,termengah-mengah
Lily bersuara.Satu persatu perkataan disebut.
Qalisha masih berdiam.Tidak
berganjak walaupun seinci dari posisinya.Lily menelan liur.Dia tahu bahawa
Qalisha seseorang yang sangat menepati masa.Jika dia lambat seminit dua masih
lagi boleh dimaafkan,namun dia sudah lambat 35 minit dari waktu yang
dijanjikan.Qisha sudah naik angin ni…gumamnya perlahan hanya untuk diri
sendiri.
Qalisha sengaja seriuskan
wajah.Hendak melihat wajah gelabah Lily yang sudah berbulan-bulan tidak
ditatap.Nyata lakonannya tidak sia-sia.Lily sudah pun menggelabah!.Dia tertawa
didalam hati.Tidak pernah berubah langsung sahabatnya ini.
“Alah Qisha…rilekslah ,janganlah
buat muka macam tu.Seriau aku tengoknya…”.
“Ada orang nikan,pagi-pagi lagi dah
buat salah tau.Tapi siapa ekk?...Nak kena penalti ni…”, kata Qalisha selamba
seperti bercakap dengan diri sendiri.Sengaja mahu menyakat Lily.
“Yalah aku yang salah…ni aku dah
sediakan dendanya.Aku tadi lambat bangun,dah dekat pukul 9 aku baru bangun,jam
lonceng tak bunyilah”, jawap Lily lambat-lambat sambil mengujuk plastik yang
berisi dua batang Cornetto kepada
Qalisha.Lily sudah membuat muka kasihan.Matanya sengaja dikuyukan untuk menarik
perhatian.Nyata sekali dimata Qalisha.
Qalisha sudah tersenyum.Namun
senyumnya disembunyikan.Serius lagi…
“Hmmm…ni aku yang merajuk atau kau
yang merajuk?.Dahlah,kali ni aku maafkan tapi lain kali ‘harap maaf bagimu’
ajelah.Jomlah duduk dekat situ”.Qalisha menunjukkan pondok yang menjadi
tempatnya berlabuh sebentar tadi.
Lily sudah menceriakan wajah. “Dah
tak marahlah ni?...aku ingat kau nak lancar mogok satu hari ni.Kalau kau terus
mogok,alamatnya Cornetto ni aku ngap
sorang aje nampaknya…”.
“Asal kau nak aku mogok ke?”
“Ehh…tak payah.Tak kuasa den nak
memujuk nanti”,Lily menggoyangkan tangan kanannya.Kalau Qalisha memasamkan muka
walaupun setengah hari dengannya,dia pasti tidak akan senang duduk.Ada saja
yang akan dia lakukan supaya rakannya ini kembali menegurnya.Serasa sunyi
dunianya bila Qalisha tidak bersuara.Begitu juga Qalisha,dia tidak akan
membiarkan Lily merajuk lama terhadapnya.Begitulah kedua-dua sahabat baik ini.
“Kalau macam tu,meh sini sebatang Cornetto tu”,minta Qalisha.Lily
menghulurkan aiskrim itu kepada Qalisha. “Lepas ni aku nak olok-olok
mogoklah,biar kau belikan satu peti ais Cornetto
ni…”,semakin galak dia mengusik Lily.Penutup Cornetto dibuka lalu disuakan ke
mulut.Dia menikmati keenakkan Cornetto yang dibeli Lily.Pagi-pagi lagi dia
sudah makan aiskrim.Kalau neneknya nampak pasti dia akan dimarahi.
“Amboi…banyak kau punya cantik.Ingat
aku ni tukang cap duit ke?...Tunggu aku jadi gabenor kewangan negaralah,kau nak
berapa peti pun aku sanggup belikan…”,guraunya sambil bercekak pinggang.
Melihat aksi Lily Azlina membuatkan
Qalisha ketawa terbahak-bahak.Lily juga apabila melihat Qalisha ketawa,dia ikut
ketawa.Setelah itu ketawa mereka reda.Qalisha kembali menggigit
aiskrimnya.Terliur Lily melihat Qalisha mengunyah coklat keras diatas aiskrim
yang dipegang.Dia juga turut mengeluarkan sebatang Cornetto didalam plastik,lalu dibuka pembalutnya.Setelah
kedua-duanya menghabiskan aiskrim masing-masing,dengan tiba-tiba Lily tergelak
kuat.Berkerut dahi Qalisha melihatnya.Dia menoleh kiri dan kanannya.Tiada
kejadian yang melucukan disekelilingnya.Namun dia melihat tukang sapu yang lalu
dihadapannya juga tersenyum-senyum.Kena sampuk ke dia orang ni?Tiba-tiba
tergelak?
“Apa?”,tanya Qalisha hairan
Lily masih lagi dengan tawanya.Tangannya
terus menarik beg sandang ke atas riba.Dia menggagau mencari bedak asas di
dalam beg sandangnya.Bedak asas dicapai lalu diberikan kepada Qalisha.Qalisha
yang masih berwajah pelik terus mencapai bedak asas yang dihulurkan Lily Azlina
namun tidak membukanya.
“Apa pasal kau ketawa macam nampak
badut sarkas ni?”,Qalisha bertanya sinis.Tidak puas hati.
Lily tidak menjawab,mulut ditekup
menahan tawa.Sebaliknya menunjuk-nunjuk jari telunjuknya kearah mulut
Qalisha.Qalisha terus membuka bedak asas ditangannya.Muka terus ditilik.
‘Ya ALLAH…malunya!’,jeritnya didalam
hati.Mana tidaknya,semasa dia asyik menikmati aiskrim,diluar sedar dia makan
dengan comot sekali.Sisa-sisa coklat membentuk misai dibawah
hidungnya.Tangannya segera mengelap.Lily yang masih tidak mahu berhenti
ketawa,ditepuk pahanya.Kurang asam jawa punya Lily!!...
“Sudah-sudahlah tu
ketawa.Ohh…Gelaklah,gelaklah….karang hilang suara baru tau”.Suaranya
seakan-akan merajuk.Serentak Lily terus diam.
“Okey…sory,sory”,Lily segera meminta maaf.
“Apa sory,sory!…sory naik
lorilah”.
“Naik jet tak boleh?”,Lily
berlelucon.Semakin masam Qalisha dibuatnya.Qalisha ini nampak sahaja brutal
tapi dalam hati ada taman bunga.Kuat merajuk. “Okey janji tak buat lagi…smilelah sikit kawan”,Lily memegang dagu
Qalisha kemudian beralih pula ke pipi.Digoyang-goyang pipi gebu itu.Qalisha
mendapat satu idea jahat.Tanpa pengetahuan Lily,tangannya mencalit sedikit sisa
coklat dari pembungkus Cornetto yang
dimakannya disebelah kanannya.
“Haa!…ambik ni!”,terus sisa coklat
ditangannya disapu ke muka Lily Azlina.
“Qisha!…”,Lily Azlina sudah
menjerit.Dengan pantas dia menggeletek badan QalishaAkhirnya mereka ketawa
bersama-sama.Gamat suasana tasik Y yang belum ada pengunjung dengan suara
mereka.
QAlISHA
dan Lily Azlina menikmati permandangan tasik Y.Tenang sahaja airnya
beralun.Pancutan air juga membuatkan tasik itu kelihatan cantik dan pancaran
sinar matahari membuatkan air berkilauan.Terpegun mereka melihatnya.
“Hmm..best kan.Kita dah lama tak
lepak-lepak macam ni”.Ujar Lily.
“A’ah,memang best sangat…teringat
masa kita zaman sekolah dulu.Bila habis waktu sekolah dan penat aje kita datang
sini.Berbual kosong sambil makan burger,makan
rojak lepas tu minum air cendol atau ABC Pak Jali Rongak.Macam nak meletop
perut…”. ‘Pak Jali Rongak’,tergelak kecil Qalisha bila terkenang terhadap orang
itu.Pelajar-pelajar SMK Banang Jaya sudah sinonim dengan panggilan manja
itu.Suka hati sahaja mereka memberi gelaran.Teringat Qalisha rupa Pak Jali
,lelaki berumur 60-an itu bertubuh keding dan sedikit beruban.Hanya ada
beberapa batang sahaja gigi digusi atasnya dan disebabkan itu juga dia digelar
‘Pak Jali Rongak’.Kalau lelaki itu ketawa pasti pelajar-pelajar geli hati.Air
cendol dan ABC yang dijualnya mendapat sambutan ramai,tidak kira pelajar dan
guru-guru serta orang-orang luar.Qalisha juga merupakan salah seorang pelanggan
tetap Pak Jali Rongak.Bak kata Qalisha ‘cendol Pak Jali Rongak Top A di BP’.
“Aku
rindu sangat dengan kawan-kawan kamcing kita.Kat manalah dia orang semuakan?.Mesti
dia orang pun dah berjaya?”,sambung Qalisha.
“Aku
pun rindu juga dengan dia orang.Lepas aje habis sekolah terus lost contact,kalau jumpa dalam alam maya
aje…”,Lily Azlina membuat muka kecewa.
“Habis
nak buat macam mana? Semuanya busy,mungkin
sekarang masih ada yang belajar atau ada yang sibuk dengan keluarga
masing-masing”.
“Bercakap
pasal kahwin ni...kau tau tak pasal Zul dengan Aini?”,Lily Azlina bertanya.
“Kau
cakap ajelah…kau tak cakap lagi macam mana aku nak tau”.
Lily
Azlina senyum.
“Ohh…sory,ingat kau dah tau tentang dia
orang.Kau mesti tak percaya yang Zul dan Aini tu sekarang dah berkahwin?”
Bulat
mata Qalisha memandang Lily Azlina.Seperti tidak percaya dengan apa yang
diberitahu oleh Lily.Dahinya dikerutkanTidak mungkin!.
“Haa!...Are you joking,right?Tak percayalah.Dulu
dia orangkan tidak sebulu. Si Aini ketua pengawas,Si Zul pulak ketua kelas tapi
tak serupa jawatan.Kalau berjumpa macam anjing dengan kucing,masing-masing nak
tunjuk kuasa veto dalam kelas.Kalau tak sependapat dia orang berdua ni,habis
terbalik kelas dibuatnya.Lagipun kalau tak silap aku Zul bercinta dengan Qila
bagai nak rak and masa tu jugak Aini
tangkap leleh habis dengan cikgu praktikal”.Sudah berkerut seribu dahinya
memikirkan kemusykilan yang timbul setelah mendengar berita itu.Ahh!...Buat apa
pula aku nak fikir soal jodoh dia orang itu.Sudah ketentuan-NYA untuk
menentukan siapa sahaja jodoh seseorang.Aku juga begitu.Teringat pesan nenek
semasa aku putus cinta dengan seorang senior di tahun kedua di university,tanpa
ragu-ragu aku bercerita kepada nenek tentang cinta yang tidak kesampaian itu.
“Siapa
nama cikgu tu?”
Lily
cuba mengingati.
“Asmawi?”
“Cikgu Asmawi”,Qalisha mengiyakan.
Neneknya
cakap,hidup,mati dan jodoh seseorang sememangnya kerja TUHAN.Kita sebagai
manusia kena redha dan ikhlas dengan apa jua yang telah ditentukan
oleh-NYA.Jangan menolak takdir kerana orang yang menolak takdir itu adalah
orang yang tidak berpijak dibumi yang nyata.Ibarat manusia yang hanya
dikurniakan tangan tapi mahu kepak untuk terbang melayang padahal dia tahu itu
mustahil.Sempat Qalisha bermonolog di dalam hati.Terangguk-angguk dia
mengiyakan kata-kata neneknya itu.
Lily
Azlina mengibas-ngibaskan tangannya dihadapan muka Qalisha.
“Hello!...anybody home?!..knock!knock!..”.Terjerit
sedikit suaranya.Tidak lain,tidak bukan mahu mengembalikan Qalisha ke dunia
yang nyata setelah melihat gadis itu termenung.
“
Hoi…apa ni,main kipas-kipas pulak?”,Qalisha menepis tangan Lily Azlina yang
mengibas-ngibas dimukanya
“
Kau tulah…tadi bukan main bercakap lepas tu termenung pulak dia.Ingat boyfriend eh?....”.Tanya Lily Azlina
meleret.Jari telunjuknya pula digoyang-goyangkan sambil tersenyum-senyum.
“Ah!…tak
ada masa boyfriend-boyfriend
ni.Eh…macam mana kau tau kisah Zul dengan Aini tu?...Tapi aku betul-betul tak
percaya ni”.Mudah sahaja dia mengalih topik perbicaraan.
Lily
cukup masak dengan Qalisha.Suka menukar topic apabila dia kurang berkenan.
“Hmm…Aku
pun tak percaya jugak.Mungkin dia orang bercinta masa dia orang sama-sama
belajar dekat London kot?Entahlah aku pun tak berapa pasti.Tentang macam
mana aku tau dia orang
kahwin?...Err…Qisha sekarangkan dunia ICT.Dengan sekelip mata aje kita boleh
tau macam-macam maklumat.Dia orang hantar wedding
card pakai FBlah.Senangkan?Tak payah keluar banyak kos.Tapi aku terkilanlah
sebab tak dapat tengok dia orang kahwin.Dengar kata dia orang buat wedding of the year kat kampung.Dia orang buat kenduri tujuh hari tujuh
malam.Maklumlah dua-dua anak bongsu.Mak bapak dia orang mesti nak buat yang
istimewa untuk anak mereka yang paling kecik ni”.Jelas Lily.Qalisha pula hanya
mengangguk tanda faham.
“Kenapa
kau tak pergi?.Kalau aku,memang dah lama tak bukak FB sebab tu aku tak tahu pun
dia orang kahwin.Lagipun aku final exam”.
“Aku
tak dapat hadir sebab masa tu aku tengah kerja.Sebelum tu aku dah bercuti,jadi
aku tak bolehlah nak ambik cuti sesuka hati.Karang bos cakap aku tak serius
buat kerja pulak.Nanti ada pulak yang tanam anggur belakang rumah”.Ada betul
juga alasan Lily Azlina itu.Takkan dia sanggup mahu dibuang kerja hanya kerana
mahu menghadiri majlis perkahwinan bekas rakan sekelas mereka.
“Kau
dah kerja Lily? Dekat mana?”,Tanya Qalisha tidak sabar.
“Sebelum
aku jawap soalan kau…Apa kata kita pergi tengok wayang dulu? Dah pukul 10.30
ni,rasanya panggung dah buka.Lepas tu kita staylah dekat McDonald ke?atau KFC
ke?,baru kita sambung balik pertanyaan kau tu”,cadang Lily Azlina.
Qalisha
mengeluh.
“okeylah,jom”,kata
Qalisha seraya bangun diikuti Lily.
“Eh!stop,stop…”.Baru saja mahu membuka
langkah,Lily Azlina sudah menahan. “Kita nak naik apa? Nak naik bas ke
sana?.Aku tak bawak kereta ,tadi pun aku tumpang Kak Lin nak pergi
seminar.Kereta ayah aku abang Wan pakai”.beritahu Lily Azlina.
Qalisha
memaut bahu Lily Azlina. “Kalau nak tunggu bas,pukul berapa kita nak sampai
sayang?…Silap-silap cerita dah habis lagipun kau tahu ajelah,hari Ahad macam ni
ramai mat-mat dan minah-minah Hindustan keluar.Jadi hari ini aku bawak ‘Si
Comel’ nenek aku tu…”,Qalisha berkata sambil memuncungkan bibir ke arah kereta
kancil lama bewarna merah milik Puan Jamilah.
“Ohh..”,Lily
Azlina tersenyum.Lega.Nasibnya baik hari ini.Tidak perlu berasak-asak menaiki
bas Coastal yang sememangnya penuh dengan warga-warga asing yang mahu
bersiar-siar pada hujung minggu ini.Kedua-dua sahabat ini seiring manuju ke
arah Si Comel yang dimaksudkan oleh Qalisha sebentar tadi.