Isnin, 18 Mac 2013

Bibit-bibit Cinta ( Bab 1)






 BAB 1
‘’QISHA,Qisha,Qisha!!!…’’Ketukan pintu yang bertalu-talu membuatkan tidur Nur Dania Qalisha terjaga.Aduh! siapa pulak yang ketuk pintu bilik aku pagi-pagi buta ni.Tak reti tengok jam apa,huh…,rungutnya dalam hati.Dia sangat marah apabila seseorang mengganggu tidurnya.
            Dengan mata yang masih terpejam digagahkan juga untuk berdiri.Berjalan dalam keadaan mamai membuatkan dia terlanggar meja kecil di dalam kamar beradunya.Mengapalah dia boleh tidak perasan kewujudan meja kecil di situ. “Auuww!…sakitnya kaki aku’’.Menyeringai dia kesakitan.Dia mengusap jari-jemari kakinya yang terasa sengal akibat terlanggar meja tersebut.Terhinjut-hinjut dia bergerak ke pintu.
‘’Qisha,okey ke?...’’Mendengar suara cucunya yang menjerit kesakitan membuatkan Puan Jamilah risau.Dia memulas tombol pintu bilik cucunya itu namun berkunci.Timbul riak risau diwajah.Kenapa pula dia menjerit?Entah-entah dia sakit? Atau entah-entah didalam bilik cucunya ada pencuri?Pencuri itu cuba mengikat Qalisha sebab itu dia menjerit ketakutan?.Fikirannya sudah memikirkan hal yang tidak baik . ’’Qisha buka pintu ni….’’arahnya sambil tangannya terus mengetuk pintu bilik Qalisha.
‘’Kejap nek,Qisha datang ni ’’.Dia sudah tahulah gerangan siapa yang mengetuk pintu pintu biliknya .Apa yang nenek nak pagi-pagi ni?, rungut hatinya .Puan Jamilah merupakan satu-satunya nenek yang dia ada di dalam dunia ini.Dia terlalu menyayangi wanita tua itu.Dia sudah menganggap wanita itu sebagai ibu yang kedua setelah kematian ibunda tercinta.
Pintu bilik dikuak sedikit,mengeluarkan sedikit kepalanya .Mata dipejam sekali lagi setelah dia menguap .Berat matanya untuk dibuka.’’ Apa nenek ni kejut orang pagi-pagi ni?....Qisha mengantuklah nenek’’.Puan Jamilah melihat wajah kusut cucu perempuannya itu.Rambut yang ikal tampak kusut.Matanya sedikit lebam.Jelas kelihatan tanda hitam dibawah mata Qalisha.Lagak cucunya seperti tidak tidur semalaman.Timbul geli hati melihat reaksi Qalisha, namun disembunyikan tawanya.Wajahnya yang tadi kerisauan kini beransur selamba.
‘’Subhahanallah!…Qisha ingat ni pagi lagi ke?.Dah pukul 1.00 tengah hari pun Qisha oiii…’’, memang sah cucunya ini tidak tidur semalaman.Qalisha jarang sekali bangun lewat jika berada di rumahnya.Kebiasaan,cucunya ini sudah terpacak didapur setelah menunaikan solat subuh.Membantu Surti menyediakan sarapan pagi mereka.Paling tidak pun sekadar mengajak pembantu rumahnya berbual kosong.
Membulat mata Qalisha.
‘’Betul ke nek?....’’ dia terkejut.Tidak pernah dia bangun selewat ini.Ini merupakan rekod terbaru dalam hidupnya, ‘Qalisha Book’s Of Record’.Mujur dia datang bulan waktu itu jika tidak subuhnya tertinggal begitu sahaja.Rugi pula nanti.
‘’Betul.Dah dekat pukul 1.00 kamu tak bangun lagi nenek risaulah.Nenek                                              ingat kamu pengsan tadi ,tu yang nenek ketuk pintu bilik kamu ni.Ni mesti tinggal solat subuh,kan?’’.Tanya Puan Jamilah.Dia tidak mahu cucunya ini meninggalkan solat lima waktu kerana itu adalah kewajipan sebagai seorang muslim.
‘’Qisha uzur…tak boleh solat.Ni semua bibik punya pasal...’’dengan mulut yang sengaja dimuncungkan.
 ‘’Lah… kenapa pulak disalahkan bibik?’’.
‘’Semalam Qisha minum kopi bibik yang kaw-kaw sangat tu…itu sebablah Qisha tak boleh tidur’’ .Adu Qalisha.Sebenarnya dia yang bersalah sebab dia sendiri yang minum kopi yang dibuat oleh pembantu rumah neneknya itu.Disebabkan hendak menonton perlawanan bola sepak antara Indonesia dan Malaysia di television .Dia sanggup melupakan pantangnya iaitu minum kopi pekat buatan bibik, untuk menahan rasa mengantuk hingga perlawanan habis.Dipulun sehingga habis sejag kopiNamun, penantiannya tidak merugikan apabila Indonesia kalah di tangan Malaysia.Suka hatinya.Berbaloi dia bersengkang mata.
‘’ Eh jangan salahkan bibik pulak ya.Awak tu yang yang over minum air kopi tu kenapa?...’’Marah Puan Jamilah.Pertanyaan  nenek itu hanya dijawab dengan sengihan.Bukan neneknya tidak tahu dengan kegilaannya terhadap bola sepak.Dia sanggup bersengkang mata daripada terlepas menonton bola sepak.Hendak menonton secara live jauh pula, jadi televisyen sahaja menjadi singgahan matanya.Puan Jamilah hanya mampu menggelengkan kepala melihat cucunya yang seorang ini.Perangainya tidak ubah seperti anak teruna.Berkali-kali di tegur tapi tidak makan saman.Akhirnya,dia biarkan sahaja Qalisha dengan caranya sendiri.Tidak mahu mengongkong.
‘’ Sudahlah,pergi mandi cepat.Anak dara tak elok mandi lambat-lambat,nanti kalau bakal mak mertua tengok terus reject tahu tak’’.Puan Jamilah terus menguak pintu bilik cucunya itu dan melangkah ke dalam.Qalisha mengundur beberapa tapak ke belakang bagi memberi laluan buat Puan Jamilah masuk kedalam kamar beradunya.Puan Jamilah mahu mengemaskan bilik tersebut supaya kelihatan seperti sedia kala.
Tatkala masuk ke dalam kamar itu tercengang dia.Kamar seolah tongkang pecah.Baju terabur sana sini,selimut melorot di sebelah katil dengan bantal bersepah-sepah.Anak dara ke apa ni?omelnya.Tergeleng-geleng dia memandang keadaan sekeliling kamar itu
‘’Apalah nenek ni cakap pasal mak mertua pulak…Qisha baru je habis study nek, tak ada maknanya nak cakap pasal bakal-bakal keluarga baru ni…..’’Puan Jamilah hanya ketawa kecil.Cucunya itu memang cukup anti apabila dia atau sesiapa sahaja menimbulkan hal-hal tentang perkahwinan.Nampaknya dia kempunanlah mahu timang cicit dengan segera.Qalisha masih lagi berdiri sambil memeluk tiang katilnya.Sekadar memerhatikan tingkah-laku neneknya yang sedang mengemaskan katilnya.Cadar dirapikan,bantal disusun kemas.
‘’Buat apa tercegat lagi dekat situ?….pergi mandi’’,mendengar arahan itu dengan segera Qalisha mencapai tuala daripada penyangkutnya dan berlari ke dalam bilik air.Pintu bilik air dikatup rapat.
            Belum pun sempat mendengar deraian air,pintu bilik air terbuka semula.Dengan pantas Qalisha berlari mendapatkan neneknya.’’Sayang nenek!’’ucapan sayang itu bersertakan satu ciuman kejap dipipi Puan Jamilah.Kemudian Qalisha berlari semula masuk ke dalam bilik air.
            “Hei, budak bertuah ni.Tak mandi lagi dah cium kita”,bebel Puan Jamilah sambil terbeliak.
Puan Jamilah tersengih melihat perlakuan Qalisha yang cukup manja.Dia sangat senang dengan perlakuan seperti itu walaupun sedikit keanak-anakkan.Qisha,Qisha bilalah agaknya dia nak matang?


SELESAI  sahaja membersihkan diri,Qalisha terus turun ke tingkat bawah rumah banglo neneknya.Dia menjengah ke ruang tamu namun neneknya tiada disitu.Dia ke dapur apabila terdengar suara orang berbual,ternyata nenek dan bibik sedang berbual sambil memotong sayur.Bibik pula sedang membasuh ayam dan ikan untuk dijadikan makan tengah hari mereka nanti.Qalisha berjalan perlahan-lahan ke sebelah Surti.
‘’Hai bibik..’’Qalisha menyergah Surti secara mengejut sambil mencucuk pinggang  pembantu rumah neneknya itu.
‘’Oii mak kau!...ayam bermacam ayam….’’ spontan latah bibik berlagu-lagu.Sempat juga bibik mengepak-ngepakkan kepak ayam yang sedang dibasuh semasa berlatah.Punggung digoyangkan.Qalisha hanya ketawa geli hati melihat gelagat bibiknya semasa berlatah.Mulutnya ditutup-tutup bagi mengawal ketawa yang terlepas.
           ‘’ Aduh! non Qisha….bikin bibik malu aja di hadapan nyonya…..’’ bibik tersipu malu bila latahnya dilihat majikannya.Wajah yang putih melepak sudah merona merah.
           Puan Jamilah tergelak besar melihat gelagat pembantu rumahnya.
           ‘’ Qisha tak baik buat bibik macam tu’’ nasihatnya.Geram melihat cucunya yang nakal dan suka mengenakan Surti.
            ‘’Sorry nek..’’
            ‘’Minta maaf kat nenek buat apa?...cepat minta maaf dekat bibik’’ saran Puan Jamilah.
             Kasihan dia melihat wajah Surti yang kemerahan menahan malu.Sememangnya cucunya ini suka benar mengusik pembantu rumahnya.Kalau pulang ke rumah pasti disakatnya pembantu rumah itu sampai melatah-latah dibuatnya.
             Qalisha hanya tersengih.
            ‘’ Bibik Qisha yang tercinta…sorry okey,jangan marah ya…Qisha janji hari ni tak buat lagi tapi esok-esok tak sure…hi..hi..hi..’’ janjinya nakal lalu memeluk  Surti.
             Surti tersengih.Dia senang dengan gurau Qalisha.Tidak pernah terbit perasaan marah terhadap cucu majikannya ini.Sejak bekerja dirumah Puan Jamilah hari-harinya disimbah dengan kegembiraan.Tidak pernah Puan Jamilah mahupun Qalisha sendiri meninggikan suara terhadapnya.Ini membuatkan dia sayang sekali dengan keluarga ini.Sudah dijadikan keluarga sendiri.
            Puan Jamilah yang melihat kenakalan Qalisha terus membeliakkan mata.Kemudian kepalanya tergeleng-geleng melihat cucu bongsunya.
             ‘’ Udah, bibik ngak marah kok…’’
             ‘’ Terima kasih bik’’ satu ciuman melayang ke pipi Surti.
              Setelah itu Qalisha menarik kerusi di sebelah nenek yang sedang memotong sayur.Dia duduk di sebelah Puan Jamilah.Tangan Puan Jamilah laju memotong lobak merah.Ditenungnya pergerakan tangan yang tangkas.Dia kagum dengan neneknya,walaupun neneknya menggajikan pembantu rumah,dia tetap ringan tulang membantu Surti memasak di dapur.Bak kata neneknya,orang perempuan kena rajin-rajin ke dapur barulah suami tidak lari ikut perempuan lain.Berasas juga cakap neneknya itu.Hendak tambat hati suami seorang wanita itu perlu pandai memasak.Tapi pandaikah dia memasak?.Setakat masak maggi tu bolehlah hahahaha,ketawanya hanya dalam hati saja.
            ‘’Termenung pulak dia dekat sini….’’ Puan Jamilah melihat Qalisha tidak berganjak merenungnya yang sedang memotong lobak.Qalisha segera tersedar.
             ‘’Qisha….teringat boyfriend ke tu?’’
            ‘’Eh nenek ni…Qisha mana ada  boyfriend ’’ sangkalnya.Lekat sahaja soalan sebegitu dibibir neneknya.Soalan itu yang tidak digemari Qalisha.Soalan cepu emas yang tidak berapa hendak emas sangatlah.
            ‘’ Abis tu nenek tengok Qisha termenung aje….ingat teringatkan orang jauh’’
             Qalisha hanya tersenyum memandang neneknya.Hmm,orang jauh mana,nek.Dekat pun haprak tak nampak.
            ‘’ Nenek nak masak apa ni? ’’,ujar Qalisha mematikan topik yang menjadi usikan neneknya.
            ‘’ Mestilah nak masak makanan kesukaan cucu nenek….’’
            ‘’ Tomyam ayam dan ikan siakap tiga rasa? ’’ Qalisha meminta kepastian dari neneknya.Teruja sahaja nadanya.
            ‘’Iya cucuku…’’ balas Puan Jamilah beserta ketawa kecilnya.
‘’ Wah! Bestnya…Tak sabar dah ni. Thank’s nenekku…’’ balas Qalisha riang sebijik macam budak-budak tadika.
            Qalisha tersenyum lagi.Puan Jamilah mahu memasak makanan kesukaannya.Neneknya ini akan memasak dua resipi utama itu bila dia ke rumah banglo dua tingkat itu.Tetapi bukan berhari-hari.Hanya kadang kala  sahaja.Jika selalu mahu jemu dia.Semakin menggebu perasaan sayang terhadap Puan Jamilah.
            ‘’Qisha dah telefon papa?...semalam papa ada telefon nenek,tanya Qisha dah sampai ke?,nenek cakaplah dah sampai….’’ belum pun Puan Jamilah menghabiskan ayatnya,Qalisha sudah memotong.
              Qalisha menepuk dahinya berkali-kali spontan.Sungguh dia lupa dengan pesanan papanya.Isytihar perang kecillah nampaknya kali ini.Haru.
             ‘’Ya ALLAH!…Qisha lupalah nak telefon papa, nek.Mesti papa marah ni’’ dia sudah seperti cacing kepanasan.
             ‘’ Semalam dia nak cakap dengan kamu tapi kamu dah tidur.Nenek kesian nak kejut’’ jelas Puan Jamilah lagi.
Qalisha terdiam.
             ‘’Nek suara papa masa cakap dengan nenek okey tak?’’ tanyanya dengan gelisah.
             ‘’Nenek dengar macam kecewa lagaknya.Macam tengah merajuk pun ya ’’.
            Aduhai,maknanya papa marah dengan aku.Habislah aku.
             ‘’Okeylah nek,Qisha naik atas dululah…nak telefon papa ni’’.
             Qalisha sudah berlari naik ke tingkat atas.Puan Jamilah hanya tersenyum melihat tingkah Qalisha yang kelam-kabut.Pasti Qisha takut papanya merajuk.
             

SESAMPAI sahaja di biliknya,Qalisha terus mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Datuk Hakimi Dahlan.Sudah  berkali-kali dia menekan nombor papanya namun tidak berjawap.Dia gelisah sendiri.Pasti papanya sengaja tidak mahu mengangkat semasa dia menelefon.Sudah merajukkah lelaki kesayangannya itu?.Telefon masih lagi melekap di telinganya.
          ’Papa pick up the phone...please!!’’ dia bercakap seorang diri sedangkan pihak yang sedang dia hubungi tidak mengangkat panggilannya.
          ‘’Papa aku ni….kuat merajuk macam budak kecik’’ rungutnya dalam hati.
                        Telefon bimbit dibawa jauh dari telinganya.Sekali lagi cuba mendail nombor Datuk Hakimi.Namun dia hampa,papanya tidak mahu mengangkat panggilannya.Dia mengeluh.Begitu sekali papanya merajuk terhadap dirinya.
         ‘’ Hish…kau ni Qisha kenapalah lupa nak telefon papa,kan papa dah merajuk’’ dia memarahi diri sendiri.
             Dia mendail pula nombor abang sulungnya,Daniel.
           ‘’Assalammualaikum.Hai Abang Dani,ini Qishalah’’
           ‘’Wa’alaikummussalam.Abang Dani tahu lah ni Qisha…kenapa telefon ni?’’,Daniel sedang sibuk menaip kerjanya terhenti apabila menerima panggilan dari adiknya.Kacau sahajalah…
            ‘’Kenapa tak boleh telefon abang ke?’’ saja berbahasa basi
             Qalisha terdengar gelak tawa abangnya itu.Dia turut tergelak sama.’’ Boleh.Apa pulak tak boleh?....’’ jawap Daniel .’’ Tapi ada apa hal adik telefon abang ni?.Selalunya jarang sekali telefon abang.Papa juga dicarinya’’.Dia hairan apabila menerima panggilan adiknya.Adiknya jarang sekali menghubungi dirinya.Biasanya telefon papa mereka untuk mengadu atau meminta sesuatu.
              ‘’Abang…’’,Qalisha sengaja memanggil abangnya dengan suara yang dileretkan.Manja pula nada panggilan.Dia mahu menarik perhatian Daniel.Mulalah hendak mengampu…
               ‘’Apa dia?’’,endah tak endah sahaja Daniel melontarkan suara.Tangannya mula menaip kembali kerja yang terbengkalai akibat Qalisha.Benar-benar sedang dalam kesibukan menyiap proposal.Telefon diselitkan dibahu untuk menampung telefon bimbitnya daripada jatuh.Kesibukan ditaraf maksima.
              ‘’ Abang dengan papa ada dekat pejabat ke?’’ dia sengaja bertanya padahal dia tahu hari Rabu merupakan hari bekerja.
              Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal.Pertanyaan yang dikemukakan terhadap adiknya itu dibalas dengan pertanyaan juga.Pasti ada mahunya ni.Papanya sememangnya ada di pejabat.Hari inikan hari bekerja.
              ‘’Ha’ah la adik ku sayang oii…..Kenapa ni?.Strait to the point ajelah adik ’’.
            Berterus terang sajalah Qisha.Usah sorok-sorok…
               ‘’Papa tengah bermesyuarat ke, abang?.Qisha telefon tak diangkat pun’’.Daniel mula mengesan tujuan Qalisha menelefonnya.Pasti mereka berperang lagi.
               ‘’Hari ni tak ada mesyuaratlah adik.Papa ada dekat biliknya’’.
               Kini Qalisha tahu yang sememangnya papa tengah marah terhadap dirinya.Sengaja mahu menghukum dan menyeksanya.Huh,papa dah berumur pun masih nak merajuk lagi.
                ‘’Haaa!…Let’s me guest.Adik buat papa marah lagi ya?’’ sergah Daniel.
                 ‘’Betul lah tu….Qisha tak sengajalah Abang Dani.Bukannya Qisha tak nak telefon papa,orang lupa.Masa tu Qisha penat sangat.Sampai aje rumah nenek dah petang.Lepas tu nenek ajak berbual.Malam pulak Qisha tengok bola,terlalu leka sangat,macam abang tak tahu kalau Qisha dah tengok bola.Macam mana ni abang?’’ Qalisha mengadu pada abangnya.Dia berharap abangnya itu ada idea yang bernas untuk memujuk papanya.Abangnya ini sering menjadi penyumbang idea ketika dia dalam dilema.
                 Daniel diam.
                ‘’Abang Dani?!..’’,suaranya terjerit sedikit apabila Daniel tidak memberi sebarang respon.
                ‘’Ya abang dengar ni…abang pun tak tahu nak buat apa.I have no idea’’
                Hish…abang aku ni,orang nak mintak idea dia,dia pulak tak ada idea sekarang,tak boleh harap betullah abang aku ni,ngatanya hanya dalam hati.Otaknya ligat memikirkan cara-cara untuk pujuk papanya.Jari dipetik tanda idea sudah mari.Apa kata suruh aje abang Dani pujuk papa?.Aku tak kira,aku kena paksa juga abang pujuk papa sampai papa nak bercakap dengan aku.Dia sudah mendapat idea yang sememangnya bijak itu.Sebenarnya idea itu tidak sebijak mana pun.
                  ‘’Qisha ada idea terbaik punya….’’,jari telunjuk dinaikkan
                  ‘’Apa idea adik yang terbaik tu? ’’ujar Daniel dengan nada bosan.
                   ‘’ Tapi idea Qisha ni akan susahkan abanglah.Tak apakan?...’’
                  ‘’Cakap ajelah dik….kalau boleh abang tolong,kalau tak boleh…..’’
                  Belum pun habis dia menyambung ayat, Qisha terus menyampuk.
               ‘’Adik gerenti abang boleh buat….macam nilah,abang cuma perlu pujuk papa sampai papa nak bercakap dengan Qisha.Tak kira apa pun abang kena pujuk papa,please!!….Boleh tak bang?’’,Qalisha sedikit memaksa meminta jasa baik abangnya.Meminta dalam memaksa.Nampak gayanya Qalisha akan menyusahkan Daniel juga.
                ‘’Berat jugak idea adik ni.Macam tak boleh buat aje…’’,sengaja dia mahu menimbulkan rasa kecewa dalam diri adiknya.
                ‘’Abang just say yes,okay?…Abang Dani aje yang boleh pujuk papa.Abang anak emas papa.Papa mesti cair punya kalau abang yang pujuk.Bolehlah.Please…’’.Pinta Qalisha sedikit merayu.
                Kasihan pula Daniel dengan Qalisha.
               ‘’Okay..I have no choice’s right?...Abang cuba but tak janji berkesan atau tak’’.
               ‘’ At least abang cuba…Sebagai balasan Qisha belanja abang makan seafood bila Qisha dah dapat kerja.Macam mana setuju?’’ Qalisha gembira bila abangnya mahu membantu dalam usaha memujuk Datuk Hakimi Dahlan.Sempat pula dia berjanji kepada Daniel yang entah bila akan ditunaikan.Kerja pun belum sudah membaja janji pula.
               Daniel hanya tergelak kecil mendengar janji Qalisha itu.
             ‘’Yalah tu.Sampai masa adik kena kotakan janji tu ya….’’,
             ‘’Iya…..Qisha promise!! ’’.Abangnya ini memang senang diumpan.He..he..he..Tak rugi ada abang macam abang Daniel ni.Nasib aku memang baik dapat abang macam ni.
             ‘’ Abang pergilah cepat.Takut papa keluar pulak,kan’’.Sambungnya lagi menggesa.Takut terlepas peluang pula.Diarahnya Daniel supaya segera menemui papanya.
             ‘’Okay….’’.Sepatah saja jawab Daniel.Dia terus menekan tanda sleep di computer ribanya.
            Belum pun sempat Daniel mahu mematikan talian Qalisha bersuara lagi.
             ‘’Abang Dani...’’.
             ‘’Apa lagi?’’
             ‘’Good luck.Go go chaiyok!!!....sayang abang and terima kasih’’.Talian terus dimatikan.Kalau meminta sesuatu baru nak cakap ‘sayang abang’,kalau tak jangan harap nak sayang.Qalisha,Qalisha…
             Daniel hanya menggelengkan kepala dan tersenyum senget sambil melihat telefon bimbitnya.Dia tahu Qalisha dan Datuk Hakimi tidak satu kepala tapi kedua-duanya ada sifat yang sama iaitu kepala batu.Berbanding dengan dirinya yang menurut sahaja permintaan Datuk Hakimi.Dia cukup arif dengan sikap orang-orang yang dikasihi ini.Datuk Hakimi seorang yang tegas dalam sesuatu perkara yang dilakukan dan mahu anak-anaknya menurut apa sahaja yang dikehendaki,namun dia tetap kalah dengan Qalisha yang suka bertindak sendiri dan tidak mahu orang lain mencampuri segala urusan hidupnya.Bak kata Qalisha,private is private.
             Sikap adik dan papanya ini kadang-kadang memeningkan kepala.Ada sahaja pertelingkahan kecil yang akan berlaku antara Qalisha dan Datuk Hakimi.Jika salah satunya mogok suara.Dia yang akan menjadi orang tengah bagi mendamaikan kedua-dua pihak.Sememang kerja perdamaian adalah kerja tetapnya dari dahulu hingga sekarang.Segera dia menghayunkan langkah menuju ke bilik kerja papanya.Ada misi yang perlu diselesaikan.Dan misi itu adalah misi adiknya yang tiada kaitan dengan dirinya.


DI RUANGAN Datuk Hakimi Dahlan berkali-kali telefon bimbitnya berdering.Sengaja dia tidak mahu mengangkat panggilan itu.Dia tahu Qalisha yang menghubunginya.Dia mahu menguji sama ada Qalisha sabar ataupun tidak melayan rajuknya.Juga ingin mengajar anak perempuannya itu yang telah memungkiri janjinya sendiri.
Ketukan di pintu mengejutkan Datuk Hakimi.
‘’Masuk’’ arahnya.
Pintu dibuka dari luar.Daniel mula menapak kedalam bilik papanya itu.Dia menarik kerusi dihadap Datuk Hakimi lalu duduk dengan posisi yang selesa.
‘’Dani rupanya.Ada apahal masuk bilik papa ni?’’
Daniel kelu. Tidak tahu bagaimana mahu dimulakan.Bukan masalahnya tapi dia pula terjebak.
‘’Cakap sajalah Dani.Dengan papa pun kamu takut?.Kamu ada masalah ke?’’.Ada perkara penting yang nak dibincangkan?’’soal Datuk Hakimi bertalu-talu.Daniel yang tadinya masih tercegat kini sudah duduk dihadapan Datuk Hakimi.Kaki disilangkan.
‘’Macam ni pa…tadi adik call Dani ’’.
Datuk Hakimi yang sudah dapat menangkap apa yang mahu diperkatakan oleh Daniel ketawa kecil.Dia tahu apa yang bakal disampaikan oleh Daniel.Pasti Qalisha yang menyuruh Daniel berjumpa dengannya.Pandai berwalikan wakil,ya?.Melihat ketawa papanya,Daniel menjadi hairan.Tak sihat ke papa hari ini?.Ataupun aku ada buat lawak?.Rasanya papanya sihat sahaja kalau tak kenapa pulak ke pejabat dan dia tidak berlawak pun sebab awal-awal lagi papa sudah cross line dengan ketawa yang tidak tahu penyebabnya.
‘’Papa tau apa yang Dani nak sampai masuk ke dalam bilik papa ni…..’’.
‘’Aikk..papa tau tujuan Dani jumpa papa ni?’’tanya Daniel yang pelik.Bagaikan ahli nujum Pak Belalang.Belum cakap dah tahu.Hebat betul papa aku ni.
Datuk Hakimi ketawa lagi.Tetapi hanya sekejap saja.Mukanya kembali serius.
‘’Qisha suruh Dani pujuk papakan?.Dia nak suruh Dani pujuk papa untuk telefon dia or jawab bila dia call?’’ tanya Datuk Hakimi.
‘’Yup….lebih kurang macam tulah’’.Daniel malas mahu berselindung kerana hal sekecil ini.
‘’Hhmmmm…Qisha memang ada telefon papa,tapi papa sengaja tak nak jawab’’.
‘’ Why? ’’,dahinya sudah melakar seribu kedutan.Dia mahu mengetahui penyebab papanya merajuk dengan Qalisha.Selalunya bila adiknya menelefon laju sahaja diangkat.Biasalah rindulah katakana…
‘’Sebab papa dah pesan sebelum dia balik,papa suruh dia call sesudah sampai ke rumah nenek but dia tak call pun.Papa risau sangat,takut apa-apa jadi dekat dia masa naik bas dari UUM.Papa nak pergi ambik tapi dia tak nak.Papa cuba telefon dia tapi voice mail dan tunggu call dia sampai papa tertidur.At last,pagi esoknya baru papa call nenek nak tau dia dah balik atau tak.Nenek bagitau yang dia tengah tidur.Lega sikit hati papa’’.Jelas Datuk Hakimi.Jelas wajah kelegaan.
‘’Itu aje?’’ puncanya hanya disebabkan oleh Qalisha tidak menelefon ,papa sudah naik angin terhadap adiknya itu.Hal yang sekecil ini boleh menjadi isu yang menyebabkan Datuk Hakimi marah.
‘’ Dani pun tahukan how much papa love you and your sister.Papa tak nak berlaku sesuatu yang buruk terhadap kamu berdua.Terutamanya Qisha,she is a girl who need protected…. ’’.Jelasnya lagi dengan nada yang tegas.
‘’ Papa… Qisha dah besar pun.Janganlah risau sangat.Lagipun Qisha ada tali pinggang hitam dan pernah belajar silat.Tak ada sesiapa pun yang berani apa-apakan adik’’ pujuk Daniel.Qalisha sudah khatam dengan dua ilmu mempertahankan diri ini.Siapa yang berani mengapa-ngapakan dirinya pasti dihabisin.
Teringat semasa dia dan Qalisha pulang dari sekolah agama.Datang tiga orang budak lelaki yang nakal mengganggu mereka.Awalnya dia mahu melawan.Namun tidak semena-mena dia ditolak kuat sehingga jatuh terjelompok ke lecak.Habis kotor bajunya terkena air lecak berwarna merah.Qalisha yang berdiri disebelahnya sudah membuka langkah silat.Habis ditibai ketiga-tiga budak nakal itu.Lintang-pukang mereka lari menyelamatkan diri.Selepas itu dikeluarkan pula lastik dari dalam beg galasnya.Batu diambil lalu dilastik ke arah salah seorang budak nakal yang berbadan sedikit gempal.Lemparan batu terkena tepat dibelakang kepala,akibatnya tertiarap budak tersebut.Susah payah kawan-kawannya membantu dia bangun dan terus pecut.Setelah itu baru Qalisha membantunya bangun.
‘’Walau apa pun kita mesti lindung dia,sekuat-kuat manapun adik kamu dia tetap ada kelemahan.Itu yang perlu kita jaga’’.
Benar juga kata papanya itu.Walaupun Qalisha banyak ilmu didada,dia tetap perlu dilindungi.Dia tetap perempuan walau lagaknya seperti lelaki.
‘’Tapi papa masa Qisha call Dani tadi dia cakap dia betul-betul lupa…’’,Daniel memujuk.
Datuk Hakimi hanya berdiam diri.
‘’Dia harap sangat Dani boleh pujuk papa.Sudahlah pa,maafkan sajalah adik.Kesian benar Dani dengar dia merayu tadi’’ pintanya.
Harap kali ini dia Berjaya memujuk Datuk Hakimi.
‘’ Yalah papa maafkan dia’’ balas Datuk Hakimi lambat.
Daniel tersenyum senang.Lembut juga hati papanya untuk memaafkan kesalahan adiknya.Daniel meminta diri setelah urusannya selesai kerana dia ada meeting dengan client pada pukul 3.00 tengah hari itu.Sebelum dia melangkah keluar,sekali lagi dia meminta Datuk Hakimi menelefon Qalisha.Reaksi Datuk Hakimi cuma senyuman dan anggukan.Dia harap hubungan kedua-dua insan ini akan pulih seperti sedia kala.
Tangan Datuk Hakimi laju menaip nombor telefon Qalisha.Telefon dilekapkan ke telinga. Datuk Hakimi memberikan salam setelah panggilannya diangkat,begitu juga Qalisha membalas salam papanya.Dia tersenyum.Dia bersyukur Datuk Hakimi sudah mahu menghubunginya.Gembira sungguh,terasa seperti batu yang menghempap kepalanya beberapa jam tadi sudah pun dialahkan.Terima kasih diucapkan sekali lagi didalam hati buat abang Dani yang berjaya melembutkan amarah Datuk Hakimi terhadap dirinya.Tidak sia-sia dia memilih Daniel sebagai orang tengah.Terima kasih,abang Dani!!.
‘’Papa….’’
Setelah bertukar-tukar salam Datuk Hakimi hanya berdiam.
‘’ Hmmm…’’,suara acuh tidak acuh.Seperti malas mahu mengeluarkan suara jantannya
‘’Papa dah maafkan Qishakan?’’
Sengaja Datuk Hakimi buat acuh tak acuh.Sikapnya itu pasti membuatkan Qalisha gelabah.Biar dia rasa.
‘’Hmmm…’’,dikeluarkan intonasi yang sama seperti tadi.
‘’Apa ni papa?…hmmm aje?’’ soalnya tidak puas hati.Katalah Ya atau Tidak dia faham.Ini hanya mengeluarkan bunyi ‘hmmm’ aje…Bunyi macam tak ikhlas saja.
Datuk Hakimi tidak menjawab.
‘’Okay,Qisha tau papa belum boleh maafkan Qisha sepenuhnya.Tak apalah Qisha tak nak kacau papa lagilah…’’ suara Qalisha seolah-olah merajuk.Bukan merajuk betul,sekadar menarik perhatian Datuk Hakimi supaya bersuara lebih daripada bunyi ‘hmmm’.
Mendengar sahaja Qalisha bersuara seakan-akan merajuk,tawa Datuk Hakimi terhambur.Qalisha yang mendengar tawa tersebut jadi hairan.Tadi Datuk Hakimi seperti tidak mahu bercakap dengannya,tetapi sekarang dia terdengar hilaian ketawa yang keluar dari mulut bapanya itu.Pelik!.Qalisha terdengar pula Datuk Hakimi berdehem.
‘’ Qisha,Qisha….Ni papa yang merajuk atau anak dara papa yang merajuk?’’ soalnya mengusik Qalisha.Tawanya masih bersisa.Kalau marah dengan anak bongsunya ini,tidak boleh berlama-lama.Mudah sahaja rasa simpatinya datang apabila Qalisha meluahkan nada-nada mengalahnya.Qalisha ada kuasanya tersendiri.Sesiapa sahaja tidak boleh menarik muka terlalu lama dengannya.Mudah sahaja mengalah.Termasuk dia dan Daniel.
‘’So papa dah tak marah lagilah ni.Papa tak payahlah marajuk lagi.Penat tau tak Qisha nak pujuk’’ Qalisha bersuara dengan nada serius.
Ketawa kedengaran lagi.
‘’ Tau pun takut….lain kali jangan ingkar arahan papa’’, amaran Datuk Hakimi.
“Alahai,orang buat salah sikit aje.Tu pun papa nak naik angin.Tak bestlah papa ni.Langsung tak open minded tau”,Qalisha lancang mengata papanya.Datuk Hakimi dihujung talian mengetap bibir.Dia pula yang kena marah.
“Tengok tu…Papa merajuk lagi kang baru tau.Okey,nak start baliklah macam tadi”,Datuk Hakimi mengugut anaknya yang terlebih nakal itu.
‘’Yalah,yalah…Qisha janji tak buat lagi’’ janjinya dengan tangan kanan diangkat ke kepala,solute.Dia terlupa bahawa sekarang dia bercakap di dalam telefon bukan berhadapan dengan Datuk Hakimi.Tangannya dengan segera diturunkan.
‘’ Promise?..’’
Geram pula  dengan papanya yang tidak mahu percaya dengan janji yang dilafazkan.  “P.R.O.M.I.S.E,promise…!!!’’ dieja lambat satu-persatu perkataan promise biar papanya puas hati.
’Okay, I accept that…’’
Kedengaran nafas lega daripada Qalisha.Setelah itu kedua-dua beranak ini hanya berbual kosong.Datuk Hakimi bertanya tentang kesihatan anaknya,perjalanan Qalisha pulang dari UUM,Kedah hingga ke Batu Pahat,Johor,kesihatan ibunya yang tercinta dan sebagainya.          
Pada perbualan akhir mereka,Datuk Hakimi menyata bahawa dia akan pulang bersama Daniel pada hujung minggu ini.Qalisha tersenyum gembira.Kerinduan terhadap dua lelaki yang sangat disayangi ini akan terubat.

              
                  

2 ulasan:

Unknown berkata...

BEST....

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

tq...ini karya pertama sy...sudi2lah m'baca..:)